KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Thursday, October 29, 2009

kau nampak tanduk aku dah tumbuh?

sejak bergelumang dengan geng kapak, aku lagi yakin untuk "pegi-mamposkan-dan-boleh-tak-kalau-aku-taknak-dengar-teguran-kau" punya style. siliyesshit. geng kapak besar pengaruh terhadap aku. mereka itu memang samseng jalanan. cuma silapnya takde misai lentik yang bisa buat serata manusia gerun. macam tulah aku. eh esok kena beli misai palsu. kumpul sorang dua posen boleh dapat tak? ok, rasanya dah boleh berenti mencarut sekarang. eh tak. melalut.

semalam dah dapat surat tamat perkhidmatan dari sekolah. starting tomorrow, sekolah maahad pontian tidak akan ade lagi cikgu yang paling tinggi sebab suka pakai kasut tinggi melampau2 sebab dia tau dia pendek, takkan ade lagi cikgu yang sesuka suki pakai baju ape pon yang die rasa "yeah, dis is it --- a head-turning punyelahhh!". takkan ada lagi cikgu yang suke meniru aksi biawak kenyang berjalan di koridor bilik guru sehingga anak murid nampak dan terus tak boleh jawab periksa. takkan ada lagi cikgu yang sampai sekolah pada waktu 7.35 pagi iaitu bila budak2 dah habis baca doa pagi sebelum pegi sekolah. takkan ada lagi cikgu yang suke lepak dengan budak2 di lorong2 hitam dan berbual samba apa saja (lagu hattan satu waktu dulu) lepastu ada je cikgu2 lain yang pandang dengan mata serong sebab diorang juling air agaknya. maka takkan ade juga lagi cikgu yang suka bagi jawapan free kepada student ketika musim peperiksaan melanda dan menggoyang2kan meja anak murid yang tido lalu suruh dia bangun dan beri jawapan dan yakinkan "awak boleh dapat A kalau salin jawapan saya ini!". TAKKAN ADA LAGI!!!

dah. enough of TIADA LAGI kidungmu. karang emosi tak pasal2 lepastu nangis sorang2. oh, tadi i invigilate okayyyy.. ini first time dlm hidup dan ia sangat menyeronokkan. jadi, memang perlu melompat dengan girang atau menghentak kaki dgn gaya comel mungkin. haha. sumpah seronok gila kerana aku dpt berbakti atau lebih tepat, meninggalkan sisa2 budi aku kat sekolah dengan memberi jawapan secara berleluasa kepada student tersayang. dengan yakin, di tangan siap ada skema jawapan periksa akhir tahun sebab aku pon taktau ape jawapannye kalau skema takde. ape ke bengap laaa. jika terdesak, buku teks pelajar akan jadi sasaran untuk waktu itu. selak punya selak sampai aku dapat jawpan, sekian........ TAPI, aksi ini sila jangan tiru jika anda bergelar guru tetap atau guru sandaran tidak terlatih. kalau tak, memang mampos besok jugak kau kene diri depan gate sekolah je. sebab nanti akan ada signboard tergantung depan gate berbunyi begini;

CIKGU BERPERANGAI BINGAI TIDAK DIBENARKAN MASUK. CIKGU BOLEH BALIK RUMAH SEKARANG DAN MULA SARAPAN DIRUMAH SAHAJA. YANG BENAR, TUAN ISMET ULAM RAJA iaitu PENGETUA.

*mesti rasa sedar diri dan sedih sendiri lepastu tahan teksi balik rumah.*

eh tadi kan aku nak cerita pasal tanduk? ape kaitan tanduk dengan peperiksaan tahunan? mcm nie, kalau perangai macam bingai (contoh terdekat aku bole bagi adelah aku sendiri sekian terima kasih), cube tengok cermin mesti nampak tanduk kaler merah2 manggis dan tumbuh kat atas kepala. kalau kau tak nampak, namanya kau tak sedar diri makanya mungkin esok lusa kau akan jadi anorexia. ya, memang aku tak nampak kaitan anorexia dengan kisah tanduk yang aku cuba sampaikan tapi aku nak cakap psl penyakit nyanyuk sebab aku tak dapat ingat pulak ape nama saintifik penyakit nyanyuk. skizofrenia ke hape jadahnye. baik, boleh ke kalau kita teruskan cerita nie tanpa hirau penyakit nyanyuk bongak tu aku sumpah dah lupa nama dia ke taktau gaknye. ceh padahal taktau tapi ckp lupa. dah, sambung balik pasal tanduk. aku rasa macam nak menyetan je kat sekolah sebelum aku tinggalkan semuanya. harok laaa wehhh harokk!!

