kita suka mengeluh bila diberi dugaan. mengeluh hah-huh-hah-huh bunyi. pergi kiri tak kena, pergi kanan tak kena, nak terbang lagi rasa tak kena. apa tidaknya, iman tak kuat. sabar sah-sah memang tak cukup tebal. sikit sikit mesti nak salahkan takdir. jangan. jangan sesekali. salahkan masa lampau kita. Allah turunkan ujian untuk kita muhasabah diri. sebab itu orang selalu cakap, Allah hanya akan uji hambanya yang kuat. walaupun aku lembik dan tak gagah, Allah tetap bagi ujian bertimpa-timpa pada aku. makanya, soalan di sini, adakah aku gagah sebenarnya?
TIDAK.
bila Allah bagi dugaan pada kita, itu maknanya akan ada hikmah disebalik apa yang terjadi. bagi golongan yang fikirannya waras, matang juga barangkali, konklusinya mesti positif. itu yang kita kata muhasabah diri. bila turunnya ujian dan dugaan untuk kita, sesekali perlu juga kita toleh ke belakang, recall masa silam kita, apa salah aku sebenarnya. kalau rasa diri terlalu suci untuk diberi ujian, anda silap. Ramadhan kali ini, dugaan terlalu kerap dtg untuk aku. tapi bila aku toleh ke belakang, aku sudah nampak rasionalnya ujian itu untuk aku. dan apa hikmah yang aku mungkin dapat dari ujian2 ini.
tamat kisah dugaan. bersyukur dengan hidayah yang allah berikan.
Pagi tadi jam 3 pagi dapat berita mengejutkan, makngah meninggal dunia akibat kemalangan ketika berjalan kaki balik kerumah selepas selesai Solat Terawih. Terdetik juga, InsyaAllah ini syahid kecil untuk beliau. perginya beliau dalam bulan yang mulia, pada hari Jumaat, mungkin tanda Allah benar2 sayangkan Allahyarhamah. juga dengan harapan moga dipermudahkan segalanya di dalam kubur nanti. walaupun cara Allahyarhamah pergi terlalu tragis untuk diingati, ini Takdir yang sudah tertulis. Pak ngah betul2 kuat untuk terima pemergian isteri beliau. airmata lelakinya gugur waktu melihat anak2 mencium dahi ibu mereka. kagumnya aku pada pakngah, beliau sendiri yang membacakan talkin di kubur isterinya.
Entah kenapa hari ini aku berani kuatkan diri untuk turut serta dalam upacara pengebumian Mak ngah. waktu talkin dibacakan, menitik airmata. rasa terlalu syahdu, bergetar jiwa dengar bait-bait talkin yang dibaca. dari sini, aku percaya Allah sedikit demi sedikit turunkan Nur untuk aku dan juga orang lain, mungkin.
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Amlah Bt Hj Saleh..