KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Monday, November 30, 2009

musim mengawan

hey guys.
bersua kembali dalam rancangan titian kasih meniti ke syurga episod kali ini. kita akan mengupas lebih mendalam isu isu perawan atau sawan di musim mengawan. kali ini saya bawakan seorang tetamu jemputan yang tidak asing lagi, sebab beliau memang warga asing. kita jemput naik ke pentas bakal perdana menteri kita kelak, PUAN NANAAAAA....

"hoi sape main drum cepat ketuk drum sekarang! tak saspen ah muzik latar kau"

ok dah berhenti mencarut sekarang. bukan. mengarut. para pembaca tegar sekalian, jauhi dadah. seperti dijanjikan, ini gambar hasil coretan tangan aku di muka nana sempena majlis pertunangan beliau. peh kata ganti nama ketiga yang aku gunakan adalah BELIAU. nampak sangat aku menghargai dia sebagai seorang rakan sehidup semati yang sanggup berbakti kepada tanah. sebagai CIK andam terhormat apda hari itu, aku solek nana dengan penuh teliti dan berprinsip. biar pecah di perut, jangan pecah di muka. anda boleh cekidaud gambar2 ini. kalau cantik, janganlah puji secara keterlaluan. sebab saya ini mudah bongkak kepada diri sendiri. lalu bila berjalan, mulalah susah bernafas sebab hidung kembang kempis tanpa henti. kalau tidak cantik pula, janganlah mengutuk beriya2. cakap sahaja,

"kau lukis ape ni bodoh. buruk nak mapos. sumpah aku tak mahu ambil kau solek aku."

macam ini pun cukup. lepas itu mesti seminggu kau tak nampak aku keluar bilik atau keluar rumah. sebab duduk menangis seorang diri bagai dilaknat macam hape. terima kasih.


perempuan ini memang cantik. maka ia buat kerja aku lebih mudah. bak air dicincang tidak akan putus.


nana kata nak yang simple. itu pun, aku dah solek begini, tiba2 beliau jerit macam histeria. "eh kenapa selama ni aku tak sedar aku cantik begini??" ini ayat aku. darn.


walaupun nana bukan bertunang dengan golongan seperti datuk K, aku mahu juga nana kelihatan seperti datuk Siti. Datuk Sitipah.


she's prettier than u think. she's sweeter than u can imagine. ily!


here are my fellow cliques. dengan tunangan orang. nak tahu mana yang single dan cantik? boleh hubungi aku sekarang. desperado gilaaa siaaaaak!


eh eh kenapa cantik sangat. aku saja cakap begini, mahu kau semua termuntah paku dengar ayat ini.


ini pula baie yang bertunang. bukan ke aku dah mention, sekarang ini musim mengawan! semua orang nak bertunang. dalam minggu ni saja, dah 4 orang kawan aku tunang. n surely, im happy for u guys.!


sebenarnya dah takde modal ucapan apa perlu bagi kalau pergi majlis pertunangan orang. ayat biasa sering begini;

" Tahniah geng. kau dah bertunang. kawen jangan lupa jemput ya. cium pipi sikit meh! "

tapi aku nak tukar tradisi. nak ucap begini;

" gila kau bertunang lama2? tak payah doe. ko kawen ajela. membazir hantaran. ok dah meh aku raba kau sedikit. esok kau dah kahwin, aku dah takde can nak raba kau!"

Saturday, November 28, 2009

aku bukan SYAITAN.

membazir itu amalan syaitan.
semalam aku banyak membazir.
jadi aku siapa?
SIAPA???
*tibee emo nak kene tulis beso beso*

woh! woh! jangan cakap aku syaitan.
kau pon sama. hahah. marah tak aku cakap macam ni. blwerk! saje nak update pasal aktiviti manusia bertopengkan syaitan aku dan rakan2 seperjuangan tak kira usia dan warna kulit at jusco member card day itu hari. seronot oh! bukan saja dapat shopping malah dating juga (^_^) kau jeles. kau jeles. hahaharun.

