hey malaysia.
ceh macam 1 malaysia je baca blog aku. sampai perlu cakap "hey malaysia seluruh warga bersatu padu keamanan sejagat". tak perlulah. siapa orang malaysia yang tengah baca blog aku, ucapan itu ditujukan pada anda. tidak salah jika anda dah mula perasan dari awal2 tadi. tahniah.
hey perasan tak. i tak perasan. okay soalan belum tanya lagi kenapa dah jawab dulu?gila. macam jawab exam juga, kertas soalan akan berbunyi macam ini,
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIBERITAHU.
maksudnya;
kau tak boleh makan didalam dewan peperiksaan.
KERTAS INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK.
maksudnya;
kau tidak boleh pakai kanta lekap ketika musim sejuk.
SILA JAWAB SEMUA SOALAN.
maksudnya;
kalau kau rasa kau bagus, kau boleh jawab semua. jangan over confident.
dan yang ini aku paling faham,
SILA LIHAT SEBELAH.
maksudnya;
bila kau dah buntu ketika jawab soalan, dan tak ada idea nak goreng apa bagi soalan yang membunuh, kau dibenarkan lihat meja rakan disebelah kiri dan kanan. kalau leher panjang macam biawak, dibenarkan lihat depan dan juga belakang.
seronok sebenarnya. jadi tiap2 kali peperiksaan pun, aku mesti lihat rakan lain. sama ada untuk mencari inspirasi, ataupon memberi bantuan kepada insan yang memerlukan, ataupun untuk mengganggu ketenteraman awam sama sekali. semua dibenarkan. itu kalau aku adalah pengarah lembaga peperiksaan Malaysia. tapi malangnya, TIDAK. sebab itu aku bangga jadi anak Malaysia. bertamadun dan sosialis.
oh tapi satu benda saja yang akan buat aku annoyed diwaktu peperiksaan berlangsung. iaitu bila ternampak orang lain mengibas tangan laju2 untuk menghasilkan bunyi dan memanggil invigilator dan meminta extra answer sheet. oh sillyesshit its annoying! memanglah aku nampak over sebab cakap mereka mengibas tangan laju2 untuk menghasilkan bunyi, walhal mereka hanya angkat tangan atau angkat jari tengah saja dan memanggil invigilator, secara senyap sunyi. ah tapi tetap annoying lah. sebab aku memang tahu aku tak boleh jawab sepanjang itu macam mereka cuba lakukan. jadi macam mana aku nak pass paper tu? mesti tumpuan dan fokus aku ke soalan nombor 1 sudah terganggu.
Lainlah kalau dia minta aku tulis cara cara menunaikan solat sunat dhuha, ya mungkin aku boleh angkat tangan dan minta kertas sebanyak lima kali dari invigilator. bukan mahu tunjuk bagus, tapi aku pun tak tahu sebenarnya macam mana solat sunat itu jadi kertas2 sebelum itu telah comot dan tebal dengan liiquid paper. makanya, kenalah minta kertas jawapan yang baru. (",) gemok ah kau.
entah kenapa hari ini tiba2 muncul mood nak cakap pasal peperiksaan. mungkin aku rindu waktu campus life dulu. sebab waktu ini kita akan dapat tengok orang buat kerja gila, lihat orang mati bunuh diri, lihat manusia bertukar menjadi haiwan yang tidak perlu disamak, di musim peperiksaan inilah.
waktu di uitm dulu, geng2 kami semua jadi burung hantu tak bertauliah sebab mereka mesti nak stay up sampai subuh, lepas itu baru nak tidur. tapi aku tak mahu jadi burung hantu. aku mahu jadi koala bear, comel sedikit. makanya, aku tak stay up sangat macam kawan2 yang lain. selalu tidur awal. mahu dijadikan cerita, satu malam itu aku dah tidur awal. menurut kawan2, masa diorg tengah study, aku tiba2 bangun, ambil nota2 ringkas peperiksaan, dan terus pergi circulate nota itu pada mereka.
"Nah ambil nota ini. sorang sorang baca kuat2. aku nak dengar."
"Oi kau kenapa. bukan dah tidur ke syaitonn? nota ni untuk apa?"
"Jangan banyak tanya kalau tak nak kena tumbuk. ambil nota ni dan hafal. esok aku cat masing2 warna hijau, botakkan kepala, panjangkan telinga, pakaikan baju upin ipin, lepastu sekor2 ikut aku masuk exam hall. aku nak korang jadi toyol aku untuk paper esok. faham?"
"kau sini jap syaitonn."
lalu mereka beramai ramai telah bungkus aku dalam comforter yang ibu bekalkan dari kampung, ikat atas dan bawah, dan buang aku keluar tingkap. itulah padahnya orang yang mengganggu ketenteraman orang lain ketika mereka sedang mengerah keringat menghafal nota penting untuk peperiksaan. kau keje tido aje tak kira musim. lepastu mengigau, menyusahkan orang. layak buang daerah saja kau ini.
