KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Friday, February 26, 2010

kalau rindu hantarlah poskod.

its been a while since i last updated.
i have much to share but still couldn't find the time to write.
ehem ehem. orang dah kerja, malas ah nak cakap kededikasian aku itu.

to start with, cerita sedih.

a friend of mine, Intan Suryana, 23-yr old mother, have lost her 6 month old son last tuesday. baby hanya 6 bulan. dan anak sulung. my friends and i decided to pay her a visit. perhaps it could release herself a bit though i noe it was hard. as we are still young, its been a tough condition to dealt with. . words seems inadequate to express the sadness we feel. to Intan, if you are reading this, be strong dear. we are deeply saddened by your loss. Although it's difficult today to see beyond the sorrow, may looking back in memory help comfort you tomorrow.

berubah emosi ke sesuatu yang lebih menterujakan.

kesian blog sudah tidak diberi makanan batin. maaf ya, aku tak sempat. gaji belum ada, makanya aku belum mampu beli broadband. kalau balik kampung hujung minggu pun, baru on laptop, sudah kedengaran sayup sayup suara abang fesbuk memanggil. baru nak update status, belum sempat mahu menaip, anak saudara sudah tarik2 baju aku mahu ajak beli keropok durian di maslee. macam mana? sebab itu kita kena tabah dan berlapar dahaga. kita kan umat islam. puasa itu wajib hukumnya di bulan ramadhan.

hey sejak kebelakangan ini, aku selalu rasa semacam. semacam yang macam mana, aku tak reti mahu terangkan. contohnya macam inilah. dalam previous post aku, ade beritahu yang aku tak suka kerja yang perlu pakai uniform. tapi sekarang, aku dapat kerja yang perlu pakai uniform. sekarang ini, aku nak beritahu pula yang sebenarnya aku paling menyampah subjek costing masa belajar kt uitm dulu. tapi sekarang aku kena pula attached in costing section. kau nampak tak hidung aku dah berdarah sebab menyesali perbuatan keji dahulu. tsk. *imej tunjuk hidung berdarah tidak dapat dipaparkan kerana dianggap tidak suci* sungguh aku pelik dan hairan, kenapa aku. kenapa costing. kenapa aku. kenapa costing. kenapa aku. kenapa costing. ok anda boleh ulang lagi jika suka. lagi lima belas kali pun boleh.

tapi aku bukan mahu mengeluh. aku boleh saja terima kenyataan ini. fikiran aku rela dinodai dengan ilmu ilmu costing demi pekerjaan tercinta kali ini. cuma isu yang mahu dibangkitkan disini, ialah aku mula sedar kalau dulu kita benci sesuatu, kau lari jauh mana pun, mesti benda yang kau benci itu datang balik dalam hidup kau. setaksuka taksuka kita pun pada sesuatu, one fine day, kita akan dapat apa yang kita taksuka itu. patut abah aku selalu pesan, jangan benci orang. cis baru aku sedar rasionalnya disitu.

masa belajar dulu, subjek costing aku tak pernah cecah A. nak ke aku paparkan transkrip degree aku dekat sini?? mahu terkebil kebil mata kau tengok result aku yang mengancam jiwa tu karang. cukupla kau tahu, costing bukan subjek pilihan aku. aku ingat ada sekali waktu kelas cost accounting, lecturer itu baru dan masuk2 saja suruh kami cari material untuk assignment. aku pun dengan semangat wirawati, pergi library cari buku costing dan bacalah dengan tekun. padahal sebijik haram aku tak faham. tapi demi menunjuk kebaikan dan kesungguhan pada lecturer ( konon konon first impression lect tu terhadap aku akan bagus), aku pun ligat cari soalan nak pegi depan tanya dia. tapi aku tak tau ape nak tanya. at last dapat juga. aku pun cakap dengan kawan2,

"eh sekejap tau. aku nak gi tanya puan soalan"

kawan kawan tengok aku dengan menggiurkan,

"apsal gerek sangat kau awal2 dah ada soalan"

aku tak jawab, aku blah ke depan dengan konfiden.

"puan, increment ini macam mana ya?"

puan tengok aku dengan yakin. hati aku dah berombak2 sebab bangga ni.

" awak boleh cari dalam dictionary."

simple tak jawapan puan tu. simple tak. sebelum blah dengan jayanya, aku pijak kaki budak lelaki yang ada sebelah aku waktu tu, sampai putus jari kaki dia. geram. malu.

tiba tiba aku rasa bodoh. bangang bebenor pegi tanya maksud increment buat apa. nampak sangat ketandusan idea plus publisiti murahan nak buat soalan yg logical dengan cost accounting untuk ditanya. kau ingat ini kelas english ke apa syaitooon.

sejak itu, aku memang terus rasa ah bangang costing memang membunuh. tiap kali exam paper costing, mesti mahu duduk dekat dengan Dian sebab perempuan ni maha hebat costing dia! gila praktikal minachi ni. kalau kelas costing, kau boleh letak dian depan kelas dan suruh saja die kira apa, kau hentam saja soalan apa, mesti dia boleh jawab. siak, aku kagum.

demi costing, aku kena lupakan fesbuk, blog, keropok durian, dan masa berlibur aku. sungguh aku punya beriya2 kali ini buat costing. macam sibet.

aku rasa kena cari terma baru untuk keadaan ini. contoh macam karma. karma ialah macam balasan iaitu what goes around comes around. kurma ialah sejenis makanan berbuah. kamar ialah sejenis tempat paling indah untuk meniduri. kamir ialah sejenis objek matematik yang dipanggil kamiran dalam subjek Matematik Tambahan. kumar ialah pemandu bas sekolah di sekitar skudai johor. karim ialah pemilik kedai runcit yang berbangsa India muslim di kampung aku. jadi apa kita patut berikan nama dengan keadaan ini; "kalau kita taksuka sesuatu, benda itu yang kita akan dapat suatu hari nanti" ? cadangan aku: KAROM. tiada kaitan. dah, anak murid semua boleh balik rumah sekarang. babai.

*costing betul buat aku gila*