dengan semangat penuh waja, kami keluar rumah awal pagi. jarum pendek di jam pusaka peninggalan datuk menunjukkan ke nombor lapan. apesal tak sedap nah ayat aku buat novel nih. kurang puitis. tidak lemak berkrim disukai ramai. teruskan, pukul 9 dah sampai depan jusco taman U. pukul 9 pon dah jammed kottt!! pelik doe kenapa semua orang semangat sangat ambil cuti rehat semata mata mahu pergi membazir duit? hah kau cakap orang. kau pon 2 kali 5=10, 3 kali 5=15, 4 kali 5=20, 5 kali 5=25 . . . . . . . . kan dah tak boleh berhenti baca sifir.

ok dah taknak emo. dah teruskan dengan point utama. lepas dah sampai, terus buat stretching dengan aktiviti cam-whoring. kalau tiada aktiviti ini, hidup pasti suram. lantas akan tidak berjaya meneruskan aktiviti pembaziran dengan penuh semangat waja. pada kami, tak wilayahla kalau tak bercam-whore. dang. kau akan cekidaud gambar2 itu di bawah nanti. tontonlah sehingga muak. kalau tak cukup muak, boleh minta lagi!

kalau jenis jantina pun perempuan, mesti berminat nak bercam-whore dalam toilet.

dah mula sedar untuk pulang ke pangkal jalan. mahu pulang dari SECOND ROUND shopping. sebab itu plastic bag tidak banyak.

sudah lapar sebab gelojak nafsu kewanitaan yang tak terduga, maka McD tempat untuk melampiaskan nafsu kelaparan. malangnya, tiada abang hensem atau comel untuk tatapan. yang ada cuma wanita berpangkat emaknya =(

stretching selepas penat sehari suntuk terbongkok bongkok pilih barang dan penat beratur nak jumpa encik Cashier Jusco.

macam kanak kanak milo anda jadi sihat dan kuat.

baik baik jika lihat ini. kau akan maut sebab pose agak maut. hahah pengakuan berani maut.

waktu membeli dan membelah berlaku, terlalu banyak sangat objek yang menarik perhatian aku. objek ya, bukan jejaka.jauh sangat beza tuh. haha desperado! objek2 yang tak sepatutnya dibeli telah dibeli tapi aakhirnya tidak perlu menyesal sebab telah membeli. konon konon withdraw duit sikit saja untuk mengekang nafsu gelodak yang membara untuk shopping sampai jatuh iaitu shop till you drop. tapi sepandai pandai amal melompat akhirnya jatuh merudum jua. sumpah tak boleh tahan. semua tempat pun nak kene ada gantung2 peratus (%). wanita mana yang bisa tahan?? maka inilah jadinya:

jangan salahkan ibu mengandung. salahkan bapa yang mendayung. (+_+)

lepas dah rasa bersalah habiskan duit sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa (lebih baik daripada menghabiskan duit ibu bapa tanpa pengetahuan sendiri, kan?), kami telah setuju untuk berkaroks! ohh i loike. hey karoks okay y'allS!!! kegemaran itu. =) lepas itu, karoks pula tidak ingat dunia. telah ambil sehingga 3 jam. nyanyi pula bukan calang2 lagu amy search saja. pilih lagu stok yang kene kepit kaki habess, tarik suara sampai urat leher keluar. nampak begitu seksi sekali. blegh~ kalau prosperity burger yang ada didlm perut tengahari tadi boleh keluar, dia cakap dia nak sangat keluar ketika aku sedang nyanyi. kurang ajar kau.

hang out dengan super-duper long lost frens! we used to be great cliques back in secondary school. hey sampai sekarang pon sangat masuk kepala. sebab itu sangat sayangg (^_^)



ini memang stok harok gila. maklumlah orang putus cinta nyanyi mesti beriya iya. hahah!

sudah habis takat ini sajalah. penat doe entri kali ni panjang gila. gara gara sudah bosan. bosan di rumah tiada kerja berfaedah. blogging adalah yang paling berfaedah setakat ini. esok kalau sempat aku update pasal sesi persolekan muka kawan aku. tak tau ap;edah jadi dengan beliau. ngeh!

hey, siapa nak teman aku tengok new moon, boleh cabut sehelai bulu kaki sendiri sekarang! tak. boleh offer diri sekarang. tata!

