KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Tuesday, December 29, 2009

nah. di ambang senja.

aku sensitif betul kalau berbicara pasal senja. bukan apa, selalu terbayang2 di pancaran mata, waktu Ziana Zain dan Awie berduet lagu senja nan merah kat juara lagu ke hape zaman aku darjah-darjah dulu. aku ingat, kak ZZ pakai baju merah. bila dia tarik suara part yang aaaaaaaaaaaaaahhhhh~ meraaaaaaaahhh~ tu, hambik kau sebijik! bontot die lentik gila. bayangkan, sampai aku yang duduk depan tv nie, boleh terpelanting jauh 5 meter ke belakang! ah penangan sungguh.

post kali ini bukan nak cerita kat orang betapa aku minat ziana zain. tidak lah. aku cuma idamkan bontot lentik seperti dia. nah! aku tahu susah. aku berangan ajelah. yang kau pergi percaya badak badak siapa suruh.

sudah maghrib pon waktu sekarang. tapi aku belum boleh bangkit dari tempat duduk keramat ini. dengan dalam kepala otak aku ini, macam2 aku fikir sebenarnya. randomly. hanya untuk berkongsi kasih. eh tiba tiba kasih apa pulak ni. agak bingai disitu. no, i mean, im going to share a lil bit of thoughts here:

1
berita pasal drummer A7x, James 'The Rev' Sullivan, mati merampas tumpuan aku hari ini. biar betik kau dah mati? tapi i know it wont be such phenomenal like when MJ's died months ago. somehow, i must say i was a bit devastated with this. muda lagi kot mamat tu. tapi orang kata ajal maut di tangan tuhan. aku bukanlah nak mengagungkan dia. cuma risau ape yang akan jadi pada aku ini setelah kematian suami tercinta. ceh apasal tiba tiba mengenang nasib diri yang tiada kaitan darah langsung dengan The Rev tu. siaak. maghrib2 berangan. baik, ini cuma berangan sahaja. tiada kaitan dengan mereka yang sudah mati atau hidup lagi.

2
zaman sekarang ini, teknologi canggih. dunia dah majulah katakan. nak cari video blue, senang gila. bersepah2. tapi bukan itu yang aku runsingkan. aku pelik kenapa semut kat rumah aku dah pandai main laptop. !#$^*&#@$ yang aku hairan, tangan dan kaki dia kecil sahaja. taik hidung Hanna lagi besar tapi impak yang semut ini tinggalkan pada organ dalaman lappy aku, memang wowww! sialan. tak tahu macam mana nak halau mereka dengan cara baik? yang pasti, aku takkan gunakan ridsect atau panadol soluble. mungkin cuma perlukan sedikit psikologi. huh. aku mengeluh.

3
hidup ini confusing, bukan? sebenarnya aku naaaak sangat orang tahu, aku sebenarnya gemok. gemok berissi. bukan gemok macam syanie. gila lah kau. maksud aku, aku betapa tak boleh terima bila orang cakap aku kurus tapi hakikatnya, kau lagi gemok dari aku. dah dah. merepek je ni. sebenarnya mahu bagi motivasi pada diri sendiri untuk rajin mengemas katil dan membuka tingkap setiap pagi selepas bangun tidur.

4
berfikir tentang keistimewaan diri sendiri, aku banyak belajar dari orang lain. eh, silap. orang lain macam banyak belajar dari aku. aku pandai ambil gambar gaya bebas. boringlah tengok orang gambar gaya comel. ceh, ini pun semua orang tahu. tak kiralah, aku tetap anggap benda ni istimewa. aku pandai buat mata juling sebelah saja. hey, dan bila dpat tahu ada yang berjaya membuat gaya ini juga, sumpah aku begitu suka! haaa kan senyumm lagi. =D tapi ade satu saja lagi yang aku impika dari dulu mahu buat tapi masih belum berjaya. aku belum pandai mengubah diri menjadi ultramain gaia. mungkin belum cukup latihan lagi ;(

5
bila sebut pasal perempuan saja, mesti dikaitkan dengan merah jambu. ramai perempuan suka merah jambu. tapi kenapa aku cuma suka jambu air. tidak pernah suka warna itu. rasa kekok sekali nampak macam keperempuanan sangat. aku cuma respect merah jambu sebgai warna rasmi breast cancer campaign. tahniah. at least kau ada kesedaran tentang warna itu.

ini antara sebab orang cakap, waktu maghrib ni banyak syaitoon berkeliaran. aku salah seorang mangsa yang berjaya dipengaruhi minda dan normanya.

Monday, December 28, 2009

bencikan hantu Malaysia.

nasib baik kau bukan hantu, Hanna. jadi aku buat ini demi untuk kau yang sama tebiat dengan aku. mari cekidaud.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu SAHAJA.

Makna nya dalam EJAAN BAKU dan tiada kata ringkas ya adik-adik?


1. Bekas kekasih saya adalah :
:: sensitif soalan ini. gatal2 badan aku dibuatnya. next?

2. Saya sedang mendengar :
:: "nak upin ipin nak upin ipin." anak buah aku, batrisyia merengek. dan aku cakap, kalau nak kena lempang, cakap lagi lima kali. dan beliau terus pergi tanpa kata.

3. Mungkin saya patut :
:: lempang diri sendiri saja daripada melempang budak kecil tak bersalah.

4. Saya suka :
:: pukul orang. kalau takut, lari sekarang. ok tak, sebenarnya saya suka ketawa sambil pukul orang. jadi jangan buat aku ketawa.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
:: terdiri daripada mereka yang tahu isi dalam dan luar saya, sering meraba saya, dan sering tidur bersama saya, sering kenal siapa boifren saya, sering kenal dimana letaknya tahi lalat saya dan sering2 yang lain juga.

