KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Sunday, August 29, 2010

Terjaga aku dari sedar.




sedar tak sedar dah hampir sebulan aku lepas dari pembedahan.

sedar tak sedar aku rupanya dah boleh melompat terkinja2 semula.

sedar tak sedar, buruk rupanya parut bekas operation kat perut aku.

sedar tak sedar, makin banyak rupanya dosa yg aku dah buat..


berbalik pada sedar ke tak sedar, akhir2 ini banyak dugaan Allah beri pada aku. dari segi kesihatannya lain, dari segi pekerjaan nya lain, dari segi perhubungan jga ada, dan dari segi kehidupan secara keseluruhan juga ada. semua datang "in package". gedebuk! aduh sakit tau macam kena timpa.

kadang kadang aku memang lembik. sikit sikit nangis. dah jadi rutin. pagi buat akaun, malam tadah airmata. siang menghadap pc, malam tekup muka kesat hingus kat bantal lembu. sadis juga, kalau nak cerita. ah bukan kadang kadang je lembik. selalu sangat kelembikan jiwa dan raga. memang tak gagah langsung ah. aku cuma akan rasa gagah bila ibu dan abah ada kat sebelah.

contoh masa detik detik cemas disorong atas katil ke operation theatre. rasa menggigil. cuak. kuak. biawak. semua rasa ada. lagila bila tiada yang bagi kata kata semangat malaysia boleh pada aku. nasib baik juga ada kawan yang teman. seorang pun jadila daripada langsung tiada kan. tapi the moment i entered the operation room, ding dong. nervous. berdebar. macam nak akad nikah. eh eh tipu. macam nak beranak. kali ni tak tipu. takut gila. suami pula tiada di sisi. *berangan lagi*. ibu jari kaki dan jari kaki yang lain dan bergoyang2 irama bhangra untuk atasi rasa takut itu. tapi tak mampu juga. susah wa cakap lu. tolong percaya.

waktu kaki tengah bergoyang2 tu, aku dah tak sedar apa. yang aku tahu, bila aku sedar, badan menggigil tahan sakit kat perut, seksa betul. rasa macam ada orang baru je ceroboh sistem pencernaan saya. tapi tak pasti siapa orang itu. mungkin doktor. ya, memang saya yakin ia adalah doktor. bila saya dah tersedar, mereka misi2 dan visi2 hospital (iaitu nurse) sorong saya balik ke wad. bila tengok ibu abah ada situ, its such a relief there.

cuma sempat senyum, lepas itu air mata meleleh lagi. haa laju lagi laju lagi. saya malu betul sebab nangis depan ibu abah. sebab nampak gembeng. fine, memang saya gembeng. tapi tak mahu mereka tahu. tapi terkantoi pula masa tu. takpelah, rezeki mereka la saya rasa. bila saya tak tahan sakit, automatik air mata meleleh, tanpa perlu tekan suis. dan automatik abah ambil kain dan lap kan perlahan lahan. syahdu sungguh waktu itu. tamah syahdu lagi, dah besar2 gini pun ibu masih sanggup nak salinkan baju untuk aku tolong sarungkan baju untuk aku, tolong teman aku pergi buang air. padahal sebelum ni anak mereka yang nama AMALINA inilah yang paling nauzubillah degilnyya toksah cakaplaa. tengok nie, baru cerita pasal ini, saya dah tercebik2 tahan nangis. stop dulu ah. babai. benci betul jiwa tisu macam ini. grr.


eh sebelum berhenti, kesimpulannya, bila waktu aku sakit, baru dapat aku lihat dan aku rasa betapa ibu abah sayang dan jaga aku. baru benar, aku terjaga dalam sedar. terima kasih untuk ujian dan anugerah ini, ya Allah.




Saturday, August 28, 2010

mak long Kamariah

tak payah kisah dengan lagu Camelia kat blog aku nie. kalau rasa jiwang sangat sampai menitik air mata, tahan dulu. ini Ramadhan. nangis dalam hati cukup. takyah tunjuk2 orang. lagipun Camelia dengan aku memang langsung tiada kaitan. jangan pulak kau ingat aku order kuih bangkit moden dengan Camelia. tidak sama sekali. sebenarnya motif lagu sadis ni untuk maklong aku. Kamariah namanya. aku tak berniat nak menipu di bulan Ramadan ni. jadi, lebih elok jangan percaya.

saja nak layan jiwa dengar lagu ni. ape de hal.

tadi aku ambil baju raya yang dah sebulan lepas siap. konklusinya, baju tidak melepasi bahagian badan yang tertentu. siapa nak jawab ni? gemok gedempol pakai baju raya pon terbonjol bonjol. entah ini silap siapa. mungkin silap tukang jahit yang kurang pakar dalam kiraan kalkulus sentimeter persegi sehingga terkecil ukur pula di bahagian tertentu. yang pasti tu bukan salah aku.
*masih tiada kesedaran sivik lagi. entah bila akan sedar akan kekurangan diri sendiri*

jangan salahkan ibu mengandung bila satu rumah bau losyen mustajab pati halia extra hot. sumpah menggelegak bau seluruh rumah. habis kuasa ambi pur lavender pilihan ibu di pasaraya terkemuka yang telah dibeli semalam. Dengan itu, harus aku tanam azam sempena Ramadan ini untuk kurangkan pengambilan susu manis di dalam milo untuk sahur. semoga berjaya.


Sunday, August 22, 2010

tak bisa ah.

hati aku susah nak tenang. tidur aku tak selalu lena.

fine. aku tahu aku sayang kau.

and i know u're reading this.

thanks for the colors.

damn. aku nak kau tahu, aku lembik.

tak kisah lembik puasa jangan lembik jiwa.

Wednesday, August 11, 2010

noktah.

Hari ini 1 ramadhan.

Selamat menyambut ibadah puasa, kawan kawan.

Puasa tahun ini harap lebih bermakna dari puasa tahun lepas.

Kalau tahun lepas, aku boleh katakan setiap hari pun akan berjaga sampai tiba waktu sahur sebab waktu tu tgh gila YM. Aku Cuma akan tidur selepas subuh sampai tengahari. Tapi tahun ni berlainan. Dia takde dengan aku untuk puasa kali ini. Rasa janggal. Tapi aku perlu biasakan.

Ramadhan tahun ini, aku tak hidangkan lagu manbai “Harapan Ramadhan” untuk semua. Tapi bait2 lagu di bawah aku tujukan untuk diri aku sendiri, memang terpukul betul. Probably it’s from my ‘significant other’. Pedih ulu hati, kau tau. Selamat berpuasa semua. Jangan banyak sedih2, banyakkan mengaji.

Amalina,

Maafkanlah aku

Kerna ku tak bisa temani hidupmu

Amalina,

Lupakanlah aku

Jangan pernah lagi kau hubungi aku.

Kau wanita terhebat yg pernah singgah di hatiku

Kau wanita yang gagah

Aku mohon lupakanlah aku

Sudahla jangan menangis lagi

Kurasa cukup sampai disini

Mugkin di suatu saat nanti

Kau temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku

Jangan pernah ungkit masa lalu.

Waktu kau menjadi kekasihku,

Amalina.


sahur ikan masak kicap.

Salam 1 ramadhan untuk semua. Bersua lagi kita di rancangan Mari berbuka yang diadaptasikan daripada rancangan Mari Mengaji. Ironi sungguh.

Berbalik ke landasan, memang dah lama sangat aku rasa tak tulis blog. Dia pnya lama ibarat Malaysia ni dah merdeka tiga kali. Ibaratnya daripada elok elok tema 1 Malaysia,agaknya dah maju kedepan ke tema 3 Malaysia. Cik puan dan cik laki semua nampak kan ke’exxagerate’an saya disitu. Waima pun, saya tak pernah berniat untuk tinggalkan dunia blogging ini. Maklumlah, duit kwsp belum cukup untuk menampung pembelian bmw 5series lagi. Duit SSPN anak2 pun baru saja berjumlah RM4.15. penipuan besar itu.

Bukan apa nyah, kerja sibuk bagai. Hari2 pun nak kena duduk ngadap pc dan kalkulator besar gabak kat opis tu. Kadang ada juga rasa nak termuntah atas kalkulator gabak tersebut. Tapi mengenangkan itu semua hak syarikat, dan aku juga tak suka nak menyusahkan aci-aci pembersih syarikat, aku batalkan je niat tak murni aku itu dengan memakan gula2 berangin atau nyaman.

Berita paling terbaru tentang aku (sumber dari BERNAMA), aku telah termasuk ke dalam hospital akibat kekejangan perut yang melampau. TERmasuk disitu bermaksud, aku tak rela tapi segalanya berlaku terlalu pantas. Oh apakah. Bagai disiat kulit kerbau, sapi pula yang terasa. Serius. Aku masuk hospital, aku kena undergo operation. Dan ya, hari ini aku telah berada di rumahku tapak kakiku. Usah kau dan kau Tanya lagi waktu2 getir pembedahan aku itu. Nehi pyaar karena. Sakitnya aduhai rasa macam nak tendang je perut doctor tu. Tapi aku ini jenis orangnya yang mengenang budi walau setitik nila dicurahkan. Maka niat murni itu aku tarik balik, dan aku terus menggigil tahan sakit demi doctor tercinta. Tapi sumpah menggigil bai dia punya sakit. Sumpah aku tak mau sakit lagi. Sumpah aku menyesal masuk hospital. Sumpah sumpah betukar warna. *elemen binatang diselitkan sedikit*

Tapi dari situ, aku rasa aku boleh dikategorikan seorang perempuan yang gagah sebab mampu menghadapinya seorang diri, tanpa ada suami menemani disisi, memegang tangan aku dan berkata “PUSH!PUSH!”. push push apebendealahnye aku bukan beranak pon. Appendix je kot. Tapi kira mantap jugakla sebab mampu tidur dan menahan menggigil kesakitan dan tak boleh tidur malam menanggung seorang diri. Tragis tak. Angguk je. Jadi aku anggap ini semua dugaan dari Allah. Baru sikit dia nak bagi, jadi aku terima apa saja takdirnya. Aku harap dengan kesakitan yang aku alami, dosa dosa aku yang silam Tuhan dah ampunkan.

Aku adalah satu contoh terbaik seorang manusia yang hanya ingat Tuhan bila ditimpa musibah. Aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sama macam aku. Cuma yang membezakan adalah ego atau tidaknya dia untuk mengaku tentang kelemahan sendiri. Aku insan yang lemah. Bila tiba waktu sakit dan susah baru mula mencari Allah. Merangkak2 mencari sejadah. Menggigil gigil tangan menadah tangan memohon diberi kesihatan dan kesenangan. Menitik laju air mata mengenangkan musibah yang dating menimpa. Cuma itu yang aku dapat belajar dari apa yang terjadi. Terima kasih, Allah.

Selamat berpuasa semua, semoga RAmadhan tahun ini membawa lebih keberkatan dari tahun2 yang lalu, InsyaAllah. Amin.. ;)