KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Saturday, March 6, 2010

UNDANG-UNDANG EMAS!

hai blog anak omar. salam meh, salam. dah lama tak jumpa abang blog. kenapa makin kurus ni abanggg. makan hati ke makan limpa? kesian abang blog, saya dah kurang layan. itulah hakikat hidup bermadu. siapa suruh gatal nak sangat poligami dengan abang fesbuk. menyesal tak sekarang. hah baru nak menangis kesat hingus tonyoh2 guna tuala koyak konon konon nak sedih. takmau percaya. aku tak percaya cintaaa hey hey hey *geli terus pengsan dengar lagu mcmni*

hari ini perasaan aku membuak2 nak cakap pasal kereta dan pemanduannya. kat Malaysia ni banyak jenis banyak cara banyak skill banyak style orang pandu kereta. sebab aku rajin, aku senaraikan kat sini. kalau malas, aku mesti tengah tidur sekarang.

1 sekarang ini musim orang bawak kereta laju. bukan takat laju saja, tapi belagak. mahu taknya, penat laa pasang ekzos besaaar punya macam meriam buluh mahal mahal tapi bawak kereta takat 40km/j. ape barang. kan. kan. penat saja beli kereta lancer kereta bmw 5 series kereta VIVA (eh tiba tiba ada walau kategori dan taraf jauh berbeza). lagi satu, kalau tak bawak kereta laju2, mesti tercalar ego bila tengok makcik umur dah separuh abad pakai gincu merah dan tudung ramlah ram lalu sebelah dan potong kereta kamu, mahu tak ego?!! kan. kan.

fakta JKJ37: aku speeding bukan mahu berlagak. bukan sebab ego tercalar terluka. bukan sebab mahu tunjuk ekzos sebab ekzos viva buruk. tapi sebab aku dah lambat bangun tidur lambat pegi kerja lambat bancuh nescafe untuk bawa bekal ke ofis. kalau lambat untuk sesuatu, mesti aku laju. kalau hati sedang gundah gulana baru aku bawak laju. kalau dah lapar, bukan saja mahu laju, kalau boleh nak terbang terus! ala bukan selalu aku bawak kereta laju. hari hari saja. abah kata bawak kereta laju tak apa. dah tu, kau yang entah siapa siapa ni jangan nak marah aku bawak kereta laju. nak kena lempang cakappp.


* tengok gaya kaki ternaik atas kereta saja sudah tahu rupanya encik Omar ini rupanya salah seorang samseng yang dimaksudkan. (suatu ketika dahulu) bai jangan main main, abah aku suka marah polis muda yang suka nak saman dia. *

2 sekarang ini konsep keretaku rumahku syurgaku. sambil drive boleh pakai stokin. sambil drive boleh apply lip balm. sambil drive boleh makan roti gardenia coklat 60sen beli kat petronas malam semalam. tapi yang perasa vanila pun sedap jugak kadang kadang. sambil2 drive, boleh tengok kereta sebelah kalau ada mamat hot, terus buat2 mata masuk habuk lalu buka tingkap dan cakap pada mamat hot "abang tolong tiupkan mata i, tiba2 masuk bulu gajah ni" padahal gatal nak rasa tiupan angin mamat hot pagi pagi buta. cilakak. ada pulak yang siap korek hidung pulak tu. lepastu bila eksiden, nak salahkan hidung sendiri. mulalah nak cakap lubang hidung kecik sangatlaa nak korek susah lalu tak dpt nak kawal stereng dan terbabas. apakah?? sekarang bukan masa untuk korek hidung. nanti dah sampai ofis, pegila toilet masuk cubicle tu, korek la hidung puas2. sekarang jalan tengah sibuk sebab orang nak pergi kerja. lepastu dalam kereta pula mesti nak ada 7-8 pasang kasut, ada thermos air, ada serbuk kari belacan semuaaaaa kalau boleh nak letak dalam kereta. esok aku nak pasang bathtub pulak dalam kereta. baru puas hati.

fakta JKJ37: aku buat macam tu untuk elak pembaziran masa lebih berleluasa. nampak tak berlaku penjimatan disitu. kamonlaaa bebeh. itu baru nama multi task. zaman sekarang memang majikan dan syarikat2 besar mahu cari pekerja yang ada kualiti sebeginilah. kalau boleh tak payah balik rumah, semua benda pun buat dalam kereta. engkau dudukla dalam kereta tu sampai terberanak. kalau dah beranak, baru pegi hospital hantar jahit yang dah terbukak tu.