Thursday, November 26, 2009

aku bukan Dollah Cantik


Dollah Cantik pula bukan aku.

esok aku offer diri untuk make up kan my bbf, nana. bbf bukanlah bermaksud BELIAN-BELANGKAS-FRESH. sukahati aku aje nak tukar bff BEST-FRIEND-FOREVER jadi bbf BEST-BUDDY-FOREVER. okay sukahati aku sebab ini blog aku. tibeee emo. bodohla berhenti emosi sekarang. haharun.

esok aku offer diri untuk make up kan my bbf. *macam siaran ulangan kat Astro, ulang cerita sampai muak* bbf saya mahu mengikat tali untuk pertandingan tarik tali peringkat restoran rojak abahnya dan restoran steamboat potong stiem milik abang iparnya. bukan lah bongak. mestilah mengikat tali pertunangan. takkanla hanya masuk pertandingan tarik tali begitu perlu bermake-up sehingga beriya iya kelapa. kan?

kan aku dah cakap, aku bukan dollah cantik. sebab aku amal yang kurus. ah fitnah lagi. okay sebenarnya aku takde experience yang sangat bagus dalam bidang make up kan orang. mungkin kalau makeup kan binatang, aku masih boleh dibanggakan. tapi demi kawan terchenta jiwa dan raga, aku sanggup bagi perkhidmatan ini secara yakin dan saksama. yelah kadang kadang bila make up diri sendiri pun ada cacat celanya. nak apply liquid eyeliner pun kadang2 terbias dari landasan. jadi mata akan besar sebelah dan juling setengah.

dulu pernah makeupkan housemate masa kat shah alam untuk die punya engagement day juga. tapi base make up dia dah apply dulu. and the rest, aku yang buat. tak tau dapat berapa markah dari bakal mertuanya. kamu yang baca ni, bolehlah beri markah jika betul2 bermurah hati. lihat ini hasil yang dulu:


ini aksi yang akan anda lihat jika anda menggunakan tenaga kurang mahir. nk adjust false eyelashes pun perlu bantuan si tunangan orang itu. makcik rabun, nak.


cik andam dibenarkan meraba tunangan orang itu dengan tujuan membetulkan kedudukan tudung dalam badan. jadi aku sebagai cik andam, telah mengambil kesempatan. rezeki jangan ditolak. ulangan, CIK andam bukan MAK andam.


kalau bab pakaikan tudung, aduh serahkan saja pada yang pakar. saya memang pakar. malas saja mahu berlagak. tudung saji juga bisa difesyenkan dong. ini aku yakin. haha.


bila cik andam sudah gila glamour dari si pemain utama pada hari itu, sudah menyusahkan pihak berwajib. tapi muka cik ndam lebih kelihatan macam belacan atau lebih mesra, belangkas kerna sudah tidak sebati dengan minyak yang bertaburan di muka.


ini hasilnya. atau barang akhir. atau barang siap. atau barang ekonomi. boleh kira kos dan tetapkan harga jualan sekarang.


hey kau dah menjadi tunangan orang, kenapa tidak boleh senyum dengan lebih ikhlas dan cantik lagi? aku hairan.

hey kawan kawan pembaca tegar blog ini sekalian! sila mengucapkan selamat kepada aku semoga berjaya menconteng arang ke muka bbf aku esok. wohoh janganlah begitu. semuga aku berjaya membuat seorang lagi wanita cantik wujud dalam dunia ini esok. semoga berjaya, kawan!

nota kaki berstokin: hari ini sudah bertujuan tidak mengupdate blog. tapi tidak tercapai kerana hati sudah rindu pada yang satu. rindu nak tengok muka perempuan jawa yang di atas sekali itu. cuba kamu tengok. terpikat, bukan? ah mengaku saja. aku tak marahlah. ok lah kene babai sekarang sebab mahu menguli kuih untuk hari raya haji esok! selamat menyambut aidiladha semua. (^_^)

Tuesday, November 24, 2009

duit banyak, sugar daddy tiada.

*kau rasa kalau buat iklan guna muka ini untuk cari sugar daddy, boleh berjaya tidak?*

bila banyak duit boleh tak kalau aku nak beli sugar daddy. saje saje nak tambah manis muka. haramjadah punye wanita. aku tak mahulah sugar daddy. aku mahu sugar boy. tak wilayahla kalau main sugar daddy. sekarang ni aku sendiri tak faham kenapa nak kena cerita melalut pasal sugar daddy dan anak anaknya. aku tidak faham. motif utama adalah pasal duit. duit dan kebosanan. kau dapat bau tak semangat kejiranan setiap satu item disitu?

