sesungguhnya Nabi Muhammad Pesuruh Allah.
Selamat Menyambut MaulidurRasul untuk semua.
sebulan dua yang lepas, PH adalah WD untuk aku. untuk yang tidak faham erti kata pendek --> every PUBLIC HOLIDAY is a WORKING DAY. sejak sejak mengabdikan diri terhadap Bijines Plang (Biz Plan Jepang), aku lupe apa itu keindahan alam. sehinggalah suatu hari ibu menepuk bahu kiriku dan melatahlah aku, oh mak kau! ibu jawab, mak kau kat sini ha! ok, dongeng. sekarang Business Plan sudah tamat episod!
yabedabeduuuu wak bedu beduuuu!!
maka terasalah apa itu angin sepoi2 bahasa di waktu senja. kalau tak, madah balik malam jela aku. orang lain siap tido kat rumah depan TV kaki siap terkangkang atas kabinet. aku pun terkangkang jugak. terkangkang kepala fikirannya memerah otak demi sesuap nasi. oh gituww.~
sesungguhnya selepas tamatnya riwayat kesan degil daripada BP preparation itu, aku pun mula sibuk dengan wedding preparation. dan makanya, titik peluh kudrat kendarat semua dicurahkan ke saat saat genting persiapan perkahwinan. macam tak percaya yang aku dah nak kahwin. mari lempang aku beramai ramai. dan beronok-ronoklah kamu tengok aku tersedar dari lamunan akibat lempangan waja itu. ya, AKU DAH NAK KAHWIN. tak kurang sebulan lagi, aku akan melangkah ke satu alam yang baru. yang terlalu baru untuk aku. semoga segalanya berjalan lancar, Ya Allah. mohon dipermudahkan segalanya, mohon diberi kekuatan untuk seinci dugaan pun. kamu kamu yang membaca ini pun, tolonglah doakan saya ya? esok sampai giliran awak semua, semoga dibalas doa doa yang baik juga :)
dan ya, sedikit cuit cuit gambar pre-wedding kami.
reminiscing the memory, ahh so sweet of u & me :)
credit goes to hafizudinhamdan.com & asyraff