KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, November 6, 2010

bukan salah bapa mendayung

sejak akhir akhir ini, aku rasa diperhatikan. aku rasa ramai yang membontoti pergerakan aku. ya, dimana saja. atas sebab apa, entah aku pun tak pasti. tak tidur malam memikirkan hal ini. nak kata sebab muka cantik, tinggal harapan. muke berketak banyak jerawat. kadang2 aku fikir jugak, tak mungkin sebab aku bergetah. ibu dan abah tak pernah mengajar anak anaknya bermain di pokok getah. ditakuti barangkali berbau ojol. ahhh permainan fikiran ini, mahu saja aku persetankan. tapi aku tak mampu. kenapa aku yang perlu jadi perhatian semua orang? damn. eh "damn" dalam bahasa melayu apa ah? tiba tiba aku rasa nak belajar memperkukuhkan kosakata mengeluh dalam bahasa melayu pulak.

berbalik kepada persoalan tadi. letih berfikir soal ini, aku nak alih pandangan aku kepada sesuatu yang lebih serius dan relevan. aku cuba pesongkan pandangan aku terhadap pilihanraya batu sapi. tapi langsung tak menarik minat. otak tetap mahu memikirkan isu hangat tentang perhatian lebih yang orang sekeliling berikan terhadap aku.

sehingga pagi tadi, akhirnya terungkai segala persoalan. aksi budak kampung normal seperti aku, yang tak pernah duduk diam. begini kisahnya, pagi tadi aku menyelitkan kaki aku kat celah2 batang2 yang selalu orang letak kat balkoni atau beranda rumah. bentuk dia yang akan2 batu nisan, tapi kitaa susun depan rumah, lepastu atas dia ada tempat yang kite boleh sandar atau letak tangan. boleh juga buat duduk2 waktu nak membabai orang yang nak balik KL lepas habis beraya di kampung. explanation amat panjang disini, tak tahu membawa kepada pemahaman yang nyata atau dtidak. ringkasnya, kaki aku dah tak muat nak masuk dlm celah kawasan tersebut. maka beta kecewa.

lah baru aku tau orang tengok aku sebab tak sampai hati nak tegur aku dah gemuk bagai dipam pam. yis terlebih bubuh. esen vanila kurang letak. peha dah berlaga macam liga piala diraja malaysia. bila tepuk tangan pun boleh buat daging di lengan rasa bergoyang. patotlah pakai seluar bontot selalu melecet. siamang gagap bertali arus. jangan salahkan ibu mengandung.

kalau dulu, boleh sewenang2nya tidur diruang tamu rumah orang, dengan keyakinan tubuh yang aku miliki.


kalau dulu, nak masuk luggage beg untuk tujuan pemerdagangan manusia pun mampu. tapi sekarang??

eh eh apa kau heran kalau aku gemok pun? ada aku kacau kau berak?

inilah perempuan. obses sangat dengan kekurusan.

aku tak mahu jadi perempuan tipikal.

tapi aku sudah pun jadi begitu.

damn sekali lagi.

2 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

yes baguslah. hiduplah gemok untuk perempuan.haha

Anonymous said...

gemok comel ape mal..no worry..:).bersyukur adalah jln terbaek..sume ni dh tertulis dlm diari idup kite..