aku bosan. bosan tahap membunuh dan jika ada rakan boleh bunuh waktu bosan ini dengan bermain baling selipar atau kurik kundi yang merah itu saga yang baik itu budi yang merah itu bahasa. fuh. penat cakap dalam 1 nafas saja. eh bukan kurik kundi bodoh. konda kondi.

konda kondi makan koci,
kalau ada masa boleh balas lagi.

tibeee nak ada pantun supaya lebih menarik minat ulat buku tegar sekalian. sekarang waktu bosan yang membunuh nafsu memang dem lah. takde kerja lain. tunggu orang tegur tunggu orang balik tunggu orang lempang tunggu orang bentes kaki. tengok kipas berdebu suci dalam debu tengok tengok ape tengok tengok nak kene tumbuk ke. raba bulu ketiak raba tumit kaki yang berkerak. downlod cite blue cite brown cite maroon. rendam singlet pakaian dalam stokin abah. semua dah buat tapi masih rasa terbunuh dan nazak dengan kebosanan yang ditawarkan oleh hari ini.

esok mesti dah tidak bosan begini. sebab mahu berjalan2 mengamalkan pembaziran dan meningkatkan tahap inflasi negara. bila pendapatan boleh guna isi rumah dah melebihi tahap keanjalan penawaran yang ditawarkan oleh pengeluar, maksudnya hotak kau memang sengal. ape masuk aplikasi ekonomi asas pulak kat sini. sumpah aku sudah rindu sekolah. rindu mahu masuk kelas dan mengajar ekonomii asas. tapi yang realitinya aku bukan mengajar, aku bergosip. aku berbual kosong tanpa teh tarik siap duduk kat kerusi letak kaki atas meja dan goyang kaki laju laju. lalu anak murid semua mengikut jejak yang sama. memang sempoi gila sesi P&P dengan cikgu amalina. kalau kau percaya aku cerita aku buat tabiat buruk anak dara tua duduk tekangkang dalam kelas, kau memang tak sekolah. kau gila ke apa nak aku buat macam tu. kan dah kene marah. aku kalau bosan tahap dewa mata lapan memang suka marah orang. lagi lagi orang macam kau, ramli!

hey tadi kan aku cakap pasal nak habiskan duit. kenapa sampai tersebut nama sugar daddy aku si ramli serabai itu? ngeh ngeh. aku ade sugar daddy. mesti ramai cemburu. sudah cukup cerita pasal ramli. mari cerita pasal romlee pula. ahha bongak. bukan, aku nk beritahu walaupon ramai yang tak mahu tahu sebenrnya esok nak pegi shopping sampai separuh mati kat jusco taman u. ade jcard member day. kira macam hari kawan kawan jusco. peh baik kan aku siap translate kan ape itu jusco member day. macamla yang baca blog aku nie semua golongan jawa timur yang tak tahu ape itu jusco. hey! pasaraya kebanggaan keluarga aku tu!

jadi malam ini harus tidur awal untuk mengelakkan jalan terkengkang kengkang esok. muka dah cun manis dan comel tapi jalan kengkang dan terpeleot di sebelah eskalator tepi tu pulak ada mamat hensem tahap gaban sedang jual aiskrim sundae di McD. aduh saham bskl lantas jatuh jua.

hey manusia mana kamu hilang. balik cepat. isteri sedang menunggu di rumah. entry kali ini banyak sangat melalut. cuma try untuk bunuh rasa boring. mungkin sudah mula rasa tensen ah lamanya mana ni aku tinggal sorang siaaaa ah!

ini bukan ramli. ini sekadar pencuci mata. meet azam. student paling bongak di alam semesta. sampai kasut aku pon jadik!

eh aku bukan Rita Rudaini.

kalau bukan Rita Rudaini, apetah lagi Rosnah Mat Aris.
aku cuma Amalina Omar.
just a mere human.

bukan ikut trend.
tapi ikut ketentuan.

sejauh sekarang ini, banyak gilaa warna yang saya dapat.
nak cukup 1 pallet dah kaler2 yang aku kumpul.
baru baru ni dapat warna biru.
ah blue sungguh.
betapa blue.

aku rasa 1 persamaan antara kami ialah,
akan guna jawapan yang sama untuk soalan ini,

" kenapa?"

jawapan cliche seorang artis,

"dah jodoh, nak buat cemana"

oh maksud aku persamaan antara aku, Rita dan Rosnah bergetah.

