KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, September 26, 2009

people, scarf 'tengkorak-kau' for sale!

kalau berminat, sila tengok dan terliur. saya tau ini hebat. yang cakap tak hebat, sile belahh sekarang! haha. kejam. okay, sempena ramai yang nampak teruja sehingga menitis air mata melihat saya memakai scarf 'tengkorak-kau' ini (ya, memang nama sopan ini saya yang berikan). jadi, saya buka peluang untuk scarf ini dimiliki ooleh orang lain juga. jadi, cekidaud! stok adelah sangat terhad. sila tinggalkan komen romen disini atau email ke ;
nea_malyna@yahoo.com.

ini kaler grey.
boleh jua didapati dalam warna warni kehidupan yang lain sperti:
1. MAROON kemerahmanggissan,
2. HITAM itu perrilys,
3. dan juga PUTIH suci kehidupan kita yang mencorakkannya.

*siap bagi motto taktahann..*

ini pula gambar tudung sama bagi sudut tepi pula. taktau apa motif tapi tetap mau letak juga.


baiklah, ini scarf yang kaler maroon. sangat bertuah anda kerana disertakan model sekali disini. mungkin dapat menarik lebih ramai pelanggan? haha. itu yang kita taktau. takpe, sila lihat dan bayangkan betapa manusia2 lain akan berpandangan sesama sendiri dengan mulut terbuka seluas alam melihat anda sangat GORGEOUS dalam scarf ini. iya, saya dah laluinya =p ini details scarf 'tengkorak-hayun-kau' :

PANJANG malas nak ukur tapi yang penting boleh dibuat tudung.
MATERIAL cotton kott. saya bukan tokei kedai kain yang tahu apa jenis material yang terdapat di pasaran. maaf ampun yaa..
WARNA telah dinyatakan di atas.
HARGA sangat murah iaitu RM20.00 saje. takpe, wang upah posmen yang menghantar, biar saya yang bayarkan. ini bermakna, free postage!

okay, saya tau teknik pemasaran saya tidak berapa berkesan. tapi, bila anda lihat saya pakai tudung ini, anda mesti yakin kan? jadi, sila ke ATM anda sekarang dan keluarkan duit. duit raya kan banyak. weeee =) should u have any enquiries, pls do not hesitate to email me. ceh ceh speaking seh! see u then guys!

ini yang perlu untuk masa hadapan!

senarai hitam dibawah adalah sebagai peringatan terhadap diri sendiri, ape yang perlu untuk masa hadapan. jadi kebarangkalian untuk melupai, adelah dengan kadar 0.01% sahaja. kerna jika sudah hampir terlupa, sila login ke blog kesayangan, dan cekidaud ( i learnt dis from her ) saja disini.

PERTAMA;
----------------------------------------------------------
perlu dengan tergesa2 pergi ke shah alam dua hari sebelum hari kejadian raptai konvokesyen iaitu pada 11 okt 2009 untuk memastikan saya yang pertama sampai ke tempat lap kaki "WELCOME" di faculty of electrical engineering lama (apsal bila berkaitan dengan UiTM je, tibe2 kene speaking?eh eh kata world-class university. sila bercakap inggeris dengan yakin disini). apekah motif utama perlu sampai disana seawal yang mungkin? yang pasti, aku perlukan jubah konvo saiz paliiiiiiiiiiiiiiiing kecil sekali! kan bagus kalau makcik jaga kaunter jubah tu baca blog saya. boleh kan chop kan untuk saya dgn kadar segera?? =)

KEDUA;
----------------------------------------------------------
setibanya di perairan shah alam (okay, air shah alam sangat kotor.taksuke.taksuke.taksuke.). bersambung semula, setelah tiba disana, perkara pertama yang perlu diingat adelah JANGAN MAKAN MAKANAN YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN MUDAH DI JB SEPERTI MCD atau KFC atau ROTI CANAI RESTORAN SELAMAT. ingat!! anda cuma perlu aim CARL'S JR. sahaja! yabedaaaabeduuuuuu~ terima kasih Tuhan kerana menempatkan saya di Shah Alam suatu ketika dahulu. at least, sebongak2 saya, saya tetap kenal apa itu CARL'S JR. YANG ENAK sehingga menitis ke dagu. dua ibu jari ternaik untuk mereka!

KETIGA;
---------------------------------------------------------
yang ini ditujukan khas untuk rakan kongsi gelap sehidup sematinya aku di UiTM dulu. calling for ACB8J members! dalam benak dada dan fikiran aku dah terancang, alangkah indahnya jika kite dpt meng'spend' the whole day b4 hari kejadian raptai dan pengambilan jubah konvo dengan aktiviti syaitoonn kite iaitu berkaroks dan berdansa sehingga hilang arah tujuan sepanjang malam di the mines? mari kita lihat,apa kata survey?!! --tibe2 teringat cerita ape kate survey ntahapeapedulu--. jangan takot anda tak cukup tido dan bila bangun keesokannya mata sudah kelihatan seperti beruang panda atau saudara seangkatan beruang2 di dunia, sebab kita bukan ade event best pon esoknya! cuma ambik jubah dan juge raptai konvo. ia sudah tentu tidak memerlukan kita tampil dengan menawan, bukan? lagipun, apalah guna foundation atau bedak kompak di dlm handbag jika tidak digunakan untuk menepek dan menutup cela. benar? jadi, sila SETUJU saja sekarang!