3 kalau pandu kereta, mesti nak ego. kalau tak ego, mesti rasa diri tak lengkap. tak perfect. tak hensem. tak gagah. tak samseng. sial nah. pelik benar apasal nak kena ada perasaan begitu?? contoh paling sempurna, bila aku nak masuk lane sebelah, aku baru cilok sikit, lu dah kecoh nak cocok cocok bontot kereta aku apasal brader? lepastu lagi nak annoyed aku to death dengan cocok kereta aku sepanjang jalan dan ikut aku balik rumah. lepastu lagi nak tunjuk muka samseng kampung baru kat aku. fikir aku cuak? memang aku cuak. terima kasih sebab buat aku hilang darah sebab terlalu cuak. weyy benda ni betul baru jadi kat aku 2 hari lepas. brader muka samseng ikut aku smpai balik rumah.

sungguh aku tak faham apsal nak kena ego sangat. selalunya lelaki la. bila nampak kereta yang cilok tu perempuan, pakai tudung kaler putih konon konon muka nampak macam suci murni baru balik ajar mengaji, terus rasa ego dah sampai klimaks. sebab nampak muka aku macam perempuan (apasal nak kena ayat confuse identity macam ni?) yang suka mandi pakai kain batik, pandai masak kangkung goreng belacan, mesti kau fikir aku lembik dan kuat nangis kan? hah? hah? ya betul. alaaa kan dah tak rahsia lagi. (-.-)

lepastu terus nak kejar buat kami warga permpuan rasa bersalah. (tapi aku takrasa bersalah pun. blwerk!!) tu aku baru cilok sikit. belum aku himpit kereta kau sampai calar. kalau pun marah sangat sebab kemaluan dah terbesar sebab baru kena cilok dengan perempuan, lu bagi high beam sudaaaah. kalau tak cukup, apa guna kereta ada hon? tekan ajela hon tu sepanjang jalan. tak cukup lagi?? kau cilok la balik, lepas dah dapat potong aku, kau tunjuk FUCK tinggi tinggi, tu baru gerek brader. apedehal. kan? berambus la wehh lelaki macam ni. aku cilok bersopan tahu! aku bagi signal. bukan macam kau. harap ekzos aje besar. kalau nak cilok bukan guna signal. setakat pasang niat dalam hati, nenek aku pun boleh buat. *marah bebenor*

ngeri tak bila ada orang muka samseng ikut kau sampai rumah., lepastu berhenti depan simpang rumah, turunkan cermin kereta dan tengok kau ajeee *pura-pura pengsan sebab takut*. lepas jadi macam itu, aku terus rasa nak tukar number plat kereta yang senang nak hafal tu, sebab dah takut orang tu terserempak dengan aku lagi kat bandar jb. kalau boleh nak jual je kereta tu. tapi..........kau gila????!! jangan merepek. by the way, abang samseng kau memang nampak cool dan gagah berkelakuan begitu sampai buat aku rasa nak baling kotak tisu ade kahak dalam tu. dem. bia kau demam kuning berak hijau lepastu. haha padan muka aku ketawa golek golek.

fakta JKJ37: sungguh kalau aku tak bersopan pun di jalanraya, aku tetap ada prinsip ketika memandu. satu je yang aku pegang. GOLDEN RULE: TREAT OTHERS AS YOU WANT TO BE TREATED. simple pimple. easy peasy. sebab aku tau kadang kadang dalam waktu2 cemas, aku kena potong Q kat jalanraya, so bila ada driver atau kereta lain nak potong Q aku, i'll just give them way. bila di highway, ada kereta tengah speeding on the fast lane, aku akan tukar ke lane kanan untuk bagi diorang jalan pecut laju2 sampai terbang pun takpe. kalau orang cilok jalan aku secara kurang ajar macam nak kena tumbok sampai patah hidung, aku cuma akan hon ringan ringan atau high beam saja. takde maknanya aku nak cocok kereta kau balik sebab aku taksuka orang buat macam tu kat aku. tapi kalau kau jeling aku, aku jeling balik kat kau. jangan tengok!! nanti jatuh cinta, aku tak bertanggungjawab.


* orang tua selalu cakap; bapa borek, anak rintik. bapa torek, anak bintik bintik. betul sehh. kau tengok tu. tengok sendiri. *

maka, bersopanlah di jalanraya. bertegurlah sesama jiran. amalkanlah perkara mulia ketika memandu. siapa tahu, mungkin jodoh anda ada di kereta sebelah. *pengsan*

5 comments:

Hanamaruku said...

hahaha rindu blog kau doe.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

ah sibuk je hana.
aku nak rindu dulu.

AmalinaOmar said...

hana rindu blog aku. tapi ko rindu aku kan rafiq.

dah jgn berebut. amik ni aku bagi makan jagung ayam.

f4r_e4st said...

kahkah...npe la ko nak gak amek blu gajah msk mte...tringat ak pd wan..kahkah...

f4r_e4st said...
This comment has been removed by the author.