KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Sunday, December 5, 2010

genap sudah gundah gulana

hari ini sudah genap 14 tahun aku tak update blog. janganlah ada sesiapa yang percaya fakta ini, kalau kau tak mahu aku dapat dosa menipu secara rambang.

ah, wanita berkerjaya macam aku ni jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya. sedangkan lidah lagi tegigit, apetah lagi gusi yang bergesel. aku tak minta dilahirkan begini. cantik dan bersopan. menjadi igauan para lelaki. cis, pernyataan berani mati tu. kau berani bagi fakta macam tu? tak berani kan? dah, pergi sembunyi belakang gerobok. buat malu kaum jawa aje.

fine, jangan melatah lagi. selama aku menyepikan diri ni, ada sebab musabab yang terang lagi nyata. aku tak mampu membahagikan masa untuk blog aku. aku tak mahu blog aku rasa diperdayakan, diduakan. iya, memang aku sibuk dengan kekasih hati. itulah lumrah manusia, habis madu sepah dibuang. sedangkan kerajaan dah banyak iklankan, bebudi bahasa budaya kita. jangan buang sampah merata2, apatah lagi madu. kalau dibuang merata, akibatnya melekitlah lantai marmar dirumah kita.

melencong entah kemana perbincangan kita harini. maafkan kesilapan hamba.

apa-apa pun, hati aku masih ada untuk blog ini. tapi waktu aku langsung tak bertoleransi untuk aku menulis dlm blog ini. kan aku dh cakap, aku wanita berkejaya. konon konon sibuk. konon konon berdedikasi. IYA, MEMANG BENAR!! tiba tiba bangun dan berdebat. apahal?? okay, berangan semata mata.

sibuk kerja, sibuk mengomel, sibuk makan, sibuk jaga tepi kain orang, sibuk selak kain orang. eh eh. off the record, please?

minggu depan nak bertunang dah. bangga tak? maka tamatlah riwayat berfoya-foya aku. umum sedia maklum, aku liar. susah nak tambat. tapi sekali kena tambat, jinaklah aku. tahniah, Mr Right! anda berjaya menambat jiwa raga peparu saya. saya bangga dengan anda. bersama menuju alam perkahwinan! *ini contoh tebaik, hukum WAJIB KAHWIN.*

wehh penjual marukku diwaktu bukan Deepavali, bergenang tak airmata kau baca post aku kali ini? dah banyak kali aku pesan kat kau, jangan salahkan ibu mengandung. salahkan bapa yang mendayung. till next entry, doakan majlis pertunangan aku selamat dan dilimpahi Rahmat! :)

CAU BEDAHH.

2 comments:

Hanamaruku said...

hahaha akhirnya kini pasti.
AKU HARAP KAU DAPAT KAWIN KAT IPOH. NANTI KITA EXCHANGE LA AKU KAWEN KAT JOHOR.

sikit2 pon nak berkira? kawen je pon.

AmalinaOmar said...

eh aku memang impian dari kecik nk kawen kt Ipoh. negeri dilanggar todak tu. ko memang rakan yang memahami.