KEEMPAT;
--------------------------------------------------------
peruntukan duit menjelang hari bahagia. ceh ceh. macam nak kawen. padehal konvo sajee.

1. yuran konvo : RM 140.00 tunai (sila langsaikan esok)
2. saman parking : RM 30.00 (pakgad jahat! tak pernah nak faham perasaan aku sebagai student yang selalu menepati masa dan akhirnya tepaksa jugak parking di tempat lecturer)
3. for him : RM 150 approx. ( men's attire @ G2000. dapat ke?)
4. photographer fees : RM 150.00 ( ini wajib dokk! siap book personal photographer. betapa semangatlah saya!)
5. kasut & handbag : ini jika ada duit berlebihan. betapa aku berharap, Ya Tuhan!
6. misc expenses : RM 300.00 (buffer cash. aku tau, ini amat perlu. things are unexpected!)

Friday, September 25, 2009

aktiviti berMOTIFkan persaudaraan.

hai semua umat.
rasa macam sekejap sgt, dah habis seminggu kita beraya. by today, saya amat pasti most of ur families dah pon balik ke pangkuan rumah syurga masing2. same goes to me. sebenarnya semalam lagi they've gone off back to kuala lumpur. hati hampaaa bila tibe masa untuk mem"babai" mereka. maklumlah, dah hampir seminggu bersukacita bersama2, tiba2 kena berpisah. aduh. menggamit jiwa kecewa.duh!

but people,
as they days went by, i'm sure there are a lot of stories to share, a lot of memories to cherish. dont u? for those memories we draw, it will surely makes u smile even if u need to cry though =)

cukup dengan segala falsafah dan ayat2 emosi menggamit kalbu diatas, mari kita teruskan segmen ini dengan saya mahu bercerita perihal aktiviti kami adik beradik dan juga disokong oleh segala jenis sepupu saya juga. thanx for the support, people.ape....did u just say, u guys LOVE me? oh kalau begitu, i love u even MORE guys!!

aktiviti kurang berfaedah TAPI boleh menjana perkembangan silaturrahim antara kami:
-------------------------------------------------------------------------
1. bergambar dgn aktif dan ekstrem.
ini mungkin biasa. biasa bagi anda dan mungkin yang lain.pada zaman sekarang, cam-whore didlm family memang normal giler. saya dan rakyat jelata yang disebut seperti di atas tadi, telah dgn jayanya mengsnap gambar secara candid dan control macho/cun pada jumlah yang sangat membanggakan iaitu pada angka 350++ gambar. dan jika dimasukkan gambar yang ditangkap pada hari ini, amatlah tidak mustahil, ia boleh mencecah ke angka 400 puan-puan dan tuan-tuan sekalian.. *bangga sekali duakali* tapi gambar kami bukan setakat senyum atau bersimpuh dan meletakkan tangan di kemaluan (ini bukan lucah, tetapi mmg biasa). susah nk ckp. let the pictures do the talk. here;


* ini mungkin cukup lain daripada yang lain*

* i just love these pics*
notes to the account: jika berminat nak tgk gambar lain, sila rujuk ke mukabuku saya. terima kasih.

2. merakam video ketika sedang memandu secara berbahaya.
sebelum apa2, ini pesanan dari Polis bermisai lentik. sila jgn tiru aksi ini dirumah atau di lebuhraya kerana amat berbahaya. video2 ini dirakam ketika kitorang konvoi ke jb dan seluruh pelosok johor. rumah2 yang berkaitan, boleh mula berbangga sekarang. --ape motif??--. baikk, sbnarnya untuk menghilangkan kebosanan tahap dewa bermata lapan, dan untuk tidak mengsia2kan waktu girang riang gembira hari raya kurniaan Tuhan, inilah hasilnya. jomlah cekidaud.

*walaupon amat berbahaya bagi sesiapa yang kurang mahir, sila abaikan saja. shut up and learn!*


3. sesi burok lantak.
kami sekeluarga memang burok lantak. ade dlm satu hari tu, kita serang 6 stengah buah rumah (mesti musykil tiba2 apesal ade setengah. sebab lagi 1 umah tu xde org, jadi kita cuma menjamu mata sahaja =D ). ok bersambung, dlm 6 stengah buah rumah yang termasuk dalam target serangan pada hari itu, takde 1 pon kitorang missed melantak segala jenis kuih. lepas je bagi salam dan dijemput masuk dengan segala hormatnya, kami terus bukak telap kuih tanpa segan silu! dimanakah menghilangnya segala kesopanan dan ketatasusilaan kami? ah. sape yang bela hantu raya gaknye, smpai makan tak hengat duniaa. dari kuih yang sedap, sampai kuih yang rasa macam x ikhlas je nk hidup, kami persetankan. balun tetap balun. bila balik rumah, dalam hidung dah penuh habuk dan debu kuih juge biskut raya. patot rasa susah gilaaa nak nafas! terus rasa taik hidung mcm dah seminggu tak melombong. ish.

