HARI INI
memenatkan
merunsingkan
menjelekkan
mentakbaguskan
mengandungi *eh WTF*
(tibeeee kepala macam masuk air)
formula untuk menghadapi semuanya, mudah saje.
----------------------------------------------------
anda perlu GAGAH,
anda perlu KENTAL,
anda perlu MANTAP,
anda perlu PEKAK BADAK,
anda perlu BUAT BODOH
anda perlu GILA KENTANG,
anda perlu BIARKAN AIR ITU BERGENANG DI DALAM MATA SHJ.
makanya, untuk mempersetankan segalanya, lets talk crap, people!
...start...
tadi aku baru tahu bahawasanya raya dah habis pon semalam. what the tuuttt..! ini adalah jahil sekali kerana sangat tidak tahu perjalanan kalendar Islam. makanya sedikit rumusan perlu disimpulmatikan disini. iyaaaa dong pastilah tentang hari raya tahun ini. marilah bersama cekidaud!
1. Kuih raya tahun ni yang paling menggiurkan?
seperti tahun2 yang melepas sudah, semperit makngah paling mendapat ibu jari ternaik yang terbesar dari saya. sumpah menggiurkan (macam melelehkan air liur *drooling*), sehingga kan saya sanggup tak hiraukan segala jenis kamera yang berflash2 didepan mata semata2 semperit tersebut. pelik, bukan?
2. juadah hari raya yang paling ternanti2 dan termimpi2?
juara tahun ini disandang oleh juara yang sama untuk 21 tahun lepas berturut2. ya, 21 tahun memegang gelaran juara! haaa tengok awak tengah ternganga tu, mesti macam bermonolog "ish bia betikk kau kentang!", kan? sila datang rumah kalau tak percaya sebab DAGING MASAK MERAH ABAH YANG DISAYANGI memang paling menggodam jiwa. dengan curahan santan dan tomato puri, warna kemerahmanggisannya benar2 menyayat hati. taburan daging yang lembut dan bergetah macam janda berhias, dihiasi pula dengan lemak2 yang terapung di tingkat paling atas periuk itu, ahhh sukar digambarkan.lagipon, i like lemak a lot. tau ia memang memudaratkan kesihatan. tapi lemak lembu dengan rokok, lemak adelah pilihan yang paling wise sekali ya! haha no offends perokok tegar sekalian (+_+) oh! selain itu, sambal goreng nenek juga the best-est of all! siapa nak rasa? kenala kawin dengan saya, jadi nenek mesti bagi kamu makan dengan banyaknyaaa.
3. tv show yang paling menterujakan?
i love faizal tahir a lot. a lot. dan lot. dan lot lagi. lot of de ring (mmg tiada motif dikenalpasti). siapa tak tahu saya minat dia ini, angkat kening sebelah kanan! ok, turun kening sekarang. sebab faizal tahir lah, saya boleh demam kuning sebab sering termimpikan berkahwin dengan dia sehingga 3 malam berturut2. sebab faizal tahir jugalah, saya mula fikir perut buncit dan dilukis dengan simbol "S" menggunakan gincu ibu adalah sangat kool. makanya, ape jua rancangan yang ade FT pasti dong diikuti. the greatest tv show of all was, AKUSTIK RAYA. goodness u FT, that is way fantastic darn stylish gorgeous gila mantap kental apa lagi yang boleh dirungkaikan? grrrr. nasib kau dah kawin, pejal!
4. the sweetness of raya tahun ini?
the great moment to cherish is having the chance to celeb this hari raya as a teacher. it was a blast. boleh tahan monkey-shocked jugaklaa bila rumah kena serbu. apekan daya. bia penat, asal selamat (motto hidup apakah ini??). tapi best gilaaaa wa cakap lu. cepatla jeles sekarang. tahun nie i beraya macam artis okayyyy. fasha sendat pon kalah. gagagagaaa~
5. yang paling takbest dan kurang hot untuk raya kali ni?
raya kedua saya dah tukar nombor. dari 21 naik 22. dengar macam best. tapi sebenarnya tak. dah takmo ingat. nanti menitik air mata makkkk ni nyah~ tapi best sebab dapat duit raya sebagai hadiah hari jadi. oh sayang semua ahli keluarga jiwa ragaaa!!!! --dpt duit baru nak sayang, ish mata duitan!--
6. rumah yang paling best masa gi beraya?
semua rumah yang ade sediakan makanan ringan, makanan berat, asam, kuih yang best dan tak meloyakan adelah best tak terhingga. boleh dapat markah lebih jika sediakan minuman bergas seperti vanilla coke dan pepsi twist siap sekali dengan air batu. boleh dapat lima bintang yang dilukis oleh tangan juga, jika ada sediakan coklat cadbury Black Forest di dalam balang kuih masing2. ah malangnyaaaa tiada! maka tiada bintang. oh dan juga, rumah yang tuan rumahnya sangat baik hati sehingga memberi saya berbakul2 pujian sehingga tak terbawa rasanya (^_^)
dah cukup lah. sekarang ni ada budak lelaki yang agak pendek di sebelah saya sedang beriya2 kentang menerai baju untuk pegi exam MUET besok. kau memang semangat 1 Malaysia kan budak. gerekkk ah adikku pendek! all the best, go walley walleheyyy go!
*boleh tak mula speaking dengan aku yang terer broken english ni sekarang?*
No comments:
Post a Comment