KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, March 27, 2010

cinta siapa?

sejak sudah dapat pegang duit sendiri ini, rasa tanggungjawab makin berat. haruss makin berat kauuu...duit syiling makin banyak. tiap tiap malam nak guna telefon emak di kampung guna public phone Taman Pulai Jaya depan kedai topup belok kiri lepas simpang pertama tu. ofkos poket makin berat. macam ini baru boleh jadi tokoh anak mithali peringkat kebangsaan. nak jadi tokoh Maulidurrasul asyik tidak kesampaian saja :(

dulu masa belajar adalah waktu paling bahagia sebab dapat jadi perempuan pengikis paling berjaya atas muka bumi ini. duit biasiswa JPA dah dapat, campur pula duit biasiswa zahir dari penaja utama ibu dan abah, iaitu wajib dapat. bila ditambah tolak darab bahagi punca kuasa dua dan logarithm kan, maka terbentuklah satu institusi pembaziran dimana kekerapan keluar dating meningkat sebanyak dua kali ganda. kalau biasa dating 2 minggu sekali, bila waktu klimaks punca pendapatan meningkat, maka jatuh hukum wajibul ghunnah, mesti pergi dating sampai 2 kali seminggu. amalan syaitan sungguh. Astaghfirullah..:)

tetapi ingin saya tekan-tubi-lima-kali-kan disini, semua itu dulu. waktu dibawah sedar. waktu tak sedar diri anak pungut. eh salah. waktu tak sedar diri duit sebenarnya susah nak cari. bukan senang macam dibayangkan. bukan semudah ABC. bukan semudah gores dan menang dapat percutian ke New Zealand. bukan semudah gelek goyang gerudi. ah susah memang susah. sekarang sudah dewasa, sudah merasa kerja sendiri, sudah merasa peritnya bekerja lebih masa, sudah merasa aduh susahnya nak dpatkan duit RM2k++ waktu sekarang ini. sudah merasa sebenarnya gaji besar mana pun tidak akan cukup. gaji makin besar, nafsu makin besar.

makanya atas kesedaran nasional itu, aku secara penuh wawasan, telah mempertingkatkan mutu hidup sendiri dengan memperuntukkan duit secara rasional. bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk keluarga yang berada dikampung. entri ini saja untuk berkongsi cerita, sebab tak mahu ada manusia lain yang sering lupakan ibu bapa bila gaji sudah besar,, bini sudah ramai, ibu bapa dan adik adik dikampung dibiarkan makan tanpa pinggan. *perumpamaan ini harap diabaikan kerana tidak mencapai mutu piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka.*

dulu waktu belajar sudah puas aku habiskan duit ibu dan abah. bukan guna untuk beli buku atau bayar denda perpustakaan. tetapi untuk pergi dating dan membeli belah gaya Paris Hilton kelas bawahan. bajet bapak ada buat bisnes hotel. padahal bapak aku banyak lagi nak tanggung adik adik dirumah. berderet macam keretapi KTM Kuala Lumpur-Johor Bahru. ada 12 orang nak kena tanggung. nampak tak betapa sesak nafas mereka nak keluarkan duit untuk anak anak sendiri.

sekarang ni aku nak tanggung diri sendiri dengan gaji macam ini pun rasa sebak. eh tak. sesak nafas. baru seorang diri! belum beranak pinak lagi. peh. bawalah daku pergi, dari derita ini~~ tiba tiba nyanyi lagu stok SinarFM sebab nak rasa retro kembali ke pangkal jalan. ah tiba tiba je kau.

jadi apa yang dapat aku simpulkan disini, bila dah rasa pegang duit sendiri, dari titik peluh sendiri (walaupun kerja dipejabat ada aircond agak susah mengeluarkan peluh), ingatlah orang yang tersayang. jangan bawa kereta laju2. nanti kena saman polis, duit dah luak sebab kena bayar saman polis. buat apa kau membazir bagi duit kat polis? sedangkan ibu bapa dan adik adik dirumah lebih memerlukan. dramatik sebak kan ayat aku. oh well...