*hari ini bangun pagi dengan semangat, senyum sudah sampai ke kening*

Sunday, November 22, 2009

saya tak kelakar tapi FATUL SURUH BUAT ENTRY KELAKAR.


hey sebab fatul lah aku kena buat aksi paling spastik semata mata nak jadi kelakar. salah. bukan sebab fatul. sebab hadiah dari fatul. fatul tu siapa pun aku tak kenal. cuma aku tahu dia tidak gay. maka hanis zalikha masih ade chance disitu. all the best, fatul.

aku tau muka aku saja yang sebenar benar kelakar. tabiat dan cara percakapan belum tentu kelakar lagi. jadi fatul, boleh tak kalau aku letak muka yang kelakar dan kau ketawa sampai puas lalu terus isytihar aku sebagai pemenang? kalau boleh, aku akan menguratkan hanis zalikha untuk kau. ini bukan rasuah sebab kau tak cakap ada garis panduan seperti "TIDAK MENERIMA RASUAH DAN PENYELEWENGAN". ini cuma budi yang baik dibawa mati.

usaha mendorong fatul bertindak bias saja sudah panjang begini. mesti kamu yang baca pun sudah bosan dan terus rasa mahu tutup tetingkap blog ini. silakan tutup, tapi fatul, kau JANGAN tutup selagi tak baca sampai habis! kalau tak, macam mana aku nak menang dan pergi percutian indah yang kau tawarkan itu. rasanya cukup sampai sini pujian yang harus diberikan kepada fatul, mari kita mulakan cerita kelakar. aku rasa ini akan sangat kelakar. kau juga mesti rasa kelakar. boleh, kan? kalau aku nampak kau geleng, aku tumbuk.


SEBENARNYA..

dragon ball ada tujuh biji semuanya. kaitan dragon ball dan penceritaan ini kurang pasti. tapi apa yang pasti, aku akan menang contest ini. aku tak kira kalau aku cakap aku nak menang, aku nak juga. kalau tak menang, aku pergi beli tiket sendiri. lebih mudah disitu. jadi cerita kelakar bermula disini.

kejadian paranormal ini berlaku waktu aku berdarjah lima atau enam (kurang pasti terhadap kedudukan ketika itu) tapi yang pasti aku belum baligh lagi. tubuh badan belum mencerminkan aku adalah wanita sejati lagi. rasanya tidak perlu mention benda ini disini. takut kau mesti bayangkan badan leper aku ketika itu. dem tahu. jangan jangan!

masa nak mandi pergi shower, aku pakai towel. mestilah kan sebab aku takkan mandi pakai kain batik unless toilet atau shower yang disediakan berada dalam keadaan mencurigakan, waktu itu aku akan terus merubah niat menjadi yang lebih baik dari semalam. pakai kain batik. jadi kalau ada orang mengendap dan merakam aksi mandi aku masa tu, mesti menyesal sebab kain batik itu dibeli di indonesia. tidak sokong barangan buatan malaysia. tiada motif dikenalpasti disini. jadi, masa aku berjalan pergi shower itu yang seperti itik memanggil anak-anaknya pulang dari padang selepas perlawanan liga utama daerah pontian, adik lelaki berkata,

"hey amal ada cicak dekat towel amal.!"

aku balas balik servis dia tadi,

" mane? blwerk kau tipu. jahat memang nak suruh aku lari bogel kan!"

adik lelaki yang dikatakan gatal itu mula bengang dan cakap,

"sukahati ah. tak caya sudah"

benda macam itu tidak boleh dibawa bergurau, pada aku. bisa mendatangkan maut sebab aku tak suke. memang mautlah. maut sebab stress orang suka kacau dengan objek berdarah sejuk, macam cicak. jadi lepas aku dah tepis smash yang diberi oleh adik lelaki yang belum kacak lagi ketika umur mudanya itu, niat suci untuk mandi diteruskan tanpa sebarang halangan. atau lebih moden lagi, without obstacles. *bila orang lain buat entry dlm english, saya pon teringin juga sedikit sedikit.*

lepas siap mandi, mesti nak keluar dari toilet dengan muka kebanggaan anak malaysia. malaysia boleh! lalu ibu pun menegur dengan kool sekali,

