PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.
Sunday, December 5, 2010
genap sudah gundah gulana
Saturday, November 6, 2010
bukan salah bapa mendayung
Friday, September 3, 2010
untuk yang kuat sahaja.
Sunday, August 29, 2010
Terjaga aku dari sedar.
Saturday, August 28, 2010
mak long Kamariah
Sunday, August 22, 2010
tak bisa ah.
Wednesday, August 11, 2010
noktah.
Selamat menyambut ibadah puasa, kawan kawan.
Puasa tahun ini harap lebih bermakna dari puasa tahun lepas.
Kalau tahun lepas, aku boleh katakan setiap hari pun akan berjaga sampai tiba waktu sahur sebab waktu tu tgh gila YM. Aku Cuma akan tidur selepas subuh sampai tengahari. Tapi tahun ni berlainan. Dia takde dengan aku untuk puasa kali ini. Rasa janggal. Tapi aku perlu biasakan.
Ramadhan tahun ini, aku tak hidangkan lagu manbai “Harapan Ramadhan” untuk semua. Tapi bait2 lagu di bawah aku tujukan untuk diri aku sendiri, memang terpukul betul. Probably it’s from my ‘significant other’. Pedih ulu hati, kau tau. Selamat berpuasa semua. Jangan banyak sedih2, banyakkan mengaji.
Amalina,
Maafkanlah aku
Kerna ku tak bisa temani hidupmu
Amalina,
Lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau hubungi aku.
Kau wanita terhebat yg pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang gagah
Aku mohon lupakanlah aku
Sudahla jangan menangis lagi
Kurasa cukup sampai disini
Mugkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu.
Waktu kau menjadi kekasihku,
Amalina.
sahur ikan masak kicap.
Salam 1 ramadhan untuk semua. Bersua lagi kita di rancangan Mari berbuka yang diadaptasikan daripada rancangan Mari Mengaji. Ironi sungguh.
Berbalik ke landasan, memang dah lama sangat aku rasa tak tulis blog. Dia pnya lama ibarat Malaysia ni dah merdeka tiga kali. Ibaratnya daripada elok elok tema 1 Malaysia,agaknya dah maju kedepan ke tema 3 Malaysia. Cik puan dan cik laki semua nampak kan ke’exxagerate’an saya disitu. Waima pun, saya tak pernah berniat untuk tinggalkan dunia blogging ini. Maklumlah, duit kwsp belum cukup untuk menampung pembelian bmw 5series lagi. Duit SSPN anak2 pun baru saja berjumlah RM4.15. penipuan besar itu.
Bukan apa nyah, kerja sibuk bagai. Hari2 pun nak kena duduk ngadap pc dan kalkulator besar gabak kat opis tu. Kadang ada juga rasa nak termuntah atas kalkulator gabak tersebut. Tapi mengenangkan itu semua hak syarikat, dan aku juga tak suka nak menyusahkan aci-aci pembersih syarikat, aku batalkan je niat tak murni aku itu dengan memakan gula2 berangin atau nyaman.
Berita paling terbaru tentang aku (sumber dari BERNAMA), aku telah termasuk ke dalam hospital akibat kekejangan perut yang melampau. TERmasuk disitu bermaksud, aku tak rela tapi segalanya berlaku terlalu pantas. Oh apakah. Bagai disiat kulit kerbau, sapi pula yang terasa. Serius. Aku masuk hospital, aku kena undergo operation. Dan ya, hari ini aku telah berada di rumahku tapak kakiku. Usah kau dan kau Tanya lagi waktu2 getir pembedahan aku itu. Nehi pyaar karena. Sakitnya aduhai rasa macam nak tendang je perut doctor tu. Tapi aku ini jenis orangnya yang mengenang budi walau setitik nila dicurahkan. Maka niat murni itu aku tarik balik, dan aku terus menggigil tahan sakit demi doctor tercinta. Tapi sumpah menggigil bai dia punya sakit. Sumpah aku tak mau sakit lagi. Sumpah aku menyesal masuk hospital. Sumpah sumpah betukar warna. *elemen binatang diselitkan sedikit*
Tapi dari situ, aku rasa aku boleh dikategorikan seorang perempuan yang gagah sebab mampu menghadapinya seorang diri, tanpa ada suami menemani disisi, memegang tangan aku dan berkata “PUSH!PUSH!”. push push apebendealahnye aku bukan beranak pon. Appendix je kot. Tapi kira mantap jugakla sebab mampu tidur dan menahan menggigil kesakitan dan tak boleh tidur malam menanggung seorang diri. Tragis tak. Angguk je. Jadi aku anggap ini semua dugaan dari Allah. Baru sikit dia nak bagi, jadi aku terima apa saja takdirnya. Aku harap dengan kesakitan yang aku alami, dosa dosa aku yang silam Tuhan dah ampunkan.