tak perlu bagi banyak. cukupla jika setiap bulan gaji, belilah sumthing untuk family sendiri. beli biskut beras wang wang di Giant harganya baru sepaket RM3.85. mesti adik adik teruja sehingga kelu tak terkata. padahal baru biskut wang wang bin bin. belum lagi kau belikan DVD original Adnan Sempit. pasti mereka tidak lupa jasa dan budi baik kau sebagai seorang kakak atau abang yang sangat memahami jiwa muda mereka. untuk ibu bapa pula, jangan lah derhaka tidak mengenang budi sangat sampaikan mereka pun kau belikan biskut wang wang. belikanlah sesuatu yang mereka suka. contohnya, macam ibu aku suka makan kacang. maka, belikanlah kacang cap Ngan Yin di Giant yang baru bernilai RM3.95 sen itu. kalau macam abah aku pula mengidam Toyota Camry sebijik, disebabkan aku tak mampu belikan itu sekarang, aku hanya akan pergi ke Toyota showroom dan ambilkan dia satu pamplet Toyota Camry, bawa balik dan tunjuk pada dia. eh nampak tiba tiba abah sebak. untuk lebih nampak kacak dan extra sebak, aku printkan gambar Toyota Camry dari internet saiz A3, gulung dan ikat reben, dan beri kepada abah. dan oh, abah lebih sebak memikirkan perihal anak daranya yang bijak dan hensem ini. *ini drama sahaja* dan sebenarnya, aku dah sikit2 simpan duit sebulan RM20 untuk belikan abah kereta itu. siapa yg dah tau ni, diam2 jangan pecah rahsia pada abah aku. takut beliau tambah sebak. tsk.

kesimpulannya, bila kita nak balas jasa ibu bapa, tidak semestinya kita mesti bagi duit yang banyak pada mereka tiap2 bulan gaji. cukuplah sekadar membantu apa yang patut, tidak lupakan mereka setiap kali kita dapat gaji, beli dan berikan sesuatu yang affordable biar sesama keluarga kita merasa hasil titik peluh kita bekerja. kalau dulu kita dah habiskan duit mereka, apa salahnya kali ini kita put aside sikit duit untuk belanja mereka. tak perlu berbelanja lebih, berbelanjalah di Maslee, jiran saya!

itu kalau kita cintakan ibu bapa dan keluarga. tapi macam mana nak balas budi kepada alam sekitar, jika kita cintakan alam sekitar? senang. support Earth Hour. tutup lampu selama sejam. malam ini sahaja. tapi tak perlu tutup tv. untuk siapa siapa yang nak tengok AF8. tolong sokong kempen ini jika kau mahu hidup lama. dunia dah makin panas wehhh!!


Monday, March 22, 2010

rumusan kaji lelaki.

atas pemerhatian rambang aku selama bergelar playgirl 22 tahun ini (halaaaah halaaah apesal statement yakin mcm sukimak nieee), ada sedikit yang aku boleh rumuskan untuk pemerhatian individu bergelar manusia tak kira lelaki perempuan pondan nyah pengkid tomboy dan boboy pun. antara isi kandungan rumusan kali ini berkisar tentang pemerhatian aku terhadap pelbagai jenis lelaki yang ada unsur sex-appeal (OMG) pada pandangan kaca mata aku sendiri. hey hey kepala hotak tu kalau tak fikir sex je boleh tak. ke nak rasa lempangan buah bidara aku ni? maksudnya, antara perkara perkara yang aku rasa menarik pada seseorang lelaki. atau kasar sikit, jantan. nak kasar lagi? tak boleh kasar kasar, abah i pon lelaki kauu!! *masih dibawah sedar*

ayuh dong, kita mulai. dimulakan dengan Bismillah. disudahi dengan brrrrppp... Alhamdulillah.


Jenis lelaki pertama: Indian Guy.

oh tuhan. homaigod. ya aduh. (rileksla abang abang melayu, jangan baling batu kat i dulu). entah kenapa sejak dari azali lagi aku selalu rasa lelaki India cukup menarik perhatian aku. jangan salah perkiraan. konteks lelaki India yang aku maksudkan disini is something modern bukan yang stok tradisional pakai cawat putih. bukan yang bonzer2 pakai kot suka bersidai tepi kedai rempah kat Jalan Dhoby tu. nehi nehi nehi. aku suka indian look. biar hitam, tapi manis. orang putih pun cakap macam ini

" ONCE U GET BLACK, U'LL NEVER LOOK BACK "
(peribahasa asal "once u go black, u never get back")

kalau dulu dulu bila kawan2 tanya, eh kau suka lelaki macam mana? jawapan: lelaki yang muka indian look. ada yang ketawakan. lepas itu sendiri menyesal bila gigi berterabur, sia sia dapat penampar pailang dari aku. tapi agak2 la oi, jangan fikir aku suka yang stok Niger punye manusia jugak. haramjadah.


