KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Friday, January 29, 2010

boleh kata berjaya jugak ah ;)


sila tegur jika berjumpa umat ini. apa kaitan?

jangan melukut di bukit cagu,
Menteri itu Dato' Samy Vellu,
apa kau tahu perasaan aku?
YABEDAAABEDUUUUUUUUUUUUU!!


im a product of UiTM yang pandai berpantun. ngeh3.

kecik tak aku. kecik tak. aku tau :p

YABEDABEDUUUUUU!!!
amacam? ada yang berminat nak ambil aku berlakon teater bukit cagar atau pun menjadi wakil rombongan peminangan sebagai ketua pantun? wei wei hatiku berbunga matahari berlagu riang si anak dara sekarang ini. jangan kau persoalkan. iya? iya?


aku sudah confirm diterima bekerja! pagi pagi tak berapa buta tadi, sudah dapat panggilan telefon beri jawapan aku telah diterima bekerja. man,i'm oficially hired. nampak tak senyuman excited aku sekarang ini. senyum sampai ubun ubun. (ngeee ngee nampak tak!) makanya mulalah rasa tidak sia sia aku bersengkang mata menstudykan diri di saat saat akhir melangkah ke final interview itu hari. oh Allah memberkati ( :


okay, tapi kurang enak sebab sudah kantoi lagi untuk kali ketiga tadi pagi bangun lambat dan awal awal sudah diberi nasihat, "minggu depan u dah tak boleh bangun lambat lagi ya." omf! kemaluan tahap tertinggi sudaa. tapi disebabkan ke'eksaited'an mengatasi segalanya, aku cepat cepat kesat air liur basi yang belum sempat kering dan melakukan lompatan gaya bebas dari katil menuju kedapur dan berjoget joget anak. (aksi ini diadaptasikan daripada senaman 'berlari lari anak')


lepas itu mulalah rajin tak pasal pasal. yang pertama pergi sarapan. selalu aku tak rajin sarapan tahu. ;) lepas itu menonton talk show yang berilmiah seperti moneytalk. siak. apebende semangat berkobar kobar nah! kemudian terus memasak gulai ikan sembilang. selalunya aku malas masak, hanya rajin makan saja. kemudian aku marah budak. selalu aku tak rajin marah budak, selalu aku lempangkan saja.

*macam inilah gaya lompatan bebas yang aku maksudkan tadi*


cukupla dengan ayat ayat puaka aku tu. entri ini sekadar mahu menyatakan kegembiraan patik bila diterima bekerja disitu. sebab untuk berada di tempat patik sekarang, telah banyak yang patik lakukan untuk pastikan semua ini berjaya. ini adalah aim patik yang paling utama. because im not going to be an auditor. i want to join commercial firm. in Panasonic, perhaps i could take myself further developed in my career life. here comes the new Account Executive for Panasonic. (tepuk tangan sendiri)


dan aku pun melangkah dengan penuh yakin pergi membeli kasut baru untuk report duty isnin ini. tata semua. :)

Thursday, January 28, 2010

kerjaan donk!

hari ini telah bangun dengan semangat baru. hari hari pun bangun dengan semangat baru. tapi hari ini lebih beriya iya dari semalam. my oh my! finally i got a job, man! eh belum confirm. sebab tadi baru saja pergi medical checkup. tidak tahu samada keputusan memberangsangkan atau menggersangkan. kalau betul, esok akan dapat panggilan dari syarikat itu. once confirmed, baru aku boleh nyatakan tempat kerja baru aku.


dan kalau ini betul betul bukan cobaan bahawasanya aku dah diterima bekerja, itu menandakan satu azam tahun 2010 aku telah tercapai. iaitu untuk mula bekerja pada bulan feb2010. CHECKED! yo semangat yaww. tapi dengan penerimaan aku bekerja disitu juga menandakan bahawa aku telah memecahkan perjanjian damai antara diri aku dengan diri aku sendiri (walaweh. apakah??) sejak kecil lagi untuk tidak bekerja di tempat yang memerlukan aku memakai uniform. ok, VOID agreement! demi kerja yang aku idam idamkan selama ini disitu, aku sanggup. mahu taknya, sedang tidur malam pun termimpi mimpi. apatah lagi ketika sedang memukul kanak kanak tidak bersalah. saja mahu tunjuk aku violent. padahal tidak.


sebab itu dari dulu sampai sekarang, memang aku percaya bila kita bencikan sesuatu, makin kita lari dari dia/beliau/mereka/itu/kata-ganti-nama-ketiga-yang-selebihnya, semakin itulah dia mendekati. maksud aku macam inilah. aku sudah set mind tidak mahu kerja yang perlu pakai uniform. konon konon boring dan tidak vogue atau bergetah. tapi tiba tiba sekarang ini dapat pula kerja di tempat idaman tapi perlu pula pakai baju unifrom. bangga tak. sadis tak. dah dah, lap hingus tu. tak payahla beriya iya kelapa sangat. takdelah sedih sangat.