6. Saya tak paham :
:: kenapa ada sesetengah orang suka tarik spender terselit di khalayak ramai?

7. Saya kehilangan :
:: berat badan yang amat drastik.! tapi itu adalah 3 bulan yang lalu ;p

8. Ramai yang berkata :
:: aku gila. jadi aku tak payah puasa sebab aku gila LOL. eh LOL bukan bahasa baku. jadi aku akan terjemahkan menjadi; KETAWA KUATKUAT.

9. Makna nama saya :
:: Amalina = harapan kami, cita cita kami. jangan berhenti berharap semua (:

10. Cinta itu adalah :
:: buta sebab saling meraba-raba. dah jangan tanya lagi.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
:: tidur sambil berpeluk tubuh mulut ternganga keluar air liur basi. itu adik saya. kalau bisa aku sertakan gambar disini.....malangnya, ah!

12. Saya akan cuba :
:: belajar bersungguh sungguh untuk menjadi seorang isteri yang langsing dan berjaya dalam perniagaan internet.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
:: singkatan kepada SELAMAT PUNYA. contoh ayat; bagasi bagasi ini diletakkan di dalam kargo dan dilabel dengan "SELAMANYA" kerana pihak berwajib tidak menerima nama bagasi yang mempunyai dua patah perkataan iaitu "SELAMAT PUNYA". jadi perlu digabung dan disingkatkan agar lebih jitu dan berwawasan. hish rumah kau mesti tidak ada kamus dewan sampaikan benda ini pun mahu tanya aku. aku tahulah dulu Bahasa Melayu aku A1 waktu SPM. eh terbelagak pula.

14. Telefon bimbit saya :
:: ada lima. ini serius. satu saya punya ( sony ericsson c510 camera macam haram, baik jangan beli ), satu bagi abah ( sebagai hadiah 2tahun yang lepas walaupun begitu, masih menganggap saya punya kerana tidak lupakan jasa !@#%$ ), satu bagi adik ( sebagai pajakan ketika memerlukan duit tapi tidak sedar diri dan tidak mendapat semula barang itu ), satu bagi abang ipar pinjam ( sekaligus saya rasa berbangga dapat berbakti kepada beliau untuk meneruskan bisnes tambah nilai --hana, ini adalah ayat sesuai untuk topup dlm BM ), dan satu lagi sudah jual sebab kekurangan wang untuk membiayai kehidupan.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
:: saya akan terus tarik selimut dan berselubung, takut takut kain sudah terselak sehingga menampakkan susuk tubuh menawan idaman setiap wanita mengandung.

16. Saya paling meluat apabila :
:: cicak ada di atas meja makan ketika saya mahu bersantap. putus selera. nasib baik cicak tidak pandai buka pintu peti ais.

17. Pesta/Parti adalah :
:: Pesta adalah tahun baru atau perayaan. Parti adalah PAS atau Barisan Nasional. saya Parti bebas no alcohol no pork beware of dog. (sudah mengkhianati peraturan untuk menggunakan bahasa baku sahaja)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
:: kodomo lion di pek ubat gigi kanak2. comel kerana tidak hidup. kalau hidup, mesti saya sudah tiada di alam ini lagi.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
:: 1 hingga 3 tahun kerana boleh mengorek hidung dan orang tidak akan rasa jengkel terhadap perbuatan itu. boleh berbogel secara berleluasa kerana tidak mendatangkan nafsu. boleh menghisap susu ibu lagi tanpa segan silu. boleh kencing di tempat selain bilik air, dan ibu abah tidak akan marah. dan yang penting, boleh merasakan diri comel setiap masa (",)

20. Hari ini :
:: saya berazam akan menunjukkan etika hidup yang baik untuk menawan hati abah kembali setelah dimarahi kerana pulang lewat petang semalam. saya akan memakai tudung dan baju bajuan yang sopan di dalam rumah, mengemop lantai bilik abah, memasang langsir di bangsal belakang, meracun rumput, mencubit adik2 yang tidak menghormati orang tua, memancitkan dan mengepam semula tayar motor abah, dan sebagainya. awak tahu saya tidak akan buat itu, kan? saya cuma akan duduk terkangkang depan tv dan mengarahkan adik2 membuat itu ini. barulah nampak saya tegas dimata abah.

21. Malam ini saya akan :
:: tutup semua tingkap bilik, pasang langsir yang tebal dan meletakkan surah yassin di meja sisi katil saya untuk mengelakkan hantu daripada datang mengganggu tidur saya.

22. Esok pula saya akan :
:: cuba memecahkan rekod mandi sambil berlari lari anak tanpa jatuh tergelincir didalam bilik mandi.

23. Saya betul-betul inginkan :
:: seseorang menemani saya ketika tidur malam pada minggu ini sebab saya masih hidup dalam ketakutan dan keterkejutan kesan daripada cerita "santau" semalam.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
:: saya tak mahu lihat cermin untuk minggu ini. menyeramkan. hantu malaysia suka berada di cermin. pelik?!#@#$#$%

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
:: saya mahu kedua duanya. kalau sedang berduit, saya akan membeli belah. kalau tidak berduit, saya akan bekerja sementara di arked permainan.

26. Makanan Barat atau Jepun :
:: saya ingin tambah lagi, Makanan melayu, makanan jawa, makanan cina, makanan india, makanan arab, semua juga saya balun asalkan halal. kau tak kisah kan sebab nampak berlebih2an di situ. saya tak boleh terima dua jenis makanan sahaja. nampak sikit sangat.