4. aktiviti peribadi dan tradisi.
amaran dari pihak berkuasa: jangan baca ini jika anda mengalami sindrom morning sickness (iaitu ibu2 bunting) atau kerap muntah2 atau tidak tahan godaan atau kekenyangan selepas makan. ini mungkin meloyakan.

adik-adik saya kuat kentut. maka, daripada gas ammonium itu dibazirkan begitu saja, adalah baik jika kita dapat menjadikannya sebagai senjata utama untuk serang hendap. gas ini bisa hilangkan ngantok tahu. lagi2 di musim perayaan, jalan sume pon congested cm nak mamm, ini adelah salah 1 cara yang berkesan. sila try! saya dah kene. blwekk (+_+) aktiviti berbalas kentut secara diam2 ini adalah aktiviti tradisi kami. bila seru tak senonoh datang, maka kami mula menggerakkan usus2 kentut untuk membekalkan senjata. kalau dapat yang bau ala2 je, aku tahan lagi beb. dapat yang bau payau, boleh tahan lagii. bila sampai part bau telur tembelang. peh, boleh terus koma 3 hari di tengah kesesakan lalulintas tu jugakk!!. gile bongakk bau telur tembelang. sakit sial dada. terus rasa maut dah mendekat. tapi, adik2 sangat sporting, jadi saya sangat sayanggg! lakukanlah apa saja, mereka takkan marah. haha.

macham banyaaaaak lagi aktiviti kami yang berpekdah dan tidak mempunyai motif opembunuhan utama. tapi, saya dah recall dan isyarat tidak dapat diterima lagi. mungkin, lepasni kalau tiba2 muncul mentol di atas rambut saya (menunjukkan idea baru timbul yang selalu dalam katun), saya akan mengupdate lagi atau menambahbaik sajalah entri ini.

pembaca dan rakan blogger sekalian, jika anda rasa ini sangat tidak senonoh dan menggelikan jiwa, sila abaikan saja seolah2 saya cumalah tukang karut yang mengarut dan mencarut saja kerjanya. =)
selamat menyambut hari raya minggu seterusnya!

Tuesday, September 22, 2009

HARI ini betul2 JADI =)

halo semua warga Malaysia!!
pada malam raya kedua ini saya telah kembali.
ya, kembali semula dengan kegembiraan yang berganda.
walau semalam sebenarnya amat sedih dgn kejadian tak terduga.
=(

hari kelmarin harijadi saya.
yang ke-22.
i am 22.
alhamdulillah,
masih ada masa merasai apa kenikmatan berada pada tahap ke 22 ini.

tapi bukan itu yg saya nak kongsikan disini.
its just about hw sadis i was being 22 this yr.
to begin dis, i was sooo excited to celeb my bday in Hari Raya.
yes, i mean, i was hoping for a double happiness, double the excitement.
oh demmit demmit demmit. *dan mulalah menyumpah*
malam bday dah spoiled!
he spoiled everything.
okay, tapi at dis moment, kami dh baik.
sekian, time kasih.

tapi kawan2, apa yang menngujakan adalah, kek harijadi telah disponsor sendiri oleh tuan punya harijadi = SAYA!
oh gembira terharu sedih sadis kejam harok segala bercampur baur.
tapi saya ikhlas, belanja family makanlah!
ape slhnya i pecahkan tradisi 'bila-bday-kita-org-lain-disekeliling-kita-kena-belikan-atau-belanja-kek'. okay kan?

so, here i wanna say a huge thanx to my dearly brotherhood and cuzzie:
IPUD ++ RAFI ++ AJIE ++ ABANG

mereka sanggup menemani saya ke jusco semata2 mencari cheesecake di secret recipe.
ah, indah banget!



Sunday, September 20, 2009

bila izrail datang memanggil.

hai malaysia.
hai semua umat Islam.
hai para peraya sekalian.

ok, sempena raya mulia ini, ingin kususun sepuluh jari.
andai ada terkasar bahasa
(i noe who i am, kadang lidah menggerutu berbicara)
andai ada terlanjur tebiat
( i truly noe who i am, kadang perangai kurang semenggah)
oh salah2 kamu, sudah dimaafkan! =)

ok, saya dah tipu pasal tajuk entri kali nie sgt tak bersesuaian sekali. sebenarnya ape yg ingin saya nyatakan adalah, bila "seru raya" datang memanggil.tajuk yang tertera diatas adalah kesilapan teknikal. dan saya sangat malas untuk menukarnya ke bentuk yang lebih sopan dan teliti. maaf.

kalau ingat, sebelum ni saya ada ckp, oh blom ada mood lagi nk raya. tapi pagi2 tadi, bila bgn tido, tros melonjak dari katil tros mandi. apekehal nya semangat waja terus berjuang plak pepagi raya nih. jadi adalah penting diingatkan disini bahawasanya, kesyahduan pagi raya amat mendamaikan (puitis kritis sungguh). kerana? check it out babeh. im goin to list down few things yang menyebabkan raya itu meriah sebenarnya ;)

1. sambal goreng NENEK.
aduh duh duh duh. (~~goyang pinggul~~). sambal goreng nenek adalah yang terbaekk dari ladang. eh bukan, yang terbaekk di alam semesta. percaya atau tidak, suka hati kau lah. menitik air mata makk mengenangkan keenakan sambal goreng nenek. eh eh ni bukan saya sorang saja yg ckp begitu. malah, kazen2 seangkatan saya jua begitu. seperti, kak cik, afiq, bangmir, dan juga yang lain (sbnrnya ramai sgt utk dinyatakan secara meluas disini). nenek, nih amal bagi DUA IBU JARI YANG TERNAIK (mksdnya: THUMBS UP)!! *drooling*

