KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, September 26, 2009

ini yang perlu untuk masa hadapan!

senarai hitam dibawah adalah sebagai peringatan terhadap diri sendiri, ape yang perlu untuk masa hadapan. jadi kebarangkalian untuk melupai, adelah dengan kadar 0.01% sahaja. kerna jika sudah hampir terlupa, sila login ke blog kesayangan, dan cekidaud ( i learnt dis from her ) saja disini.

PERTAMA;
----------------------------------------------------------
perlu dengan tergesa2 pergi ke shah alam dua hari sebelum hari kejadian raptai konvokesyen iaitu pada 11 okt 2009 untuk memastikan saya yang pertama sampai ke tempat lap kaki "WELCOME" di faculty of electrical engineering lama (apsal bila berkaitan dengan UiTM je, tibe2 kene speaking?eh eh kata world-class university. sila bercakap inggeris dengan yakin disini). apekah motif utama perlu sampai disana seawal yang mungkin? yang pasti, aku perlukan jubah konvo saiz paliiiiiiiiiiiiiiiing kecil sekali! kan bagus kalau makcik jaga kaunter jubah tu baca blog saya. boleh kan chop kan untuk saya dgn kadar segera?? =)

KEDUA;
----------------------------------------------------------
setibanya di perairan shah alam (okay, air shah alam sangat kotor.taksuke.taksuke.taksuke.). bersambung semula, setelah tiba disana, perkara pertama yang perlu diingat adelah JANGAN MAKAN MAKANAN YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN MUDAH DI JB SEPERTI MCD atau KFC atau ROTI CANAI RESTORAN SELAMAT. ingat!! anda cuma perlu aim CARL'S JR. sahaja! yabedaaaabeduuuuuu~ terima kasih Tuhan kerana menempatkan saya di Shah Alam suatu ketika dahulu. at least, sebongak2 saya, saya tetap kenal apa itu CARL'S JR. YANG ENAK sehingga menitis ke dagu. dua ibu jari ternaik untuk mereka!

KETIGA;
---------------------------------------------------------
yang ini ditujukan khas untuk rakan kongsi gelap sehidup sematinya aku di UiTM dulu. calling for ACB8J members! dalam benak dada dan fikiran aku dah terancang, alangkah indahnya jika kite dpt meng'spend' the whole day b4 hari kejadian raptai dan pengambilan jubah konvo dengan aktiviti syaitoonn kite iaitu berkaroks dan berdansa sehingga hilang arah tujuan sepanjang malam di the mines? mari kita lihat,apa kata survey?!! --tibe2 teringat cerita ape kate survey ntahapeapedulu--. jangan takot anda tak cukup tido dan bila bangun keesokannya mata sudah kelihatan seperti beruang panda atau saudara seangkatan beruang2 di dunia, sebab kita bukan ade event best pon esoknya! cuma ambik jubah dan juge raptai konvo. ia sudah tentu tidak memerlukan kita tampil dengan menawan, bukan? lagipun, apalah guna foundation atau bedak kompak di dlm handbag jika tidak digunakan untuk menepek dan menutup cela. benar? jadi, sila SETUJU saja sekarang!

KEEMPAT;
--------------------------------------------------------
peruntukan duit menjelang hari bahagia. ceh ceh. macam nak kawen. padehal konvo sajee.

1. yuran konvo : RM 140.00 tunai (sila langsaikan esok)
2. saman parking : RM 30.00 (pakgad jahat! tak pernah nak faham perasaan aku sebagai student yang selalu menepati masa dan akhirnya tepaksa jugak parking di tempat lecturer)
3. for him : RM 150 approx. ( men's attire @ G2000. dapat ke?)
4. photographer fees : RM 150.00 ( ini wajib dokk! siap book personal photographer. betapa semangatlah saya!)
5. kasut & handbag : ini jika ada duit berlebihan. betapa aku berharap, Ya Tuhan!
6. misc expenses : RM 300.00 (buffer cash. aku tau, ini amat perlu. things are unexpected!)

No comments: