KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Wednesday, April 7, 2010

"Maaf dong, aku terlanjur"


Orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mengandung, beranak-pinak lah jawabnya. Apahal? Eh silap peribahasa. Itu kalau terlanjur tutt. Aku ini terlanjur lain. Harap orang ramai tidak silap faham. Dan janganlah wahai kamu tergesa2 mencari facebook ibuku untuk memberitahu perihal anaknya ini yang sudah keterlanjuran. Ibu, aku tidak bersalah. Aku cuma mahu mencari kesenangan hidup, ingin mencari kekayaan dunia, dan sebenarnya semua itu tipu belaka. Aku sebenarnya Cuma mahu mencari duit tambahan demi membeli beg tangan baru yang lebih tahan lama dan elok kualitinya jika dibanding dengan beg tangan cikai yang aku pernah ada dulu dulu. Terlanjur aku mencintaimu. *Cis tiada kaitan, walau ada nilai2 kasih sayang*. Oleh itu, dik amal (eh kantoi sudah nama panggilan ala ala manja-mintak-terajang- sakti I dirumah *buat-buat terberitahu padahal niat memang mahu memberitahu*) mahu ibu dan abah tahu, dik amal kerja macam nak patahnya sayap malam (apakah??) demi mencari duit lebih. Terlanjur aku memilih kursus perakaunan ini dulu, sekarang terima padahnya sendiri. Jangan kau ratapi lagi keterlanjuran ini. Hambik kau!

Eceh eceh. Takdela. Aku tipu. Saja nak buat kesan dramatic bertitik airmata kat situ. Hey tapi ini serius. Sejak aku melacurkan diri dalam dunia kerja ini, aku dah mula rasa tempias hangatnya bahang asmara. Ces. Mengarut. Ulang lagi sekali ya,. Sejak aku mula melibatkan diri secara langsung dalam dunia accounting yang sumpah real bagai nak mampos ini, aku rasa sudah boleh disimpulkan disini, (untuk orang ramai yang berminat mahu tips menjadi pekerja berwawasan seperti bos aku, bukan aku ya harap maklum)

Kalau kau kuat iman, maka pilihla jalan kebenaran ini iaitu accounting.

Jika iman senipis gula castor, pilihla kerjaya yang lebih ringan dan tidak mencabar kegagahan anda. This may be harmful. Yes, its for real.

Notakaki: gula castor ialah gula halus sehalus zarah gerakan Brown yang digunakan untuk membuat kuih raya. Lazimnya, gula ini tidak wajar digunakan untuk membuat teh ‘o ais.

Pesanan ikhlas tulus mulus suci dan murni pemeringkatan dua kali oleh saya.


Yang benar,

*nama tidak akan disiarkan atas alasan tidak mahu dibaling cat merah didepan rumah pada keesokan paginya*.

Untuk entah keberapa kalinya aku telah termakan sumpahan sendiri. Dulu aku kata, tidak mahu kerja yang beruniform. Tapi sekarang mesti beruniform segak dan kacak. Itu termakan sumpahan pertama. Sumpahan yang telah termakan sendiri kali ini, berkaitan dengan kerja pula. Dulu beriya2 aku mengelak tak mahu jadi auditor yang cantik (‘cantik’ adalah pemanis ayat sahaja) sebab sudah boleh membayangkan betapa tidak voguenya bila kena balik kerja malam, mata punya eye-circle yang malap, tiada istilah weekend dalam hidup aku sebab every weekend is weekdays mesti kerja jugak. Wadetut. Tapi lagi jauh aku lari dari benda itu, lagi dekat dia datang menyentuh hati aku. Ayat stok nak jiwang bagai. Lempang karang. Ah persetankan! Tapi tengokla wahai sekalian alam, kini aku sudah kerja macam apa ah tidak tahu mahu bagi perumpamaan bagaimana lagi. Bukan lagi katak di bawah tempurung. Bukan juga bagai bulan jatuh ke riba. Lagi terpesong. Ah Tiada kata.

Kerja balik tengah malam di kala bulan sudah nak masuk tidur, di waktu orang lain sudah berjaya membuat anak, di waktu tikus mula melakukan kerja2 pembersihan stok lebihan makanan di dapur. Weekends juga kena kerja apakah nasib gua bagai jatuh ditimpa durian tergolek2 pula di kaki bukit. Weekend itu bermaksud waktu couple2 hot zaman sekarang pergi berpacaran tanpa pengetahuan ibubapa, waktu ibu tunggal membawa anak perempuannya menonton Alice in Wonderlands, waktu ibu dirumah menghidupkan suis vakum mahu sedut abuk di penjuru ceiling rumah, dan paling penting, waktu aku berpeluk2kan dengan bantal busuk aku. Damn. Masa bermanja2an aku dengan bantal itu, arghhh usah dikenang lagi. Alahai omakkkk kawinkann akuuu. Lepas kawin malas nak keje. bontot sudahlah leper duduk atas kerusi 9 jam. Perut pula sudah mula kembung akibat kurang kencing. Apasal tutup hidung?? Jentik kang.

Tapi ini serius lagi nyah. Walau aku perlu kerja lebih masa, its good to know as this far,aku tak pernah lagi stress bagaai sebab rasa seronok buat kerja lebih and most importantly, get paid even more! Yahoo.!! Kesimpulannya, wang saku akan bertambah, dan oh ya, nafsu juga bertambah melampau lampau ;p . Dan penyakit juga bertambah dalam kadar yang lebih cepat. Haha.

Ini sudah sangat merapu bai. Lebih baik aku merendah diri. Bukan, bukan itu. Lebih baik aku mengundur diri sebelum mendapat penerajang maut kuasa bimasakti dari blog sendiri. Blog zaman sekarang juga sudah pandai mahu jadi si Tanggang. Tidak kenang jasa. Bagai Kacang Ngan Yin lupakan logo ibu jari besarnya. Ah, dengan ini aku sumpah kau wahai belog menjadi kerusi roda. *Tringgggggg~*


3 comments:

.rafiq. said...

haha
hampir tergelak gua membaca entri lu yang gila ni
bagai terputus urat kentut gua menahan ketawa
ah tidak sanggup lagi gua berkata-kata

adil said...

aduh kawe pun same,hehehe

Anak Perak said...

aku baca 2 komen saja, jangan romen dah rasa lawok