KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Sunday, November 22, 2009

saya tak kelakar tapi FATUL SURUH BUAT ENTRY KELAKAR.


hey sebab fatul lah aku kena buat aksi paling spastik semata mata nak jadi kelakar. salah. bukan sebab fatul. sebab hadiah dari fatul. fatul tu siapa pun aku tak kenal. cuma aku tahu dia tidak gay. maka hanis zalikha masih ade chance disitu. all the best, fatul.

aku tau muka aku saja yang sebenar benar kelakar. tabiat dan cara percakapan belum tentu kelakar lagi. jadi fatul, boleh tak kalau aku letak muka yang kelakar dan kau ketawa sampai puas lalu terus isytihar aku sebagai pemenang? kalau boleh, aku akan menguratkan hanis zalikha untuk kau. ini bukan rasuah sebab kau tak cakap ada garis panduan seperti "TIDAK MENERIMA RASUAH DAN PENYELEWENGAN". ini cuma budi yang baik dibawa mati.

usaha mendorong fatul bertindak bias saja sudah panjang begini. mesti kamu yang baca pun sudah bosan dan terus rasa mahu tutup tetingkap blog ini. silakan tutup, tapi fatul, kau JANGAN tutup selagi tak baca sampai habis! kalau tak, macam mana aku nak menang dan pergi percutian indah yang kau tawarkan itu. rasanya cukup sampai sini pujian yang harus diberikan kepada fatul, mari kita mulakan cerita kelakar. aku rasa ini akan sangat kelakar. kau juga mesti rasa kelakar. boleh, kan? kalau aku nampak kau geleng, aku tumbuk.


SEBENARNYA..

dragon ball ada tujuh biji semuanya. kaitan dragon ball dan penceritaan ini kurang pasti. tapi apa yang pasti, aku akan menang contest ini. aku tak kira kalau aku cakap aku nak menang, aku nak juga. kalau tak menang, aku pergi beli tiket sendiri. lebih mudah disitu. jadi cerita kelakar bermula disini.

kejadian paranormal ini berlaku waktu aku berdarjah lima atau enam (kurang pasti terhadap kedudukan ketika itu) tapi yang pasti aku belum baligh lagi. tubuh badan belum mencerminkan aku adalah wanita sejati lagi. rasanya tidak perlu mention benda ini disini. takut kau mesti bayangkan badan leper aku ketika itu. dem tahu. jangan jangan!

masa nak mandi pergi shower, aku pakai towel. mestilah kan sebab aku takkan mandi pakai kain batik unless toilet atau shower yang disediakan berada dalam keadaan mencurigakan, waktu itu aku akan terus merubah niat menjadi yang lebih baik dari semalam. pakai kain batik. jadi kalau ada orang mengendap dan merakam aksi mandi aku masa tu, mesti menyesal sebab kain batik itu dibeli di indonesia. tidak sokong barangan buatan malaysia. tiada motif dikenalpasti disini. jadi, masa aku berjalan pergi shower itu yang seperti itik memanggil anak-anaknya pulang dari padang selepas perlawanan liga utama daerah pontian, adik lelaki berkata,

"hey amal ada cicak dekat towel amal.!"

aku balas balik servis dia tadi,

" mane? blwerk kau tipu. jahat memang nak suruh aku lari bogel kan!"

adik lelaki yang dikatakan gatal itu mula bengang dan cakap,

"sukahati ah. tak caya sudah"

benda macam itu tidak boleh dibawa bergurau, pada aku. bisa mendatangkan maut sebab aku tak suke. memang mautlah. maut sebab stress orang suka kacau dengan objek berdarah sejuk, macam cicak. jadi lepas aku dah tepis smash yang diberi oleh adik lelaki yang belum kacak lagi ketika umur mudanya itu, niat suci untuk mandi diteruskan tanpa sebarang halangan. atau lebih moden lagi, without obstacles. *bila orang lain buat entry dlm english, saya pon teringin juga sedikit sedikit.*

lepas siap mandi, mesti nak keluar dari toilet dengan muka kebanggaan anak malaysia. malaysia boleh! lalu ibu pun menegur dengan kool sekali,

"amal, kat towel ade cicak."
*nampak tak takde tanda seru disitu.itu maksudnya tegur dengan kool.*

sebagai anak yang tidak durhaka, saya jawab dengan kesejukan juga iaitu kool,

"mana bu? taakde pon."

ibu masih tenang lagi, mungkin sebab kasihan tengok anak dia yang segak dan tampan ini, dia cuba membalas servis aku dengan baik dan professional sekali,

"ade tu cuba lihat betul2 dengan mata hati. baca selawat kalau perlu. baca 3 kali lepastu hembus air dan minum. mesti lebih senang menghafal."

kau nampak tak dialog ni macam dah terpesong dari arah kebenaran? tapi ibu memang suruh tengok betul2 dekat towel tu. bila saya lihat, saya terkejut. ok tak best macam ni. mungkin ini lebih baik ----> SAYA TERKEJUT!! baru real nampak terkejut. jadi saya terus buang towel dari genggaman dan ikatan jitu yang saya dah buat awal2 dalam bilik air tadi. maka saya dah bogel. bogel-bogelan senggol-senggolan. adik adik saya yang ramai sedang menonton kartun kegemaran ibu dan abah iaitu Ben10. tapi saya macam tipu sebab masa tu, kartun Ben10 belum terkenal lagi. aku dah lupa ape rancangan itu tp sangat tak penting nak dinyatakan disini. takde extra marks kan, fatul?