27. Bilik yang terang atau gelap :
:: dulu suka terang, tapi pernah disuarakan (direct translation dari perkataan 'sound') oleh roomate supaya jangan buka lampu bilik ketika tidur nanti akan senang nampak hantu. jadi sekarang suka gelap, baru privasi mahu melakukan apa apa. jangan fikir kotor kalau tak mahu kena tumbuk.

28. Makanan segera adalah :
:: adalah makanan jawa yang diambil dari perkataan akar, " WAH, SEGER YA!" seger disitu bermaksud segar. SEGER YA = SEGERA. jadi makanan ini selalunya dikaitkan dengan air terjun.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
:: taknak balik :'(

30. Siapa yang anda mahu Tag?
:: dengan kuasa Smart Tag yang ada di tangan saya, saya mengarahkan AnakDin , Teha , Fiqha untuk mendapatkan smart tag di kaunter berdekatan. ok tak. 3 orang manusia ini perlu membuat soal jawab hampir taksekolah ini. semoga memperoleh iman yang kuat! berbalooi baloiii.

Sunday, December 27, 2009

indah rupanya suasana pagi =D

dang~ kantoi sudaaa. selalu bangun lambat, lalu tidak pernah merasai ape itu pagi yang gelap kini sudah terang. eh ternyanyi nyanyi kecil pula. bercakap didalam hati.

Selamat Pagi, MALAYSIA!

perangai aku bila bangun pagi2, mesti nak pergi cari kekasih hati dahulu, dan bagi ciuman pagi yang menyegarkan. tak kisahlah walau belum gosok gigi sekalipun, dengan rambut yang kiri dah pergi sebelah kanan, dengan taik mata yang memnuhi ruang pandangan aku, ditambah lagi dengan seluar yang salah parking tali seluar dah terpusing ke bahagian belakang. formal sungguh rupa aku waktu bangun tidur. cantik. sudah, pagi2 mahu orang buat termuntah telur setengah masak dengar aku ckp begini.walau ape pun, si kekasih hati tak pernah merungut, tak pernah bising mulut aku busuk. betul tak fb? bangun saja, terus on lappy, dan jumpa encik FB dan bagi ciuman pagi as a lil bit of refreshment. bunyi macam desperado. tapi its a fact! rawrr~ hidup i sekarang cuma ada FB sbagai peneman hati yg gundah gulana dan perut yang porak peranda. wee.

ada jenis orang yang bangun pagi2, tak gosok gigi lagi, terus pergi sarapan. dengan penuh confident, pergi dapur dengan muka serabai tahap babun bontot merah, lalu join table dan makan dengan orang lain yang sudah sempurna sifatnya. tak malu ke. hey, itu aku. haha. pakcik aku selalu cakap, bangun pagi jangan gosok gigi, terus pergi sarapan sebab enzim2 yang ada dlm saliva kita akan lebih cepat bergerak dan melancarkan metabolisme atau sistem pelawasan. jadi sebagai seorang manusia yang berjasa kepada bangsa dan negara, aku bangun pagi2, tak perlu gosok gigi, terus makan McD. harap maaf, this is not applicable to dine-out breakfast, people. kalau orang jaga kaunter di McD pun tak mahu entertain your order, kau faham sendiri ah mengapa. kan? save your environment. jimatkan penggunaan elektrik. itu pun, kalau kau guna berus gigi elektrik yang vibrating itu. bukan vibrator. ;)

hey tahu tak perangai paling common manusia bila bangun dari tidur? maksud aku, bila bangun saja, apa benda pertama yang orang akan buat. macam:


mungkin akan tekup muka dengan bantal lembu?


mungkin akan bangun dan pergi ke cermin, dan senyum seraya berkata " kau masih cantik sperti dulu".
peh ini stok yakin gila ah. bagus!


mungkin akan menggaru garu bontot dahulu?


mungkin akan capai towel dan terus bungkus badan. ini hanya sesuai untuk golongan yang tidur bogel.
bahaya oh kalau orang minyak datang, free of charge wa cakap lu.


mungkin akan terkapai kapai cari handphone bawah bantal, bawah selimut, dalam seluar, bawah katil dan text sumone, "moooooning sayanggg!"
eh awak yang baca, kenapa senyum2? =)


mungkin juga ada yang terus lompat dari katil dan buat sit up dan berlari lari anak?
siapa yang buat begini, angkat hidung. aku ada ganjaran untuk golongan ini.


mungkin juga ada yang bangun dan tembak diri sendiri sebab tak sabar tunggu mati.
ok dah, ini buang tebiat.


itu contoh2nya. tapi kalau aku, memang akan cari kekasih hati dahulu. encik FB tercinta. update status, cakap gudmorning, senyum sorang2, cakap seorang2, lepas itu sambung golek2 atas katil. macam kambing golek. Ya Allah, sedapnyaaaaa! kalau mahu, cubalah.

kambing golek, here i come! *motif pembunuhan tidak dikenalpasti.*

orang kata, kalau nak tahu perempuan itu cantik sebenar, lihat muka dia waktu tengah tidur atau baru bangun tidur. nah, ini muka aku waktu bangun tidur. ada siapa2 nak cakap aku cantik?

notakakitakpakaistokin: benci bila bangun pagi2, bau air liur basi sendiri.

