KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Friday, April 30, 2010

sedangkan budu pun bau busuk...

Sedangkan budu pun bau busuk...

Apetah lagi manusia hina macam kita ini. Tapi, ada waktu2 tertentu memang tak pernah rasa busuk. Contoh, Masa bercinta kentut bertubi2 bau setanggi pun, rasa macam bau ubat gigi Mu’min. Ketiak bau kemenyan pun xpenah nak heran. Apetah lagi taik gigi yang rasa coklat tu. Ada pakwe kau kesah? Paling teruk pun kena tumbuk2 manja je. Itu waktu bercinta. Tapi kalau pakwe aku ketiak bau kemenyan, memang free2 aku tolong sms Nenek Kebayan tolong risik2 kalau nenek kebayan dah ada pakwe belum? Sudi tak nenek keluar dengan boifren saya yang hensem dan berbau kemenyan ini? Sampai begitu sekali hati budi aku.

Cukup mengata orang si paku serpih. Menggigit orang, eh apsal kau nak lebeh2?

Topic hangat hari ini, aku memang busuk. Baik busuk dari segi perangai atau dari segi tiga Bermuda. Adalah diingatkan disini, ibu ibu mengandung diharap tidak membenarkan anak didalam kandungan menghayati puisi yang akan anda baca sebentar nanti. Dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan sosial mereka waktu akan datang.

Seindah2 manusia ciptaan Allah ini, pasti ada buruk disebalik baiknya. Pasti ada hitam disebalik putihnya. Pasti ada karat disebalik kilatnya. Itu yang akan kita renung2kan-dan-selamat-beramal hari ini!

Bagi wanita seangkatan Datuk2 dan Datin2 yang sekapal dengan Datuk Siti, aku takkan berani kupas isu buruk mereka. Sebab berlainan status. Lagipun siapalah aku ini, hanya melukut di tepi gantang, mengongot2 berkata gampang. Aku Cuma akan berkata perihal keburukan aku sebagai seorang perempuan biasa, golongan perempuan yang tidak diminati para VVIP, mungkin juga sebagai seorang perempuan yang tidak pernah tahu jenis ulam-ulaman yang boleh ditanam di halaman rumah.

Sejak berkecimpung dengan dunia keperempuanan selama 22 tahun ini, sangat mudah untuk aku simpulkan sesuatu. Ego bukan saja untuk lelaki, malah layak juga diberi kepada perempuan jenis macam aku. Memang benar aku ego. Amalina as what u’ve seen, what u’ve read in this blog is my alter-ego. Not to mention, the real side of me, ah no thanks. Tak perlu diberitahu kalau kau benar2 kenal aku yang betul2 di dunia luar, yang bisa berdiri dengan dua kaki, bisa menggunakan jari telunjuk untuk mengorek hidung, yang sangat lembik perwatakannya, sangat mudah hanyut dengan pujukan syaitan. Itu baru betul aku.

Speaking of which, being egoistic is the best value i’ve ever had in my whole life. At times, ego is good for u. Bermaksud, for some arguments or misunderstanding though, im not gonna give u any single chance to blame me for any reason if i noe it wasn’t even my fault. Salah kau bermaksud ia salah kau. Salah aku, bermaksud aku akan minta maaf. Itu ego kah?? Atau lebih tepat, fight for your right? I’ll choose the latter then.

Nilai murni seterusnya, aku seorang penjual ikan. Atau SELFISH. Sila jangan percaya terma ini atau anda akan percuma sahaja dianggap bangang oleh rakan2. Sekian.

Oh ada tambahan, aku juga menggelabah. Gelabah saja, tidak terketar2. Apa kau ingat aku skizofrenia?

Maka, bagi lelaki yang boleh bertahan dengan aku, tahniah kami ucapkan. Ikhlas daripada warga rumah No 15, Kampung Telok Kerang.


