KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Monday, December 14, 2009

celaru bukan gaharu.


sudah gaharu cendana pula.
sudah menggaru malu-malu pula.

maksud aku, aku celaru. celaru dengan gaharu sama kan? jangan salahkan aku kalau salah. sebab dulu masa duduk di bangku sekolah lagi, ibu ada menyarankan, ambil kesusasteraan melayu di menara gading. tapi aku tak mahu. kesusasteraan melayu, belajar tidak guna kalkulator. jadi tidak suka. maka, aku ambil accounting. walaupun cgpa memang sangat tak membrangsangkan, tetap nampak hebat sikit. mudah sikit mahu berlagak dengan anak cucu nanti. eh tak! aku belajar bukan sebab mahu berlagak. sebab aku kena belajar. Tuhan dah bagi otak, dah bagi pandai, kau mesti taknak sia siakan, bukan? tapi aku pelik, kenapa aku pandai2 ayam saja. sebab kuat berangan masa belajar. tapi itu yang aku rindukan.

pertama, masa dalam kelas, aku paling bising sekali. dapat pula kawan kawan yang sekapal satu cetak bukan main kepoh lagi potpet potpet pamperspetpet. bila lecturer sudah pandang serong, kami diam. nak balas jelingan, tidak mampu sebab bulu mata tidak lentik dan menggoda.jadi kami tunduk saja. tapi bukan berhenti disitu. kami akan mula bercakap sesama sendiri guna kertas sticky-note. kadang2 guna juga reference-book-yang-tebal2-beli-takde-guna-takat-buat-belagak-aje. kitorang panggil benda itu, "YM-PAPER-BASED". so during classes, memang takkan ada kerja lain yang berfaedah selain main ym paper based. seronok mengumpat sesama sendiri tanpa fikir dosa. kadang2 kalau takde topik sangat, akan berbicara pasal

" Kenapa Kuku Kaki Kau Kaler Coklat."

"hey hey tengok budak perempuan sebelah kau tu, muka dia mcm betty boop kan?"

"kenapa kau selesa pakai Kotex dari Whisper?"

"selalu mak kau masuk tidur pukul berapa?"

memang agak nonsense kan.

dan selalunya juga dalam kelas, aku selalu mengantuk. maklumlah, malam malam overtime layan blue ramai2 dlm bilik. ulangan, RAMAI RAMAI. kami satu bilik buat study group untuk layan blue. kadang2 ada buat gambarajah. lebih senang faham. kau janganlah fikir kotor. kau ni kaler kuning betul otak tu. maksud aku, kami layan buku rujukan yang Hardcover dia kaler biru. betul. nampak sangat rajin. aku saje mahu uji kamu. bukan apa, fakulti aku memang blue. i feel blue. ngeh ngeh. takde kaitan, kan. bila dah malam tidur lambat, selalu mengantuk dalam kelas. jadi setiap kali pergi kelas, mesti bawa cebisan kain batik untuk lap air liur yang meleleh di atas kertas ujian yang baru diberi oleh lecturer. gagal pulak tu. untuk elak rasa ngantok, dah rutin untuk kami beli air nescafe dan bekalan makanan banyak2 macam untuk orang Serbia tahap starving gila vavi, letak bawah meja. jadi selalunya, aku akan minta izin keluar ke toilet dan sbenarnya bukan ke toilet.aku pegi cafe, beli karipap dan kuih nenek nenek (iaitu kuih yang tidak memerlukan daya kunyahan. cuma masuk dalam mulut, dan ia akan serap begitu saja). bila masuk kelas, kuih disembunyikan dibawah tudung. jadi nampaklah "aset" agak besar sedikit. haha ok kidding!


bila mengantuk, aku juga kadang2 buat kerja gila, pergi duduk di dlm toilet lecturer yang didepan pintu ada ditulis "PELAJAR DILARANG MENGGUNAKAN TANDAS INI". eh ape tu? aku tak faham apa maksud dia. sorry, i speak london, okay! jadi bila aku tak faham, aku masuk saja dlm toilet itu, duduk di atas toilet bowl dan tidur. kalau toilet penuh, aku akan tidur di surau. tidur siap kain terselak2 macam tidur di rumah. sebab itu aku tak suka pakai baju kurung. alasan. lepas dah segar, aku pun masuk kelas, dan tiba tiba lecturer panggil.