orang tua2 kata, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. tapi sebab aku pegi sekolah pon tak pakai name tag, macam mana aku nak tinggalkan nama. lagipun belom tau lagi bila akan mati. jadi, aku berhasrat, baik aku buat rekod jenayah atau rekod juvana (sebab aku masih dibwah umur tapi dah boleh tengok cite lucah), makanya nama aku mesti masuk rekod sekolah, dan dengan tak semena-menanya, aku dah brjaya tinggalkan nama aku disitu sebelum aku meninggalkannya. yahoooo!! tapi ini cuma perancangan, semuanya bergantung kepada kerjasama geng kapak yang disayangi sehingga titisan peluh terakhir yang keluar dari tapak kaki.

yang didalam perancangan, aku nak dajalkan sorang mamat yang perangai tak macham siyall pulak. suke dengki dengan aku sampai aku duduk dalam kelas dan bebual dengan student perempuan pon, dianggap perkara tidak baik. ape ke bodoh kepala hotak kau laaa. kau respect orang pon, kau xreti lagi, jadi sila jangan berlebih2an boleh, bukan? aku tau kau sangap kan. hah bodoh kau. perangai macam pailang, lagi nak jage dlm kain aku. ko tau kan aku tak suke pakai kain dalam! haha.

selain daripada itu, aku amat sayangkan geng kapak kerana membantu aku dalam menjayakan misi anti dadah kebangsaan nie. bongak bukan anti dadah la. ni lebih sesuai dikenali dengan misi pemecahan rekod jenayah sekolah. bukan nak sangat pecah rekod, cuma nak puaskan hati. sumpah puas gila babeng wa cakap luu. antara yang dah berjaya, akan disenaraikan seperti dibawah:

1. aku dah terlalu kerap cabut sekolah masa sesi P&P berlangsung dan merayau2 tanpa arah tujuan di bandar pontian yang tersergam indah dengan replika nanas yang besar. kebanggaan bapakku itu. nama pon cabut, jadi pihak sekolah tak pernah tau dong kegiatan ini. kalau mereka tahu dan ibu aku pula tahu, memang tengahari esok, keluarga semua makan besar lah. lauk sup cincang badan aku.

2. sekarang dah lebih berani berdepan dengan si pencuci sekolah merangkap polis bantuan yang macam babun lagi terok dari babun aku rase. si pencuci IQ rendah itu, memang gersang. mulut macam longkang. kau buat aku betul benci kau! aku nak, last day aku kat sekolah, ko datang mintak ampun kat aku. bila tadi kene sound bawak budak keluar, aku dah cuba pamerkan muka-paling-bangang-dan-rasa-macam-nak-lempang-laju2-pastu-sagat-kat-tanah-tar-depan-dewan-sekolah kat dia. taktau ape dia rasa. aku mahu dia rasa cuak sampai terkencing takut tengok muka aku mcm tu. tapi aku tau, die tak rasa macam tu ;(

3. bila sekarang mulut dah pandai betah teguran orang, itu maksudnye ada kemajuan. bila ada ustazah perli baju aku, aku nganga mulut besar2, aku jelir lidah keluar masuk keluar masuk lidah sebab aku tau lidah aku panjang sampai die rasa muak nak terberanak tengok aku. aku puas hati! walaupon sebenarnya aku buat aksi macam tu ketika membelakangkan die. haha kira berani lah tu! ade nilai2 menghormati lagi tu. berbanggalah dapat kawan yang sopan mcm aku nih. aku bukan taknak terima teguran. boleh je, tapi sampaikanla dgn cara yang betul. lepastu, kau mesti betul2 pastikan diri kau tu dah betul, baru tegur org. jangan diri sendiri sopak sana sini, terkuar rambut depan belakang, lepastu ada hati nak tegur baju aku tak beretika. what the tuuut!

ish. penat cakap sorang2. boleh tak sambung cite esok je? sekarang ni aku nak basuh tanduk merah manggis aku nie. pastu nak kene rendam softlan jap biar nanti nampak lebih suci dari hati. last sekali, kene polish makanya orang gerun tengok aku. walaupon hakikatnya, TIDAK ;( tata!

2 comments:

hatim a.r said...

salam persinggahan.woh ayat macam novel jiwengs.

u cikgu ek?dah tau vogue kenapa mengajar maahad hahaaha

AmalinaOmar said...

welll... sebab i tau i vogue lah i kene ajar maahad. bagi diorg monkey-shocked sikit. bawak pengaruh tak baik.

thanx for dropping by, hatim. mari berjabat tangan tanda perkenalan! hee~