jenis lelaki kedua: Chinese guy.

tidak keterlaluan jika aku katakan yang aku tidak minat lelaki putih atau bermata sepet. boleh begitu, bukan? ish kalau laki i putih, hari hari i makan hati sebab kulit i ni macam nescafe kurang susu. lepastu semua orang mesti cakap anak aku keluar nanti jadi taik cicak. mulut macam tu layak aku bawangkan aje. tapi maaf ya, lelaki putih mata sepet sangat kurang sex appeal nya untuk aku.


jenis lelaki ketiga: Lelaki Melayu

ini pilihan ibu saya. of course. yes, definitely. haha. well erm aaaaa erm lelaki melayu eh? i takutla banggg nak komen banyak2. nanti i ni dikatakan lupa diri. well, i look stupid if i speak malay. *eh apehal?? tibeee* ok ok serius semula! Lelaki Melayu pd pandangan aku, agak kurang romantik. tapi tak semua lah. ada yang romantik bagaaaai. lagak Leonardo D'PecahPeriuk dalam Titanic "u jump, i jump". tapi sebenarnya, bila perempuan tu lompat terjun dlm laut, si lelaki ni lompat terkinja2 atas kapal, boleh cari lain gamaknyaa! ini sekadar gambar hiasan sahaja. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. bagi yang terasa, ala buat buat cool sudah. kalau tak, nanti tak pasal kau buat muka cuak time baca entry ini, tak ke kantoi bongok dengan awek/bini kt sebelah tu. rielaks okay. breath in.. breath out.. good.

tapi 1 thing for sure, most of these guys, memang bermulut manis anyhow. tapai pun bau busuk kau tahu. ini kan pulak mulut lelaki. manis banget. gilaaaa kau tak cair dengan sweet talk diorang?? bab ni aku terpaksa menyerah kalah. tak berani nak komen lebih2. samada diorang ini keep their sweet words or not, let the time decides. okay girls??

hurm, lagi pasal lelaki Melayu, the level of sensitiveness is predictable. oh yes, but sometimes it goes unpredictable though. it depends lah. i love man who have this kind of quality. sebab aku rasa bila dia sensitif, dia akan faham apa yang pasangan die tengah face through. let say, perempuan tengah period malas nak layan si lelaki ni tiba tiba nak ajak gi memanah la, ajak pegi berbasikal bukit la, pastu tak pasal pasal perempuan ini kata "i takmau i takmau!! hantar i balik rumah orang tua sri kenangan sekarang!!". kalau lelaki tu ada nilai2 sensitif, mesti dia aware dengan mood perempuan gila ni tadi. dan lelaki itu patut ambil jalan selamat. gunakan pintu kecemasan. pakai tali pinggang dengan selamat. pelampung berada di atas kepala anda. *cita cita telah tercapai menjadi pramugari*

dan lagi, lelaki Melayu ini kadang2 tengok ada yang kurang gentleman. tapi ada jugak yang bapak segala gentleman. benda ni bergantung juga kan. tapi sebenarnya bila over gentleman, rimas jugak brader. sikit2 LADIES FIRST sikit2 nak kena marah semua orang yang ngorat awek dia. ceh, kalau macam ini, out!

lelaki pilihan aku:

1. aku tak suka lelaki hensem. tolong, kalau rasa diri tu hensem macam Yusuf Haslam atau hamsam sekalipun, sila pergi main jauh2. jangan dekat dengan aku. aku allergy orang hensem2 ini. hensem tak menjamin apa apa pun untuk kehidupan aku selepas mati kelak. kalau dah tua, berkedut jugak. tapi kalau anda comel, dah tua pun comel. auww~ *pengsan*

2. lelaki itu mesti cool. bukan orang Pakistan jual aiskrim MatKool. bukan. jangan poyo. jangan pakai spender kt luar. eh eh. silap kategori ni. okay, contoh lelaki cool adalah Zahiril Adzim. mamat selamba tapi ayat peh peh peh *speechless*. kadang kadang lelaki puitis macam ni memang bagi plus point ah! ulp.