2. dialog yang membuat aku takbur.
dialog 1: eh eh ni cikgu amal ke? ishh xknal dah wak. molek cantik bla bla bla.... (semua jenis pujian die bagi kat aku)

moral of the story: alah malas nk blagak. org memuji, kita menerima. haha. time kasih wak!
-------------------------------------------------------------
dialog 2: eh eh kurusnyaaa amal! dh macam lagi kecil dari adik2.

dialog 3: eh eh amal apsal kurus? kene buli dgn student ke?

dialog 4: eh eh amal ni diet ke? apsal makin mengecut?

dialog 5: eh xckup mkn ke? kurus la haaai. ingtkan adik ke sape tadi. tak kenal dah!

dialog 6: amal, mkn lebih sikit. dh kurus sgt nih. adik2 awak pon lagi besar dari awak.

dialog 7: keciknyee amal. bila gamba dgn afiq, paras bahu saja?? (sila rujuk gmbar dibwh)
moral of the story: ye time kasih semua. memang saya sudah kurus. bukan kena buli. bukan diet. bukan xckup makan. tapi mmg ditakdirkan i slim begini. nampak tak ketakburan berlaku disitu ;P . ok, kidding!
--------------------------------------------------------------
3. orang kata, ini REJEKI!
kalau ikot status, saya masih bujang dan muda. maka amat tidak perlu untuk menghulur angpow. tapi itu kepercayaan cina. sebagai seorang melayu, adat memberi duit raya diaplikasikan terhadap barangsiapa yang telah menerima habuan duit dari titik peluh ketiak selama berkhidmat sendiri. ok, saya sudah kerja. saya kena bagi duit raya. ini masih tak kisah lagi. tapi part paling saya KESAH, saya dah xbole terima duit raya lagi!! wuaaaaaaaa~ tapi org kata, rejeki itu ada. maka, dengan bangganya dinyatakan disini, saya telah dengan jayanya berjaya mengumpul DUA KEPING SAMPUL DUIT RAYA YANG BERISI DUIT RAYA pada hari ini sahaja. alhamdulillah. rejeki..rejeki.. saya tanpa segan silu menerimanya. terima kasih kepada mereka yang masih memahami jiwa kebudak2an saya ini. (nama tidak akan dinyatakan disini atas sebab2 keselamatan dan privasi).


*kalau harinie sudah gembira, apetah lagi esok raya kedua.
im turning 22 y'all!!

perkara yg melemahkan di alam RAYA =(

lemme highlight few things here, in case u didnt noe.

1. kegiatan melonggarkan pinggang.
ah sesi pembuatan kuih amat menyeksakan. seriously, every second it takes, im counting it down. walau telah berapa juta detik, aku tetap mengira. amat menyeksakan. bila family besar, ini yang kita perlu korbankan. iaitu risiko2 besar menghadapi osteoporosis. i rarely drink ANLENE. inilah akibatnya. sesi pembuatan kuih selama 3 hari berjaya ditamatkan dengan kelonggaran segala sudut skru di pinggang. dan alignment agak lari disitu . aduh!

2. mana mood raya ni tak sampai2 lagi??
jam menunjukkan pukul 1 pagi bersamaan 20 september 2009, iaitu mengikut kalendar islam bersamaan dengan 1 Syawal ____H. (please fill in the blank. nampak sgt aku bengap xtau kalendar islam). ohh dah raya! alalala. ni yg melemahkan jiwa raga. apsal mood xdtg2 lagi? kemana dia pergi. aduh. jangan kata xdapat tiket balik raya lagi. abes mcm mane aku nk raya sok tanpa mood raya didalam jiwa raga? ok boleh diam sekarang. banyak cekadak.

3. baju mana buat i nampak lagi vogue, nyahh?
im such an indecisive person. cuma perlu pilih, kebaya atau kurung moden? ape yg susah sgt? tapi dari td i've been spending like more than 1 hour just to pick for the right baju for tomoro. adoilaa~ dua2 pon vogue nyahh. (ok, dah perasan skarang. enough!) so, sumone has already chose for me. its the kurung moden. tengkiaw babeh! =)

4. dimana bunyi dam dam dum?
bunyi itu kian pudar di telinga kanda. ah ah. benci aku. xde mercun, mood raya pon kurang meletop. dimanakah kekanda2 tersayang dari kl yg belom pulang lagi ini? -- kekanda merujuk kepada pakcik makcik bangcik kakcik sepupu papat yang bertindak sbgai pengedar utama segala mercun-mercin di dunia ini. -- baikk, setalh mendapat pengesahan dari pihak berkuasa, esok mereka smpai. maka, jaga2lah warga telok kerang! yg pekak pasti terpulih pendengarannya. bagi jiran2 yang dah mula belagak dari semalam lagi dgn mercun2 beliau, sila berdiam diri dan simpan mercun kamu sekarang. stakat mcm bunyi kentut kucing, ape brgg bang? ahha~

5. ok, sebenarnya mcm ni...

aku dh ade baju raya! tp tudung lupa nk beli!!! arfgdhgjo;lfkdnbctudfjkl;. WTH. dem. dem. demmit. xnak raya!!

dah, sekarang kena pegi basuh muka dan sental kuat2. dengan harapan esok bangun pagi muka akan tros jadi flawless dan glowing seperti fazura. perasan nak mamp doe!
selamat hari raya to all!

