KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Thursday, November 26, 2009

aku bukan Dollah Cantik


Dollah Cantik pula bukan aku.

esok aku offer diri untuk make up kan my bbf, nana. bbf bukanlah bermaksud BELIAN-BELANGKAS-FRESH. sukahati aku aje nak tukar bff BEST-FRIEND-FOREVER jadi bbf BEST-BUDDY-FOREVER. okay sukahati aku sebab ini blog aku. tibeee emo. bodohla berhenti emosi sekarang. haharun.

esok aku offer diri untuk make up kan my bbf. *macam siaran ulangan kat Astro, ulang cerita sampai muak* bbf saya mahu mengikat tali untuk pertandingan tarik tali peringkat restoran rojak abahnya dan restoran steamboat potong stiem milik abang iparnya. bukan lah bongak. mestilah mengikat tali pertunangan. takkanla hanya masuk pertandingan tarik tali begitu perlu bermake-up sehingga beriya iya kelapa. kan?

kan aku dah cakap, aku bukan dollah cantik. sebab aku amal yang kurus. ah fitnah lagi. okay sebenarnya aku takde experience yang sangat bagus dalam bidang make up kan orang. mungkin kalau makeup kan binatang, aku masih boleh dibanggakan. tapi demi kawan terchenta jiwa dan raga, aku sanggup bagi perkhidmatan ini secara yakin dan saksama. yelah kadang kadang bila make up diri sendiri pun ada cacat celanya. nak apply liquid eyeliner pun kadang2 terbias dari landasan. jadi mata akan besar sebelah dan juling setengah.

dulu pernah makeupkan housemate masa kat shah alam untuk die punya engagement day juga. tapi base make up dia dah apply dulu. and the rest, aku yang buat. tak tau dapat berapa markah dari bakal mertuanya. kamu yang baca ni, bolehlah beri markah jika betul2 bermurah hati. lihat ini hasil yang dulu:


ini aksi yang akan anda lihat jika anda menggunakan tenaga kurang mahir. nk adjust false eyelashes pun perlu bantuan si tunangan orang itu. makcik rabun, nak.


cik andam dibenarkan meraba tunangan orang itu dengan tujuan membetulkan kedudukan tudung dalam badan. jadi aku sebagai cik andam, telah mengambil kesempatan. rezeki jangan ditolak. ulangan, CIK andam bukan MAK andam.


kalau bab pakaikan tudung, aduh serahkan saja pada yang pakar. saya memang pakar. malas saja mahu berlagak. tudung saji juga bisa difesyenkan dong. ini aku yakin. haha.


bila cik andam sudah gila glamour dari si pemain utama pada hari itu, sudah menyusahkan pihak berwajib. tapi muka cik ndam lebih kelihatan macam belacan atau lebih mesra, belangkas kerna sudah tidak sebati dengan minyak yang bertaburan di muka.


ini hasilnya. atau barang akhir. atau barang siap. atau barang ekonomi. boleh kira kos dan tetapkan harga jualan sekarang.


hey kau dah menjadi tunangan orang, kenapa tidak boleh senyum dengan lebih ikhlas dan cantik lagi? aku hairan.

hey kawan kawan pembaca tegar blog ini sekalian! sila mengucapkan selamat kepada aku semoga berjaya menconteng arang ke muka bbf aku esok. wohoh janganlah begitu. semuga aku berjaya membuat seorang lagi wanita cantik wujud dalam dunia ini esok. semoga berjaya, kawan!

nota kaki berstokin: hari ini sudah bertujuan tidak mengupdate blog. tapi tidak tercapai kerana hati sudah rindu pada yang satu. rindu nak tengok muka perempuan jawa yang di atas sekali itu. cuba kamu tengok. terpikat, bukan? ah mengaku saja. aku tak marahlah. ok lah kene babai sekarang sebab mahu menguli kuih untuk hari raya haji esok! selamat menyambut aidiladha semua. (^_^)

No comments: