KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Thursday, January 28, 2010

kerjaan donk!

hari ini telah bangun dengan semangat baru. hari hari pun bangun dengan semangat baru. tapi hari ini lebih beriya iya dari semalam. my oh my! finally i got a job, man! eh belum confirm. sebab tadi baru saja pergi medical checkup. tidak tahu samada keputusan memberangsangkan atau menggersangkan. kalau betul, esok akan dapat panggilan dari syarikat itu. once confirmed, baru aku boleh nyatakan tempat kerja baru aku.


dan kalau ini betul betul bukan cobaan bahawasanya aku dah diterima bekerja, itu menandakan satu azam tahun 2010 aku telah tercapai. iaitu untuk mula bekerja pada bulan feb2010. CHECKED! yo semangat yaww. tapi dengan penerimaan aku bekerja disitu juga menandakan bahawa aku telah memecahkan perjanjian damai antara diri aku dengan diri aku sendiri (walaweh. apakah??) sejak kecil lagi untuk tidak bekerja di tempat yang memerlukan aku memakai uniform. ok, VOID agreement! demi kerja yang aku idam idamkan selama ini disitu, aku sanggup. mahu taknya, sedang tidur malam pun termimpi mimpi. apatah lagi ketika sedang memukul kanak kanak tidak bersalah. saja mahu tunjuk aku violent. padahal tidak.


sebab itu dari dulu sampai sekarang, memang aku percaya bila kita bencikan sesuatu, makin kita lari dari dia/beliau/mereka/itu/kata-ganti-nama-ketiga-yang-selebihnya, semakin itulah dia mendekati. maksud aku macam inilah. aku sudah set mind tidak mahu kerja yang perlu pakai uniform. konon konon boring dan tidak vogue atau bergetah. tapi tiba tiba sekarang ini dapat pula kerja di tempat idaman tapi perlu pula pakai baju unifrom. bangga tak. sadis tak. dah dah, lap hingus tu. tak payahla beriya iya kelapa sangat. takdelah sedih sangat.


tapi tak mengapa, aku rasa perlu tukar mind setting yang baru. iaitu bila kita kena pakai uniform, dengan tak sengajanya, tidak perlu invest banyak dalam membeli baju baju yang melanggar hukum alam. selain itu, wang saku juga boleh disimpan dan akan mengalami kadar tumbesaran yang cepat, jadi mungkin dalam tahun ini juga, akan tercapai cita cita untuk berkereta kuda unicorn berwarna putih bertanduk tengah. ah, mahal tu. mana mahu cari ya? siapa siapa yang ada kenalan supplier kereta ini, boleh hubungi ibu mertua aku.


mahu beli kereta mahal, mahu kahwin cepat, perlu duit yang banyak. maka, bagus yang amat bernas bila kena kerja pakai uniform. ada penjimatan transaksi disitu. tapi dengan syarat, duit lebihan gaji itu tidak disumbangkan kepada sumber sumber tak berfaedah seperti dengan membeli 5 bungkus keropok durian pek besar 500gm berharga RM1.20 di Maslee atau RM1.45 di Giant. anda pembeli bijak, bandingkan harga, kawal lemak, dan kurangkan inflasi.


oh ya sebelum terlupa, bagi siapa siapa yang telah wish me luck the other day on my interview, sila tinggalkan alamat anda di peti simpanan komenromen ya. aku mahu poskan sebakul terima kasih atas ucapan kamu kamu yang telah membuahkan hasil itu. kalau mahu lebih romantik, aku akan kirimkan ucapan itu di angin lalu sahaja. :)

2 comments:

.rafiq. said...

ok cantik.
cukup buln dah boleh belanja aku mekdi.

AmalinaOmar said...

time kasih rafiq. aku tau pujian kau ikhlas. terima kasih daun ketum.