Thursday, April 29, 2010

tempayan madu di tasik titiwangsa

fauziah latif selalu berpesan ;

jangan berumah di tepi pantai, anak itik jalan berdedai.
kenapa menyoal soalan yang bingai, kalau tak mahu bercerai berai.

entah kenapa makin hari aku rasa hidup aku macam nk dipukul mati pula, nak diterajang kaki pula yang pendek. seriusshit, hidup ini telah membunuh aku secara senyap dan perlahan2. sikit demi sikit dia tusuk tulang rusuk Hawa aku ini ahh arghhhh sakit bodoh! tak payahla tusuk betul2 guna pisau marjerin tu. agak agakla weh nak bunuh aku pun gune pisau tajam sikit boleh kann. pisau marjerin ni tumpul maka batin aku tersiksa. ugh.

biarkan orang mengata, jangan kau berdusta. apakah motif, jangan ditanya. aku pun sedang dimasuki air kepala ini. kerja banyak tak apa, takde masalah untuk aku. tp bila stress banyak, sumpah aku tak bole blaaah. ya, memang aku mengaku, masa interview dulu, aku cakap aku stress-resistant. bila panel tanya, "how you handle your stress?" maka aku jawab, " simple. i often eat chocolates to reduce my stress level, i make sure i eat vegetables (padahal sayur pun xmakan takat makan togeh je bolelaaa) and above all, what important for me is the existence of friends-circulation. i wil tend to share my problems with friends bcos i believe having the problem shared between people u comfortable with, will help you reduce the intensity level of stress. sharing is caring lorr." itu jawapan berhemah aku dulu. tp bila skarang kawan2 pun xde. aku balik rumah utk tido je, apa motif hidup aku??

aku taknak mati akibat tekanan melampau. aku nak mati dalam senyuman walaupun amal ibadah aku tak berapa cukup. tapi at least aku tahu aku dah live my life to the fullest. apa makna hidup ni tanpa keluarga? kawan kawan? kekasih? teman lelaki? skandal? aku tak main skandal2 nie. aku dah mula menuju ke arah kebenaran. pengakuan berani mati daripada seorang aku.

sinopsisnya, aku mahu hidup aku yang dulu. yang tiap2 hari balik disambut hilai tawa anak anak. teh panas dan kuih keria siap terhidang di atas meja kopi bulat di ruang tamu buatan si suami. dan anak anak pula menarik baju uniform mak sambil berkata "mama mama nak jam ben 10" dan aku dengan penuh kasih sayang, terus terajang budak itu terkeluar dari tingkap. dan akhirnya, sii suami meratap kesedihan yang melampau, dia cucuk kaki aku guna pisau marjerin. sampai hati kau, abanggg!! *kesan pengaruh drama indon yang menjadi2 pada masa kini*

yang benar, cukupla ya Tuhan kau bagi aku kebahagiaan hidup ditemani kawan kawan sejati. kadang kadang aku cemburu lihat orang lain balik kerja disambut high-5 anak buah di depan pintu. tapi aku, jangankan anak buah, anak kura-kura pun belum tentu mahu layan hidup aku yang kosong ini. binatang sekarang juga pandai memilih.

entah apa salah aku, dpaat hidup mcm ini. aku nak kawan2 dulu semula. aku nak mereka ada setiap masa utk diluangkan bersama aku. pillow talk bersama girlfriends adalah perkara yang aku akan rindu sampai bila pun. tolong percaya, ia terlalu nikmat untuk dikongsi bersama.

hingga ketemu lagi ya. aku rindu kau, wahai kawan dan turut merindui kau juga, wahai masa lalu. :(

Wednesday, April 7, 2010

"Maaf dong, aku terlanjur"


Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mengandung, beranak-pinak lah jawabnya. Apahal? Eh silap peribahasa. Itu kalau terlanjur tutt. Aku ini terlanjur lain. Harap orang ramai tidak silap faham. Dan janganlah wahai kamu tergesa2 mencari facebook ibuku untuk memberitahu perihal anaknya ini yang sudah keterlanjuran. Ibu, aku tidak bersalah. Aku cuma mahu mencari kesenangan hidup, ingin mencari kekayaan dunia, dan sebenarnya semua itu tipu belaka. Aku sebenarnya Cuma mahu mencari duit tambahan demi membeli beg tangan baru yang lebih tahan lama dan elok kualitinya jika dibanding dengan beg tangan cikai yang aku pernah ada dulu dulu. Terlanjur aku mencintaimu. *Cis tiada kaitan, walau ada nilai2 kasih sayang*. Oleh itu, dik amal (eh kantoi sudah nama panggilan ala ala manja-mintak-terajang- sakti I dirumah *buat-buat terberitahu padahal niat memang mahu memberitahu*) mahu ibu dan abah tahu, dik amal kerja macam nak patahnya sayap malam (apakah??) demi mencari duit lebih. Terlanjur aku memilih kursus perakaunan ini dulu, sekarang terima padahnya sendiri. Jangan kau ratapi lagi keterlanjuran ini. Hambik kau!