tapi tak mengapa, aku rasa perlu tukar mind setting yang baru. iaitu bila kita kena pakai uniform, dengan tak sengajanya, tidak perlu invest banyak dalam membeli baju baju yang melanggar hukum alam. selain itu, wang saku juga boleh disimpan dan akan mengalami kadar tumbesaran yang cepat, jadi mungkin dalam tahun ini juga, akan tercapai cita cita untuk berkereta kuda unicorn berwarna putih bertanduk tengah. ah, mahal tu. mana mahu cari ya? siapa siapa yang ada kenalan supplier kereta ini, boleh hubungi ibu mertua aku.


mahu beli kereta mahal, mahu kahwin cepat, perlu duit yang banyak. maka, bagus yang amat bernas bila kena kerja pakai uniform. ada penjimatan transaksi disitu. tapi dengan syarat, duit lebihan gaji itu tidak disumbangkan kepada sumber sumber tak berfaedah seperti dengan membeli 5 bungkus keropok durian pek besar 500gm berharga RM1.20 di Maslee atau RM1.45 di Giant. anda pembeli bijak, bandingkan harga, kawal lemak, dan kurangkan inflasi.


oh ya sebelum terlupa, bagi siapa siapa yang telah wish me luck the other day on my interview, sila tinggalkan alamat anda di peti simpanan komenromen ya. aku mahu poskan sebakul terima kasih atas ucapan kamu kamu yang telah membuahkan hasil itu. kalau mahu lebih romantik, aku akan kirimkan ucapan itu di angin lalu sahaja. :)

Tuesday, January 26, 2010

tak sehebat suara BLACK.


hari ini pagi pagi lagi aku sudah malu kepada diri sendiri dan orang kampung. pihak sekolah telefon rumah, mahu bercakap dengan aku. tetapi adik aku yang serba bijak pandai macam nak kene siku saja mukanya itu pergi beritahu cikgu yang telefon itu '' Oh maaf cikgu, kakak saya masih tidur.'' woi kau tahu tak perangai macam haram pukul 11 tak bangun lagi dan apabila kantoi muka telah birat sendiri. birat tu macam warna biru lebam tahan nafas. dem. last last aku siku juga perut adik aku tadi sedikit. sedikit saja.

taktahu macam mana nak gambarkan perasaan gemilangnya hari ini. peh ape siak 'gemilang' tiba tiba (menjelir lidah). maaf, ini tindakan refleks tangan aku yang sedang menaip ini. ulang semula ayat dengan penggunaan tatabahasa yang betul akan lebih baik, mungkin.

taktahu macam mana nak gambarkan perasaan gemilangnya hari ini. eh gemilang jugak yang keluar. sukahatilah naaaak. nasib baik gemilang. bukan gambang. baca betul betul. itu huruf B, bukan P. dilarang mencarut di waktu senja.

tadi telah kesekolah menguruskan proses memindahkan adik ke sekolah lain. aku terpaksa buat muka kontrol cun tidak hengat bila saat tayar kereta mencecah garisan kuning pemisah sekolah itu dengan jalan raya besar. (ayat macam haram). woi woi itu sekolah yang aku pernah jadi guru sementara dulu. memang harus aku kontrol cun. ape kau susah. (tiba tiba)

sebenarnya aku sudah mengeset (kata akar 'set') minda aku supaya bersembunyi di dalam kereta ketika budak budak pulang sekolah pukul 145 tadi. tapi macam tidak ada motif pun. tapi sebab adik aku mengada ngada nak teman nak kene dukung nak kene terajang baru nk pergi jumpa cikgu cikgu dia, aku kena tukar plan awal tadi. maka keluarlah aku daripada kereta, dan seperti yang dijangka, aku diserbu pelajar2 ini. yang juga bekas student aku. fasha sanda kalau tengok keadaan aku tadi, bagai gula dihurung semut, mesti beliau menjelesi. maaf fasha, aku bukan mahu berlagak. ;p


i rasa macam miss world tadi nyah. babai sana babai sini. senyum sana senyum sini. bila balik rumah muka sudah tegang sebab telah senyum 3 jam tanpa henti. macam sultan berjiwa rakyat pun iya. begitulah aku. weh boleh ke aku buat perbandingan begini. tidak akan disaman kah?? harap akan tidak. kerana ini adalah contoh yang baik.


melihat budak budak yang dari dulu sampai sekarang masih mahu lagi jumpa bertegur sapa berbual dengan aku dan panggil aku cikgu, benda ini mewujudkan perasaan yang susah nak digambarkan dengan kata kata. biar orang cakap aku hati tisu ke hati kaktus ke, aku tak heran. dan paling tersentuh, bila ada yang berselisih dengan aku (yang sah sah tadi cuma pakai baju biasa bukan baju kurung macam cikgu mereka yang lain) dan cakap 'Assalamualaikum CIKGU' tunduk senyum, woww what a feeling! tersentuh gila hati. they did remember me, and what counts afterall, they respects me for so long. hebat kan perasaan aku. hebat sebenarnya bila kau ada peluang untuk rasa diri dihormati. dan ya, diingati juga. hebat sebenarnya bergelar seorang cikgu. :)


4 bulan plus plus saja aku berkhidmat sebagai cikgu ganti disitu, tapi aku rasa kehadiran aku yang sekejap itu sangat signifikan dalam ingatan mereka. impak yang besar (mungkin). sungguh aku rindu mahu kembali ke situ. tapi atas sebab sebab yang musabab (apakah??), aku kena bertahan dengan gagah supaya tidak termakan pujuk rayu masuk ke situ semula. walaupun ramai yang mengharap aku balik. wehh teruja tahu teruja!! siapa tak teruja bila orang mahu kat kita. haha. kadang kadang benda ini yang buat aku sedar, orang cuma akan menghargai bila sudah merasai kehilangannnya. betul, kan?



its just undeniable people, that i love my life back then when i was there.