Friday, December 25, 2009

inikah cinta?

peh jiwengsss siaak.
aku geli aku geli.
siapa punye blog ni hah main ayat jiwang2! ceh tak bertamadun betul.
boikot boikot! bakar bakar!

bukan nak cakap pasal cinta dokk. saje mahu tarik pehatian orang untuk baca riwayat kisah cinta si penggembala kambing. serabai. ok post kali ini tidak akan sama sekali atau lima kali berkisar tentang cinta. tajuk di atas tidak ada kaitan sama ada yang hidup atau telah meninggalkan dunia penuh pancaroba ini. wah sendiri sudah geli ketiak bila baca blog sendiri. bapak memualkan.

aku cuma nak tau, bila kau orang tengok sesuatu YANG KAU SUKA lantas kau orang terus rasa goosebumps, kau rasa mengapakah kau berperasaan atau bersensitiviti sebegitu? faham soalan tak? bila kau tengok sesuatu, tiba2 kau rasa goosebumps meremang segala bulu. ini bukan cerita hantu. kau gila ke aku nak cakap pasal hantu? aku sendiri penakut yang amat. hantu dikecualikan dalam kes ini.

okay contohnya, baru tadi aku tengok sesuatu yang aku suka. sesuatu itu bukanlah bermaksud video satu kaler. ia bukan objek. ia manusia. okay. aku tengok sesuatu di seseorang. sekali pandang saja, bulu roma meremang dan berdiri laju laju lepas itu hati macam kembang kempis kembang kempis lepas itu dahi mula berkerut lepas itu hati macam digigit serangga sakitnya lepas itu badan tiba tiba macam xsenang duduk dan menjadi suam macam suam suam kuku. lepas itu, aku tak tahu ape jadi sebenarnya?

kau rasa kenapa ah? inikah cinta?


peh ulang lagi ayat bangsat tu. sumpah geli.

sila bagi pandangan yang bernas berdasarkan pengalaman.

Thursday, December 24, 2009

antara 2 perkara

perkara 1:

i've come clean with ibu and abah, telling em we're not gonna able to make it anymore. we headed to different path of life. and Thank you Allah, as they easily accept my decision. We're not good enough to make it to the next stage, and my parents are good enough to tell.

Speaking of the above, aku rasa my top priority now lies on my family. above all, the have made a significant effect towards my life. now and hereafter. oh not forgetting, friends as well. of course. aku macam baru sedar sebab selama ni tak pernah terlintas untuk share problems dengan mereka. tak kira adik2 kakak atau ibu abah. tapi memandangkan, ibu abah tahu dengan siapa aku berkawan, sampai tahap mana kami dah pergi, its good to know that they're silently holding my back in any case.

ibu, strict dan garang. standard cikgu2. tapi at certain point, she does it very well. sampai aku terdiam dengan some point yang dia utarakan. tapi kadang2 dia mungkin tersilap pandang dengan kebaikan seseorang by physical. yes, i mean physically macam tengok orang itu rambut merah kuning hijau blonde, muka berparut kesan ditetak sana sini, orang itu dianggap tak sesuai kawan dengan aku. kalau orang itu bersopan santun, rambut sikat tepi, jalan pijak semut pun tak mati, orang itu baru sesuai dijadikan kawan. tapi zaman sekarang lain, ibu. zaman dah berubah bukan.? don't judge a book by its cover. tapi alhamdulillah, after a little explanation i gave. here and there, she looks satisfied. but whatever it is, ibu tetap ibu. and, i love you =)

abah, such a soft-spoken person i ever met in my life. dia tak garang. tapi at contrary, bila beri nasihat, ayat2 agak pedas dan membunuh. standard seorang penceramah / fasilitator BTN. but he always make me comfortable with every single word he gave. he's a total heart-winning man. dia tak pernah kisah dengan manusia lubuk mana aku nak jadikan kawan. yang rambut merah, yang tindik pusat, yang rambut karat, semua dibenarkan. as long as, aku pandai jaga diri, tidak terikut2 perangai bukan2, cukup bagi dia.

we actually having this small father-daughter discussion just now. and surprisingly, i have no idea, he would agree with me. walaupun mungkin nampak salah itu pada aku, dia tetap ada dimana saja keputusan aku memihak. supporting me all the way through, let me choose my own path and ensuring im still on the right track. but that doesn't mean dia mem'khinzir' buta menyebelahi aku walaupun hakikatnya, salah berpihak pada aku. no way. he just being diplomatic. aku berada pada pihak yang salah (pada pendapat dia) tapi keputusan aku ditambahbaik denagn beberapa point yang dia rasa berguna untuk aku. dia faham jika tiada jodoh, walau apa saja masalah, selesaikan dengan baik. jangan ada yang memusuhi. jangan buat orang membenci kita. and again, abah masih cakap begini, untuk kesekian kalinya, "abah terima siapa saja kawan yang amal nak kenalkan, yang penting amal rasa itu bagus untuk amal, then go on."and again, i love you =)

family values takkan pernah hilang dari nature kita as humanbeing. konteks keluarga bukanlah adik beradik ibu bapa saja. sepupu, makcik pakcik, semua adalah keluarga. jadi, bila salah satu ikatan dah mula longgar, patutkah itu kita anggap family lagi? tapi untuk tidak bertindak kejam, mereka tetap ada dalam hati. by all means, aku tak ada hak untuk putuskan dan buang ikatan itu dari keluarga kita. biar aku bertukar pakwe, tapi aku tak mahu hilang keluarga. and with that, with all my heart and soul, im begging u, my dearest cousin, bring the happiness back. we used to have such a freaking-great laugh moment back then. and i soo badly missed the moments. sob. :'( i miss u all.

pengajaran 1 : never put your family behind. because no matter what, they will always be there for you. holding u up to where you belong.

perkara 2:

hari ni result PMR keluar!! oh kenapa aku excited lebih dari batas ini. ohh of course, i read ur mind guys. hahah. adik yang tersayang telah mendapat 8 ketul A dan seketul telur gred B for her PMR. A untuk Amalina (iaitu saya, bertindak sebagai kakak kesayangan) dan B untuk Bahasa Arab. syabbas inspektor shahab! eh itu arab kaa.? whatevaaa.