Eceh eceh. Takdela. Aku tipu. Saja nak buat kesan dramatic bertitik airmata kat situ. Hey tapi ini serius. Sejak aku melacurkan diri dalam dunia kerja ini, aku dah mula rasa tempias hangatnya bahang asmara. Ces. Mengarut. Ulang lagi sekali ya,. Sejak aku mula melibatkan diri secara langsung dalam dunia accounting yang sumpah real bagai nak mampos ini, aku rasa sudah boleh disimpulkan disini, (untuk orang ramai yang berminat mahu tips menjadi pekerja berwawasan seperti bos aku, bukan aku ya harap maklum)

Kalau kau kuat iman, maka pilihla jalan kebenaran ini iaitu accounting.

Jika iman senipis gula castor, pilihla kerjaya yang lebih ringan dan tidak mencabar kegagahan anda. This may be harmful. Yes, its for real.

Notakaki: gula castor ialah gula halus sehalus zarah gerakan Brown yang digunakan untuk membuat kuih raya. Lazimnya, gula ini tidak wajar digunakan untuk membuat teh ‘o ais.

Pesanan ikhlas tulus mulus suci dan murni pemeringkatan dua kali oleh saya.


Yang benar,

*nama tidak akan disiarkan atas alasan tidak mahu dibaling cat merah didepan rumah pada keesokan paginya*.

Untuk entah keberapa kalinya aku telah termakan sumpahan sendiri. Dulu aku kata, tidak mahu kerja yang beruniform. Tapi sekarang mesti beruniform segak dan kacak. Itu termakan sumpahan pertama. Sumpahan yang telah termakan sendiri kali ini, berkaitan dengan kerja pula. Dulu beriya2 aku mengelak tak mahu jadi auditor yang cantik (‘cantik’ adalah pemanis ayat sahaja) sebab sudah boleh membayangkan betapa tidak voguenya bila kena balik kerja malam, mata punya eye-circle yang malap, tiada istilah weekend dalam hidup aku sebab every weekend is weekdays mesti kerja jugak. Wadetut. Tapi lagi jauh aku lari dari benda itu, lagi dekat dia datang menyentuh hati aku. Ayat stok nak jiwang bagai. Lempang karang. Ah persetankan! Tapi tengokla wahai sekalian alam, kini aku sudah kerja macam apa ah tidak tahu mahu bagi perumpamaan bagaimana lagi. Bukan lagi katak di bawah tempurung. Bukan juga bagai bulan jatuh ke riba. Lagi terpesong. Ah Tiada kata.

Kerja balik tengah malam di kala bulan sudah nak masuk tidur, di waktu orang lain sudah berjaya membuat anak, di waktu tikus mula melakukan kerja2 pembersihan stok lebihan makanan di dapur. Weekends juga kena kerja apakah nasib gua bagai jatuh ditimpa durian tergolek2 pula di kaki bukit. Weekend itu bermaksud waktu couple2 hot zaman sekarang pergi berpacaran tanpa pengetahuan ibubapa, waktu ibu tunggal membawa anak perempuannya menonton Alice in Wonderlands, waktu ibu dirumah menghidupkan suis vakum mahu sedut abuk di penjuru ceiling rumah, dan paling penting, waktu aku berpeluk2kan dengan bantal busuk aku. Damn. Masa bermanja2an aku dengan bantal itu, arghhh usah dikenang lagi. Alahai omakkkk kawinkann akuuu. Lepas kawin malas nak keje. bontot sudahlah leper duduk atas kerusi 9 jam. Perut pula sudah mula kembung akibat kurang kencing. Apasal tutup hidung?? Jentik kang.

Tapi ini serius lagi nyah. Walau aku perlu kerja lebih masa, its good to know as this far,aku tak pernah lagi stress bagaai sebab rasa seronok buat kerja lebih and most importantly, get paid even more! Yahoo.!! Kesimpulannya, wang saku akan bertambah, dan oh ya, nafsu juga bertambah melampau lampau ;p . Dan penyakit juga bertambah dalam kadar yang lebih cepat. Haha.

Ini sudah sangat merapu bai. Lebih baik aku merendah diri. Bukan, bukan itu. Lebih baik aku mengundur diri sebelum mendapat penerajang maut kuasa bimasakti dari blog sendiri. Blog zaman sekarang juga sudah pandai mahu jadi si Tanggang. Tidak kenang jasa. Bagai Kacang Ngan Yin lupakan logo ibu jari besarnya. Ah, dengan ini aku sumpah kau wahai belog menjadi kerusi roda. *Tringgggggg~*