SUMPAH AKU RINDU SEKOLAH, PELAJAR PELAJAR DAN MENJADI CIKGU!
AKU RINDU, SAYANG SEMUA.
(tutup hidung tahan hingus daripada keluar)

Monday, January 25, 2010

potong potong potong.

apebenda seh streamyx ni. jangan la bagi aku memperkatakan sesuatu yang hina terhadap kau. aku rasa seperti dihina lah begini. aku tengah syok layan entri touching ini, bila sedikit lagi cerita mahu sampai klimaks, air mata pun sudah tertitik sedikit, kau pula tiba2 disconnect. ah cabai! (ini bukan mencarut. ini sejenis sayuran pedas) kau faham tak apa yang aku rasa sekarang. dari elok hingus mahu menitik membasahi bibir, tiba2 tersedut balik hingus2 jernih tu ke dalam rongga hidung aku. sebab kau lah streamyx. potong stiem ah! sebenarnya apa masalah kau? talk to the hand la wehh. berani? grr.


berbalik ke topik yang lebih serius.


umum sudah sedia tahu atas mangkatnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah. semoga roh Almarhum dicucuri rahmat hendaknya.

sebagai anak jati Johor sendiri, aku bangga aku ada blog sendiri walaupun tidak ramai mana yang tahu. bagi aku, ini satu kepuasan. bercakap dengan blog adalah satu kepuasan. tapi sebagai seorang blogger, it is with greater regret, sungguh aku malu dengan sesetengah blogger yang patut dikecam sebab berbincang tentang sesuatu yang serius yang beliau dan orang ramai tahu, itu adalah risiko untuk bercakap tentang hal2 sensitif dan kamu pun kurang arif tentang hal-hal sebegitu. antara berita yang kurang enak yang mengganggu sikit perjalanan minda aku hari ini dan semalam, perihal seorang blogger yang mempermainkan institusi pemerintahan Raja dan Sultan Johor. sungguh kurang arif. kan sendiri sudah buat susah. kenapa mahu cari malapetaka. pelik aku.



dah. dah. kenapa tiba tiba aku bercakap macam orang berilmiah banget ini. eh mestilah, orang kutuk negeri kita. mesti tak suka kan. contohnya, orang kutuk bulu kucing kau tak gebuss banyak kutu, kau marah tak? dah, ngaku aje kau marah sebenarnya. babai.

Friday, January 22, 2010

what to call upon frustration?

IT got me frustrated.
HE got me frustrated.
YOU got me frustrated.

when im frustrated, id say I HATE THIS PIECE OF SHIT.
because i dont have anyone to call upon frustration.
poor u, girl.

Tuesday, January 19, 2010

aku harap ini kukuh.

sebab itu dari dulu bila ada orang tawarkan kursus membela anjing laut secara percuma, aku tak mahu. sorry i turn down the offers. kalau kau kena begini, kau mahu ke?


cukupla aku ada anak saudara yang hobinya menggigit dan mencubit jika geram apabila melihat objek yang comel macam aku ini. tsk tsk madah berhelah. jadi aku tidak perlu lagi bela anjing laut yang mungkin punya momentum dan kuasa menggigit yang lebih hebat dari apa yang aku dapat sekarang. (-.-) manusia ini cubit dan gigit bukan calang2 ah selagi tidak lebam dan tersiat kulit aku, dia takkan lepas. kalaulah beliau ini adalah serangga, aku sembur saja guna ridsect atau shieldtox 'membunuh dengan sekali semburan'. dang~


oh yang dibawah ini pula, akibat kesan gigitan yang mendalam dan menangkap hingga ke tulang sum-sum, jenayah membawa padah.


tidak! pandangan anda tidak menipu.
jangan tukar siaran anda.
itu adalah hasil kajian yang aku sendiri jalankan dengan menggunakan penyukat suhu anak saudara aku. kan dah demam. siapa suruh jadi mangsa bahaman si kecil pengganas lagi. tragis tak. aku tak buat. aku tak buat.


semalam macam dah dapat tanda2 nak jadi gila. aku sudah rasa sikit berlakunya litar pintas dalam wiring system kepala otak aku ini. ini padahnya jika overslept tanpa bangun sembahyang subuh. hamik kau.