"amal, kat towel ade cicak."
*nampak tak takde tanda seru disitu.itu maksudnya tegur dengan kool.*

sebagai anak yang tidak durhaka, saya jawab dengan kesejukan juga iaitu kool,

"mana bu? taakde pon."

ibu masih tenang lagi, mungkin sebab kasihan tengok anak dia yang segak dan tampan ini, dia cuba membalas servis aku dengan baik dan professional sekali,

"ade tu cuba lihat betul2 dengan mata hati. baca selawat kalau perlu. baca 3 kali lepastu hembus air dan minum. mesti lebih senang menghafal."

kau nampak tak dialog ni macam dah terpesong dari arah kebenaran? tapi ibu memang suruh tengok betul2 dekat towel tu. bila saya lihat, saya terkejut. ok tak best macam ni. mungkin ini lebih baik ----> SAYA TERKEJUT!! baru real nampak terkejut. jadi saya terus buang towel dari genggaman dan ikatan jitu yang saya dah buat awal2 dalam bilik air tadi. maka saya dah bogel. bogel-bogelan senggol-senggolan. adik adik saya yang ramai sedang menonton kartun kegemaran ibu dan abah iaitu Ben10. tapi saya macam tipu sebab masa tu, kartun Ben10 belum terkenal lagi. aku dah lupa ape rancangan itu tp sangat tak penting nak dinyatakan disini. takde extra marks kan, fatul?

lepas telah membogelkan diri sendiri dengan jayanya, aku lari tak sampai 100 meter dari kawasan kejadian sebab sudah tak cukup nafas, menuju 1 destinasi yang aku sendiri kurang pasti. mulut adik adik sudah masuk lalat dan nyamuk dengan banyak sebab terbuka luas menganga terlalu lama melihat aku berleluasa berlari secara telanjang bulat. tapi waktu itu aku belum bulat lagi. masih kurus seperti sekarang. fitnah betul. tapi seronot berlari begitu. macam cerita american pie: naked miles. seronot ah! kalau pegi audition utk membintangi cerita itu, pasti lepas macam tu saja. walau tak cukup rupa, yang hakikinya, kau mesti berani berbogel depan kamera. tapi aku tau waktu tu aku tak menarik untuk ditonton sebab belum baligh lagi. lari dan lari dan lari, run baby run, aku terus pergi kat longgok kain bundle "perniagaan Hj Omar dan anak beranaknya" yang dah 3 hari lepas punya xsiap lipat lagi, terus ambil cadar katil ibu yang berkonsepkan english dan selubung dalam itu. kemaluan sudah amat besar. dengan semua orang yang ada. sebab nampak segala inci tubuh. sudahla adik adik ramai lelaki. gagah pula tu. tipula. mane gagah sebab mereka baru berumur 10 tahun dan kebawah. saya tahu mereka kagum dengan kakak mereka yang perkasa ini. mampu berlari tanpa seurat benang kerana seorang makhluk berdarah sejuk. kerana golongan cicak, rosak air teh o ibu secawan. sialan. *fatul, kalau memaki, adakah akan ditolak markah?


lepas kemaluan sudah besar dan jatuh, saya mula sedar dari hari itu, saya takkan boleh ngam dengan cicak. itu musuh utama keamanan sejagat. mulai hari itu dalam sejarah, telah termaktub satu undang2 bahawa, cicak adalah diharamkan dalam bilik aku. dalam kereta aku. dalam gerobok buruk aku. dalam storage box aku. dalam segala barang kepunyaan aku dan keluarga aku. nyah kau dari dunia ini!

aku bersyukur sebab ada keluarga yang memahami. 2 tahun lepas, abah sanggup belikan racun cicak berupa sejenis cecair warna merah. untuk bagi cicak minum dan mabuk todi lalu mati tak sempat mengucap dan bertaubat. dari dulu sampai sekarang, adik lelaki yang gagah bak seorang panglima garang, sanggup beli getah tempe di kedai cina ahwa depan simpan telok kerang sebanyak 2ringgit, semata mata untuk sambungkan getah2 itu membentuk sebuah senjata melastik cicak. pernah sekali saya tengok dia lastik cicak
guna senjata itu, kesian cicak kepala telah benjol berwarna ungu. tapi tidak sanggup nak ambil gambar cicak masa itu sebab kelihatan terlalu nazak, takut aku dilabel manusia kejam. itu baru seorang adik lelaki yang sanggup berjuang untuk kakaknya. kisah lagi seorang adik lelaki yang sanggup memperjuangkan nasib kakaknya yang sedang bertarung nyawa dengan cicak di jalanan, mari aku ceritakan secara short and sweet. dengar rentetan ni;

7.20 am : keluar rumah nak pegi sekolah naik naza suria abah.
7.23am : cicak jatuh secara tiba tiba di atas cermin depan, menghalang pandangan terus aku ke jalanraya. terus activate wiper, air, tapi cicak tetap tidak mahu bergerak dan mengalah. aku takut dan menangis, terus secara automatik mendail nombor abah. tiada jawapan. nombor telefon rumah. tiada jawapan. nombor rafi. tiada jawapan.sialan mana semua orang pergi waktu kecemasan macam ni. takkan mahu telefon 999!! cuba nombor fiq. hey bongak xde motif. nombor rumah lagi. dan ada orang angkat.

"Rafi, tolong akak cepat. datang sini cepat.*menggigil gigil menangis*"
"eh amal kenapa? kenapa nangis nih? cakap dekat mana??"
"dekat depan sekolah cina depan rumah nenek. rafi dtg cepat. tolong akak. jangan banyak tanya"
"nak datang naik apa?naik motor ke kereta?"
"apa2 boleh. cepattt. akak takut. cepatttt!!!"
"okay amal tunggu. jangan buat ape2 dulu. rafi dtg sekarang."

budak lelaki itu dengan tiada tahu ape motif aku suruh die dtg bagi bantuan, dengan semangatnya dtg 8 minit selepas panggilan dibuat. kalau aku betul2 eksiden, mesti sudah mati tanpa sempat bertaubat. lambat sangat! padahal depan sedikit saja dari rumah kediaman keluarga. bila dia datang, aku tengah mmenangis beriya iya seprti kematian suami di dlm kereta. muka sudah terperosok ke bawah stereng kereta sebab takut nak tengok cicak di cermin itu. bila dia datang, terus buka pintu yang berkunci dari dalam. motif mengunci pintu adelah supaya cicak tidak berjaya masuk ke dalam kereta. bila adik sudah buka pintu kereta,

"TUTUP!! tutp pintu! jangan bukak lama2. cepat masuk!!"

dia sengal, maka dia terus ikut kata aku dan masuk dalam kereta.

"hoi kenapa ni? ingat eksiden. apsal sampai macamni?"

"tuuuuuuu..... (sambil menuding jari pada cicak yang masik berada pada kedudukan yang sama sepuluh minit yang lepas). cepat buangkan! cepat."

dengan lagak bengang kat aku, dia amik buku kat seat belakang dan terus tepis cicak tu dengan sekali servis sahaja. terus terpelanting mencium bumi. berjaya!!

"kau gila! ingatkan eksiden pagi2 buta. rafi iye2 bawak kereta besar. kacau aku tido aje!huh. cicak jatuh atas cermin aje menangis macam hape! gila gila gila."

biar kene maki, yang penting cicak itu mati.
itu balasan untuk orang seperti aku.
terima kasih. sila datang lagi.

* ini menggelikan. antara cara untuk buat aku annoying. tapi comel, bukan?*

Friday, November 20, 2009

kalau tiada laki, ia adalah JANDA. maka aku siapa?


aku juga JANDA.
ah seronot juga pegang title janda ni. lagi2 janda muda yang vogue bertapak kaki merah lagi. belum dinodai. hey tak wilayah la bergelar remaja. haha. aku JANDA. kau mesti salah fikir kan.? aku maksudkan, aku janda kerna tidak lagi mempunyai pasangan hidup. bukan kekasih. ape barang ade kekasih? maksud disini, aku JANDA kerana ditinggalkan kerjaya. atau lebih tepat perkahwinan kontrak kami sudah tamat. aku bukan lagi seorang guru. aku tidaklah seorang cikgu. aku adalah guru pencen. tapi disebabkan guru pencen namanya kurang begemerlapan atau glamour, aku mendecide untuk menamakan diri sebagai GURU JANDA MUDA BERGETAH TEMPE. ok tak sedap. getah tempe memburukkan keadaan. maksudnya, bergetah atau muda. yang tua mesti jeles aku muda. kau pernah muda, kenapa nak jeles aku muda. kenapa semakin ke jalan yang tidak benar tulisan aku ini.ah mari kembali semula ke tajuk utama.


