KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, March 13, 2010

tips kacak dari kakak.

ah hari ini aku sudah putuskan, aku mahu membuka pekung didada. pekung ok lagi. tak busuk lah. alah alah buchuk buchuk geli betul mengada ngada nah nak geli nak kene lempang cakapppp. *tiba tiba*. mane muzik latar saspen ni. aku dah ready nak buka pekung pekungan ni. jeng jeng jeng. ini je bunyi saspen yg aku mampu buat.

ok cukup. takdela pekung sangat. cuma sebelum ni mungkin malu sedikit sebab belum biasa. tapi dengan segala hormatnya, aku dengan bangga mahu tunjuk gambar aku pakai uniform. ehem. jangan puji dulu. memang aku agak hensem dalam persalinan itu. tengok dulu baru puji. kalau nak kutuk, baik berambus cepat sebelum aku kejar dan sula kau pakai batang mop.

kalau nak ketawa pun, biar berpada-pada. jangan sampai aku nampak sape2 ketawakan aku, tak tutup mulut pulak tu, memang cari nahas namanya,. kalau tak mata kail yang masuk dalam lelangit kau, sauh kapal aku campak dalam mulut puaka tu. hah baru nak takut?? *gagah dan bengis jugak aku ni rupanya*

Gambar pertama, sebagai permulaan dan mukadimah al mutawasittah mughallazah. ini yang pertama, kewajipan aku sebagai seorang insan bertamadun, inilah nyawa aku kat tempat kerja. tiada name card, tiadalah slot in and out, maka tiadalah gaji. lepastu kalau kantoi kat management aku buat gmbar camni ni, mati aku!


kepala hotak die ah kalau gambar kat name card boleh amik cemni. aku orang pertama hantar persetujuan damai kepada tuan besar panasonic. sebagai tanda budi tak terbalas kepada beliau akan dibawa ke mati atau liang lahad.

tengok tu, belum apa apa dah menunjukkan semangat 1 Malaysia. bagus betul rakyat macam ini. sudahla segak, bertamadun pula tu. aish hnssshnnfsns bangga sendiri.

ish kenapa hensem dan segak sangat ni. sesudah itu, semangat pula pakai name tag ke pizza hut kulai. apekejadahnya semua ini. ini baru betul semangat setia kepada majikan.

syarat utama ketika kita di dalam pakaian uniform adalah untuk beraksi waras dan tegap. bukan seperti gambar di atas. macam sibet.

meet cik mayloon. rakan seperjuangan di costing section yang membunuh itu.
di dalam mata kami sudah ada simbol ini $$$ jika dilihat pada jarak yang dekat.

eh tengok tu. kesatumalaysiaan sungguh budak2 panasonic ini. tapi siliyesshit la wehh. kat panasonic, semua orang pun sangat friendly supportive dan nice. kau melayu ke kau india ke kau cina ke kau jepun ke, takde heran laa. we're not being racist in panasonic. indeed, we treat everyone sooooo damn fairly. jiran sekampung pun tidak baik begini rupa. semua pun being humble. ahhhh heaven~

maka kesimpulannya, kahwin campur adalah digalakkan untuk mendapat anak yang comel dan gorgeous. (^_^)


sekarang mesti kau rasa menyesal kan sebab xnak percaya aku ckp tadi. sebab rupanya memang betul apa aku cakap tadi, aku hensem bila beruniform. kalau tengok dari jauh macam oh wow woww abang askar yang gagah sedang berkawad jaga barisan, tapi bertudung. wallaweh~ sampai begitu sekali segak dan mantapnya bila aku beruniform.

eh eh dah dah janganla over nak mintak aku tunjuk gambar penuh sampai kaki. mana boleh tunjuk gambar penuh dari kepala sampai kaki. seluar keje aku gedoboh la doe. aku rase macam rappers kulit hitam. sumpah rasa macam 50cent ke akon ke ape tah. buruk benor ropenye. lepastu stokin kaler putih ada line merah, pastu pakai kasut warna biru. gila kentang berani bermain dengan warna ah. kadang kadang pakai kasut hijau. aku ni dah macam sesumpah boleh tukar banyak warna.

sejak kerja sini, aku dah kuat makan. *tetap tak mahu mengaku sebenarnya dari dulu telah kuat makan* kuat makan macam dinosaur. bila rehat pukul 10, mesti nak makan roti telur atau karipap telur atau telur-teluran. lepas itu, lunch break mesti mahu makan kentang wedges masak sambal dengan ayam percik ke ayam merah ke ayam kicap ke dengan teh o ais yang berharga RM2.00 TUNAI sahaja. 2 hengget weh. faham tak, D.U.A H.E.N.G.G.E.T. kagum tak kagum tak. murah sampai pengsan sebab terkejut kali pertama lihat harga terlalu murah sehingga macam nak tamak dan belanja semua rakan sempena kemurahan itu. itu masa mula mula masuk dulu, masa tengah jakun lagi. kejutan budaya pemakanan la dow. semenjak itu, bila pergi makan McD atau burger king atau burger taman sri pulai sekalipun, mesti rasa nak complaint pada pemilik terbabit, "eh encik apasal harga makanan encik mahal sangat ini? tak baik mengamalkan riba' nanti perut busung". lalu akibat ketakutan, si pemilik terus memberi free saja. free KICK! nak mati ke kauuu berani cakap mcm tu.

ok dah sambung balik, lepas lunch break, pukul 330 tea break pula. masa ini mesti nak makan biskut biskutan bijirin atau bijih bijih timah yang sedap dikunyah untuk hilangkan mengantuk. tapi kadang kadang niat murni juga terpesong kerana sudah terbeli roti lalu terus makan secara rakus. akibatnya, akan masuk ofis dalam keadaan mengantuk akibat roti kaya tadi.

secara keseluruhannya, ingin saya simpulkan disini, daripada hujah hujah yang telah saya berikan tadi, saya sebenarnya tidak suka simpulan bahasa.

bagaikan enggang dengan pipit,
mengaut untung di atas kejora.
majulah bangsa Malaysia.

sumber: KaramSinghKaaa? -lintas langsung bukan dari TV3 tapi TV jiran saya.

5 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

apesal kau kurus ni?
tk logik betul.
tp stil gile mcm dulu.
i likeee mcd.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

yes hana dah kalah. aku dpt rindu dulu
bangge*

AmalinaOmar said...

kurus kau kataaaa??
berani kau kata aku kurusssss??
oh rafiq oh rafiq. terima kasih kerana memahami. kau mmg pandai menilai. haha ;)

haha berebut dgn hana ah nie? ceh. kau katgori lelaki. hana lesbo.

f4r_e4st said...

Peh lin!!!segak bergaye,tampan,bbudi pekerti,sopan santun,hormat org tue,sme la...ala,xde nye ak nak gelak ko pki suit angkasawan ko tue...cute miut ad la wei..hehe...ak dah leh imagine ko nye suit gabak tue since mse ak kje kat shah alam dlu,ak ad gak deal ngan supplier aj,panasonic gak..kuar msk kilang dorg,tp kat shah alam nye la...btw,lawak ko still mcm lahanat gempak...kahkah

crazy_labelle said...

eh yg indian tu i kenal la... haha...