btw, congratulations. and sudah tentu tentu aku bangga pada kamu, aainaa! ceh zaman aku dulu, dpt 3A pun dah bangga tahu. sampai boleh pusing keliling kampung, tiba tiba mood untuk menziarahi kaum kelurga terdekat timbul, maka dapat collect duit hasil usaha jaya dapat A dalam PMR. zaman sekarang, orang pandai dah ramai sangat. amat tak unik. tapi tetap aku bangga terhadap kamu, aainaa. sebagai seorang kakak yang mengenang jasa, ini bermaksud, aku kena mengerah tenaga bertungkus lumus mencari nafkah untuk bagi reward pada dia. sudah, dahla tengah sengkek. apa mahu bikin. oh dulu kecil2 masa di sekolah tadika, ada belajar buat origami bangau. boleh juga hadiahkan beliau, origami comel itu. comel kan saya. (",)

muka muka excited semasa sesi berpeluk cium kesat hingus di tudung dan lengan baju, tanda terharu ketika mengambil keputusan sebentar tadi:
ini kakak contoh. sangat baik kerana menemani adik yang menggigil2 mahu mengambil keputusan.

adik tengah bermonolog; aku tak percaya. aku tak percaya. aku tak percaya cinta. tibe.
dia punya tak percaya hingga kertas itu digegar2 nampak tak special effect gegaran di slip itu?

kesukaan dan keterujaan beliau sehingga senyum isi pipi semua terkeluar. kantoi ko gemok.

terpaksa menayangkan keputusan adik disini kerana slip keputusan aku sudah buruk dan tidak valid lagi untuk dipaparkan pada umum. sudah dimakan usia. *alasan*

lepas ini, adik ini akan dipos jauh dari rumah. ke boarding school lagi gamaknya, maka, di rumah kediaman Hj Omar ini akan tinggal 4 ketul saja yang akan menghabiskan sisa sisa hidup memperjuangkan nasib orang jawa seperti kami. yeah! jawa rawks!! tibee.

pengajaran 2: kalau ibu cakap study, pegi study. kalau abah cakap sembahyang, pegi sembahyang. bukan main dam haji. faham?

Wednesday, December 23, 2009

i want you back. please.

malam ini emo sedikit. kau layankan aje.

i'm missing someone so badly.
yes, if u get what i mean.
i miss u.
i miss u.
i miss u.

come back to me.
come back to us.
i missed our good old times together.
you know how much u mean to me.
please, i want u back.

i miss u.
I wish I could see u a little more often than I do.
i wish we were closer, in and out.
i want the happiness back.
please, im begging u.
for i haven't got the clue, how could we end up like this.

i look up and down.
they are hurting.
i am hurting, though.
and its killing me.

Why can't we get all the people together in the world that we really like and then just stay together? hey i just couldnt get it.

I cannot remember a moment in my life when I have not felt the love of my family. We were a family that would have killed for each other - and we still are. am i right?

you, if you read this, and you know who you are, please get back to me. it is more than enough to know, we're still a family. i know you're reading this. please. i love you.

"The bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life."

Monday, December 21, 2009

janganlah begitu kalau kau mahu hidup lama


hey malaysia.

ceh macam 1 malaysia je baca blog aku. sampai perlu cakap "hey malaysia seluruh warga bersatu padu keamanan sejagat". tak perlulah. siapa orang malaysia yang tengah baca blog aku, ucapan itu ditujukan pada anda. tidak salah jika anda dah mula perasan dari awal2 tadi. tahniah.

hey perasan tak. i tak perasan. okay soalan belum tanya lagi kenapa dah jawab dulu?gila. macam jawab exam juga, kertas soalan akan berbunyi macam ini,

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIBERITAHU.
maksudnya;
kau tak boleh makan didalam dewan peperiksaan.

KERTAS INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK.
maksudnya;
kau tidak boleh pakai kanta lekap ketika musim sejuk.

SILA JAWAB SEMUA SOALAN.
maksudnya;
kalau kau rasa kau bagus, kau boleh jawab semua. jangan over confident.

dan yang ini aku paling faham,

SILA LIHAT SEBELAH.
maksudnya;
bila kau dah buntu ketika jawab soalan, dan tak ada idea nak goreng apa bagi soalan yang membunuh, kau dibenarkan lihat meja rakan disebelah kiri dan kanan. kalau leher panjang macam biawak, dibenarkan lihat depan dan juga belakang.


seronok sebenarnya. jadi tiap2 kali peperiksaan pun, aku mesti lihat rakan lain. sama ada untuk mencari inspirasi, ataupon memberi bantuan kepada insan yang memerlukan, ataupun untuk mengganggu ketenteraman awam sama sekali. semua dibenarkan. itu kalau aku adalah pengarah lembaga peperiksaan Malaysia. tapi malangnya, TIDAK. sebab itu aku bangga jadi anak Malaysia. bertamadun dan sosialis.

oh tapi satu benda saja yang akan buat aku annoyed diwaktu peperiksaan berlangsung. iaitu bila ternampak orang lain mengibas tangan laju2 untuk menghasilkan bunyi dan memanggil invigilator dan meminta extra answer sheet. oh sillyesshit its annoying! memanglah aku nampak over sebab cakap mereka mengibas tangan laju2 untuk menghasilkan bunyi, walhal mereka hanya angkat tangan atau angkat jari tengah saja dan memanggil invigilator, secara senyap sunyi. ah tapi tetap annoying lah. sebab aku memang tahu aku tak boleh jawab sepanjang itu macam mereka cuba lakukan. jadi macam mana aku nak pass paper tu? mesti tumpuan dan fokus aku ke soalan nombor 1 sudah terganggu.