Friday, September 18, 2009

org kampung xsedar diri!

gila kamikaze tajuk post aku kali nih.
perumpamaan nie bukan ditujukan kpade sape2 tapi AKU.
(perumpamaan ke peribahasa ah?) +_+
ah ah xkisahla. tp bg sape yg terasa, sila jgn perasan sekarang.

----------------------------------------------------------------------
maklumat yg diterima dari responden berbunyi begini:

nama : amalina bte hj omar
asal : KAMPUNG telok kerang.
umur : masih berdarah muda. dan menggelegak lagi
kegiatan : currently, saya bergiat dalam bidang pembuatan kuih muih raya.
------------------------------------------------------------------------
ape motif borang responden ini. aku pon xpaham. ahha! xpe,aku siap dah BOLD kan word kt atas tu, smate2 untuk menunjukkan aku mmg org kampung. tapi bahawasanya disini, kampung bukan sebarang kampung. aku org kampung yg sgt xhebat seperti jaguh2 kampung lain. dlm erti kata yg enak, aku ni jakun okay! sgt x kewl duh. (+_+)

kualiti kekampungan yg ade pd aku cumalah:
1. memandu beskal secara laju dan berbahaya,
2. memanjat pokok manggis dan rambutan tanpa kenal erti lelah (sbb aku bukanla penghidap penyakit asthma)
3. menjadikan cacing tanah sebagai kawan sepermainan walaupon beliau mmg xhensem secara lahiriah.
4. dan sbnrnye byk lagi kualiti kampung yg ade pd aku, cuma sumenye yg akan dinyatakan adalah amat x berfaedah sekali.

tapi kualiti2 warga kampung sejati yang dicari2 oleh bakal mertua2 yg ada di Malaysia adalah:
1. pandai membuat kuih yang rangup dan menjilat bibir.
2. reti masak makanan yang susah2 untuk menunjuk2 kehebatan (senang kata mudah takbur)
3. rajin sidai kain dan lipat kain. bukan takat selak kain je pandai! (ah ko gatal)
4. yg penting, bagi musim perayaan mcm ni plak, seorg wanita yg berasal dari kampung adalah amat diharapkan sgt terer bab membuat ketupat tanpa ragu2.

jadi disebabkan motif2 yg dpt dikenalpasti seperti diatas, aku telah berjaya belajar buat ketupat dgn jayanya dengan bantuan ibu terchenta (yg sebenarnya naik bengang ajar aku yg bebal nih). hasilnya, aku telah memutuskan bahawa ketupat yg aku bejaya buat ni, akan dinamakan dengan brand name aku sendiri.
dipersilakann...................(drum rolls)

1. ketupat tungkik.
(disebalik nama: celah mana ekor ketupat tu keluar, aku pon hairan. dengan xsemena-mena, aku pon memberi namanya tungkik atas muka lahiriah beliau yang kurang sempurna itu)


2. ketupat herot-herotan.
(disebalik nama: ini nak kata ketupat bawang bukan. ketupat sate pon bukan. ketupat kuda, apetah lagi BUKAN! jadi sempena ketonggekan pinggul beliau ala-ala mas idayu itu, telah aku berikan beliau nama ini. apabila alignment sudah lariii, agak senget disitu. +_+ )


at the end of the day, ibu berkata;
" amal, xpela gi buat kuih jela. kang pasni kua ketupat bentuk ape plak. org nk mkn pon xsmpai ati. dh. dh. g buat kuih eh." (dalam nada memujuk dan sgt sopan supaya aku x kecik ati)

BAIK, IBU!

Monday, September 14, 2009

siapa aku.

yang kurang ajar pada org tua,
itu AKU.

yang memberi contoh tak elok pada adik2,
itu AKU.

yang memalukan ibubapa,
itu AKU.

yang menjengkelkan,
itu AKU.

yang tidak mendengar kata,
itu AKU.

yang memberontak,
itu AKU.

yang ada ijazah, tapi BODOH,
itu AKU.

yang tak guna,
itu AKU.

yang terlalu pentingkan kawan2,
itu AKU.

yang suka tinggal sembahyang,
itu AKU.

abah ibu,
terima kasih untuk semua ini.
sangat menyedarkan.
aku tak layak ada di rumah ni.
terima kasih unutk itu.
sangat mengecewakan.

ini hadiah untuk semua.
untuk ibu dan abah.
sebagai anak derhaka, mungkin?


kesakitan sebegini xmampu melawan apa yang hati aku rasa.
aku masih ingat Tuhan.

Sunday, September 13, 2009

seriousShit.

WTF.
WTF.
WTF.

jiwa rasa memberontak.
mmg perlu memberontak.
jangan dicabar perempuan mcm aku.
aku mampu lakukan ape saja.
sampai kau menyesal, manusia.

life is fucking damn cruel.
kenapa perlu layan aku begini?
aku dah dewasa.
lihat dunia, aku dah dewasa!
berapa hari saja lagi, dunia patot lihat aku lebih dewasa.
memberi maksud disini, aku perlu kebebasan.

dis is serious. shit. i am serious.
damn it.
mcm biasa, bila disini, hanya bilik tempat mengadu.
hanya blog tempat melampiaskan segalanya.
how i wish dat sumone is here. yes, here by my side.
so i wont feel sucks.
not anymore, if he was here.

kalau bisa aku lepaskan, aku pasti lakukan.
kalau bisa aku lari, aku pasti teruskan.
kalau bisa aku mati, biarkan..
maka segala manusia akan menyesali ape yg mereka lakukan tehadap aku.
itu aku harapkan.

