KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, March 27, 2010

cinta siapa?

sejak sudah dapat pegang duit sendiri ini, rasa tanggungjawab makin berat. haruss makin berat kauuu...duit syiling makin banyak. tiap tiap malam nak guna telefon emak di kampung guna public phone Taman Pulai Jaya depan kedai topup belok kiri lepas simpang pertama tu. ofkos poket makin berat. macam ini baru boleh jadi tokoh anak mithali peringkat kebangsaan. nak jadi tokoh Maulidurrasul asyik tidak kesampaian saja :(

dulu masa belajar adalah waktu paling bahagia sebab dapat jadi perempuan pengikis paling berjaya atas muka bumi ini. duit biasiswa JPA dah dapat, campur pula duit biasiswa zahir dari penaja utama ibu dan abah, iaitu wajib dapat. bila ditambah tolak darab bahagi punca kuasa dua dan logarithm kan, maka terbentuklah satu institusi pembaziran dimana kekerapan keluar dating meningkat sebanyak dua kali ganda. kalau biasa dating 2 minggu sekali, bila waktu klimaks punca pendapatan meningkat, maka jatuh hukum wajibul ghunnah, mesti pergi dating sampai 2 kali seminggu. amalan syaitan sungguh. Astaghfirullah..:)

tetapi ingin saya tekan-tubi-lima-kali-kan disini, semua itu dulu. waktu dibawah sedar. waktu tak sedar diri anak pungut. eh salah. waktu tak sedar diri duit sebenarnya susah nak cari. bukan senang macam dibayangkan. bukan semudah ABC. bukan semudah gores dan menang dapat percutian ke New Zealand. bukan semudah gelek goyang gerudi. ah susah memang susah. sekarang sudah dewasa, sudah merasa kerja sendiri, sudah merasa peritnya bekerja lebih masa, sudah merasa aduh susahnya nak dpatkan duit RM2k++ waktu sekarang ini. sudah merasa sebenarnya gaji besar mana pun tidak akan cukup. gaji makin besar, nafsu makin besar.

makanya atas kesedaran nasional itu, aku secara penuh wawasan, telah mempertingkatkan mutu hidup sendiri dengan memperuntukkan duit secara rasional. bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk keluarga yang berada dikampung. entri ini saja untuk berkongsi cerita, sebab tak mahu ada manusia lain yang sering lupakan ibu bapa bila gaji sudah besar,, bini sudah ramai, ibu bapa dan adik adik dikampung dibiarkan makan tanpa pinggan. *perumpamaan ini harap diabaikan kerana tidak mencapai mutu piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka.*

dulu waktu belajar sudah puas aku habiskan duit ibu dan abah. bukan guna untuk beli buku atau bayar denda perpustakaan. tetapi untuk pergi dating dan membeli belah gaya Paris Hilton kelas bawahan. bajet bapak ada buat bisnes hotel. padahal bapak aku banyak lagi nak tanggung adik adik dirumah. berderet macam keretapi KTM Kuala Lumpur-Johor Bahru. ada 12 orang nak kena tanggung. nampak tak betapa sesak nafas mereka nak keluarkan duit untuk anak anak sendiri.

sekarang ni aku nak tanggung diri sendiri dengan gaji macam ini pun rasa sebak. eh tak. sesak nafas. baru seorang diri! belum beranak pinak lagi. peh. bawalah daku pergi, dari derita ini~~ tiba tiba nyanyi lagu stok SinarFM sebab nak rasa retro kembali ke pangkal jalan. ah tiba tiba je kau.

jadi apa yang dapat aku simpulkan disini, bila dah rasa pegang duit sendiri, dari titik peluh sendiri (walaupun kerja dipejabat ada aircond agak susah mengeluarkan peluh), ingatlah orang yang tersayang. jangan bawa kereta laju2. nanti kena saman polis, duit dah luak sebab kena bayar saman polis. buat apa kau membazir bagi duit kat polis? sedangkan ibu bapa dan adik adik dirumah lebih memerlukan. dramatik sebak kan ayat aku. oh well...

tak perlu bagi banyak. cukupla jika setiap bulan gaji, belilah sumthing untuk family sendiri. beli biskut beras wang wang di Giant harganya baru sepaket RM3.85. mesti adik adik teruja sehingga kelu tak terkata. padahal baru biskut wang wang bin bin. belum lagi kau belikan DVD original Adnan Sempit. pasti mereka tidak lupa jasa dan budi baik kau sebagai seorang kakak atau abang yang sangat memahami jiwa muda mereka. untuk ibu bapa pula, jangan lah derhaka tidak mengenang budi sangat sampaikan mereka pun kau belikan biskut wang wang. belikanlah sesuatu yang mereka suka. contohnya, macam ibu aku suka makan kacang. maka, belikanlah kacang cap Ngan Yin di Giant yang baru bernilai RM3.95 sen itu. kalau macam abah aku pula mengidam Toyota Camry sebijik, disebabkan aku tak mampu belikan itu sekarang, aku hanya akan pergi ke Toyota showroom dan ambilkan dia satu pamplet Toyota Camry, bawa balik dan tunjuk pada dia. eh nampak tiba tiba abah sebak. untuk lebih nampak kacak dan extra sebak, aku printkan gambar Toyota Camry dari internet saiz A3, gulung dan ikat reben, dan beri kepada abah. dan oh, abah lebih sebak memikirkan perihal anak daranya yang bijak dan hensem ini. *ini drama sahaja* dan sebenarnya, aku dah sikit2 simpan duit sebulan RM20 untuk belikan abah kereta itu. siapa yg dah tau ni, diam2 jangan pecah rahsia pada abah aku. takut beliau tambah sebak. tsk.

kesimpulannya, bila kita nak balas jasa ibu bapa, tidak semestinya kita mesti bagi duit yang banyak pada mereka tiap2 bulan gaji. cukuplah sekadar membantu apa yang patut, tidak lupakan mereka setiap kali kita dapat gaji, beli dan berikan sesuatu yang affordable biar sesama keluarga kita merasa hasil titik peluh kita bekerja. kalau dulu kita dah habiskan duit mereka, apa salahnya kali ini kita put aside sikit duit untuk belanja mereka. tak perlu berbelanja lebih, berbelanjalah di Maslee, jiran saya!

itu kalau kita cintakan ibu bapa dan keluarga. tapi macam mana nak balas budi kepada alam sekitar, jika kita cintakan alam sekitar? senang. support Earth Hour. tutup lampu selama sejam. malam ini sahaja. tapi tak perlu tutup tv. untuk siapa siapa yang nak tengok AF8. tolong sokong kempen ini jika kau mahu hidup lama. dunia dah makin panas wehhh!!


3 comments:

Db Cooper said...

hahaha... jimat2 la beb

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

aku ade petua bijk berbelanje
ko kne blnje shari rm20 shari
tmsuk la mkn minum pkai topup
stiap hri
jgn lebih dn jgn kurg
ko tgk ko akn gune rm600 je sbuln
yg lebih ko bleh simpn dn buat stok emergency.

AmalinaOmar said...

aku tgh jimat cermat ni beb.
rafiq, ko memang seorang lelaki berdahi licin yang baik. apakah?