Lainlah kalau dia minta aku tulis cara cara menunaikan solat sunat dhuha, ya mungkin aku boleh angkat tangan dan minta kertas sebanyak lima kali dari invigilator. bukan mahu tunjuk bagus, tapi aku pun tak tahu sebenarnya macam mana solat sunat itu jadi kertas2 sebelum itu telah comot dan tebal dengan liiquid paper. makanya, kenalah minta kertas jawapan yang baru. (",) gemok ah kau.

entah kenapa hari ini tiba2 muncul mood nak cakap pasal peperiksaan. mungkin aku rindu waktu campus life dulu. sebab waktu ini kita akan dapat tengok orang buat kerja gila, lihat orang mati bunuh diri, lihat manusia bertukar menjadi haiwan yang tidak perlu disamak, di musim peperiksaan inilah.

waktu di uitm dulu, geng2 kami semua jadi burung hantu tak bertauliah sebab mereka mesti nak stay up sampai subuh, lepas itu baru nak tidur. tapi aku tak mahu jadi burung hantu. aku mahu jadi koala bear, comel sedikit. makanya, aku tak stay up sangat macam kawan2 yang lain. selalu tidur awal. mahu dijadikan cerita, satu malam itu aku dah tidur awal. menurut kawan2, masa diorg tengah study, aku tiba2 bangun, ambil nota2 ringkas peperiksaan, dan terus pergi circulate nota itu pada mereka.

"Nah ambil nota ini. sorang sorang baca kuat2. aku nak dengar."

"Oi kau kenapa. bukan dah tidur ke syaitonn? nota ni untuk apa?"

"Jangan banyak tanya kalau tak nak kena tumbuk. ambil nota ni dan hafal. esok aku cat masing2 warna hijau, botakkan kepala, panjangkan telinga, pakaikan baju upin ipin, lepastu sekor2 ikut aku masuk exam hall. aku nak korang jadi toyol aku untuk paper esok. faham?"

"kau sini jap syaitonn."

lalu mereka beramai ramai telah bungkus aku dalam comforter yang ibu bekalkan dari kampung, ikat atas dan bawah, dan buang aku keluar tingkap. itulah padahnya orang yang mengganggu ketenteraman orang lain ketika mereka sedang mengerah keringat menghafal nota penting untuk peperiksaan. kau keje tido aje tak kira musim. lepastu mengigau, menyusahkan orang. layak buang daerah saja kau ini.

memang agak dongeng cerita aku tadi. dialog tidak berasas sebab aku tak tahu apa aku cakap pada diorang waktu itu. tapi kebenarannya, kemaluan besar waktu itu. sebab aku mengigau dan tiba tiba mengedarkan kertas2 pada roomate lain yang sedang sibuk study di kala pungguk rindukan bulan. kalau aku ada di tempat mereka waktu itu, memang aku sudah ish taktahulah mahu buat apa. sebab bengang tahap dewata musim bunga ah. standard musim mengigau yang teruk memang pada musim peperiksaan sahaja. macam kawan aku ini, akan mengigau waktu musim peperiksaan sahaja. mengigau bukan calang2 beb. stok mengigau yang bangun dan terus berbogel di atas katil, terus main congkak seorang diri. seram kan. sebab aku tipu. dia mengigau gaya bebas macam ini, yang akan tiba tiba menjerit;

" argggggggggggggghhhh.. ah ah ah uh ah uh ah ah"

bangang gila empat puluh lima kali. bunyi ape itu. cuba teka (+_+)

yang belakang itu, aku tambah. saja seronok. kalau begitu, kantoi sudah rupanya stay up malam2 bukan study. nonton blue ya abanggggg. auwww~

okay okay. mari menjernihkan keadaan yang sudah bercampur baur ini. kawan aku mengigau tiba tiba menjerit memang menyeramkan. pelajar uitm memang biasa diserapkan budaya belajar dengan mendengar lagu. jadi bila stay up dan mahu menghafal nota, kami akan sumbat earphone dan dengar lagu tahap maksima kelajuan pantas tidak dapat disangkal lagi. bayangkan sedang syok goyang kaki korek hidung dan dengar lagu, oh ya, hafal nota juga, tiba2 kamu dengar orang menjerit! oh biawak. kau melatah pula. haih~ seram kan.

mula2 mesti dalam hotak fikir itu hantu yang jerit, ah jadi tidak perlu tegur. kalau aku tak kacau makhluk itu, dia mesti tak kacau aku. tapi bila tiap2 malam juga dengar, hati siapa tidak memberontak. misteri ini mesti dirungkai. maka satu mesyuarat bilik telah diadakan. jadi malam itu masing2 berjaga dan menantikan bunyi itu lagi. dan telah tiba saat yang dinanti2kan, ah yaaaaaaaaaaaa goooooooooooooooooooooooooollll!!! hamek kau. kau yang mengigau rupanya. menjerit macam kene liwat aje? terok bebenor. kau kenapa? seram bongok. tak pasal2 aku fail paper semalam. haih!

jadi kami ramai2 telah mengetuk kepala beliau yang dimaksudkan tadi, kami siat2 daging dia, kami rebus tulang dia campur serbuk kari sedikit, kami cabut kuku kaki dia guna gigi sendiri. fuh. ngeri tak. ngeri tak. kami kannibal. kami tak makan orang. kami takut tikus.

jadi kesimpulannya, stress di musim peperiksaan boleh mendorong kepada kejadian yang tidak diingini dan memalukan. in a manner of speaking, jauhi dadah. kau ingat kau ambil "ice ice baby" untuk stay up dan hilangkan stress dan hafal sebnyak2 nota sampai muntah kacang, ia cool? oh nehi nehi nehi. sayangi keluarga anda.