Aku adalah satu contoh terbaik seorang manusia yang hanya ingat Tuhan bila ditimpa musibah. Aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sama macam aku. Cuma yang membezakan adalah ego atau tidaknya dia untuk mengaku tentang kelemahan sendiri. Aku insan yang lemah. Bila tiba waktu sakit dan susah baru mula mencari Allah. Merangkak2 mencari sejadah. Menggigil gigil tangan menadah tangan memohon diberi kesihatan dan kesenangan. Menitik laju air mata mengenangkan musibah yang dating menimpa. Cuma itu yang aku dapat belajar dari apa yang terjadi. Terima kasih, Allah.
Selamat berpuasa semua, semoga RAmadhan tahun ini membawa lebih keberkatan dari tahun2 yang lalu, InsyaAllah. Amin.. ;)
Thursday, June 17, 2010
Bukan sejenis buah
Pernah dengar pasal karma? Kurma mungkin selalu. Karma, amat jarang sekali. Mungkin selalu dengar orang bercakap “I believe in karma”. Alicia keys pon minat sangat dengan karma sampai sanggup buat lagu. Apasal? Diorang tau ke karma tu apa sebenarnya? Pernah rasa ke? I bet they never. Bagi yang pernah rasa karma tu muncul dalam hidup diorang, mesti terus tiba tiba nak tulis “KARMA” dalam senarai ‘perkara aku paling benci dalam hidup di tahun 2010’.
Karma terlalu kerap datang dalam hidup aku. Sekarang mungkin giliran aku untuk rasa semua ini. Hidup aku, jiwa aku, makan aku, minum aku, semua diselubungi karma. Kadang kadang karma ni boleh jadi sesuatu yang baik. Tapi bila datang perangai syaiton si karma ni, agak mencabar keimanan jugaklah cara permainan mereka.
Macam orang slang rrrrraaaaraaaarrrraaarraaa~ (melodi lagu bad romance diikuti slang ‘r’ ala western food) cakap, WHAT U GIVE U GET BACK. WHAT GOES AROUND COMES AROUND. WHEN MARRY GO ROUND, I’LL KICK UR ASS DOWN. Aiii lebeh nampakk.
Bagi sesiapa yang xsempat melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi, dan menghadapi kesukaran memahami ayat di atas, jangan gundah. Aku boleh explain. Eh, dalam bahasa melayu, aku boleh terangkan. Karma pernah cakap (dimana jantina si karma tidak dapat dikenalpasti), sesungguhnya buatlah kamu sesuatu terhadap sesuatu, maka sesuatu itu akan datang semula kepada kamu. Contohnya, lebih ringkas untuk difahami, kalau hari ni kau bela toyol untuk curi duit di rumah orang2 kampung, esok2 toyol itu akan buat te-alip-ye-kop (TAIK) dengan kamu. Saya pun xtahu apa yang dia akan buat samada dia akan curi balik duit kamu atau dia akan susahkan hidup kamu sampai rumah kamu kehabisan tenaga elektrik. Mungkin kan, siapa tahu??
Makanya disini, aku selalu percaya apa yang aku hadapi harini semuanya berbolak balik daripada perbuatan aku sendiri. Perbuatan lalu. Kalau hari ini, orang layan aku mcm haram, aku rasa mungkin sebab dulu aku tak reti nk jaga hati orang yang sayang pada aku. Tapi apa yang aku hadapi lebih teruk daripada apa yang aku pernah buat dulu. Menyeksa batin, pernah hadirin semua tahu? Bagi sesiapa yang berada didalam kasut yang sama dengan aku, “Welcome to the Club darlingss~”
Isunya disini, karma datang tak kira tempat. Tak kira masa. Lepastu yang paling isu kat sini, karma boleh buat kau berganda ganda ganda ganda ganda ganda ganda lebih teruk daripada apa yang pernah kau buat dulu. Kalau tak percaya, kira la berapa banyak ganda ada kat ayat tu. Ngeri kan?
Kalau dah tau ngeri, jangan buat jahat dengan orang lain. Treat others as how u wants to be treated. Ingat lagi kan Golden Rule ini?