lepas telah membogelkan diri sendiri dengan jayanya, aku lari tak sampai 100 meter dari kawasan kejadian sebab sudah tak cukup nafas, menuju 1 destinasi yang aku sendiri kurang pasti. mulut adik adik sudah masuk lalat dan nyamuk dengan banyak sebab terbuka luas menganga terlalu lama melihat aku berleluasa berlari secara telanjang bulat. tapi waktu itu aku belum bulat lagi. masih kurus seperti sekarang. fitnah betul. tapi seronot berlari begitu. macam cerita american pie: naked miles. seronot ah! kalau pegi audition utk membintangi cerita itu, pasti lepas macam tu saja. walau tak cukup rupa, yang hakikinya, kau mesti berani berbogel depan kamera. tapi aku tau waktu tu aku tak menarik untuk ditonton sebab belum baligh lagi. lari dan lari dan lari, run baby run, aku terus pergi kat longgok kain bundle "perniagaan Hj Omar dan anak beranaknya" yang dah 3 hari lepas punya xsiap lipat lagi, terus ambil cadar katil ibu yang berkonsepkan english dan selubung dalam itu. kemaluan sudah amat besar. dengan semua orang yang ada. sebab nampak segala inci tubuh. sudahla adik adik ramai lelaki. gagah pula tu. tipula. mane gagah sebab mereka baru berumur 10 tahun dan kebawah. saya tahu mereka kagum dengan kakak mereka yang perkasa ini. mampu berlari tanpa seurat benang kerana seorang makhluk berdarah sejuk. kerana golongan cicak, rosak air teh o ibu secawan. sialan. *fatul, kalau memaki, adakah akan ditolak markah?


lepas kemaluan sudah besar dan jatuh, saya mula sedar dari hari itu, saya takkan boleh ngam dengan cicak. itu musuh utama keamanan sejagat. mulai hari itu dalam sejarah, telah termaktub satu undang2 bahawa, cicak adalah diharamkan dalam bilik aku. dalam kereta aku. dalam gerobok buruk aku. dalam storage box aku. dalam segala barang kepunyaan aku dan keluarga aku. nyah kau dari dunia ini!

aku bersyukur sebab ada keluarga yang memahami. 2 tahun lepas, abah sanggup belikan racun cicak berupa sejenis cecair warna merah. untuk bagi cicak minum dan mabuk todi lalu mati tak sempat mengucap dan bertaubat. dari dulu sampai sekarang, adik lelaki yang gagah bak seorang panglima garang, sanggup beli getah tempe di kedai cina ahwa depan simpan telok kerang sebanyak 2ringgit, semata mata untuk sambungkan getah2 itu membentuk sebuah senjata melastik cicak. pernah sekali saya tengok dia lastik cicak
guna senjata itu, kesian cicak kepala telah benjol berwarna ungu. tapi tidak sanggup nak ambil gambar cicak masa itu sebab kelihatan terlalu nazak, takut aku dilabel manusia kejam. itu baru seorang adik lelaki yang sanggup berjuang untuk kakaknya. kisah lagi seorang adik lelaki yang sanggup memperjuangkan nasib kakaknya yang sedang bertarung nyawa dengan cicak di jalanan, mari aku ceritakan secara short and sweet. dengar rentetan ni;

7.20 am : keluar rumah nak pegi sekolah naik naza suria abah.
7.23am : cicak jatuh secara tiba tiba di atas cermin depan, menghalang pandangan terus aku ke jalanraya. terus activate wiper, air, tapi cicak tetap tidak mahu bergerak dan mengalah. aku takut dan menangis, terus secara automatik mendail nombor abah. tiada jawapan. nombor telefon rumah. tiada jawapan. nombor rafi. tiada jawapan.sialan mana semua orang pergi waktu kecemasan macam ni. takkan mahu telefon 999!! cuba nombor fiq. hey bongak xde motif. nombor rumah lagi. dan ada orang angkat.

"Rafi, tolong akak cepat. datang sini cepat.*menggigil gigil menangis*"
"eh amal kenapa? kenapa nangis nih? cakap dekat mana??"
"dekat depan sekolah cina depan rumah nenek. rafi dtg cepat. tolong akak. jangan banyak tanya"
"nak datang naik apa?naik motor ke kereta?"
"apa2 boleh. cepattt. akak takut. cepatttt!!!"
"okay amal tunggu. jangan buat ape2 dulu. rafi dtg sekarang."

budak lelaki itu dengan tiada tahu ape motif aku suruh die dtg bagi bantuan, dengan semangatnya dtg 8 minit selepas panggilan dibuat. kalau aku betul2 eksiden, mesti sudah mati tanpa sempat bertaubat. lambat sangat! padahal depan sedikit saja dari rumah kediaman keluarga. bila dia datang, aku tengah mmenangis beriya iya seprti kematian suami di dlm kereta. muka sudah terperosok ke bawah stereng kereta sebab takut nak tengok cicak di cermin itu. bila dia datang, terus buka pintu yang berkunci dari dalam. motif mengunci pintu adelah supaya cicak tidak berjaya masuk ke dalam kereta. bila adik sudah buka pintu kereta,

"TUTUP!! tutp pintu! jangan bukak lama2. cepat masuk!!"

dia sengal, maka dia terus ikut kata aku dan masuk dalam kereta.