sejak daku bertemu denganmu eh ternyanyi pula. tak, i mean, sejak2 jadi cikgu ni, aku dah rasa peperiksaan takkan lari dari stress. cikgu stress, anak murid laaagi stress. sebab itu aku lantakkan aje korang nak meniru ke hape, sukahati kau lah nak. asal kau tak kacau aku berak. tapi punca utama keguguran rambut di kalangan guru2 adalah bila tiba waktu menanda kertas peperiksaan. macam2 ada. macam aku, guru prinsip akaun dan ekonomi. tengok saja ini;


dia fikir aku tak faham dia tulis apa? maksud tulisan itu ialah, "CIKGU KAMU SANGAT CANTIK DAN MENGGIURKAN. AKU TIDAK BISA FOKUS YA TIKA KAMU NGAJAR. IYA BISA BISA KAMU BERI NOMBOR TALIPON KAMU PADA AKU YA? BILA KITA BISA NGEDATE YA BU? AKU KEPINGIN GITU MAHU CHIT CHAT SAMA KAMU. KAMU BISA GOYANG GERUDI NGGAK BU?" jangan khuatir ya pembaca sekalian. aku memang mengajar prinsip akaun dalam dwibahasa, melayu dan cina. inilah hasilnya. oh ya, dan aku pulak konfius, bila pulak ade pelajar dari seberang ini?? blegh~


dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, aku sering terapkan nilai nilai murni seperti, jangan pinjam duit daripada along,dan biar papa asal kedana. lihatlah betapa anak murid aku ikut nasihat aku. mereka benar2 aplikasikan dalam kehidupan seharian. ah terharu.


nilai murni seterusnya, jangan buka kedai runcit jika tidak mempunyai keberanian yang nyata. nah, amik kau cikgu. yang benar, anak murid yang hamsam.

yang ini buat aku paling rasa yang kehadiran aku rupanya meninggalkan kesan. ya, aku tau lidah aku panjang macam burung unta. aku sayang kamu orang anak murib!


sama tak.? sekarang baru rasa macam mahu lastik orang sampai lebam.


Selaras dengan kejadian2 itu, kalau kau datang bilik guru, mesti kau orang boleh nampak muka aku yang dah rupa biawak tumpah darah. kadang2 boleh menjelma jadi tenggiling berguling2 di sekitar bilik guru. kadang2 aku boleh jadi sesumpah, bertukar warna dan sembunyi di belakang langsir. kadang2 boleh jadi stripper, menyanyi kuat2 berdiri di atas meja dan sambil mengibas2 kain baju kurung. tragis memang tragis. tapi waktu itu yang aku rindu. ini stress yang menggembirakan. lagi lagi bila kau jumpa answer sheet yg macam di atas itu. oh i like this piece of shit! yeah. confirm boleh bantu kau distress. walaupun mesti kau ada rasa macam mahu rejam budak itu hidup2. tapi janganlah begitu.

kau mahu hidup lama tidak?

Thursday, December 17, 2009

.babai lari dulu.

ikat rambut, pakai stokin, salin seluar, dan pakai gincu.
NAH! aku sudah sedia untuk berblogging (",)

hai kawan kawan ketemu lagi kita yaa. hari ini ya bapak bapak ibu ibu mengandung kalian, aku mahu bicara pasal getek. ah apa itu. kenapa dong tiba tiba rasa macam haprak suara tukar jadi minah jawa banget ini. ini pasti gara gara sate burung terbang duduk si razman nih. sumpah terliur dibuatnya. bukan terliur, terkencing jua. geli doe.

sudah. sudah. ada apa dengan katak? hanya yang pernah makan yang tahu. blerk~

hey, pernah terfikir dalam dunia yang fana ini, apa yang kamu paling takotkan sekali? aku tahu. eh aku ada. eh aku tahu apa yang aku takut sekali. aku takut orang garang. bukan, maksud aku bukan yang ikan siakap goreng garing. aku kata, G to the A to the R to the A to the N to the G says it out loud........ GARANG. aku takut orang berperwatakan GARANG. bersuara garang. garang tau abang ni auww~ aku takut orang misai lentik. sebab bila misai dia panjang dan lentik, akan termasuk dalam hidung masa bercakap lalu mesti aku terketawa, dan dia akan marah aku. jadi orang itu dianggap garang. duh. takut. selain itu, aku takut orang marah. aku takut orang tengking. aku takut orang maki. tapi aku tak takut orang membebel. sebab aku ada satu kuasa untuk memekakkan telinga. tapi telinga akan bernanah sedikit di akhir cerita.


jadi kau orang kena tahu aku bukan saja takut cicak, tapi aku juga takut cicak yang garang. macam mana nak tahu bila cicak itu akan garang? bila ekor dia tegang, maksudnya dia tengah marah dan garang kerana isteri belum balik memasak lagi. jadi boleh disimpulmatikan disini, aku takut orang garang. tak perlu marah, kalau muka sudah bengis macam yakuza, tengok orang juga seperti meneran mahu berak tapi susah, itu dah cukup buat aku takut. aku takkan pandang. babai. lari dulu. aku takut.


pernah dulu, di sekolah rendah aku nyaris kena marah. eh aku sudahpun kena marah. tidak siap homework matematik yang diberi. aku bagi alasan, buku telah dicuri. padahal aku buang buku itu dibelakang luar kelas melalui tingkap. jadi bila cikgu check beg, buku tiada. jadi aku selamat. tiba tiba ada lahanat semperit seorang ini, dia datang dan ketuk pintu kelas waktu itu, dan cakap pada guru, mahu jumpa amalina. aku keluar dengan muka malaysia boleh macam biasa, dan dia serahkan buku yang aku buang dibelakang kelas tadi dan cakap,

