KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Thursday, June 17, 2010

Bukan sejenis buah

Pernah dengar pasal karma? Kurma mungkin selalu. Karma, amat jarang sekali. Mungkin selalu dengar orang bercakap “I believe in karma”. Alicia keys pon minat sangat dengan karma sampai sanggup buat lagu. Apasal? Diorang tau ke karma tu apa sebenarnya? Pernah rasa ke? I bet they never. Bagi yang pernah rasa karma tu muncul dalam hidup diorang, mesti terus tiba tiba nak tulis “KARMA” dalam senarai ‘perkara aku paling benci dalam hidup di tahun 2010’.

Karma terlalu kerap datang dalam hidup aku. Sekarang mungkin giliran aku untuk rasa semua ini. Hidup aku, jiwa aku, makan aku, minum aku, semua diselubungi karma. Kadang kadang karma ni boleh jadi sesuatu yang baik. Tapi bila datang perangai syaiton si karma ni, agak mencabar keimanan jugaklah cara permainan mereka.

Macam orang slang rrrrraaaaraaaarrrraaarraaa~ (melodi lagu bad romance diikuti slang ‘r’ ala western food) cakap, WHAT U GIVE U GET BACK. WHAT GOES AROUND COMES AROUND. WHEN MARRY GO ROUND, I’LL KICK UR ASS DOWN. Aiii lebeh nampakk.

Bagi sesiapa yang xsempat melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi, dan menghadapi kesukaran memahami ayat di atas, jangan gundah. Aku boleh explain. Eh, dalam bahasa melayu, aku boleh terangkan. Karma pernah cakap (dimana jantina si karma tidak dapat dikenalpasti), sesungguhnya buatlah kamu sesuatu terhadap sesuatu, maka sesuatu itu akan datang semula kepada kamu. Contohnya, lebih ringkas untuk difahami, kalau hari ni kau bela toyol untuk curi duit di rumah orang2 kampung, esok2 toyol itu akan buat te-alip-ye-kop (TAIK) dengan kamu. Saya pun xtahu apa yang dia akan buat samada dia akan curi balik duit kamu atau dia akan susahkan hidup kamu sampai rumah kamu kehabisan tenaga elektrik. Mungkin kan, siapa tahu??

Makanya disini, aku selalu percaya apa yang aku hadapi harini semuanya berbolak balik daripada perbuatan aku sendiri. Perbuatan lalu. Kalau hari ini, orang layan aku mcm haram, aku rasa mungkin sebab dulu aku tak reti nk jaga hati orang yang sayang pada aku. Tapi apa yang aku hadapi lebih teruk daripada apa yang aku pernah buat dulu. Menyeksa batin, pernah hadirin semua tahu? Bagi sesiapa yang berada didalam kasut yang sama dengan aku, “Welcome to the Club darlingss~”

Isunya disini, karma datang tak kira tempat. Tak kira masa. Lepastu yang paling isu kat sini, karma boleh buat kau berganda ganda ganda ganda ganda ganda ganda lebih teruk daripada apa yang pernah kau buat dulu. Kalau tak percaya, kira la berapa banyak ganda ada kat ayat tu. Ngeri kan?

Kalau dah tau ngeri, jangan buat jahat dengan orang lain. Treat others as how u wants to be treated. Ingat lagi kan Golden Rule ini?

2 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

oo bru aku phm.. te alip ye kop tu taik. aku sangkakan unta..

AmalinaOmar said...

aku sangkakan rafiq, rupa rupanya untaaaaa