hari ini secara rasminya aku ditamatkan kontrak menjadi guru ganti di sekolah Maahad Pontian kesayangan hamba. memang kontrak sampai hujung tempoh persekolahan saja. maka memang aku perlu turruti saja. hari ini nak tinggalkan sekolah, sikit pon tidak rasa sedih. sebab budak2 awal2 lagi dah tinggalkan aku tekengkang kengkang kat sekolah takde motif hidup dengan guru guru lain. jadi hari ini objektif utama untuk tinggalkan sekolah dalam keadaan yang aman telah tercapai! terima kasih guru yang membuat jadual supaya budak diberi balik awal. mesti kau tak sanggup tengok aku sedih dan berpeluk-pelukan dengan anak murid yang bukan muhrim kan? haha ketawa sendiri.

tadi ada mesyuarat terakhir sekolah yang aku pergi. dah hari terakhir pon, seorang wanita hamba Allah ni masih sempat nak kenakan aku. apalah masalah mental kesempitan hidup kau ni perempuan. ya Allah. kalau pembaca sekalian boleh berfikir dengan logik, fikir soalan matematik ini;

situasinya: tahun depan saya dah takde kat sekolah. sebab hari ini hari last. tapi secara terkejut, Kak Long (bukan nama sebenar) telah menyerahkan surat pekeliling ETIKA BERPAKAIAN GURU SEKOLAH AGAMA JOHOR pada aku. kemudian aku cakap,

"kak long bukan nama sebenar, saya kan dah tak ade tahun depan, ape motif bagi saya surat ini?"

ini jawapan paling bernas out of the box yang aku terima,

"takk, memang semua cikgu kena dapat. lagi lagi cikgu2 muda macam awak"

lalu cikgu muda menjawab,

"masalahnya kak long bukan nama sebenar, saya tahun depan dah tak jadi cikgu lagi. kak long ni faham tak, saya kerja lain tahun depan. surat ini tak perlu untuk beri bekalan saya untuk dibawa ke sesi temuduga di syarikat lain. kau fahm tak kak long bukan nama sebenar?"

kak long bukan nama sebenar mula mahu menegakkan bulu roma yang tak basah dengan berkata,

"takpe kau simpan aje. aku saje potostat lebih."

ah lalu aku pon geram ah dan menjawab,

"kau potostat ke, laki kau kanser prostat ke, ade aku heran. kau memang saje nak kena pelempang basah pasaraya hero aku kan??!!"

dan aku dengan muka lagak superman memakai spender diluar blah dari situ dengan jayanya.

*harap maklum bahawa dialog akhir sekali saya tokok tambah untuk beri sedap mata membaca*

tapi tujuannya, aku pon tak faham kenapa kak long begitu meng'envy' terhadap aku. suka hati kau lah kak long bukn nama sebenar, asal aku tak kacau kau berak, sudah bagus.

habis pasal mesyuarat, mereka bacakan doa selamat untuk aku. i was so honored to hv those appreciation. as this far, kenangan disana aku takkan lupakan baik yang manis atau pahit. sebab pengalaman mendewasakan kita. mungkin lepas keluar dari sana, ada yang lagi baik menanti aku. pengetua sempat berpesan pada aku sebelum balik td,

"perubahan itu perlu walau tidak mendadak. sedikit demi sedikit, saya yakin ente boleh jadi insan yang lebih baik dari hari ini. ente cuma perlu masa dan kesungguhan. saya doakan ente berjaya di masa hadapan. jika perlu bimbingan, kami disni sedia membantu ente."

SEE?? macam ini baru betul teguran secara professional. memang aku semat elok2 dalam hati. terima kasih ya ustaz!

untuk guru guru lain, terima kasih tak terhingga atas segala teguran baik, atas segala umpatan, atas segala kritikan cemuhan dan pujian. semua itu perlu untuk hidup lebih panjang. minta maaf atas semua salah silap umpatan kutukan kejian. haha kita semua sama. aku kutuk kau, kau kutuk aku balik. what goes around comes around. ini Justin Timberlake yang kata.

untuk GENG KAPAK, aku sayang kamu berdua. mungkin kalau berkesempatan, aku akan tulis pasal geng kapak yang disegani ini. oh perasaan takbur menjelma. i love u guys to the bits!