:: my life in misery ::

pls, treat me nicely, or else......

perasaan kecelakaan.
oh bodoh bodoh.
mmg bodoh.
apesal nk kene btau semua.
yes, E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G!
perlu ke bodohh.

kan ke dh feel sucks celaka gile babeng mcm xperlu je rase mcm ni sbb ko yg salah bongok.
itulah perempuan.
lemah.
ye, perempuan mcm aku.
apesall nk kne trase? celaka.
persetankan saje. pastu, diam.
habes cerita.

dia bukan siapa2.
eh slh.
aku bukan siapa2 pada die.
bongok.
haha.
dh g tdo.
aku benci ok rase mcm ni.

tolonglaa, treat me nicely as the way i treated u!
or else, I MIGHT GET HURT.
u dont wanna see me hurt.
u dont wanna hurt me, kan?
so, please?? can u..

Friday, September 11, 2009

motif entri ini tidak dikenalpasti.

lately ni, kekerapan berblogging amat dasyat. mesti perasan kan?
hari2 pon ade je entri baru walaupon tade motif utama dan sangat terpesong dari landasan.
nampak sgt kat skola ni dah xde koje sgt!

aduh duh duh.

bontot dah betambah lebar sebanyak 4 inci setengah sbb spjg hari pon, asek duduk kat kerusi xde span tebal nih. kalau x duduk kt kerusi, aku g tdo kt bilik sebelah. xpon, aku makan. kat bilik sebelah jugak. sangat tak berfaedah kan? persetankan lah.

aku rasa ramadhan kali nie, paling hebat dan glemer as compared to previous years. maunye, dlm 3 minggu ramadhan ni saja, aku dah memenuhi beberapa event berbuka puasa di luar dgn kawan2. itu sangat best, i tell u! ah ah best. enjoy yg penting. kekerapan berbuka di luar juge disusuli dengan kekerapan ibu membebel. apekah?? konon2 die yg berjawatan PENGETUA pon, x sibuk memenuhi undangan macam saye yg cume bergelar GURU GANTI.cis! ala saya sering persetankan saja apepon die ckp. bukan durhaka beb. cuma terima seadanya, hakikatnya, she loves nagging! but still, i LOVE her.

yang benar,
anak ibu degil sgt.
tp ibu tetap syg kan? wee~
--------------------------------------

*pstt. nape macham xde mood nk dgr lagu raya? hmm. nk nyanyi sendiri pon belom tentu sanggup nk dengar. pitching ke laut weh!

Thursday, September 10, 2009

bosan menendang2 perut.

:: kita mulakan entri kali nie dgn hidangan mata yang menyelerakan. wee~::
gambar2 yang tade motif pon sebenarnye. ni tym buka kt umah geng kapak utama.ahha.

wahai manusia sekalian alam (yg berpuasa)
tidakkah anda tahu BAHAWASANYA perut ini sedang berkeroncong lagu "joget serampang tiga mata berwarna biru".
aduh.duh. duh.

'balik nie masak megi pecah telo gred AA sebijik atas die kasi goyang punye sambil disisipkan dengan cebisan lada hijau yang bisa menggoyah iman ni, bagus jugakk..'
**hati aku berkata2 dengan konfiden sekali**
---------------------------------------------
alah persetankan.
sesungguhnya hidup bosan tanpe kawan.
sekarang ni, kawan baik aku cume kamera enpon sony ericsson k800i yang beso-gabak-smpai-tak-muat-nak-masuk-poket-sua-jeans-aku ni jela. bila ade kamera, baru idup rase menarik tertarik tergolek i memang de bomb nyahh! eh selain tu, ade lagi sorg kawan baik yg TIDAK AKAN SAYA NYATAKAN DISINI. RAHSIA!! dang~ silakan teka.

baiklah warga dunia,
w/pon saya xberpuasa, semlm saya ade berbuka puasa di rumah 1 of my colleague. eh eh mcm xsedap pulak nk cakap "colleague". kalau jawa, katakan jawa. ah ah. di sekolah, kami lebih senang dikenali sebagai "GENG KAPAK". haha. bongak okehh.
bersambung semula pasal si geng kapak yg seorg itu -- kak yana (bukan nama sebenar). anak beliau sgt kiut dan fotogenik okehh. i loike!
dahla kiut. mcm nk lempang laju2 je. pastu comel plak tu. macam nk tumbuk je.
(eh eh kiut dgn comel bukan ke satu binatang yg serupa jantinanye?baik.persetankan.)

si perempuan kiut-nak-mampos tu, reysa dania name die.
[ kak yana, ampunnnn kalau salah eja!ngee~]
adoilaaa. yang mendabel-triple kan geram tehadap beliau adelah, budak itu sgt terer mengambil gambar jugak. dush! aku tercabar. ok. ok. mari lihat gamba beliau.