memang agak dongeng cerita aku tadi. dialog tidak berasas sebab aku tak tahu apa aku cakap pada diorang waktu itu. tapi kebenarannya, kemaluan besar waktu itu. sebab aku mengigau dan tiba tiba mengedarkan kertas2 pada roomate lain yang sedang sibuk study di kala pungguk rindukan bulan. kalau aku ada di tempat mereka waktu itu, memang aku sudah ish taktahulah mahu buat apa. sebab bengang tahap dewata musim bunga ah. standard musim mengigau yang teruk memang pada musim peperiksaan sahaja. macam kawan aku ini, akan mengigau waktu musim peperiksaan sahaja. mengigau bukan calang2 beb. stok mengigau yang bangun dan terus berbogel di atas katil, terus main congkak seorang diri. seram kan. sebab aku tipu. dia mengigau gaya bebas macam ini, yang akan tiba tiba menjerit;
" argggggggggggggghhhh.. ah ah ah uh ah uh ah ah"
bangang gila empat puluh lima kali. bunyi ape itu. cuba teka (+_+)
yang belakang itu, aku tambah. saja seronok. kalau begitu, kantoi sudah rupanya stay up malam2 bukan study. nonton blue ya abanggggg. auwww~
okay okay. mari menjernihkan keadaan yang sudah bercampur baur ini. kawan aku mengigau tiba tiba menjerit memang menyeramkan. pelajar uitm memang biasa diserapkan budaya belajar dengan mendengar lagu. jadi bila stay up dan mahu menghafal nota, kami akan sumbat earphone dan dengar lagu tahap maksima kelajuan pantas tidak dapat disangkal lagi. bayangkan sedang syok goyang kaki korek hidung dan dengar lagu, oh ya, hafal nota juga, tiba2 kamu dengar orang menjerit! oh biawak. kau melatah pula. haih~ seram kan.
mula2 mesti dalam hotak fikir itu hantu yang jerit, ah jadi tidak perlu tegur. kalau aku tak kacau makhluk itu, dia mesti tak kacau aku. tapi bila tiap2 malam juga dengar, hati siapa tidak memberontak. misteri ini mesti dirungkai. maka satu mesyuarat bilik telah diadakan. jadi malam itu masing2 berjaga dan menantikan bunyi itu lagi. dan telah tiba saat yang dinanti2kan, ah yaaaaaaaaaaaa goooooooooooooooooooooooooollll!!! hamek kau. kau yang mengigau rupanya. menjerit macam kene liwat aje? terok bebenor. kau kenapa? seram bongok. tak pasal2 aku fail paper semalam. haih!
jadi kami ramai2 telah mengetuk kepala beliau yang dimaksudkan tadi, kami siat2 daging dia, kami rebus tulang dia campur serbuk kari sedikit, kami cabut kuku kaki dia guna gigi sendiri. fuh. ngeri tak. ngeri tak. kami kannibal. kami tak makan orang. kami takut tikus.
jadi kesimpulannya, stress di musim peperiksaan boleh mendorong kepada kejadian yang tidak diingini dan memalukan. in a manner of speaking, jauhi dadah. kau ingat kau ambil "ice ice baby" untuk stay up dan hilangkan stress dan hafal sebnyak2 nota sampai muntah kacang, ia cool? oh nehi nehi nehi. sayangi keluarga anda.
sejak daku bertemu denganmu eh ternyanyi pula. tak, i mean, sejak2 jadi cikgu ni, aku dah rasa peperiksaan takkan lari dari stress. cikgu stress, anak murid laaagi stress. sebab itu aku lantakkan aje korang nak meniru ke hape, sukahati kau lah nak. asal kau tak kacau aku berak. tapi punca utama keguguran rambut di kalangan guru2 adalah bila tiba waktu menanda kertas peperiksaan. macam2 ada. macam aku, guru prinsip akaun dan ekonomi. tengok saja ini;
dia fikir aku tak faham dia tulis apa? maksud tulisan itu ialah, "CIKGU KAMU SANGAT CANTIK DAN MENGGIURKAN. AKU TIDAK BISA FOKUS YA TIKA KAMU NGAJAR. IYA BISA BISA KAMU BERI NOMBOR TALIPON KAMU PADA AKU YA? BILA KITA BISA NGEDATE YA BU? AKU KEPINGIN GITU MAHU CHIT CHAT SAMA KAMU. KAMU BISA GOYANG GERUDI NGGAK BU?" jangan khuatir ya pembaca sekalian. aku memang mengajar prinsip akaun dalam dwibahasa, melayu dan cina. inilah hasilnya. oh ya, dan aku pulak konfius, bila pulak ade pelajar dari seberang ini?? blegh~
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, aku sering terapkan nilai nilai murni seperti, jangan pinjam duit daripada along,dan biar papa asal kedana. lihatlah betapa anak murid aku ikut nasihat aku. mereka benar2 aplikasikan dalam kehidupan seharian. ah terharu.
nilai murni seterusnya, jangan buka kedai runcit jika tidak mempunyai keberanian yang nyata. nah, amik kau cikgu. yang benar, anak murid yang hamsam.
yang ini buat aku paling rasa yang kehadiran aku rupanya meninggalkan kesan. ya, aku tau lidah aku panjang macam burung unta. aku sayang kamu orang anak murib!
sama tak.? sekarang baru rasa macam mahu lastik orang sampai lebam.
Selaras dengan kejadian2 itu, kalau kau datang bilik guru, mesti kau orang boleh nampak muka aku yang dah rupa biawak tumpah darah. kadang2 boleh menjelma jadi tenggiling berguling2 di sekitar bilik guru. kadang2 aku boleh jadi sesumpah, bertukar warna dan sembunyi di belakang langsir. kadang2 boleh jadi stripper, menyanyi kuat2 berdiri di atas meja dan sambil mengibas2 kain baju kurung. tragis memang tragis. tapi waktu itu yang aku rindu. ini stress yang menggembirakan. lagi lagi bila kau jumpa answer sheet yg macam di atas itu. oh i like this piece of shit! yeah. confirm boleh bantu kau distress. walaupun mesti kau ada rasa macam mahu rejam budak itu hidup2. tapi janganlah begitu.
kau mahu hidup lama tidak?