3. harus softspoken. please dont get confuse with these two ; softspoken & sweet talk. softspoken is like someone whom has this super duper power untuk bagi setiap ayat yang keluar dari mulut dia, meresap terus masuk dalam otak. takde lalu tol kene tempuh roadblock segala. straightaway to your medula oblongata (betul ke? haha). kualiti lelaki yang softspoken, pada aku, adalah amat peh peh peh *bila speechless memang akan bunyi begini sahaja*

4. lelaki itu mestilah mempunyai satu daya tahan yang tinggi, yang mampu mencapai satu tahap menggelegak sebab aku ini memang mencabar keimanan lelaki. perangai kurang berdaya saing, terlalu yakin, dan kurang kemuafakatan boleh mencalar imej lelaki yang terbabit. dah melalut. dah melalut. move on. next please.

5. extra sensitif. ada sixth sense. ada chemistry. ada physics. ada add math. melalut lagi. dem. tak, maksud aku, someone yang boleh faham apa aku rasa tanpa perlu aku cakap. peh dengar macam demanding gile. sebab aku bukan jenis perempuan yang outspoken. tak reti nak cakap ketidakpuasan hati. selalu aku tanam rasa tak best dalam hati. tunggu berulat, baru aku keluarkan habis habisan. iya. memang teruk. dan ya, hebat.

6. i need someone yang ada extra shoulder to lend it to me. shoulder to cry on. kan dah cakap aku gembeng. cengeng.

7. above all, i just wanted someone who love me, someone who know how to take care of me, someone who know how to pamper me with love. coz im going to offer the same thing to u. yes, its for sure dear.


*lelaki hensem yang membaca, jangan menggigit jari. malu orang sebelah tengok*

till next post, buh-bye people.

Saturday, March 20, 2010

KUN FAYAKUN..

kenapa Tuhan nak uji kita? sebab kita lemah atau kita kuat?

aku tak kuat pun. kadang2 bila dapat ujian macam ni, hati merungut sendiri, kenapa Tuhan pilih aku untuk bagi semua ni. sedangkan semua tahu aku memang lembik. tak gagah langsung. semua ayat2 gagah aku dari dulu sampai sekarang is my alter ego. bukan diri aku yang sebenar2benarnya. sumpah aku begitu lembik lemau lemah. aku tak boleh pun diri atas kaki sendiri. atau kata nama lain, berdikari. tapi aku pun xpernah tumpang kaki orang lain untuk berdiri. kalau macam tu, memang saja mintak penampar. i am too dependant. tak reti untuk jaga diri sendiri dengan baik, tak reti untuk kawal masalah peribadi sendiri, tak reti nak deal dengan masalah sendiri. jenis apakah manusia macam ni. huh.

tapi sejak akhir ini, aku macam dah dapat satu rasa, yang Allah bagi aku sesuatu ujian untuk tengok sejauhmana aku dapat bertahan tanpa bantuan orang lain. at first i noe i cudnt make it through. sudahla orang sedia tahu, sabar aku tak menebal pun di dada ini. buku teks sejarah lagi tebal dari sabar aku. dan seperti dijangka, memang sampai end point pun, aku masih tak mampu lawan sendiri. bergelut dengan rasa sendiri sampai konon2 dah nak mati sangat. ya, aku memang exxaggarate sikit. tapi kau semua kena tahu, memang sakit bila tak ada orang nak bantu kita waktu kita susah. waktu kita perlu pertolongan. waktu kita perlukan CPR masa tercungap cungap. waktu kita perlukan duit untuk beli iPhone baru. eh eh over pulak. macam tulah sikit2 perumpamaannya. rasa macam dunia sendiri jauh dari dunia orang lain. macam tinggal dalam zaman dinosaur. tapi masa tu, takde pulak jumpa Flinstones dan kereta-brek-kaki nya itu.

tapi apa yang jadi mesti ada hikmah nya kan. orang putih dan orang hitam pun ada kata; there's a silver lining in it. senang cerita, of everything that happens, there must be something good beyond that. kan indah bila sesuatu yang kita sayang dapat bagi semua apa yang kita nak. tapi kalau macam tu, rasa macam aku ni bapak perfectionist. lepas tu semua orang pun takut nak mengorat aku, demanding lebih. tengok Fasha Sandha, humble gilaa sampai laki orang semua terkenan kat dia. agak agaklaaa kan. kan. kan. last2 aku pun tak berlaki. padan muka sendiri.