"aku jumpa buku tulis math kau kat belakang tadi, mesti ada orang nak dengki kau".

kau faham tak perasaan aku masa itu macam mana. nasib baik masa itu aku berdarjah lima. belum ada lesen untuk merogol orang. kalau tidak............. dalam hati aku sudah mula mencarut,

" WTF.aetwredfgiwdquuikdequh. jaga kau balik ni syaitooon. kau tengoklah balik nanti, basikal tua kau mesti dah jadi kereta tamiya hancur aku kerjakan."

tapi masa tu aku tak reti lagi mencarut wtf. aku cuma cakap "jahanam kau." lepas itu, cikgu tanya buku apa itu dan ambil dari tangan aku. sebab buku matematik kan guna buku kotak2, sah2 kantoi badak berendam kat situ. aku kene tengking, aku kene lempang, aku kena sebat, aku kena marah depan kelas. malu siak. aku tak kisah kene belasah kene lempang kena bentes kene siku kene jotos depan orang. tapi jangan marah aku depan orang. jadi sepanjang perjalanan balik kerumah pada hari itu, aku hanya tunduk memandang bumi menangis. aku down.


dulu di sekolah rendah juga, aku selalu kena sebat kena lempang kena piat kena cubit. tu makanan harian aku. aku tak makan mi goreng atau nasi lemak di waktu rehat. aku makan pelempang. dah, itu aku tipu. walaupun baru lepas kena lempang belasah bagaaaai, aku tetap akan pergi ke kantin dan makan. kalau tidak, makcik kantin akan cari aku. bila kena belasah, aku akan nangis. nangis sebab sakit saja. tapi aku tak rasa down. aku ingat lagi, masa darjah 6, selalu kena diri atas kerusi dan dirotan. cikgu bagi aku pilih mahu rotan yang mana. dari besar buluh sampai sekecil2 ekor tikus anorexia. nipiiiiiiis banget. bisa yang amet dong. bila sudah kena rotan, kena lempang pula. lepas itu kena diri atas meja pula. mahunya aku tak nangis. sakit gila kot. sampai sekarang berbekas nih. tengok ni. tengok ni.


aku menyesal kerana tidak suka minum anlene di waktu kecil. bila tidak minum susu, ketinggian sudah terbantut, jadi tiada masalah kalau kena diri atas meja, kepala takkan tersangkut di kipas. cuba bayangkan kalau aku tinggi, mesti cikgu tak bagi diri atas meja atas aspek keselamatan, tapi mesti cikgu kata, kau pergi diri atas dinding koridor dan depakan tangan dan angkat kaki sebelah. lagi naya.


di rumah, abah tidak garang. ibu lebih garang. ibu cikgu, jadi ibu garang macam cikgu. abah tak garang macam cikgu sebab abah bukan cikgu. abah tak ada misai lentik tapi abah ada kening lentik. nasib baik bukan bontot yang lentik. kalau tidak, mesti abah aku sudah jadi Ziana Zain. tapi hari itu, aku baru kena marah dengan abah. jadi aku menangis macam mati suami. duduk dalam bilik, tekup muka guna bantal lembu yang dah lama tak basuh. dulu lembu ini datang dari new zealand kaler putih. tapi kini sudah jadi lembu malaysia pula, kaler coklat. banyak bekas hingus atas dia.



abah pula marah aku depan adik2, jadi kemaluan aku besar lah. terus duduk dalam bilik, menangis tidak mau makan, tidak mau tengok tv walaupun malam itu ada AJL hati meronta ronta mahu tengok, tidak mahu tegur orang tidak mahu keluar dari bilik walaupun mungkin hari itu Faizal Tahir datang melawat kampung. aku sanggup tidak buat semua itu, demi kerana kemaluan tercalar.


selalunya, bila aku tahu orang nak marah aku, atau akan marah aku, aku akan nangis dulu. dengan tujuan, orang akan takut dan tidak jadi marah. tapi taktik kotor aku tidak berjaya. Allah tidak memberkati penipuan. hoh. bukan, benda itu semulajadi. sebab dari kecil pun takut kena marah. jadi bila tahu akan kena marah, terus sedih dan menangis macam biawak bunting. comel. biawak bunting yang jalan terkengkang2 muka haru kena tinggal laki dan pergi mencari makanan sendiri. macam itulah. sebab itu aku kata, jangan marah aku, kau akan buat aku down, dan aku akan merana sepanjang hayat. please please please kamu jangaaa nakal. tibeee.

persoalannya disini, aku tidak boleh lihat orang garang, tapi aku garang. aku tidak boleh kena marah, tapi aku suka marah orang. aku suka bentes orang, tapi kenapa orang tak suka bentes aku. tapi aku faham juga perasaan orang tak suka kena marah. jadi kadang2 bila aku marah, aku akan buat2 seperti marah ketawa2 macam,

" kah kah kah kau tau tak aku marah ni kau memang macam sial tau tau perangai kau taugeh ha ha ha. "

jadi jika begini, harap orang tak akan terasa.


sebab utama aku tak suka kena marah sebab aku akan rasa down. lagi lagi jika marah aku depan orang ramai. at public. di public phone, ketika aku sedang bergayut. kalau betul, mahu marah aku, cakaplah pelan2, bisik di telinga "pssstt aku nak marah kau ni. kau dah ready?" macam itulah. eh tapi tak boleh juga. janganlah marah. please please please kamu jangaa nakal. dan lagi. haih~


aku hidup hanya untuk pleased everyone. aku tak mahu buat orang marah, orang kecewa, orang rasa tak best dengan aku. so can u guys do me a favor? jangan marah aku. boleh? sayang kau orang! walaupun aku tak kenal kau semua.