KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Monday, January 25, 2010

potong potong potong.

apebenda seh streamyx ni. jangan la bagi aku memperkatakan sesuatu yang hina terhadap kau. aku rasa seperti dihina lah begini. aku tengah syok layan entri touching ini, bila sedikit lagi cerita mahu sampai klimaks, air mata pun sudah tertitik sedikit, kau pula tiba2 disconnect. ah cabai! (ini bukan mencarut. ini sejenis sayuran pedas) kau faham tak apa yang aku rasa sekarang. dari elok hingus mahu menitik membasahi bibir, tiba2 tersedut balik hingus2 jernih tu ke dalam rongga hidung aku. sebab kau lah streamyx. potong stiem ah! sebenarnya apa masalah kau? talk to the hand la wehh. berani? grr.


berbalik ke topik yang lebih serius.


umum sudah sedia tahu atas mangkatnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah. semoga roh Almarhum dicucuri rahmat hendaknya.

sebagai anak jati Johor sendiri, aku bangga aku ada blog sendiri walaupun tidak ramai mana yang tahu. bagi aku, ini satu kepuasan. bercakap dengan blog adalah satu kepuasan. tapi sebagai seorang blogger, it is with greater regret, sungguh aku malu dengan sesetengah blogger yang patut dikecam sebab berbincang tentang sesuatu yang serius yang beliau dan orang ramai tahu, itu adalah risiko untuk bercakap tentang hal2 sensitif dan kamu pun kurang arif tentang hal-hal sebegitu. antara berita yang kurang enak yang mengganggu sikit perjalanan minda aku hari ini dan semalam, perihal seorang blogger yang mempermainkan institusi pemerintahan Raja dan Sultan Johor. sungguh kurang arif. kan sendiri sudah buat susah. kenapa mahu cari malapetaka. pelik aku.



dah. dah. kenapa tiba tiba aku bercakap macam orang berilmiah banget ini. eh mestilah, orang kutuk negeri kita. mesti tak suka kan. contohnya, orang kutuk bulu kucing kau tak gebuss banyak kutu, kau marah tak? dah, ngaku aje kau marah sebenarnya. babai.

4 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

aku mana ada kucing. anjing lagi takde. tapi sape kutuk negeri aku mesti marah juga, agak serius aku ni.

AmalinaOmar said...

aku dah dapat agak tengok gaya kau berjalan, sudah tau kau serius.

Razman said...

aku tak marah pun kalau orang kutuk ko.

AmalinaOmar said...

tapi aku marah kalau orang tak kutuk kau. macam mana ni wehh?