apa yang penting, (tolongla jangan jawab KERJASAMA..! aku geli la katun wonderpet. tolong, boleh??) aku tak pernah harap sesuatu yang sempurna dari siapa2 yang aku sayang. sebab aku sendiri cukup tidak sempurna. in and out. imperfect la der. aku ni mata dah mula juling sedikit. hidung busuk. mulut busuk. kencing bau ubat. gembeng (siapa tak faham cari dalam kamus jawa). bukan gampang, baca betul2. badan selalu naik ruam gatal. kuat makan. peha besar. suka hentak hentak kaki depan orang ramai. perangai tak semenggah, kadang kadang terkentut masa dalam shopping complex. bila berjalan semangat macam kawad kaki kadet polis masa tingkatan lima dulu. kulit muka banyak noda hitam. masak memang pandai (plus point) tapi pemalas nauzubillah (tolak markah). bangun tidur tengahari. kelam-kabut kelam-kelibut segala. takut makan ubat air. susah berak. apa lagi nak?

nak aku senaraikan lagi sampai habis? karang ada yang lari pulak follower blog dengan kawan2 aku kat fesbuk nih.

sebab itu aku tak kisah pun siapa lelaki yang aku akan dapat. tak hensem? apa ada dengan hensem kalau kaki perempuan. tak reti siang ikan dan ayam pulak tu. tak kaya? itu belakang kira. nanti kita boleh tanam pokok duit sama-sama. tak tegap? nanti aku belikan cangkul, kau buatla FarmVille belakang rumah, confirm sebulan timbul otot. tak gagah? biarla lembik asal boleh protect aku. tak ada janggut? dah, nanti aku tanam rumput karpet kat dagu kau. hitam? hitam itu perillys. pilihan saya!! (tunjuk ibu jari ternaik) hah ape lagi kriteria sempurna yang kita harapkan sebenarnya? bagi aku, what i expect the most i can get from someone i love, is the extensive CARE he/she could give me. i need 300% attention here. there. up. down. semua. please?

saya tahu awak dah cuba buat yang terbaik, and i appreciate that dear. betul, takkanlah saya nak tipu. nanti awak tumbuk saya. haha. terimaaaa kasih cikguu!

di kesempatan ini aku ingin memohon maaf atas semua gambar2 juling dan jelir lidah aku selama ni. kalau Allah nak balas balik, hari ini mata aku alignment dah lari sedikit. dah jadi juling aiir. kalau esok bangun pagi, aku punya lidah dah jadi panjang macam lidah cicak pulak. tak mahu aku!! insaf. bila Allah kata jadilah ia, maka jadilah ia. Kun Fayakun.

mari sembahyang adik adik.


Saturday, March 13, 2010

tips kacak dari kakak.

ah hari ini aku sudah putuskan, aku mahu membuka pekung didada. pekung ok lagi. tak busuk lah. alah alah buchuk buchuk geli betul mengada ngada nah nak geli nak kene lempang cakapppp. *tiba tiba*. mane muzik latar saspen ni. aku dah ready nak buka pekung pekungan ni. jeng jeng jeng. ini je bunyi saspen yg aku mampu buat.

ok cukup. takdela pekung sangat. cuma sebelum ni mungkin malu sedikit sebab belum biasa. tapi dengan segala hormatnya, aku dengan bangga mahu tunjuk gambar aku pakai uniform. ehem. jangan puji dulu. memang aku agak hensem dalam persalinan itu. tengok dulu baru puji. kalau nak kutuk, baik berambus cepat sebelum aku kejar dan sula kau pakai batang mop.

kalau nak ketawa pun, biar berpada-pada. jangan sampai aku nampak sape2 ketawakan aku, tak tutup mulut pulak tu, memang cari nahas namanya,. kalau tak mata kail yang masuk dalam lelangit kau, sauh kapal aku campak dalam mulut puaka tu. hah baru nak takut?? *gagah dan bengis jugak aku ni rupanya*

Gambar pertama, sebagai permulaan dan mukadimah al mutawasittah mughallazah. ini yang pertama, kewajipan aku sebagai seorang insan bertamadun, inilah nyawa aku kat tempat kerja. tiada name card, tiadalah slot in and out, maka tiadalah gaji. lepastu kalau kantoi kat management aku buat gmbar camni ni, mati aku!


kepala hotak die ah kalau gambar kat name card boleh amik cemni. aku orang pertama hantar persetujuan damai kepada tuan besar panasonic. sebagai tanda budi tak terbalas kepada beliau akan dibawa ke mati atau liang lahad.

tengok tu, belum apa apa dah menunjukkan semangat 1 Malaysia. bagus betul rakyat macam ini. sudahla segak, bertamadun pula tu. aish hnssshnnfsns bangga sendiri.

ish kenapa hensem dan segak sangat ni. sesudah itu, semangat pula pakai name tag ke pizza hut kulai. apekejadahnya semua ini. ini baru betul semangat setia kepada majikan.

syarat utama ketika kita di dalam pakaian uniform adalah untuk beraksi waras dan tegap. bukan seperti gambar di atas. macam sibet.

meet cik mayloon. rakan seperjuangan di costing section yang membunuh itu.
di dalam mata kami sudah ada simbol ini $$$ jika dilihat pada jarak yang dekat.

eh tengok tu. kesatumalaysiaan sungguh budak2 panasonic ini. tapi siliyesshit la wehh. kat panasonic, semua orang pun sangat friendly supportive dan nice. kau melayu ke kau india ke kau cina ke kau jepun ke, takde heran laa. we're not being racist in panasonic. indeed, we treat everyone sooooo damn fairly. jiran sekampung pun tidak baik begini rupa. semua pun being humble. ahhhh heaven~

maka kesimpulannya, kahwin campur adalah digalakkan untuk mendapat anak yang comel dan gorgeous. (^_^)


sekarang mesti kau rasa menyesal kan sebab xnak percaya aku ckp tadi. sebab rupanya memang betul apa aku cakap tadi, aku hensem bila beruniform. kalau tengok dari jauh macam oh wow woww abang askar yang gagah sedang berkawad jaga barisan, tapi bertudung. wallaweh~ sampai begitu sekali segak dan mantapnya bila aku beruniform.

eh eh dah dah janganla over nak mintak aku tunjuk gambar penuh sampai kaki. mana boleh tunjuk gambar penuh dari kepala sampai kaki. seluar keje aku gedoboh la doe. aku rase macam rappers kulit hitam. sumpah rasa macam 50cent ke akon ke ape tah. buruk benor ropenye. lepastu stokin kaler putih ada line merah, pastu pakai kasut warna biru. gila kentang berani bermain dengan warna ah. kadang kadang pakai kasut hijau. aku ni dah macam sesumpah boleh tukar banyak warna.

sejak kerja sini, aku dah kuat makan. *tetap tak mahu mengaku sebenarnya dari dulu telah kuat makan* kuat makan macam dinosaur. bila rehat pukul 10, mesti nak makan roti telur atau karipap telur atau telur-teluran. lepas itu, lunch break mesti mahu makan kentang wedges masak sambal dengan ayam percik ke ayam merah ke ayam kicap ke dengan teh o ais yang berharga RM2.00 TUNAI sahaja. 2 hengget weh. faham tak, D.U.A H.E.N.G.G.E.T. kagum tak kagum tak. murah sampai pengsan sebab terkejut kali pertama lihat harga terlalu murah sehingga macam nak tamak dan belanja semua rakan sempena kemurahan itu. itu masa mula mula masuk dulu, masa tengah jakun lagi. kejutan budaya pemakanan la dow. semenjak itu, bila pergi makan McD atau burger king atau burger taman sri pulai sekalipun, mesti rasa nak complaint pada pemilik terbabit, "eh encik apasal harga makanan encik mahal sangat ini? tak baik mengamalkan riba' nanti perut busung". lalu akibat ketakutan, si pemilik terus memberi free saja. free KICK! nak mati ke kauuu berani cakap mcm tu.

ok dah sambung balik, lepas lunch break, pukul 330 tea break pula. masa ini mesti nak makan biskut biskutan bijirin atau bijih bijih timah yang sedap dikunyah untuk hilangkan mengantuk. tapi kadang kadang niat murni juga terpesong kerana sudah terbeli roti lalu terus makan secara rakus. akibatnya, akan masuk ofis dalam keadaan mengantuk akibat roti kaya tadi.

secara keseluruhannya, ingin saya simpulkan disini, daripada hujah hujah yang telah saya berikan tadi, saya sebenarnya tidak suka simpulan bahasa.

bagaikan enggang dengan pipit,
mengaut untung di atas kejora.
majulah bangsa Malaysia.

sumber: KaramSinghKaaa? -lintas langsung bukan dari TV3 tapi TV jiran saya.