oh. tanda paling utama yang aku dapat rasakan ialah bila aku sendiri sudah lupa dan bingung dengan nombor telefon aku. adakah 017 - 745xxxx atau 017 - 754xxxx (ceh konon konon macam ramai secret admirer terus takmahu tunjuk nombor telefon di blog dan menggantikan dengan 'xxxx'. 'xxxx' itu bukanlah bermaksud x-rated film ya adik adik.) dan akibat dari kerunsingan melampau itu, aku sudah tersalah topup ke nombor yang sebaliknya. bukan nombor aku tapi nombor manusia baik hati yang tidak dikenali. lepas tersedar dari igauan oh-rupa-rupanya-aku-ini-dermawan-kerana-mentopupkan-orang-lain-tanpa-rasa-bersalah, terus aku buat bungee jump dari atas katil 1 tingkat terjun terus ke lantai tanpa memakai sebarang life jacket atau tong oksigen untuk menyelam. memang tragis aksi ini hanya sebab tersalah topup sahaja.
*jangan tiru aksi ini dirumah atau dibilik ibubapa anda*


kepada insan yang tidak bersalah itu, terima kasih sebab telah pulangkan topup aku. moga hidup kau diberkati Allah : )


selain kesukaran aku mengingati nombor telefon sendiri, aku turut menghadapi masalah sindrom jiwa kacau ketika tidur. seperti apa yang berlaku semalam, aku telah bermimpi seorang warden sekolah yang TIDAK disukai ramai, ustaz nama tidak akan dinyatakan disini, telah datang berjumpa aku dan menyatakan masalah2 yang beliau hadapi sepanjang menjadi warden asrama itu sehingga menuntut beliau menjadi seorang guru yang angkuh sombong dan garang. masa itu, aku duduk dengan dia di meja pondok di sekolah dan beliau mula bercerita,

pada suatu hari, beliau sudah pesan pada anak muridnya supaya tinggalkan sedikit telur ikan cencaru goreng (menu dewan makan petang itu) untuk makan malam beliau. bila beliau pergi ke dewan makan pada malam tersebut dengan harapan menggunung, beliau dapati telur yang disimpan oleh anak muridnya sebentar tadi telah diambil oleh murid lain dan dimakan begitu saja. maka beliau sedih (masa beliau cerita kisah ini pada aku, beliau menangis teresak-esak. kau fikir kau comel ke nangis macam itu? aku rasa nak pukul aje) sambil menangis, beliau pun cakap bahawa selepas kejadian tak bermoral itu, beliau berazam untuk menjadi seorang guru atau warden atau ustaz yang garang kepadaa semua orang. tiada lagi kompromi. aku pun mengangguk.
-- ini kisah benar. tiada tokok tambah pun--

jadi bila bangun dari tidur, aku terus meng'YESS' dan YESS lagi (iaitu dengan gaya menggenggam tangan dan menolak siku ke hadapan dan kebelakang gaya orang berjaya cakap YES YES!) sebab aku dapat merungkai satu persoalan yang dari dulu aku mahu tahu, kenapa dia bongkak sangat. cis, kerana telur cencaru, nila engkau simbahkan. tak patut. walau mimpi aku itu tidak rasional, at least aku telah berpuas hati dengan jawapan yang aku dapat dari mimpi aku itu.

oh ya, dengan setiap gambar dan penjelasan di atas, aku harap aku ada alasan yang kukuh untuk tidak sempat mengupdate blog. terima kasih daun kedidi, boleh kita menumpang mandi. sehingga ketemu lagi bapak-bapak. iya, bapak-bapak sahaja.

Thursday, January 14, 2010

excited mahu jadi ibu


untuk menjadi seorang ibu yang berjaya, aku mahu praktis dari sekarang. aku bakal jadi ibu. aku perlu gagah. tidak boleh cengeng. tidak boleh gembeng. tidak boleh terlalu fragile. tidak boleh terlalu ikutkan perasaan. perlu gagah menghadapai kerenah anak anak.

jangan fikir aku gelojoh tak sabar mahu kahwin dan menimang anak serta menimang bapanya sekali. tidak sama sekali atau lima kali pun. aku cuma letakkan diri aku di telapak kaki ibu. ayat ini bunyi macam tak best. bila baca sekali pandang, mesti kau semua fikir ibu aku pengganas yang suka memijak anak2. oh tidak. maksud di sini, aku cuba mempraktikkan macam mana nak jadi seorang yang berjaya macam ibu. dia gagah. dia kental. dia susah menangis. dia superwoman. dia wonderwoman. dia ada sedozen anak. aku bangga lah weh.

sudah tiba masa, aku rasa sekarang lah masa paling tepat untuk aku rampas jawatan ibu itu. aku rasa apart from being her damn evil daughter, its time for me to be a good sister as well. aku mahu jadi kakak.