"AMALINA, SIAPA YG KELUAR TADI KENA JAWAB SOALAN."

weh tiba tiba weh. kejam sungguh. tapi aku konfiden. aku buat je muka Malaysia Boleh aku dan jawab soalan. eh betul pulak (",) lecturer itu malu sudaa. haha.

aku juga selalu tipu lecturer. kalau skip classes, alasan standard,

"SORRY MDM, I HAD MENSTRUAL CRAMP YESTERDAY."

"SORRY SIR, I FELL IN THE BATHROOM"

kalau nak dramatik sikit,

"SORRY PUAN, I HAD A LIL CATFIGHT WITH MY BF LAST NIGHT"
*tunjuklah bukti*

"SORRY ENCIK, I MACAM MORNING SICKNESS LAH TADI."
*confirm lecturer mengangaaaa.!*

nak lagi tragis,
"SORRY SIR I SKIPPED UR CLASS YESTERDAY. I TRIED TO KILL MYSELF. TAPI TUHAN MASIH SAYANGKAN SAYA LAGI. AND SO HERE I AM =) "
sumpah lepastu mesti lecturer malas nak layan kau sebab dia fikir kau gila.

selain itu, ramai orang tahu aku suka berangan. kadang2 dalam kelas, nampak macam aku pay attention gila gila tengok depan kat whiteboard. tengok muka lecturer macam boleh tembus ke bangunan sebelah. punyalah pay attention kan. tapi sebenarnya aku fikir lain. aku bukan faham dia ajar apa. tulisan dahla macam bini doktor. lepas aku fikir, aku tengok kawan aku kat sebelah. dia pun pay attention juga. lihat kawan yang didepan, ouh lagi pay attention. apa sudah jadi? lecturer itu bukan seksi pun. pakai tudung juga, labuh lagi. rambut tidak terkeluar atau tercacak cacak di atas tudung. jadi aku musykil bangat. bila balik, aku jumpa kawan baik aku dan tanya dia,

"kau faham apa dia ajar?"
"tak."
" jadi tadi kau tengok apa? macam beriya iya kelapa aku tengok kau pandang whiteboard."
" ah kau pun sama. kau fikir apa?"
aku malu hendak cakap, tapi memikirkan dia kawan baik aku, aku cakap juga.
" aku cuma fikir, macam mana agaknya puan ni buat sex dengan laki dia? aku tak boleh bygkan doe. muka dia sopan gila."
kawan aku jawab balik, buat aku macam nak siku biji halkum dia.
" kau memang kawan aku dunia akhirat! aku pun fikir benda yang sama.tu yang aku pandang dia sambil tutup mata. aku sedang bayangkan.!! "

sebab itu, pada semester itu, subjek yang diajar puan-nama-tidak-akan-dinyatakan-disini itu aku dapat C. hey dilaknat betul aku ni. jadi sebenarnya sampai sekarang pun aku celaru, aku musykil, kenapa aku tak succeed dlm pelajaran aku? hey, i do believe in karma. what goes around, comes around. kau boleh fikir kan, jadi fikirlah. jangan contohi.oh i missed my campus life soo badly. till next post people, buh-bye!

4 comments:

Razman said...

weih, kita satu fakulti..tp xpnah nampak..klu nampak kopem aku terajang ko dgn ats kesalahan buat aku senyum sorg2 bce entri bangang ko ni..haha..part bpe?

.rafiq. said...

jom layan blue same2.haha

AmalinaOmar said...

razman: lah senyum je? aku ingat dah cukup kelaka sampai boleh buat kau ketawa kekejangan. aku dah habis mei 2009 aritu. ko part bape skang? kau lagilaaa aku xpenah prasan. nmpak sgt kau tak glemer, haha!

AmalinaOmar said...

rafiq: buku hardcover blue kau tebal mane? wee~