hari ini pagi pagi lagi aku sudah malu kepada diri sendiri dan orang kampung. pihak sekolah telefon rumah, mahu bercakap dengan aku. tetapi adik aku yang serba bijak pandai macam nak kene siku saja mukanya itu pergi beritahu cikgu yang telefon itu '' Oh maaf cikgu, kakak saya masih tidur.'' woi kau tahu tak perangai macam haram pukul 11 tak bangun lagi dan apabila kantoi muka telah birat sendiri. birat tu macam warna biru lebam tahan nafas. dem. last last aku siku juga perut adik aku tadi sedikit. sedikit saja.
taktahu macam mana nak gambarkan perasaan gemilangnya hari ini. peh ape siak 'gemilang' tiba tiba (menjelir lidah). maaf, ini tindakan refleks tangan aku yang sedang menaip ini. ulang semula ayat dengan penggunaan tatabahasa yang betul akan lebih baik, mungkin.
taktahu macam mana nak gambarkan perasaan gemilangnya hari ini. eh gemilang jugak yang keluar. sukahatilah naaaak. nasib baik gemilang. bukan gambang. baca betul betul. itu huruf B, bukan P. dilarang mencarut di waktu senja.
tadi telah kesekolah menguruskan proses memindahkan adik ke sekolah lain. aku terpaksa buat muka kontrol cun tidak hengat bila saat tayar kereta mencecah garisan kuning pemisah sekolah itu dengan jalan raya besar. (ayat macam haram). woi woi itu sekolah yang aku pernah jadi guru sementara dulu. memang harus aku kontrol cun. ape kau susah. (tiba tiba)
sebenarnya aku sudah mengeset (kata akar 'set') minda aku supaya bersembunyi di dalam kereta ketika budak budak pulang sekolah pukul 145 tadi. tapi macam tidak ada motif pun. tapi sebab adik aku mengada ngada nak teman nak kene dukung nak kene terajang baru nk pergi jumpa cikgu cikgu dia, aku kena tukar plan awal tadi. maka keluarlah aku daripada kereta, dan seperti yang dijangka, aku diserbu pelajar2 ini. yang juga bekas student aku. fasha sanda kalau tengok keadaan aku tadi, bagai gula dihurung semut, mesti beliau menjelesi. maaf fasha, aku bukan mahu berlagak. ;p
i rasa macam miss world tadi nyah. babai sana babai sini. senyum sana senyum sini. bila balik rumah muka sudah tegang sebab telah senyum 3 jam tanpa henti. macam sultan berjiwa rakyat pun iya. begitulah aku. weh boleh ke aku buat perbandingan begini. tidak akan disaman kah?? harap akan tidak. kerana ini adalah contoh yang baik.
melihat budak budak yang dari dulu sampai sekarang masih mahu lagi jumpa bertegur sapa berbual dengan aku dan panggil aku cikgu, benda ini mewujudkan perasaan yang susah nak digambarkan dengan kata kata. biar orang cakap aku hati tisu ke hati kaktus ke, aku tak heran. dan paling tersentuh, bila ada yang berselisih dengan aku (yang sah sah tadi cuma pakai baju biasa bukan baju kurung macam cikgu mereka yang lain) dan cakap 'Assalamualaikum CIKGU' tunduk senyum, woww what a feeling! tersentuh gila hati. they did remember me, and what counts afterall, they respects me for so long. hebat kan perasaan aku. hebat sebenarnya bila kau ada peluang untuk rasa diri dihormati. dan ya, diingati juga. hebat sebenarnya bergelar seorang cikgu. :)
4 bulan plus plus saja aku berkhidmat sebagai cikgu ganti disitu, tapi aku rasa kehadiran aku yang sekejap itu sangat signifikan dalam ingatan mereka. impak yang besar (mungkin). sungguh aku rindu mahu kembali ke situ. tapi atas sebab sebab yang musabab (apakah??), aku kena bertahan dengan gagah supaya tidak termakan pujuk rayu masuk ke situ semula. walaupun ramai yang mengharap aku balik. wehh teruja tahu teruja!! siapa tak teruja bila orang mahu kat kita. haha. kadang kadang benda ini yang buat aku sedar, orang cuma akan menghargai bila sudah merasai kehilangannnya. betul, kan?
its just undeniable people, that i love my life back then when i was there.
SUMPAH AKU RINDU SEKOLAH, PELAJAR PELAJAR DAN MENJADI CIKGU!
AKU RINDU, SAYANG SEMUA.
(tutup hidung tahan hingus daripada keluar)
6 comments:
anak-ank murid kau dah jadi gila macam kau agaknya ya.
gila sikit sikit takpe. jangan terlebih kontrol cun dan hensem.
kau ni kelakar macam lahanat kau tau?
aku tgk gambar2 kau ngan student, macam sebaye je?
kau jangan nak pecah spende plak ble aku puji ni.
bye.
kau tak puji pun dah koyak. xpe sok beli baru. haha
kau pun sama lahanat macam aku wehh. wakaka.
haha....ske statement klaka thp lahanat...haha..lin, sowi coz xdpt join gi singapore
haha....ske statement klaka thp lahanat...haha..lin, sowi coz xdpt join gi singapore
Post a Comment