menggalas tanggungjawab ini bukanlah mudah sperti yang kamu sangka. dari seorang kakak yang berperangai seperti ibu tiri kejam seperti puaka, aku cuma mahu transform kepada seorang kakak yang ada nilai murni tulus suci selalu tolong adik, ada ciri2 kaunselor yang baik dan juga seorang kakak yang cantik. ok, vote me out. tidak cantik pun. itu bergurau. ketawalah sekarang. *tidak mahu penonton berasa dalam keadaan tegang dan serius ketika baca entry ini, maka telah ambil keputusan untuk membuat lawak ringan dan bingai.*

untuk lihat adik2 berjaya, aku dah cuba kenalpasti beberapa ciri yang boleh di ambil kira dalam kehidupan seharian untuk diamalkan para kakak kakak si bongkok tiga semua;

1
jangan kuat menangis.
jika kamu kuat menangis, kamu fragile, macam mana mahu beri nasihat yang bagus dan berkesan kepada adik-adik.? baru mahu start kaunseling, air hidung sudah menitik. ini tidak boleh dimaafkan. nanti adik akan sedih dan menangis sama. dan akhirnya adik tidak mendapat input apa-apa dari kakak TETAPI cuma dapat mata yang pedih dan sembam akibat menangis keterlaluan.

2
menjadi role model yang baik.
aku tinggi pun tidak cukup, maka tidak layak digelar model. tapi untuk adik2, tiada masalah untuk jadi role model. kalau pun kamu adalah kakak yang jahat bertanduk merah selalu berbohong dan selalu pukul orang di kaki lima, jangan sekali kali tunjuk pada adik2 yang kamu ialah kakak yang jahat dan jahat dan jahat sangat. kalau kamu samseng, itu belakang kira. sendiri mau ingat. tapi depan adik2, sila bertatasusila agar dapat dicontohi.

3
perlu kuat zahir dan batin
bila adik kamu melakukan sesuatu yang mencalarkan imej keluarga, JANGAN malu dengan perbuatan mereka. aku tak pernah malu bila dipanggil ke sekolah dan dibebel oleh guru2 kerana adik bersikap begitu begini. aku percaya, bila aku malu, adik akan lebih malu. tapi bila aku gagah, adik juga akan lebih gagah perkasa. all you have to do is to be strong.mungkin ayat aku a bit confusing here and there. masih dalam usaha memperbaiki struktur ayat :) kalau tidak faham, dan untuk mengelakkan salah faham, sila tanya.

selain itu, JANGAN bertindak mengikut emosi dengan memukul adik sehingga lebam di abdomen atau sebagainya. JANGAN marah secara melulu sehingga adik terkencing ketakutan. itu tidak berkesan. trust me! be calm and strong. STRONG tahu? neil armSTRONG. boleh sampai ke bulan sebab kuat. jadi, kita pun boleh juga kan, kakak kakak semua?

4
jadilah guru kaunselor yang cantik
"kalau adik sayang kakak, adik jangan buat macam ini lagi, ya? kakak tidak pernah mahu adik2 kakak jadi begini. kakak tak kisah dengan siapa pun adik kawan, yang penting jaga diri jangan senang terikut apa yang tak elok. kalau kawan adik ajak adik lalu kat tanah merah yang lecak dan kotor, adik tolak secara baik. lepastu adik ckp dengan dia, kakak sudah pesan supaya pilih untuk lalu di jalan tar, tidak kotor dan tidak menjengkelkan. lagipun kasut aku mahal. boleh kan, adik? " sambil kamu counsel adik kamu itu, tolonglah pamerkan muka paling cantik dan manis yang kamu boleh buat. biar sejuk mata adik memandang, dan nasihat senang masuk dalam otak. tidak perlu diprogramkan lagi. ia auto-save. konsep ini sama saja dengan kau belajar dalam kelas dengan guru yang cantik, mesti lebih semangat dan senang masuk kepala kan?

5
bijak berbelanja
bukan berbelanja. membelanja, itu lebih tepat mungkin. jangan lokek untuk bawa adik ke tempat yang elok untuk berbincang. belanja dia makan. belikan dia gula gula angin untuk hilangkan rasa cuak masing2. kasi dia cool down. kamu juga perlu masa untuk calm down. jangan pula bawa ke disko atau pusat karaoke atau pasar borong pandan sekalipun. cari tempat paling aman di dunia, tempat yang kamu rasa selesa untuk slow talk dengan adik kamu yang bermasalah itu. at least dia boleh rasa tenang. dan kamu pun boleh cakap dengan relax sangat. tidak tersembur2 dan mengurangkan kebarangkalian urat marah di tangan itu timbul.

6
express your love
ini point paling penting. tapi aku telah tersalah susun dengan meletakkan point ini di nombor last sekali pula. apakah. ish. ini paling mudah untuk dipraktikkan. sebagai seorang kakak yang susah mahu melafazkan kata cinta dan sayang kepada adik sendiri, aku rasa lebih mudah dengan cara memberi ciuman pelukan dan lempangan tersasar pada mereka. persetankan lempangan itu. itu adalah cubaan kali kedua aku untuk membuat lawak jenaka. orang timur tengah selalu berkata, action speaks louder than word. aku yakin dengan itu. jadi jika jumpa adik, mesti akan salam dan jangan rasa malu untuk peluk dan cium adik di khalayak ramai. dia akan rasa disayangi. aura aura itu akan absorb dalam jiwa diorang. sumpah berkesan. kalau kamu tak pernah buat, cubalah. kalau tiba tiba adik beri amaran jangan buat begitu lagi di depan orang ramai kerana dia malu, kamu lempang saja dia dan cakap " kau ni faham ke tak yang aku sayang kau bodoh. sekarang kau pilih, nak kene peluk cium ke nak kene belasah." tapi aku tak pernah buat begini kat adik adik aku sebab diorang tak pernah tolak jika aku mahu peluk diorang kuat kuat. weh weh aku huggable tahu.


