KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Thursday, January 14, 2010

excited mahu jadi ibu


untuk menjadi seorang ibu yang berjaya, aku mahu praktis dari sekarang. aku bakal jadi ibu. aku perlu gagah. tidak boleh cengeng. tidak boleh gembeng. tidak boleh terlalu fragile. tidak boleh terlalu ikutkan perasaan. perlu gagah menghadapai kerenah anak anak.

jangan fikir aku gelojoh tak sabar mahu kahwin dan menimang anak serta menimang bapanya sekali. tidak sama sekali atau lima kali pun. aku cuma letakkan diri aku di telapak kaki ibu. ayat ini bunyi macam tak best. bila baca sekali pandang, mesti kau semua fikir ibu aku pengganas yang suka memijak anak2. oh tidak. maksud di sini, aku cuba mempraktikkan macam mana nak jadi seorang yang berjaya macam ibu. dia gagah. dia kental. dia susah menangis. dia superwoman. dia wonderwoman. dia ada sedozen anak. aku bangga lah weh.

sudah tiba masa, aku rasa sekarang lah masa paling tepat untuk aku rampas jawatan ibu itu. aku rasa apart from being her damn evil daughter, its time for me to be a good sister as well. aku mahu jadi kakak.

menggalas tanggungjawab ini bukanlah mudah sperti yang kamu sangka. dari seorang kakak yang berperangai seperti ibu tiri kejam seperti puaka, aku cuma mahu transform kepada seorang kakak yang ada nilai murni tulus suci selalu tolong adik, ada ciri2 kaunselor yang baik dan juga seorang kakak yang cantik. ok, vote me out. tidak cantik pun. itu bergurau. ketawalah sekarang. *tidak mahu penonton berasa dalam keadaan tegang dan serius ketika baca entry ini, maka telah ambil keputusan untuk membuat lawak ringan dan bingai.*

untuk lihat adik2 berjaya, aku dah cuba kenalpasti beberapa ciri yang boleh di ambil kira dalam kehidupan seharian untuk diamalkan para kakak kakak si bongkok tiga semua;

1
jangan kuat menangis.
jika kamu kuat menangis, kamu fragile, macam mana mahu beri nasihat yang bagus dan berkesan kepada adik-adik.? baru mahu start kaunseling, air hidung sudah menitik. ini tidak boleh dimaafkan. nanti adik akan sedih dan menangis sama. dan akhirnya adik tidak mendapat input apa-apa dari kakak TETAPI cuma dapat mata yang pedih dan sembam akibat menangis keterlaluan.

2
menjadi role model yang baik.
aku tinggi pun tidak cukup, maka tidak layak digelar model. tapi untuk adik2, tiada masalah untuk jadi role model. kalau pun kamu adalah kakak yang jahat bertanduk merah selalu berbohong dan selalu pukul orang di kaki lima, jangan sekali kali tunjuk pada adik2 yang kamu ialah kakak yang jahat dan jahat dan jahat sangat. kalau kamu samseng, itu belakang kira. sendiri mau ingat. tapi depan adik2, sila bertatasusila agar dapat dicontohi.

3
perlu kuat zahir dan batin
bila adik kamu melakukan sesuatu yang mencalarkan imej keluarga, JANGAN malu dengan perbuatan mereka. aku tak pernah malu bila dipanggil ke sekolah dan dibebel oleh guru2 kerana adik bersikap begitu begini. aku percaya, bila aku malu, adik akan lebih malu. tapi bila aku gagah, adik juga akan lebih gagah perkasa. all you have to do is to be strong.mungkin ayat aku a bit confusing here and there. masih dalam usaha memperbaiki struktur ayat :) kalau tidak faham, dan untuk mengelakkan salah faham, sila tanya.

selain itu, JANGAN bertindak mengikut emosi dengan memukul adik sehingga lebam di abdomen atau sebagainya. JANGAN marah secara melulu sehingga adik terkencing ketakutan. itu tidak berkesan. trust me! be calm and strong. STRONG tahu? neil armSTRONG. boleh sampai ke bulan sebab kuat. jadi, kita pun boleh juga kan, kakak kakak semua?

4
jadilah guru kaunselor yang cantik
"kalau adik sayang kakak, adik jangan buat macam ini lagi, ya? kakak tidak pernah mahu adik2 kakak jadi begini. kakak tak kisah dengan siapa pun adik kawan, yang penting jaga diri jangan senang terikut apa yang tak elok. kalau kawan adik ajak adik lalu kat tanah merah yang lecak dan kotor, adik tolak secara baik. lepastu adik ckp dengan dia, kakak sudah pesan supaya pilih untuk lalu di jalan tar, tidak kotor dan tidak menjengkelkan. lagipun kasut aku mahal. boleh kan, adik? " sambil kamu counsel adik kamu itu, tolonglah pamerkan muka paling cantik dan manis yang kamu boleh buat. biar sejuk mata adik memandang, dan nasihat senang masuk dalam otak. tidak perlu diprogramkan lagi. ia auto-save. konsep ini sama saja dengan kau belajar dalam kelas dengan guru yang cantik, mesti lebih semangat dan senang masuk kepala kan?

