KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Wednesday, January 6, 2010

tak kisahla walau tak teruja.


nampak sangat kan 2010 tak menjanjikan apa apa yang gembira untuk aku. sebab aku sikit pun tak rasa teruja. of what ive been passed through for the past 2 months, i never feel the excitement counting down the days way to 2010. masa malam new year tu, aku tak heran pun orang lain main mercun sampai bergegar besi tingkap bilik aku yang dah uzur ni, tak ada sedikit pun rasa cemburu yang membuak buak, tak tergugat pun iman jiwa dan raga aku yang goyah ini. eceh, sebenarnya memang sentiasa ada rasa mahu melastik orang yang main mercun malam tu. ok, aku jeles.

malam new year, sibuk study konon2 esok nak pergi interview. bapak semangat satu malaysia ah aku study. esoknya bila pergi interview, tanya soalan macam bual kat kedai kopi setarbak. siap boleh angkat kaki letak atas kerusi duduk terkangkang macam nyonya kalah judi. peh. maksudnya, sia sia lah pengorbanan malam tahun baru aku, menghamba-abdikan diri ke internet mencari sumber sumber ilmiah?? takdemaknyanya. haa tengok tengok. sampai tersalah taip, ngumpat nyonya punye pasal. aku cakap, takde maknanya nk sia sia sebab kalau pun ada masa, aku takkan pergi punya celebrate new year. sebab macam takde motif pembunuhan yang boleh dikenalpasti. baik duduk rumah dan makan keropok durian sambil menonton siaran ulangan Jangan Lupa Lirik untuk yang ke 54 kalinya, itu lebih sihat mungkin.

oh bercakap tentang interview, itu adalah faktor utama keruntuhan rumah tangga artis di zaman ini. sial. macam PUBLIC phone SPEAKING. cakap nak macam nas terjah melodi. gila kentang. dah dah cukuplah mencarut. mari kembali ke alam nyata.

aku cuma nak cakap yang sebab utama aku lama dah tak update blog kerana pergi interview kerja. minggu ini saja sudah 3 interview. maklumlah, buah anggur dan tembikai kacuk biawak i dirumah ini sudah tidak berapa menjadi pertumbuhannya, makanya i kenalah cari kerja lain ok uols. bagi peminat yang tertunggu tunggu keupdatean blog i, ouch dada i terharu-maru, uols! *geli halkum*

hari ini sudah masuk hari ke enam kita di tahun baru. semua orang sibuk beli baja sebab mahu menanam azam baru. tapi tidak bagi aku. oleh kerana kekurangan duit untuk menampung pembelian baja untuk menyuburkan azam baru, aku rasa lebih elok aku recycle saja azam azam lama yang semuanya masih tidak tercapai lagi. jangan tanya apa azam aku. itu rahsia sulit negara. kalau sudah pecah rahsia ini, aku bimbang osama laden akan datang mengebom kebun tembikai kacuk biawak aku di dusun belakang rumah nuun disana.

hum. tahun demi tahun, aku tak kahwin juga. eh dah kenapa aku cakap begini pulak. kalau sudah kena lempang oleh diri sendiri, jangan tanya kenapa. tahun demi tahun berganti, aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku. cuma yang pasti, akan berusaha ke arah mencapai sesuatu yang lebih baik. mudah mudahan.

tahun ini 2010. perasan atau tak, kita makin hampir dengan wawasan 2020. lagi 10 tahun. sebenarnya aku tak teruja sambut tahun baru 2010 sebab aku mahu simpan perasaan teruja ini untuk tahun baru 2020 nanti. jangan tanya kenapa kalau tak mahu dipukul di betis. kau ingat tak masa aku sekolah tadika dulu, masa kau kau dan kau sekolah tadika dahulu, semua orang mesti ada masuk pertandingan mewarna kan. dan bila tajuk besar pertandingan mewarna itu ialah 'WAWASAN 2020' , lukisan yang diberi mesti ada gambar skyscrapers buildings, gambar rumah yang cantik2, dan yang palih memberahikan, dari tingkap rumah kondo tingkat 14, sudah boleh nampak kereta terbang lalu disebelah tingkap. gila ka, i tell u! kereta terbang la wehh kereta terbang! aku teruja gila mahu memilikinya suatu hari nanti. aku sudah mula menabung dari sekarang kerana nilai pasaran kereta terbang dianggarkan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. hanya budi dibalas budi. entah apa apa.

itu yang aku fikir, agak agak dalam masa 10 tahun ni, dapat ke kita tengok kereta terbang yang diwarwarkan dahulu bisa wujud?? dem. kalau tidak mustahil, aku mahu letak downpayment sekarang! errr..RM2.50 cukup tak? (",)

sudah penat mencarut barut, aku mahu jadi seorang yang berwawasan sekarang. sehubungan dengan itu, aku ingin ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang boleh baca tulisan aku ini, sempena tahun baru yang mulia. jaga tahun 2010 jangan di cacat cela. semoga kita menjadi seorang yang lebih baik dari hari semalam. yang penting, mulakan tahun baru dengan hidup yang baru, tinggalkan cerita semalam dengan memaafkan kesilapan lalu dan memberi ruang pada sesuatu yang baru yang lebih baik untuk diri kita.


one step forward, together we malaysian!

No comments: