KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Sunday, August 29, 2010

Terjaga aku dari sedar.




sedar tak sedar dah hampir sebulan aku lepas dari pembedahan.

sedar tak sedar aku rupanya dah boleh melompat terkinja2 semula.

sedar tak sedar, buruk rupanya parut bekas operation kat perut aku.

sedar tak sedar, makin banyak rupanya dosa yg aku dah buat..


berbalik pada sedar ke tak sedar, akhir2 ini banyak dugaan Allah beri pada aku. dari segi kesihatannya lain, dari segi pekerjaan nya lain, dari segi perhubungan jga ada, dan dari segi kehidupan secara keseluruhan juga ada. semua datang "in package". gedebuk! aduh sakit tau macam kena timpa.

kadang kadang aku memang lembik. sikit sikit nangis. dah jadi rutin. pagi buat akaun, malam tadah airmata. siang menghadap pc, malam tekup muka kesat hingus kat bantal lembu. sadis juga, kalau nak cerita. ah bukan kadang kadang je lembik. selalu sangat kelembikan jiwa dan raga. memang tak gagah langsung ah. aku cuma akan rasa gagah bila ibu dan abah ada kat sebelah.

contoh masa detik detik cemas disorong atas katil ke operation theatre. rasa menggigil. cuak. kuak. biawak. semua rasa ada. lagila bila tiada yang bagi kata kata semangat malaysia boleh pada aku. nasib baik juga ada kawan yang teman. seorang pun jadila daripada langsung tiada kan. tapi the moment i entered the operation room, ding dong. nervous. berdebar. macam nak akad nikah. eh eh tipu. macam nak beranak. kali ni tak tipu. takut gila. suami pula tiada di sisi. *berangan lagi*. ibu jari kaki dan jari kaki yang lain dan bergoyang2 irama bhangra untuk atasi rasa takut itu. tapi tak mampu juga. susah wa cakap lu. tolong percaya.

waktu kaki tengah bergoyang2 tu, aku dah tak sedar apa. yang aku tahu, bila aku sedar, badan menggigil tahan sakit kat perut, seksa betul. rasa macam ada orang baru je ceroboh sistem pencernaan saya. tapi tak pasti siapa orang itu. mungkin doktor. ya, memang saya yakin ia adalah doktor. bila saya dah tersedar, mereka misi2 dan visi2 hospital (iaitu nurse) sorong saya balik ke wad. bila tengok ibu abah ada situ, its such a relief there.

cuma sempat senyum, lepas itu air mata meleleh lagi. haa laju lagi laju lagi. saya malu betul sebab nangis depan ibu abah. sebab nampak gembeng. fine, memang saya gembeng. tapi tak mahu mereka tahu. tapi terkantoi pula masa tu. takpelah, rezeki mereka la saya rasa. bila saya tak tahan sakit, automatik air mata meleleh, tanpa perlu tekan suis. dan automatik abah ambil kain dan lap kan perlahan lahan. syahdu sungguh waktu itu. tamah syahdu lagi, dah besar2 gini pun ibu masih sanggup nak salinkan baju untuk aku tolong sarungkan baju untuk aku, tolong teman aku pergi buang air. padahal sebelum ni anak mereka yang nama AMALINA inilah yang paling nauzubillah degilnyya toksah cakaplaa. tengok nie, baru cerita pasal ini, saya dah tercebik2 tahan nangis. stop dulu ah. babai. benci betul jiwa tisu macam ini. grr.


eh sebelum berhenti, kesimpulannya, bila waktu aku sakit, baru dapat aku lihat dan aku rasa betapa ibu abah sayang dan jaga aku. baru benar, aku terjaga dalam sedar. terima kasih untuk ujian dan anugerah ini, ya Allah.




4 comments:

apit.D.silver said...

nice2...it ok lin...sebenarnye tangisan wanita adalah senjata mereka yang paling ampuh...wanita kalo sakit,sedih,gembira gle,terharu,bahagia n mcm2 lagi akan menangis..xde ape nk malu kalo menangis hehe...

AmalinaOmar said...

din: tp malu sebab menangis dpn mereka. thanx a lot din!

Razman said...

suami kau si ayul pun tak teman waktu tu? kejam betul.

Anonymous said...

orang sakit ni kadg pancaindera dia lebih terbuka