5
bijak berbelanja
bukan berbelanja. membelanja, itu lebih tepat mungkin. jangan lokek untuk bawa adik ke tempat yang elok untuk berbincang. belanja dia makan. belikan dia gula gula angin untuk hilangkan rasa cuak masing2. kasi dia cool down. kamu juga perlu masa untuk calm down. jangan pula bawa ke disko atau pusat karaoke atau pasar borong pandan sekalipun. cari tempat paling aman di dunia, tempat yang kamu rasa selesa untuk slow talk dengan adik kamu yang bermasalah itu. at least dia boleh rasa tenang. dan kamu pun boleh cakap dengan relax sangat. tidak tersembur2 dan mengurangkan kebarangkalian urat marah di tangan itu timbul.

6
express your love
ini point paling penting. tapi aku telah tersalah susun dengan meletakkan point ini di nombor last sekali pula. apakah. ish. ini paling mudah untuk dipraktikkan. sebagai seorang kakak yang susah mahu melafazkan kata cinta dan sayang kepada adik sendiri, aku rasa lebih mudah dengan cara memberi ciuman pelukan dan lempangan tersasar pada mereka. persetankan lempangan itu. itu adalah cubaan kali kedua aku untuk membuat lawak jenaka. orang timur tengah selalu berkata, action speaks louder than word. aku yakin dengan itu. jadi jika jumpa adik, mesti akan salam dan jangan rasa malu untuk peluk dan cium adik di khalayak ramai. dia akan rasa disayangi. aura aura itu akan absorb dalam jiwa diorang. sumpah berkesan. kalau kamu tak pernah buat, cubalah. kalau tiba tiba adik beri amaran jangan buat begitu lagi di depan orang ramai kerana dia malu, kamu lempang saja dia dan cakap " kau ni faham ke tak yang aku sayang kau bodoh. sekarang kau pilih, nak kene peluk cium ke nak kene belasah." tapi aku tak pernah buat begini kat adik adik aku sebab diorang tak pernah tolak jika aku mahu peluk diorang kuat kuat. weh weh aku huggable tahu.


ini antara langkah2 yang aku praktikkan untuk menjadi seorang kakak yang baik dan meninggalkan bekas di jiwa raga setiap seorang adik adik aku. tapi sebgai manusia yang kurang sempurna, its not easy for me to handle this. tak semua yang aku nyatakan di atas dapat dipraktikkan dengan jayanya. but hey, at least i put some effort to make it worth a life. kan?


nilai murni yang aku nak semua tahu disini ialah, sebelum berangan nak jadi mak orang atau kata sopannya, seorang ibu, kau tolonglah buktikan dulu kau boleh jadi seorang kakak yang bertanggungjawab. lepas itu, kau nak jadi ibu kepada 15 orang anak pun aku tak kisah. boleh kawan kawan?

kalau ada adik adik akak baca blog akak, meh sini dengar akak nak cakap. akak sayang korang semua sampai putus nyawa tahu.! nanti akak peluk sorang sorang. tunggu!

4 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

aku tertarik dengan entri ini. tapi aku tak faham bab ni je. cuba terangkan sikit.

bila adik kamu melakukan sesuatu yang mencalarkan imej keluarga, JANGAN malu dengan perbuatan mereka. aku tak pernah malu bila dipanggil ke sekolah dan dibebel oleh guru2 kerana adik bersikap begitu begini. aku percaya, bila aku malu, adik akan lebih malu. tapi bila aku gagah, adik juga akan lebih gagah perkasa.

adakah maksud kau adik akan lebih gagah dengan menjadi penggagah? bukan-bukan maksud aku gagah seperti pengganas?

AmalinaOmar said...

oh bila aku baca mmg a bit confusing. wat im trying to say is this;

jangan rasa malu untuk step forward and jumpa orang2 yang berkenaan untuk setelkan kes yg jadi. kan kadang2 ada ibu bapa or even family yang refuse to show up at the school untuk selesaikan masalah anak/adik sendiri. lebih menjaga malu dan imej sendiri sampai sanggup biarkan budak tu sorang2 terkapai2 kat sekolah kene hentam dengan semua orang. maksudnya, alang budak tu dah buat salah dan malu, apa salahnya kita sama2 dengan dia untuk tanggung malu tu dan itu mungkin akan lebih bg dia semangat utk hadapi semua tu. mungkin, kan?

u geddit rafiq?

Anonymous said...

omarian yang gerek!!.. macam mane kalau diri sendiri yang bermasalah, padahal adik/abang/kakak tue mmg strong + perkasa??..

AmalinaOmar said...

ohh diri aku sendiri bermasalah wahai si anonymous. jadi aku nampaknya seperti tidak layak menjawab soalan kau ni. haha

kalau adik/abang/kakak lebih perkasa, apakata kita mintak tolong mereka saja. simple pimple!