Salam 1 ramadhan untuk semua. Bersua lagi kita di rancangan Mari berbuka yang diadaptasikan daripada rancangan Mari Mengaji. Ironi sungguh.
Berbalik ke landasan, memang dah lama sangat aku rasa tak tulis blog. Dia pnya lama ibarat Malaysia ni dah merdeka tiga kali. Ibaratnya daripada elok elok tema 1 Malaysia,agaknya dah maju kedepan ke tema 3 Malaysia. Cik puan dan cik laki semua nampak kan ke’exxagerate’an saya disitu. Waima pun, saya tak pernah berniat untuk tinggalkan dunia blogging ini. Maklumlah, duit kwsp belum cukup untuk menampung pembelian bmw 5series lagi. Duit SSPN anak2 pun baru saja berjumlah RM4.15. penipuan besar itu.
Bukan apa nyah, kerja sibuk bagai. Hari2 pun nak kena duduk ngadap pc dan kalkulator besar gabak kat opis tu. Kadang ada juga rasa nak termuntah atas kalkulator gabak tersebut. Tapi mengenangkan itu semua hak syarikat, dan aku juga tak suka nak menyusahkan aci-aci pembersih syarikat, aku batalkan je niat tak murni aku itu dengan memakan gula2 berangin atau nyaman.
Berita paling terbaru tentang aku (sumber dari BERNAMA), aku telah termasuk ke dalam hospital akibat kekejangan perut yang melampau. TERmasuk disitu bermaksud, aku tak rela tapi segalanya berlaku terlalu pantas. Oh apakah. Bagai disiat kulit kerbau, sapi pula yang terasa. Serius. Aku masuk hospital, aku kena undergo operation. Dan ya, hari ini aku telah berada di rumahku tapak kakiku. Usah kau dan kau Tanya lagi waktu2 getir pembedahan aku itu. Nehi pyaar karena. Sakitnya aduhai rasa macam nak tendang je perut doctor tu. Tapi aku ini jenis orangnya yang mengenang budi walau setitik nila dicurahkan. Maka niat murni itu aku tarik balik, dan aku terus menggigil tahan sakit demi doctor tercinta. Tapi sumpah menggigil bai dia punya sakit. Sumpah aku tak mau sakit lagi. Sumpah aku menyesal masuk hospital. Sumpah sumpah betukar warna. *elemen binatang diselitkan sedikit*
Tapi dari situ, aku rasa aku boleh dikategorikan seorang perempuan yang gagah sebab mampu menghadapinya seorang diri, tanpa ada suami menemani disisi, memegang tangan aku dan berkata “PUSH!PUSH!”. push push apebendealahnye aku bukan beranak pon. Appendix je kot. Tapi kira mantap jugakla sebab mampu tidur dan menahan menggigil kesakitan dan tak boleh tidur malam menanggung seorang diri. Tragis tak. Angguk je. Jadi aku anggap ini semua dugaan dari Allah. Baru sikit dia nak bagi, jadi aku terima apa saja takdirnya. Aku harap dengan kesakitan yang aku alami, dosa dosa aku yang silam Tuhan dah ampunkan.
Aku adalah satu contoh terbaik seorang manusia yang hanya ingat Tuhan bila ditimpa musibah. Aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sama macam aku. Cuma yang membezakan adalah ego atau tidaknya dia untuk mengaku tentang kelemahan sendiri. Aku insan yang lemah. Bila tiba waktu sakit dan susah baru mula mencari Allah. Merangkak2 mencari sejadah. Menggigil gigil tangan menadah tangan memohon diberi kesihatan dan kesenangan. Menitik laju air mata mengenangkan musibah yang dating menimpa. Cuma itu yang aku dapat belajar dari apa yang terjadi. Terima kasih, Allah.
Selamat berpuasa semua, semoga RAmadhan tahun ini membawa lebih keberkatan dari tahun2 yang lalu, InsyaAllah. Amin.. ;)
4 comments:
bodoh rindu gila blog kau! update ah salu!
aku nak sedih kesian atau nak ketawa mana satu pon aku tak tau..aku d timpa krisis perasaan lepas baca entry ko nih..
hana si penjual maruku; aku bizi mizi doh goreng maruku. ikat cawat.haha
ayul; ko nak buat 2 2 pon okay gak apee.
aku kat opis ni, tetibe lapa gile tgk tajok ikan masak kicap ko ni haha
Post a Comment