hari ini tiada pembuka kata.
siapa nak masuk dan baca blog ini, sila beri salam pada tuan rumah.
itu kan adat, takkan tak tahu?
waalaikumussalam. *kalau ada yg bagi salam, dengar ini aku dah jawab*
malam tadi aku tidur lena dibuai laju-laju sampai pokok sena apa dalam baju itu wa yang punya. whoh best kan best kan lagu aku. perlu ke aku ungkapkan disini kebanggaan jiwa raga beta kerana melihatkan gundik-gundik beta berjaya dengan kejayaan cemerlang gemilang dan terbilang, malam tadi di AJL24.
Black, sudah tidak asing lagi dalam hidup beta. beliau adalah gundik beta yang paling manis sekali, sering membacakan pantun tak cukup rangkap untuk beta ketika beta sedang melantak dan beradu nasib (tidur).
Aizat, gundik beta yang ini sering ditugaskan menulis surat cinta bagi pihak beta untuk diberikan kepada anak-anak ikan yang beta minati. puitis dan mendarahkan hidung jika membacanya.
Faizal Tahir, gundik ini beta paling pilih kasih sekali antara gundik2 lain. ia berdasarkan seniority. gundik yang ini sering perdengarkan beta bacaan berzanji yang lemak merdu oleh beliau. insaf beta. sejuk perut beta.
Yuna, ini bukan gundik beta! ini tukang basuhkan buah anggur dan buah nanas kesukaan beta.
Beta sudah penat mencarut dan menipu siakap senohong gelama ikan duri. marilah beta ceritakan perkara sebenarnya.
.....................................................
malam tadi aku mimpi dihambat oleh ibu mertuaku. tiba tiba rasa sedih kenapa ibu mertua sanggup perkatakan itu kepada anakanda? harap harap mimpi saja. ibu mertua aku siapa pun aku tidak tahu.
lepas itu mimpi pula aku lari ke kekasih lama. taikkerbau (bullshit) sungguh. takkan mungkinlah. bai bai semua kekasih lama.
pagi pagi lagi abah pula sudah menyampaikan kuliah subuh di depan pintu bilik aku menandakan waktu subuh gajah sudah hampir bertukar kepada subuh yang lebih teruk daripada subuh gajah. subuh apakah??
hari ini bercita cita tinggi untuk menamatkan riwayat seorang penganggur berjaya di kampung telok kerang dengan melayari website2 terkemuka mencari kerja. ini kerana berlaku penyesalan dimana sedikit pun buah anggur tidak terhasil. aku kecewa lihat hasil pertanian aku tidak menjadi. manakan tidak, aku tuai benih anggur, tapi ia tiba tiba berhasil menjadi ikan selar masak kicap. walaupun hakikatnya ikan mempunyai lebih banyak kandungan omega dibandingkan dengan buah.
apa yang lebih menggembirakan adalah bila aku dapat panggilan misteri nusantara dari syarikat jepun (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab kemaluan jika tidak berjaya) menyatakan bahawa aku berjaya mengorak langkah to the very final interview session. itu bermakna aku telah disenaraipendekkan untuk merebut jawatan itu selepas menghadiri temuduga kali pertama dahulu. jadi semangat pendekar tiba tiba muncul dalam diri. mesti berjaya kali ini! tapi banyak pula perlu study. dang~ sudahlah hampir 8gb memory aku pasal finance & accounting telah dirompak dan digantikan dengan perisian lain yang tidak sepatutnya. contohnya seperti, oh! tidak perlu dinyatakan lah. cis. perlu berusaha lebih gigih. sudah tidak updated dengan FRS baru lagi. whew~ banyak perlu upgrade dalam masa dua hari.
mari beramai ramai segerombolan mendoakan aku berjaya. terima kasih (",)
*gambar tiada kaitan. tapi ada soalan; apa kaitan 'rambut yang banyak' dan 'lambat'? haha. katun sungguh. *
notakakitidakberstokin: ini post ke-100 blog aku. tiada sesiapa mahu tepuk tangan?
10 comments:
good luck weyh! :)
good luck weyh! :)
good luck weyh! :)
hanna kau kemaruk ke apa sampai 15 kali nak wish gudluck kat aku? haha. thanks to u!
gud luck la juga
hahahaha
erk888.blogspot.com
dizisgude.blogspot.com
post ke 100 ke? aku rasa nak hantuk kepala dekat dinding..
meh aku hantukkan fatul. aku pun rasa mahu head banging nih haha
ohh tukang bsh yee!haha.
wehh rambut ngan lambat sme apeee.
rambut lambat pnjg.haha~dush!
fiq: adoi. sakit fahammmm. meh sy tarik rambut awak! eh eh tibeee. haha. tak sama jugak tak sama jugak. werkkkk~
adoi...setaip post ko kalo ak xgelak, xsah...spe gundik ko yg akan menyuapkan anggur n nenas kesukaan ke mulut ko???kahkah
Post a Comment