* aku ajar budak beromen. matiii..nk rase pelempang kuase begande bapak beliau?? cis!*

*hey we're not trying to act cute. we are JUST cute. hadoi. geramm kan!! oh ya, gamba saye ini adelah hasil tangkapan budak kecik itu. sangat tidak mempercayai, bukan? she's adorable.*

* sila jangan hiraukan perempuan yang lebih berumur itu. dia mmg lebih kiut.ahaa~ *

* sangat chantekk dan terbaekk dari ladang. thumbs up, girls. *

* ok, sekarang dh xtau nk letak caption ape utk gmba ni. sbb dah geram sambil mgigit bibir *

*aktiviti bercioman dengan ghairah. oi i smells dirty here. HANYA dengan budak yg comel saja, ok!*

hadui. hadui. hadui.
geram ah! kan kann. sila kawal diri masing2. beliau mmg patot digerami.
sape brani ckp x cute, aku tanam idup2!

Wednesday, September 9, 2009

aktiviti rejam hidup2.


life's dull.
without colors.
life's great.
with colors.
time kasih atas segala warna =)

suke! suke! suke!
ahha. apekah??

arini semangat penuh waja pegi sekolah.
mengapakah?
oh hujan pulak kt lua bangunan burok nih.
macam mane nk g ni.
(i smell a lil bit dissapointment there)

smentara tgu hujan reda, dgn segala sukacita dimaklumkan, dah bape bijik semut aku rejam smpai mati untuk PAGI INI SHJ. jgn kate aku kejam. dah tu golongan semut sekalian, apsal ngengade sgt nk masuk dlm laptop aku. xsekolah! xyahla kott nk geget2 wire dlm ni. bongok tau. pastu mulela laptop kuakan noda2 merah mcm the matrix. oh boleh thn celaka jugaklaa..

stop biting, semut!
i DO HATE u!
shuuuuhh~ pegi.pegi.

kisah kedua:
---------------------
on my way back from skewl, di traffic light kaler merah, tym tengah syok korek idung (maklumle tak pose, mari manfaatkan besama.ok, tipu je.) ade seekor makhluk tuhan paling annoying dlm dunie tibe2 je kelepek (ini bunyi dia) atas cermin kereta depan bijik mata aku nih.
"oh bodoh". aku melatah macam ni.
tekejut! ia adelah seekor cicak. oi celakalahhh wahai kamu ya cicak!
dengan segala kudrat yg ade, aku gagahkan jua memikirkan ape nk buat ni.
hati dah kecut semacam seh. sekecut air asam boi di bazar ramadan slrrppp~ *sempat lagi*
dalam pale hoth, cuma ade 2 pilihan:

1. terus keluar dari kereta sepantas tuntas dan cekap dan tinggalkan kereta disitu dan terus berlari selamatkan diri di divider yang berdekatan. pastikan keadaan benar2 selamat dan si celaka itu telah blah, baru bole masuk ke kereta semula. oh, tapi ia akan mengganggu lalulintas. mesti org marah saya nanti sbb diorg kan nk kejar2 g bazar ramadan. konon2 takot ayam percik abis.cis!

ATAU

2. bunyikan hon sekuat hati dan simbah si celaka tersebut dengan air. kalau boleh, halau dengan penyapu lidi. jangan guna penyapu jerami. nanti senang teburai. oh tapi kalau ade lastik cicak, lagi bagus. boleh tros aim die dan tembak sekuat hati. baru die kenal siapa kita. (ni tips ke ape?) oh watever pon, saya tau saya takkan berani berkelakuan sedemikian. sedangkan nk pandang beliau pon saya takot, apetah lagi hendak memukulnya tanpa belas kasihan. cis lagi!

akhirnya, keputusn tlh berada ditgn. neither of those hv i chose. saya bertindak mengikut refleks hati iaitu: menggerakkan atau menekan dan memusingkan segala objek yang ada di sekeliling steering (ape nama bnda tu ah?). ala, yg mcam pedal panjang2 kat tepi tempat steering tu. saya bukak lampu, saya pancit air yg kat wiper tu, saya gerakkan wiper, siap buat high beam lagi. sbb menggelabah ayam sebegitu sekali, saya buat ape yg termampu walaupon agak takde kaitan. lagi best, siap bukak hazard lamp duh! entah kenapa. keco~

dan tamatnya, dari bandar pontian smpai ke kg telok kerang, yang telah mengambil masa selama 15 min (approx.), saya memandu dengan kedudukan kepala yang agak teleng ke kiri. sbb dah takot sgt nk pandangcermin atas kanan tu dimana tempat cicak tu kelepek di awal2 drama tadi. kesimpulannya, smpai hari nie pon, bahu kanan nie sakit lagi sbb tahan teleng kepala selama 15 min. amma innaporinggey. dang~

** muke budak dah takot cicak tahan je nk nanges. burok giler!**

Tuesday, September 8, 2009

hey. ade bende nk ckp!

perkara pertama:
arini aku xsekolah. mcm biase, menstrual cramp. tp musykil, nape period kali ni tlalu awal? ah. ah. persetankan. mari menonggeng bersama sama. Jom!

perkara kedua:
nk ke x jadi cikgu? masih dlm dilema. sedang enak diulit selimut tebal td, tibe2 phone ringing dn menunjukkan isyarat sekolah tepon. oh kak piah opis upenye. beliau berkata, sila amik surat sokongan waktu sekolah esok. aduh. perlu ke??

perkara ketiga:
tibe rase mcm nk muhasabah diri. tibeeeeee.. aku pon xtau nape. sbb smlm kot. aku ni phangai dhla cm ci***. mcm manela aku nk didik student aku? mcm mane nk jd role-model diorg? nk jd model pon xlepas ketinggian.ahha~ ok2 berbalik smule kepada cite td. tibe2 rase xlayak jadi cikgu. selalu bemain dlm benak fikiran. ade sesuatu yg mengganggu. mungkin personaliti aku yg kurg seswai? mungkin juga melihatkan anak didik aku yg makin rosak aku buat.?ye, mungkin. bukan cuba mempertikaikan. tp cuma menghuraikan setiap persoalan.