"hoi kenapa ni? ingat eksiden. apsal sampai macamni?"

"tuuuuuuu..... (sambil menuding jari pada cicak yang masik berada pada kedudukan yang sama sepuluh minit yang lepas). cepat buangkan! cepat."

dengan lagak bengang kat aku, dia amik buku kat seat belakang dan terus tepis cicak tu dengan sekali servis sahaja. terus terpelanting mencium bumi. berjaya!!

"kau gila! ingatkan eksiden pagi2 buta. rafi iye2 bawak kereta besar. kacau aku tido aje!huh. cicak jatuh atas cermin aje menangis macam hape! gila gila gila."

biar kene maki, yang penting cicak itu mati.
itu balasan untuk orang seperti aku.
terima kasih. sila datang lagi.

* ini menggelikan. antara cara untuk buat aku annoying. tapi comel, bukan?*

22 comments:

Hanamaruku said...

OMG i like u! ur funny! :)

AmalinaOmar said...

oh-emm-gee.
ada orang suka aku? haha trimass beb! will follow u back. btw, thanx for dropping by dear (^_^)

t.a.c.a said...

gilerw...by the way shaye pun geli cicak dowh..tp tade la takot sgt :P

AmalinaOmar said...

oh sumpah no compromise for cicak-ians! dem geli gilaaa

ღ love, faiez ღ said...

da tau nak kasik ape tem amal kawen dan juge beranak serte beari jadik.


kejam kan?

Unknown said...

sila hantarkan nama penuh dan alamat anda ke email ini..

apekesni@gmail.com

terima kasih

uchiha ct-k said...

hahaha....
sangat lawak.....
crite paling lawak stakat nih...hehe..
"gerobok"?
mmg sah r org johor...
hehe
:D

AmalinaOmar said...

kak nurul, oh itu kejam.
nanti kalau bagi hadiah untuk wedding amal watsoever, sila wrap guna wrapper kaler merah berpolka dot. jadi amal akan tahu itu dr kak nurul! so akan bagi husband bukakan. haha

AmalinaOmar said...

ct-k, dahla johor. jawa pula. maka perlu bangga dengan bahasa ibunda. yeah!

ღ love, faiez ღ said...

ooo...membazir amalan setan.make tak pelu sampol2.letak aje ats pehe amal ketike besanding sandingan.bemakan adab-adapan..sekian..

haha.

toink2..otak kejam bepungsi dgn baek kalo wat keje jaat.

meMori Aku said...

anda paling kelakar
tahniah!

*V(^_^)V*

AmalinaOmar said...

HOWDY COWDY YEAHUUU. !
haha trimas dude. tapi bila aku dah baca 7 kali, rasa macam tidak kelakar pula. dang~

Anonymous said...

bod0 blue!

citer b0gel bila dh baligh x de??

AmalinaOmar said...

wahai encik atau puan anonymous, maaf tiada dalam stok.

terima kasih.

Anonymous said...

increase page rank seo news backlinks buy backlink

Anonymous said...

Mga magkano ung nagastos mo jan boss sa motor mo?. Xrm din kasi motor ko.? ,Naka underbone na. ,Tsaka racing cam palang ung napalitan ko. ,Dusto ko gawing dragbike. Payday Loan

Anonymous said...

Utterly composed content, thanks for selective information. “No human thing is of serious importance.” by plato. Payday Loan

Anonymous said...

Thank you for sharing superb informations. Your web site is very cool. I’m impressed by the details that you’ve on this site. It reveals how nicely you perceive this subject. Bookmarked this web page, will come back for extra articles. You, my pal, rock! I found just the info I already searched everywhere and just could not come across. What an ideal website. Payday Loan

Anonymous said...

omarian-based.blogspot.com cool training Jadi , peminjam potensial menempatkan rencana mereka untuk mengambil pinjaman untuk belakang kompor

Anonymous said...

omarian-based.blogspot.com you can try this out Jika Anda ingin pinjaman kredit buruk pribadi , Anda mungkin perlu mencoba bank Anda atau bank pertama

Anonymous said...

You are so interesting! I don't believe I've read something like that before. So great to find another person with original thoughts on this issue. Seriously.. many thanks for starting this up. This website is one thing that is required on the internet, someone with a little originality!

[url=http://truebluepokies4u.com]more information[/url]

Anonymous said...

This is very fascinating, You are an excessively
professional blogger. I have joined your rss feed and sit up for in quest of more of your fantastic post.
Additionally, I've shared your web site in my social networks

Here is my blog: Full Review - linkbuildingservices101.webs.com -