aku juga JANDA.
ah seronot juga pegang title janda ni. lagi2 janda muda yang vogue bertapak kaki merah lagi. belum dinodai. hey tak wilayah la bergelar remaja. haha. aku JANDA. kau mesti salah fikir kan.? aku maksudkan, aku janda kerna tidak lagi mempunyai pasangan hidup. bukan kekasih. ape barang ade kekasih? maksud disini, aku JANDA kerana ditinggalkan kerjaya. atau lebih tepat perkahwinan kontrak kami sudah tamat. aku bukan lagi seorang guru. aku tidaklah seorang cikgu. aku adalah guru pencen. tapi disebabkan guru pencen namanya kurang begemerlapan atau glamour, aku mendecide untuk menamakan diri sebagai GURU JANDA MUDA BERGETAH TEMPE. ok tak sedap. getah tempe memburukkan keadaan. maksudnya, bergetah atau muda. yang tua mesti jeles aku muda. kau pernah muda, kenapa nak jeles aku muda. kenapa semakin ke jalan yang tidak benar tulisan aku ini.ah mari kembali semula ke tajuk utama.
hari ini secara rasminya aku ditamatkan kontrak menjadi guru ganti di sekolah Maahad Pontian kesayangan hamba. memang kontrak sampai hujung tempoh persekolahan saja. maka memang aku perlu turruti saja. hari ini nak tinggalkan sekolah, sikit pon tidak rasa sedih. sebab budak2 awal2 lagi dah tinggalkan aku tekengkang kengkang kat sekolah takde motif hidup dengan guru guru lain. jadi hari ini objektif utama untuk tinggalkan sekolah dalam keadaan yang aman telah tercapai! terima kasih guru yang membuat jadual supaya budak diberi balik awal. mesti kau tak sanggup tengok aku sedih dan berpeluk-pelukan dengan anak murid yang bukan muhrim kan? haha ketawa sendiri.
tadi ada mesyuarat terakhir sekolah yang aku pergi. dah hari terakhir pon, seorang wanita hamba Allah ni masih sempat nak kenakan aku. apalah masalah mental kesempitan hidup kau ni perempuan. ya Allah. kalau pembaca sekalian boleh berfikir dengan logik, fikir soalan matematik ini;
situasinya: tahun depan saya dah takde kat sekolah. sebab hari ini hari last. tapi secara terkejut, Kak Long (bukan nama sebenar) telah menyerahkan surat pekeliling ETIKA BERPAKAIAN GURU SEKOLAH AGAMA JOHOR pada aku. kemudian aku cakap,
"kak long bukan nama sebenar, saya kan dah tak ade tahun depan, ape motif bagi saya surat ini?"
ini jawapan paling bernas out of the box yang aku terima,
"takk, memang semua cikgu kena dapat. lagi lagi cikgu2 muda macam awak"
lalu cikgu muda menjawab,
"masalahnya kak long bukan nama sebenar, saya tahun depan dah tak jadi cikgu lagi. kak long ni faham tak, saya kerja lain tahun depan. surat ini tak perlu untuk beri bekalan saya untuk dibawa ke sesi temuduga di syarikat lain. kau fahm tak kak long bukan nama sebenar?"
kak long bukan nama sebenar mula mahu menegakkan bulu roma yang tak basah dengan berkata,
"takpe kau simpan aje. aku saje potostat lebih."
ah lalu aku pon geram ah dan menjawab,
"kau potostat ke, laki kau kanser prostat ke, ade aku heran. kau memang saje nak kena pelempang basah pasaraya hero aku kan??!!"
dan aku dengan muka lagak superman memakai spender diluar blah dari situ dengan jayanya.
*harap maklum bahawa dialog akhir sekali saya tokok tambah untuk beri sedap mata membaca*
tapi tujuannya, aku pon tak faham kenapa kak long begitu meng'envy' terhadap aku. suka hati kau lah kak long bukn nama sebenar, asal aku tak kacau kau berak, sudah bagus.
habis pasal mesyuarat, mereka bacakan doa selamat untuk aku. i was so honored to hv those appreciation. as this far, kenangan disana aku takkan lupakan baik yang manis atau pahit. sebab pengalaman mendewasakan kita. mungkin lepas keluar dari sana, ada yang lagi baik menanti aku. pengetua sempat berpesan pada aku sebelum balik td,
"perubahan itu perlu walau tidak mendadak. sedikit demi sedikit, saya yakin ente boleh jadi insan yang lebih baik dari hari ini. ente cuma perlu masa dan kesungguhan. saya doakan ente berjaya di masa hadapan. jika perlu bimbingan, kami disni sedia membantu ente."
SEE?? macam ini baru betul teguran secara professional. memang aku semat elok2 dalam hati. terima kasih ya ustaz!
untuk guru guru lain, terima kasih tak terhingga atas segala teguran baik, atas segala umpatan, atas segala kritikan cemuhan dan pujian. semua itu perlu untuk hidup lebih panjang. minta maaf atas semua salah silap umpatan kutukan kejian. haha kita semua sama. aku kutuk kau, kau kutuk aku balik. what goes around comes around. ini Justin Timberlake yang kata.
untuk GENG KAPAK, aku sayang kamu berdua. mungkin kalau berkesempatan, aku akan tulis pasal geng kapak yang disegani ini. oh perasaan takbur menjelma. i love u guys to the bits!
4 comments:
wooott~~~
da tak bekeje sebagai cegu pada taon hadapan????
sgt rugi sekola tesebot..nghee;p
baru mereka tahu betapa besar impak saya disekolah itu bila sudah tiada..
haha. kontrak habes sudaaaa
haha kak long bukan name sebenar jeles doe. tu ah sape soh kau panggel diri sendri jande mude bergetah? kan die dah ttbe nak rebot title kau. bahah.
weh suke bace blog kau!
keep it up! :)
wehh time kasih atas compliment yang mampu membuat aku takbur itu! woh~ sila teruskan memfollow. =)
Post a Comment