Saturday, March 6, 2010

UNDANG-UNDANG EMAS!

hai blog anak omar. salam meh, salam. dah lama tak jumpa abang blog. kenapa makin kurus ni abanggg. makan hati ke makan limpa? kesian abang blog, saya dah kurang layan. itulah hakikat hidup bermadu. siapa suruh gatal nak sangat poligami dengan abang fesbuk. menyesal tak sekarang. hah baru nak menangis kesat hingus tonyoh2 guna tuala koyak konon konon nak sedih. takmau percaya. aku tak percaya cintaaa hey hey hey *geli terus pengsan dengar lagu mcmni*

hari ini perasaan aku membuak2 nak cakap pasal kereta dan pemanduannya. kat Malaysia ni banyak jenis banyak cara banyak skill banyak style orang pandu kereta. sebab aku rajin, aku senaraikan kat sini. kalau malas, aku mesti tengah tidur sekarang.

1 sekarang ini musim orang bawak kereta laju. bukan takat laju saja, tapi belagak. mahu taknya, penat laa pasang ekzos besaaar punya macam meriam buluh mahal mahal tapi bawak kereta takat 40km/j. ape barang. kan. kan. penat saja beli kereta lancer kereta bmw 5 series kereta VIVA (eh tiba tiba ada walau kategori dan taraf jauh berbeza). lagi satu, kalau tak bawak kereta laju2, mesti tercalar ego bila tengok makcik umur dah separuh abad pakai gincu merah dan tudung ramlah ram lalu sebelah dan potong kereta kamu, mahu tak ego?!! kan. kan.

fakta JKJ37: aku speeding bukan mahu berlagak. bukan sebab ego tercalar terluka. bukan sebab mahu tunjuk ekzos sebab ekzos viva buruk. tapi sebab aku dah lambat bangun tidur lambat pegi kerja lambat bancuh nescafe untuk bawa bekal ke ofis. kalau lambat untuk sesuatu, mesti aku laju. kalau hati sedang gundah gulana baru aku bawak laju. kalau dah lapar, bukan saja mahu laju, kalau boleh nak terbang terus! ala bukan selalu aku bawak kereta laju. hari hari saja. abah kata bawak kereta laju tak apa. dah tu, kau yang entah siapa siapa ni jangan nak marah aku bawak kereta laju. nak kena lempang cakappp.


* tengok gaya kaki ternaik atas kereta saja sudah tahu rupanya encik Omar ini rupanya salah seorang samseng yang dimaksudkan. (suatu ketika dahulu) bai jangan main main, abah aku suka marah polis muda yang suka nak saman dia. *

2 sekarang ini konsep keretaku rumahku syurgaku. sambil drive boleh pakai stokin. sambil drive boleh apply lip balm. sambil drive boleh makan roti gardenia coklat 60sen beli kat petronas malam semalam. tapi yang perasa vanila pun sedap jugak kadang kadang. sambil2 drive, boleh tengok kereta sebelah kalau ada mamat hot, terus buat2 mata masuk habuk lalu buka tingkap dan cakap pada mamat hot "abang tolong tiupkan mata i, tiba2 masuk bulu gajah ni" padahal gatal nak rasa tiupan angin mamat hot pagi pagi buta. cilakak. ada pulak yang siap korek hidung pulak tu. lepastu bila eksiden, nak salahkan hidung sendiri. mulalah nak cakap lubang hidung kecik sangatlaa nak korek susah lalu tak dpt nak kawal stereng dan terbabas. apakah?? sekarang bukan masa untuk korek hidung. nanti dah sampai ofis, pegila toilet masuk cubicle tu, korek la hidung puas2. sekarang jalan tengah sibuk sebab orang nak pergi kerja. lepastu dalam kereta pula mesti nak ada 7-8 pasang kasut, ada thermos air, ada serbuk kari belacan semuaaaaa kalau boleh nak letak dalam kereta. esok aku nak pasang bathtub pulak dalam kereta. baru puas hati.

fakta JKJ37: aku buat macam tu untuk elak pembaziran masa lebih berleluasa. nampak tak berlaku penjimatan disitu. kamonlaaa bebeh. itu baru nama multi task. zaman sekarang memang majikan dan syarikat2 besar mahu cari pekerja yang ada kualiti sebeginilah. kalau boleh tak payah balik rumah, semua benda pun buat dalam kereta. engkau dudukla dalam kereta tu sampai terberanak. kalau dah beranak, baru pegi hospital hantar jahit yang dah terbukak tu.