dlm setiap tawa aku bersama mereka, masih ade kerunsingan.
dlm setiap butir bicara untuk mereka, masih ade ketidakpastian.
pada mereka, mungkin ini biasa, cuma norma kehidupan.
tapi bukan aku.
aku mengangkat setiap nilai dalam hidup sebagai satu titik permulaan.
yang pada bila2 masa saja, bole menjadi noktah kehidupan.
think seriously, amal!
if u noe u can, then go on.
my faith on u.
ape yg pasti,
kalau sayang mereka, jgn rosakkan.
lead their way.

*post ini adelah serius. aku kerunsingan tahap maksima.*

Monday, September 7, 2009

bontot die.

aduh.
kurang sudaa pahala puasa.
tukang carut memvaviii vute.
haha.

maunye beb.
xtekejot lak daku nih bile pagi tadi encik-pemeriksa-bil-air yang gagah perkasa datang menyerahkan bil air bulan nie. apabila bil sudah bertukar servis ke tgn aku, kenyataan disitu memberi pembacaan yang berbunyi begini;

"a total bill amounting rm701.82 is yet to be received."
(baiklah, sy mengaku ayat bahasa inggeris yg mantap ni, mmg rekaan sy sendiri)

tp jumlah caj air bulan ni sebanyak tu????
ah! bontot diela.
kalaula bisa mata ini kubeliakkan hingga mengalir segla nanah dusta, pasti aku buat.
bia tesembul bijik halkum si pemeriksa bil tu sekali.
ko hengat aku nie bukak perniagaan car wash lori2 transformers yang bernama decepticons atau pon megatrons tu ke?

dah. dah. dah.
ko gi balik ibu pejabat ko, sila cek semula.
betul atau tidak.
kalau btol caj tu rm700, aku xmo bayar.
ko tolong bayar ye encik-abang-pemeriksa-bil-air!
aku nie mandi blom tentu 2 kali sehari pon, bil dah mcm aku mandi setiap kali waktu azan.
peh!

( * ini sebenarnye aku meluahkan bagi pihak bapak ku yg terchenta dan disegani, walaupon sbnarnye beliau blom tgk lagi bil tesebot. aku je yg mcm over. sekian time kasih)

Sunday, September 6, 2009

jika anda gembira, angkat kening~

JIKA ANDA GEMBIRA, TEPUK DAHI
JIKA ANDA GEMBIRA, TEPUK KAKI.
JIKA ANDA GEMBIRA, BEGINILAH CARANYA
JIKA ANDA GEMBIRA MARI IKOT SAYA
YAHUUUUUUWWEEEE~ (lompat tinggi2)!

oh dunia,
lihatlah betapa gembiranya daku.
sehari suntuk melaburkan duit kepade tokei kedai kasut.
tokei tersebut boleh digolongkan dalam kalangan orang2 yg bertuah pada hari semalam.
betuah sbb menjadi sasaran duit2 aku.
kita lihat buktinya:

hakmilik bertukar servis yg pertama.

hakmilik bertukar servis yg kedua.

hakmilik bertukar servis yang ketiga.

dan dengan gembira tahap maksima, ingin dinyatakan disini, kasut2 ni murah gilaak okeh! i bought these 3 at rm100++ saje. cis! where in the world cud u ever got these jadah semurah ini? sila nyatakan. tp menurut ibuku, ia adalah pembaziran, dan tetap dianggap mahal. nonetheless, i xkisahla mahal ke murah. yg penting hati adaaa puas juga. kali nie kire sesi pemecahan rekod batu-bata lah ni. sbb i never hv membeli kasut sebegini rupa burok perangainya. smpai 3 kasut dibeli dlm mase hanya beberapa detik saja! (ok, ini adelah penipuan. bukan detik, tapi jam). ape2lah kadokk.. aku puas dgn hari semalam. terima kasih, encik semalam! muah sikittt..*ngee*


baiklah, mari kita bercerita psal hal lain pula. sila lihat gambarajah di bwah untuk keterangan lebih lanjut.

anda nampak itu?
ye, mmg itu adelah sejenis beg plastik atau nama glamornye, plastic bag body glove.
nampak reben yg terikat sungguh rapi dan menawan itu?
eh eh apekah maksudnye itu??
(sila tinggalkan tanda tanya di dlm kepala hoth mu itu)
..............................................
(ok, sekarang buang tanda tanye tadi. mari saya beri jawapannya.)
dengan segala hormatnya, akan diberitahu disini bahawasanya,
tis wud be my 1st bday gift in advance!
saya ulangi, IN ADVANCE.
hari kelahiran saya: 21 sept DAN hari penerimaan hadiah: 5 sept
ahha~ sukenye!! nampak kegembiraan berlaku disitu.
tapi untuk lebih menge'feel' hadiah ini,
saya xkire, saya xnak bukak sekarang.
nak tau ape isinye, stay tune babeh.
kita nantikan 21 sept ini.
sambil ingin saya ucapkan, selamat hari raya yang kedua people!
ahhhhh~ aku sgt gembira.