ini antara langkah2 yang aku praktikkan untuk menjadi seorang kakak yang baik dan meninggalkan bekas di jiwa raga setiap seorang adik adik aku. tapi sebgai manusia yang kurang sempurna, its not easy for me to handle this. tak semua yang aku nyatakan di atas dapat dipraktikkan dengan jayanya. but hey, at least i put some effort to make it worth a life. kan?


nilai murni yang aku nak semua tahu disini ialah, sebelum berangan nak jadi mak orang atau kata sopannya, seorang ibu, kau tolonglah buktikan dulu kau boleh jadi seorang kakak yang bertanggungjawab. lepas itu, kau nak jadi ibu kepada 15 orang anak pun aku tak kisah. boleh kawan kawan?

kalau ada adik adik akak baca blog akak, meh sini dengar akak nak cakap. akak sayang korang semua sampai putus nyawa tahu.! nanti akak peluk sorang sorang. tunggu!

Monday, January 11, 2010

belum JUTAwan, baru RATUSan.

hari ini tiada pembuka kata.
siapa nak masuk dan baca blog ini, sila beri salam pada tuan rumah.
itu kan adat, takkan tak tahu?
waalaikumussalam. *kalau ada yg bagi salam, dengar ini aku dah jawab*


malam tadi aku tidur lena dibuai laju-laju sampai pokok sena apa dalam baju itu wa yang punya. whoh best kan best kan lagu aku. perlu ke aku ungkapkan disini kebanggaan jiwa raga beta kerana melihatkan gundik-gundik beta berjaya dengan kejayaan cemerlang gemilang dan terbilang, malam tadi di AJL24.

Black, sudah tidak asing lagi dalam hidup beta. beliau adalah gundik beta yang paling manis sekali, sering membacakan pantun tak cukup rangkap untuk beta ketika beta sedang melantak dan beradu nasib (tidur).

Aizat, gundik beta yang ini sering ditugaskan menulis surat cinta bagi pihak beta untuk diberikan kepada anak-anak ikan yang beta minati. puitis dan mendarahkan hidung jika membacanya.

Faizal Tahir, gundik ini beta paling pilih kasih sekali antara gundik2 lain. ia berdasarkan seniority. gundik yang ini sering perdengarkan beta bacaan berzanji yang lemak merdu oleh beliau. insaf beta. sejuk perut beta.

Yuna, ini bukan gundik beta! ini tukang basuhkan buah anggur dan buah nanas kesukaan beta.

Beta sudah penat mencarut dan menipu siakap senohong gelama ikan duri. marilah beta ceritakan perkara sebenarnya.

.....................................................

malam tadi aku mimpi dihambat oleh ibu mertuaku. tiba tiba rasa sedih kenapa ibu mertua sanggup perkatakan itu kepada anakanda? harap harap mimpi saja. ibu mertua aku siapa pun aku tidak tahu.

lepas itu mimpi pula aku lari ke kekasih lama. taikkerbau (bullshit) sungguh. takkan mungkinlah. bai bai semua kekasih lama.

pagi pagi lagi abah pula sudah menyampaikan kuliah subuh di depan pintu bilik aku menandakan waktu subuh gajah sudah hampir bertukar kepada subuh yang lebih teruk daripada subuh gajah. subuh apakah??

hari ini bercita cita tinggi untuk menamatkan riwayat seorang penganggur berjaya di kampung telok kerang dengan melayari website2 terkemuka mencari kerja. ini kerana berlaku penyesalan dimana sedikit pun buah anggur tidak terhasil. aku kecewa lihat hasil pertanian aku tidak menjadi. manakan tidak, aku tuai benih anggur, tapi ia tiba tiba berhasil menjadi ikan selar masak kicap. walaupun hakikatnya ikan mempunyai lebih banyak kandungan omega dibandingkan dengan buah.

apa yang lebih menggembirakan adalah bila aku dapat panggilan misteri nusantara dari syarikat jepun (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab kemaluan jika tidak berjaya) menyatakan bahawa aku berjaya mengorak langkah to the very final interview session. itu bermakna aku telah disenaraipendekkan untuk merebut jawatan itu selepas menghadiri temuduga kali pertama dahulu. jadi semangat pendekar tiba tiba muncul dalam diri. mesti berjaya kali ini! tapi banyak pula perlu study. dang~ sudahlah hampir 8gb memory aku pasal finance & accounting telah dirompak dan digantikan dengan perisian lain yang tidak sepatutnya. contohnya seperti, oh! tidak perlu dinyatakan lah. cis. perlu berusaha lebih gigih. sudah tidak updated dengan FRS baru lagi. whew~ banyak perlu upgrade dalam masa dua hari.

mari beramai ramai segerombolan mendoakan aku berjaya. terima kasih (",)

*gambar tiada kaitan. tapi ada soalan; apa kaitan 'rambut yang banyak' dan 'lambat'? haha. katun sungguh. *

notakakitidakberstokin: ini post ke-100 blog aku. tiada sesiapa mahu tepuk tangan?

