KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, March 20, 2010

KUN FAYAKUN..

kenapa Tuhan nak uji kita? sebab kita lemah atau kita kuat?

aku tak kuat pun. kadang2 bila dapat ujian macam ni, hati merungut sendiri, kenapa Tuhan pilih aku untuk bagi semua ni. sedangkan semua tahu aku memang lembik. tak gagah langsung. semua ayat2 gagah aku dari dulu sampai sekarang is my alter ego. bukan diri aku yang sebenar2benarnya. sumpah aku begitu lembik lemau lemah. aku tak boleh pun diri atas kaki sendiri. atau kata nama lain, berdikari. tapi aku pun xpernah tumpang kaki orang lain untuk berdiri. kalau macam tu, memang saja mintak penampar. i am too dependant. tak reti untuk jaga diri sendiri dengan baik, tak reti untuk kawal masalah peribadi sendiri, tak reti nak deal dengan masalah sendiri. jenis apakah manusia macam ni. huh.

tapi sejak akhir ini, aku macam dah dapat satu rasa, yang Allah bagi aku sesuatu ujian untuk tengok sejauhmana aku dapat bertahan tanpa bantuan orang lain. at first i noe i cudnt make it through. sudahla orang sedia tahu, sabar aku tak menebal pun di dada ini. buku teks sejarah lagi tebal dari sabar aku. dan seperti dijangka, memang sampai end point pun, aku masih tak mampu lawan sendiri. bergelut dengan rasa sendiri sampai konon2 dah nak mati sangat. ya, aku memang exxaggarate sikit. tapi kau semua kena tahu, memang sakit bila tak ada orang nak bantu kita waktu kita susah. waktu kita perlu pertolongan. waktu kita perlukan CPR masa tercungap cungap. waktu kita perlukan duit untuk beli iPhone baru. eh eh over pulak. macam tulah sikit2 perumpamaannya. rasa macam dunia sendiri jauh dari dunia orang lain. macam tinggal dalam zaman dinosaur. tapi masa tu, takde pulak jumpa Flinstones dan kereta-brek-kaki nya itu.

tapi apa yang jadi mesti ada hikmah nya kan. orang putih dan orang hitam pun ada kata; there's a silver lining in it. senang cerita, of everything that happens, there must be something good beyond that. kan indah bila sesuatu yang kita sayang dapat bagi semua apa yang kita nak. tapi kalau macam tu, rasa macam aku ni bapak perfectionist. lepas tu semua orang pun takut nak mengorat aku, demanding lebih. tengok Fasha Sandha, humble gilaa sampai laki orang semua terkenan kat dia. agak agaklaaa kan. kan. kan. last2 aku pun tak berlaki. padan muka sendiri.

apa yang penting, (tolongla jangan jawab KERJASAMA..! aku geli la katun wonderpet. tolong, boleh??) aku tak pernah harap sesuatu yang sempurna dari siapa2 yang aku sayang. sebab aku sendiri cukup tidak sempurna. in and out. imperfect la der. aku ni mata dah mula juling sedikit. hidung busuk. mulut busuk. kencing bau ubat. gembeng (siapa tak faham cari dalam kamus jawa). bukan gampang, baca betul2. badan selalu naik ruam gatal. kuat makan. peha besar. suka hentak hentak kaki depan orang ramai. perangai tak semenggah, kadang kadang terkentut masa dalam shopping complex. bila berjalan semangat macam kawad kaki kadet polis masa tingkatan lima dulu. kulit muka banyak noda hitam. masak memang pandai (plus point) tapi pemalas nauzubillah (tolak markah). bangun tidur tengahari. kelam-kabut kelam-kelibut segala. takut makan ubat air. susah berak. apa lagi nak?

nak aku senaraikan lagi sampai habis? karang ada yang lari pulak follower blog dengan kawan2 aku kat fesbuk nih.

sebab itu aku tak kisah pun siapa lelaki yang aku akan dapat. tak hensem? apa ada dengan hensem kalau kaki perempuan. tak reti siang ikan dan ayam pulak tu. tak kaya? itu belakang kira. nanti kita boleh tanam pokok duit sama-sama. tak tegap? nanti aku belikan cangkul, kau buatla FarmVille belakang rumah, confirm sebulan timbul otot. tak gagah? biarla lembik asal boleh protect aku. tak ada janggut? dah, nanti aku tanam rumput karpet kat dagu kau. hitam? hitam itu perillys. pilihan saya!! (tunjuk ibu jari ternaik) hah ape lagi kriteria sempurna yang kita harapkan sebenarnya? bagi aku, what i expect the most i can get from someone i love, is the extensive CARE he/she could give me. i need 300% attention here. there. up. down. semua. please?

saya tahu awak dah cuba buat yang terbaik, and i appreciate that dear. betul, takkanlah saya nak tipu. nanti awak tumbuk saya. haha. terimaaaa kasih cikguu!

di kesempatan ini aku ingin memohon maaf atas semua gambar2 juling dan jelir lidah aku selama ni. kalau Allah nak balas balik, hari ini mata aku alignment dah lari sedikit. dah jadi juling aiir. kalau esok bangun pagi, aku punya lidah dah jadi panjang macam lidah cicak pulak. tak mahu aku!! insaf. bila Allah kata jadilah ia, maka jadilah ia. Kun Fayakun.

mari sembahyang adik adik.


4 comments:

fiq said...

mari.haha

AmalinaOmar said...

alaaa org ajak adik2.
awak kan abang2. haha.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

ko dah insap bgus la.
tp aku dah knal ko yg gile.
orang yg ko plih mesti boleh terima kau. ;)

AmalinaOmar said...

aku insaf amik gambar begitu saja.
perangai tetap macam ini. mcm mana nak ubah. kau lagi gila. haha thanx weyy!