3 kalau pandu kereta, mesti nak ego. kalau tak ego, mesti rasa diri tak lengkap. tak perfect. tak hensem. tak gagah. tak samseng. sial nah. pelik benar apasal nak kena ada perasaan begitu?? contoh paling sempurna, bila aku nak masuk lane sebelah, aku baru cilok sikit, lu dah kecoh nak cocok cocok bontot kereta aku apasal brader? lepastu lagi nak annoyed aku to death dengan cocok kereta aku sepanjang jalan dan ikut aku balik rumah. lepastu lagi nak tunjuk muka samseng kampung baru kat aku. fikir aku cuak? memang aku cuak. terima kasih sebab buat aku hilang darah sebab terlalu cuak. weyy benda ni betul baru jadi kat aku 2 hari lepas. brader muka samseng ikut aku smpai balik rumah.

sungguh aku tak faham apsal nak kena ego sangat. selalunya lelaki la. bila nampak kereta yang cilok tu perempuan, pakai tudung kaler putih konon konon muka nampak macam suci murni baru balik ajar mengaji, terus rasa ego dah sampai klimaks. sebab nampak muka aku macam perempuan (apasal nak kena ayat confuse identity macam ni?) yang suka mandi pakai kain batik, pandai masak kangkung goreng belacan, mesti kau fikir aku lembik dan kuat nangis kan? hah? hah? ya betul. alaaa kan dah tak rahsia lagi. (-.-)

lepastu terus nak kejar buat kami warga permpuan rasa bersalah. (tapi aku takrasa bersalah pun. blwerk!!) tu aku baru cilok sikit. belum aku himpit kereta kau sampai calar. kalau pun marah sangat sebab kemaluan dah terbesar sebab baru kena cilok dengan perempuan, lu bagi high beam sudaaaah. kalau tak cukup, apa guna kereta ada hon? tekan ajela hon tu sepanjang jalan. tak cukup lagi?? kau cilok la balik, lepas dah dapat potong aku, kau tunjuk FUCK tinggi tinggi, tu baru gerek brader. apedehal. kan? berambus la wehh lelaki macam ni. aku cilok bersopan tahu! aku bagi signal. bukan macam kau. harap ekzos aje besar. kalau nak cilok bukan guna signal. setakat pasang niat dalam hati, nenek aku pun boleh buat. *marah bebenor*

ngeri tak bila ada orang muka samseng ikut kau sampai rumah., lepastu berhenti depan simpang rumah, turunkan cermin kereta dan tengok kau ajeee *pura-pura pengsan sebab takut*. lepas jadi macam itu, aku terus rasa nak tukar number plat kereta yang senang nak hafal tu, sebab dah takut orang tu terserempak dengan aku lagi kat bandar jb. kalau boleh nak jual je kereta tu. tapi..........kau gila????!! jangan merepek. by the way, abang samseng kau memang nampak cool dan gagah berkelakuan begitu sampai buat aku rasa nak baling kotak tisu ade kahak dalam tu. dem. bia kau demam kuning berak hijau lepastu. haha padan muka aku ketawa golek golek.

fakta JKJ37: sungguh kalau aku tak bersopan pun di jalanraya, aku tetap ada prinsip ketika memandu. satu je yang aku pegang. GOLDEN RULE: TREAT OTHERS AS YOU WANT TO BE TREATED. simple pimple. easy peasy. sebab aku tau kadang kadang dalam waktu2 cemas, aku kena potong Q kat jalanraya, so bila ada driver atau kereta lain nak potong Q aku, i'll just give them way. bila di highway, ada kereta tengah speeding on the fast lane, aku akan tukar ke lane kanan untuk bagi diorang jalan pecut laju2 sampai terbang pun takpe. kalau orang cilok jalan aku secara kurang ajar macam nak kena tumbok sampai patah hidung, aku cuma akan hon ringan ringan atau high beam saja. takde maknanya aku nak cocok kereta kau balik sebab aku taksuka orang buat macam tu kat aku. tapi kalau kau jeling aku, aku jeling balik kat kau. jangan tengok!! nanti jatuh cinta, aku tak bertanggungjawab.


* orang tua selalu cakap; bapa borek, anak rintik. bapa torek, anak bintik bintik. betul sehh. kau tengok tu. tengok sendiri. *

maka, bersopanlah di jalanraya. bertegurlah sesama jiran. amalkanlah perkara mulia ketika memandu. siapa tahu, mungkin jodoh anda ada di kereta sebelah. *pengsan*