Thursday, January 7, 2010

life is to learn.

kekusutan bertambah kutu bila fikir hal hidup ini. aku ingat bila masuk tahun baru, cerita lama orang takkan heran lagi. aku ingat bila masuk tahun baru, aku dah malas nak pandang ke belakang lagi. takut ada hantu yang kejar. aku ingat bila dah masuk tahun baru, aku punya semangat baru yang tak boleh digugat sesiapa pun. tapi aku silap. aku goyah. sedikit.

buat manusia sekeliling alam yang menghuni dalam dunia ini, aku ada sistem pesanan ringkas untuk every and each one of you. ambil pesanan aku ini, simpan dalam kotak fikiran masing2, dan tolong jangan peduli kalau benda ini tiada kaitan dengan hidup kau atau kau sekalipun.

untuk para lelaki yang konon konon gagah kental jiwa tak leleh tapi KEPOH macam sial, please dont judge people sesuka hati ikut perasaan sendiri. maaf kalau ada yang terasa. benda ini ditulis memang dengan niat buat kau dan kau yang berkenaan terasa dan sedar diri sebenarnya dunia ini adil dan pandai bertindak sendiri tanpa perlukan khidmat kau semua.

aku faham semangat setiakawan yang tinggi dalam diri kau orang mendorong kau semua meletakkan sesuatu yang tidak adil bagi aku. pernah setiap dari kau tahu cerita sebenar yang jadi? aku boleh jamin, tak ada seorang pun dari kalangan kau semua yang tahu apa yang jadi. makanya, aku tak perlu penilaian bernas dari pihak kau semua. amat tidak perlu. aku juga rasa amat tak perlu untuk aku adakan press conference semata mata untuk bersihkan nama aku balik di kalangan kau orang semua. aku percaya dengan Tuan Punya Dunia di atas sana. Dia berhak menghukum kalau salah itu pada pihak aku atau sebaliknya. walau betapa teruk nama aku dipermainkan dan dijadikan isu sesama kau semua disana tanpa ada kebenaran yang betul2 pasti, kau semua buat andaian sendiri, dengan mendengar cerita dari satu pihak saja, itu sangat tidak adil bagi aku. letak diri kau dalam keadaan aku. simple. kau akan faham. sesuatu yang tidak rasional akan lebih buruk bila cerita cerita ini diadaptasikan dengan rumors atau khabar angin yang kau dan aku sendiri kurang pasti kesahihannya.

aku tahu masalah aku dan dia memang menarik perhatian semua. tapi aku tak pernah minta semua jadi. kalau kau percaya takdir, kau takkan cakap banyak. aku yang tanggung, pernah kau semua tahu betapa sakit? i believe in karma. day by day, sedikit demi sedikit aku dapat tahu kebenaran yang memang pasti itu bukan salah aku.

yang buat hati aku rasa macam ditumbuk terajang, bila aku dapat tahu cerita ini secara tiba tiba. out of the blue. tak pernah terfikir perkara begini akan jadi. its just unexpected. kau semua zalim kau tahu. kejam sebab judge aku begini. kau yakin ke apa yang kau cakap itu betul? kau yakin tak?? bagi siapa yang initiate this story, kalau kau betul2 jantan dan lelaki, talk to me. aku takkan pukul kau. aku cuma nak tahu kenapa. aku taknak bersihkan nama aku. its too late sebab fikiran kau semua dah diracun dengan benda yang tak betul.
semua tuduhan tak berasas yang setiap dari kau orang letak pada aku, aku tahu ia tak significant langsung dalam kehidupan aku sekarang. sorry to say para lelaki yang aku maksudkan sekalian. aku diam tak bermakna aku kalah. walau kau semua fikir aku kalah. tapi aku tahu aku kalah dengan maruah. aku cuba persetankan benda ini. tapi aku perempuan la weh. perempuan jiwa kaca. dem. fragile gila babi. mana aku boleh tahan!

ok cukup. kalau kau rasa aku batu api, aku haiwan perosak, aku bakteria kecil, dengar sini aku nak cakap. aku bukan seorang kawan yang baik sempurna cukup sifat. dunia dan akhirat, bukan. aku cuma mampu lakukan yang terbaik dengan memberi sesuatu yang paling jujur untuk pertimbangan kawan sendiri. aku rasa, itu perkara paling baik yang aku mampu lakukan. aku takkan pernah mahu lihat kawan sendiri hancur. tak pernah mahu rosakkan hidup kawan sendiri dan tak pernah mahu lihat kawan sendiri merana. kalau kau jenis kawan begitu, learn from this. at least i tried.

why dont you, guys? be rational. be professional.


