KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Friday, September 18, 2009

org kampung xsedar diri!

gila kamikaze tajuk post aku kali nih.
perumpamaan nie bukan ditujukan kpade sape2 tapi AKU.
(perumpamaan ke peribahasa ah?) +_+
ah ah xkisahla. tp bg sape yg terasa, sila jgn perasan sekarang.

----------------------------------------------------------------------
maklumat yg diterima dari responden berbunyi begini:

nama : amalina bte hj omar
asal : KAMPUNG telok kerang.
umur : masih berdarah muda. dan menggelegak lagi
kegiatan : currently, saya bergiat dalam bidang pembuatan kuih muih raya.
------------------------------------------------------------------------
ape motif borang responden ini. aku pon xpaham. ahha! xpe,aku siap dah BOLD kan word kt atas tu, smate2 untuk menunjukkan aku mmg org kampung. tapi bahawasanya disini, kampung bukan sebarang kampung. aku org kampung yg sgt xhebat seperti jaguh2 kampung lain. dlm erti kata yg enak, aku ni jakun okay! sgt x kewl duh. (+_+)

kualiti kekampungan yg ade pd aku cumalah:
1. memandu beskal secara laju dan berbahaya,
2. memanjat pokok manggis dan rambutan tanpa kenal erti lelah (sbb aku bukanla penghidap penyakit asthma)
3. menjadikan cacing tanah sebagai kawan sepermainan walaupon beliau mmg xhensem secara lahiriah.
4. dan sbnrnye byk lagi kualiti kampung yg ade pd aku, cuma sumenye yg akan dinyatakan adalah amat x berfaedah sekali.

tapi kualiti2 warga kampung sejati yang dicari2 oleh bakal mertua2 yg ada di Malaysia adalah:
1. pandai membuat kuih yang rangup dan menjilat bibir.
2. reti masak makanan yang susah2 untuk menunjuk2 kehebatan (senang kata mudah takbur)
3. rajin sidai kain dan lipat kain. bukan takat selak kain je pandai! (ah ko gatal)
4. yg penting, bagi musim perayaan mcm ni plak, seorg wanita yg berasal dari kampung adalah amat diharapkan sgt terer bab membuat ketupat tanpa ragu2.

jadi disebabkan motif2 yg dpt dikenalpasti seperti diatas, aku telah berjaya belajar buat ketupat dgn jayanya dengan bantuan ibu terchenta (yg sebenarnya naik bengang ajar aku yg bebal nih). hasilnya, aku telah memutuskan bahawa ketupat yg aku bejaya buat ni, akan dinamakan dengan brand name aku sendiri.
dipersilakann...................(drum rolls)

1. ketupat tungkik.
(disebalik nama: celah mana ekor ketupat tu keluar, aku pon hairan. dengan xsemena-mena, aku pon memberi namanya tungkik atas muka lahiriah beliau yang kurang sempurna itu)


2. ketupat herot-herotan.
(disebalik nama: ini nak kata ketupat bawang bukan. ketupat sate pon bukan. ketupat kuda, apetah lagi BUKAN! jadi sempena ketonggekan pinggul beliau ala-ala mas idayu itu, telah aku berikan beliau nama ini. apabila alignment sudah lariii, agak senget disitu. +_+ )


at the end of the day, ibu berkata;
" amal, xpela gi buat kuih jela. kang pasni kua ketupat bentuk ape plak. org nk mkn pon xsmpai ati. dh. dh. g buat kuih eh." (dalam nada memujuk dan sgt sopan supaya aku x kecik ati)

BAIK, IBU!

2 comments:

PheCkaboO ™ said...

hak3,mal..jgn lpe anta umah aq ktupat tu.aq nk yg tungkik tuuuu bley?hak3

AmalinaOmar said...

tungkik stok sudah abes. oh sgt syg skali! cuma ade 2. walaupon mcm tungkik, telah berjaya dimakan oleh adik aku!haha