tadi pegi sekolah dengan kool dan selamba ayam, pakai track suit adik dan juge tshirt "adik adik". tshirt kecik atas bontot memang dilarang sama sekali ah kat sekolah. tapi takpela dah last2 ni kite pecahkan tradisi ape salahnye. harini muke macam badak bekubang sebab kemas bilik guru. ala nanti ah cite pasal sesi kemas kemas bilik guru yang memang takde penghujung nih. mls nak type panjang2 untuk entri kali nih. sebab rasa sialan sikt sekarng. hah kan dah typo kan dah typo. orang aklau rasa geram memang mula menggigil tak cukup angin lepastu mula ah typing error.
topik dah jauh dari motif pembunuhan utama. sebenarnya nak cerita. pasal 2 org wanita yang berbintikan hj omar. ya, macham saya juga. saya jarang cerita perihal adik beradik saya. ia memakan masa sebab terlalu ramai. maka perlu ambil giliran satu persatu. cerita kali ini pasal yang dua ini:
1. Syazana Hj Omar.
ini kakak saya. the only kakak i have, yang masih ada dlm kehidupan saya. kakak lagi sorang, saya simpan elok2. ada ni dalam hati. sentiasa. *dah mula sedeh sebab teringat arwah kak liya* ok terus tabah dan teruskan cerita. hari ni birthday along. dan yang happy bila dapat tau along dah boleh discharge lepas 3 hari being warded kat hospital pontian. due to her thalassemia thingy, along kene warded untuk masukkan darah sampai betul2 mencukupi. remember i told u pasal saya pon having the same disease? sy tengok along, saya tau saya macam mane nanti. jadi kene lebih tabah dan kuat. tapi syukur, along dh dapat discharge harini together with her second baby, muhammad aisy iman. baby pon kene warded due to demam kuning. alhamdulillah semua dah dapat balik. and hari ini dapat celebrate birthday along. saya cuma agak keliru, nak bagi hadiah ape kat along? it must be an extra special gift ever kot. any idea? saya sayang along as much as saya sayang adik beradik saya yang lain. cinta yang tak terbagi lah. walaupon kadangkala saya kelihatan kejam terhadap along. dik amal memang kejam ah. anak yang menyongsang memang begini. jangan salahkan ibu mengandung. saya tetap sayang along. ecewah macam pantun sehh end-rhythm dia.!
2. Arfah Hj Omar.
ini adik saya. berdarjah enam. nampak sangat saya BM waktu UPSR dulu dapat A. "berdarjah enam" punye ayat, pasti guru kesayangan bahasa melayu iaitu cikgu amril tidak mahu mengaku murib lagi. tengok tu, murid pon jadi murib. saya buat macam itu sebab pikir ianya comel. betulkah?? dah balik ke perbincangan utama. arfah atau nama glemernye, adik hitam. ok, tipu. hitam tu saya tambah sebab jeles. dia manis sikit dari saya. adik dah dapt result UPSR. dapat straight A's. ade 5 bijik A semuanya. cukup mewakili kami adik beradik. Amalina, Arfah, Aaqilah, Aainaa, dan syazanA. yang last sekali tu, A terletak dibelakang sekali. kira masuk kategori jugaklah. tapi bila adik dapat result mcm tu, tak terkejut pon. sebab adik memang pemalas kat rumah. asek tido. dahla rambut menggerbang macam nenek sihir naik penyapu terbang. kalau nak suruh basuh pinggan pon, punyela payah. apetah lagi kalau nak suruh study. haram lah cik minah. tapi dia gifted. sangat tangkas dan hebat. saya akui. sebab tu saya tak terkejut dengan result UPSR adik. jadi saya amat bangga dengan beliau. tahniah adik! nasib baik amal tak janji ape ape dengan adik. sebab salah kau jugak, sape suruh adik tunjuk terer awal2, jadi untuk selamatkan duit aku, malas ah nak janji ape2. tapi jangan risau, hadiah tetap ade. macam tak adil pula bila abang2 adik dapat hadiah tiap kali periksa besar mereka. tapi adik tidak. jadi, malam nanti kite pegi pontian, adik pilih hadiah sendiri boleh?. angguk cepat, kalau tak akak tarik nikmat! tahniah lagi lima kali untuk adik. im proud of u arfah! tapi rasa nak mencebik sekarang sebab amal tau adik lepas ni mesti pergi belajar jauh kat boarding school. ah rindulahhh!! menyampah betul, belum pergi dah rindu. sayang adik juga!
adik dah besar nanti, cari pakwe yang hensem dan gagah ya! jangan cari yang butt mantap, kalau tak, amal akan curi dari adik nanti! sekian, kakakmu yang pengganas.
No comments:
Post a Comment