KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

There was an error in this gadget

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Wednesday, June 9, 2010

perginya bukan untuk ditangisi.

dah lama tak datang kat blog.
kali ini aku datang bawa berita sedih.
atok tersayang telah pergi menghadap panggilan Allah tepat jam 1.00 pagi 9 JUN 2010.

Hj Sariyan Bin Hj Abd Aziz.

a man i should be proud of.

at the age of 95, atok masih berupaya untuk ingat setiap nama cucu2 beliau. not even missing one, i mean every single of us he would remember the name. apa yang lagi membanggakan, atok boleh ingat apa cita2 kami waktu kecil2 dulu, atok boleh ingat kat mana kita belajar, atok boleh ingat kita kerja apa, atok boleh ingat semuanya. what a good memory he has, isn't he?

kalau aku datang jenguk dia dirumah, atuk suka buat muka comel. sudahla memang comel, buat lagi muka comel. atok rajin buat lawak. pandai buat anak cucu dia gelak gembira. by the same genes, no wonder ramai anak cucu dia menurun dengan sense of humor yang die miliki tu. aku tak terkecuali :)

waktu aku belajar di UiTM dulu, bila datang jumpa atok, salam cium dia, atok mesti cakap,

"eh ini yang belajar kat shah alam/klang kan?" dan masa tu dia mula cerita pasal kisah hidup dia dulu2 waktu zaman Jepun takluk Malaya, pasal kisah dia naik keretapi ke Klang dan macam2 lagi.

waktu aku jadi guru sandaran di Maahad Pontian, aku dtg rumah atok, salam dia, dan dia cakap,

"wah, cikgu dah datang." atok suka betul bila tahu aku jadi cikgu walaupun utk smentara. At least, aku dah jadikan atok bangga dengan profesion sementara aku tu. menurut atok, bagus aku jadi cikgu sebab ikut jejak langkah ibu.

sekarang aku sudah kerja di Panasonic Senai, jarang2 aku dapat jumpa atok. satu penyesalan yang tak ada penghujung. tapi sesibuk mana pun, aku tetap ingat untuk belikan atuk Soto sebab dia suka makan begedil, kadang2 atok suka makan mi sup Pak Ali, aku tak lupa untuk belikan atuk bubur segera kat Billion pontian sebab atok suka bubur segera. sekurang2nya masa hayat atok, ada sikit sumbangan aku di waktu2 akhir hidup dia kat dunia ni.

aku mungkin takkan dapat lupa keceriaan atok tiap kali anak cucu dia datang jenguk dia dirumah. walau dia sakit, dia masih mampu buat semua ketawa dengan cara dia.

One thing for sure, aku tau atok mesti bangga dengan ibu dan abah for has taken care of him di saat-saat akhir hidup dia. ibu abah selalu datang mandikan atok, bawak atok berubat, dan macam2 lagi. ibu abah selalu sibuk tapi tetap ada masa untuk luangkan jenguk dan jaga atok.

sekarang nenek tinggal sorang.tapi Nenek sangat tabah waktu atok pergi tadi. nenek sangat tabah waktu jaga atok masa atok masih hidup. kadang2 aku terfikir, mampu ke aku nak jadi macam ibu abah atau nenek satu hari nanti? insyaAllah..

Kali terakhir aku jumpa atok adalah pada Ahad lepas sebelum bertolak balik ke JB. masa tu aku hantarkan bubur untuk atok. malangnya atok tak sedar masa aku datang. aku cuma dapat cium tangan atok tapi tak dapat berbual dengan atok macam selalu. paling sedih bila tadi aku duduk di katil atok, aku nampak bubur segera yang aku hantarkan untuk atok ada berbaki lagi 1 mangkuk. semuanya kenangan..

sebelum atok dikebumikan, Ciuman terakhir aku untuk atok meninggalkan seribu makna, seribu kenangan dan seribu kesedihan. Atok masih mampu tersenyum pada akhir hayat beliau melihatkan anak2 beliau berjaya, dan atok patut tahu atok mempunyai such a great genes after all. from the great genes of your, comes a great generation of us. Terima kasih atok.

Pemergian atok bukan aku mahu tangisi, tapi air mata masih turun tak mahu berhenti. aku tak mampu buat apa2. tapi aku Redha dengan pemergian atok. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. amin ya Rabbal Alamin..

3 comments:

hannamaruku said...

babe, takziah k.
al fatihah.

tak approve fren request aku pong?
weh rindu la blog kau.
pasni update ah salu ;(

dian said...

takziahh..
be strong sister!

AmalinaOmar said...

thanx babes!