Wednesday, January 6, 2010

tak kisahla walau tak teruja.


nampak sangat kan 2010 tak menjanjikan apa apa yang gembira untuk aku. sebab aku sikit pun tak rasa teruja. of what ive been passed through for the past 2 months, i never feel the excitement counting down the days way to 2010. masa malam new year tu, aku tak heran pun orang lain main mercun sampai bergegar besi tingkap bilik aku yang dah uzur ni, tak ada sedikit pun rasa cemburu yang membuak buak, tak tergugat pun iman jiwa dan raga aku yang goyah ini. eceh, sebenarnya memang sentiasa ada rasa mahu melastik orang yang main mercun malam tu. ok, aku jeles.

malam new year, sibuk study konon2 esok nak pergi interview. bapak semangat satu malaysia ah aku study. esoknya bila pergi interview, tanya soalan macam bual kat kedai kopi setarbak. siap boleh angkat kaki letak atas kerusi duduk terkangkang macam nyonya kalah judi. peh. maksudnya, sia sia lah pengorbanan malam tahun baru aku, menghamba-abdikan diri ke internet mencari sumber sumber ilmiah?? takdemaknyanya. haa tengok tengok. sampai tersalah taip, ngumpat nyonya punye pasal. aku cakap, takde maknanya nk sia sia sebab kalau pun ada masa, aku takkan pergi punya celebrate new year. sebab macam takde motif pembunuhan yang boleh dikenalpasti. baik duduk rumah dan makan keropok durian sambil menonton siaran ulangan Jangan Lupa Lirik untuk yang ke 54 kalinya, itu lebih sihat mungkin.

oh bercakap tentang interview, itu adalah faktor utama keruntuhan rumah tangga artis di zaman ini. sial. macam PUBLIC phone SPEAKING. cakap nak macam nas terjah melodi. gila kentang. dah dah cukuplah mencarut. mari kembali ke alam nyata.

aku cuma nak cakap yang sebab utama aku lama dah tak update blog kerana pergi interview kerja. minggu ini saja sudah 3 interview. maklumlah, buah anggur dan tembikai kacuk biawak i dirumah ini sudah tidak berapa menjadi pertumbuhannya, makanya i kenalah cari kerja lain ok uols. bagi peminat yang tertunggu tunggu keupdatean blog i, ouch dada i terharu-maru, uols! *geli halkum*

hari ini sudah masuk hari ke enam kita di tahun baru. semua orang sibuk beli baja sebab mahu menanam azam baru. tapi tidak bagi aku. oleh kerana kekurangan duit untuk menampung pembelian baja untuk menyuburkan azam baru, aku rasa lebih elok aku recycle saja azam azam lama yang semuanya masih tidak tercapai lagi. jangan tanya apa azam aku. itu rahsia sulit negara. kalau sudah pecah rahsia ini, aku bimbang osama laden akan datang mengebom kebun tembikai kacuk biawak aku di dusun belakang rumah nuun disana.

hum. tahun demi tahun, aku tak kahwin juga. eh dah kenapa aku cakap begini pulak. kalau sudah kena lempang oleh diri sendiri, jangan tanya kenapa. tahun demi tahun berganti, aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku. cuma yang pasti, akan berusaha ke arah mencapai sesuatu yang lebih baik. mudah mudahan.

tahun ini 2010. perasan atau tak, kita makin hampir dengan wawasan 2020. lagi 10 tahun. sebenarnya aku tak teruja sambut tahun baru 2010 sebab aku mahu simpan perasaan teruja ini untuk tahun baru 2020 nanti. jangan tanya kenapa kalau tak mahu dipukul di betis. kau ingat tak masa aku sekolah tadika dulu, masa kau kau dan kau sekolah tadika dahulu, semua orang mesti ada masuk pertandingan mewarna kan. dan bila tajuk besar pertandingan mewarna itu ialah 'WAWASAN 2020' , lukisan yang diberi mesti ada gambar skyscrapers buildings, gambar rumah yang cantik2, dan yang palih memberahikan, dari tingkap rumah kondo tingkat 14, sudah boleh nampak kereta terbang lalu disebelah tingkap. gila ka, i tell u! kereta terbang la wehh kereta terbang! aku teruja gila mahu memilikinya suatu hari nanti. aku sudah mula menabung dari sekarang kerana nilai pasaran kereta terbang dianggarkan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. hanya budi dibalas budi. entah apa apa.

itu yang aku fikir, agak agak dalam masa 10 tahun ni, dapat ke kita tengok kereta terbang yang diwarwarkan dahulu bisa wujud?? dem. kalau tidak mustahil, aku mahu letak downpayment sekarang! errr..RM2.50 cukup tak? (",)

sudah penat mencarut barut, aku mahu jadi seorang yang berwawasan sekarang. sehubungan dengan itu, aku ingin ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang boleh baca tulisan aku ini, sempena tahun baru yang mulia. jaga tahun 2010 jangan di cacat cela. semoga kita menjadi seorang yang lebih baik dari hari semalam. yang penting, mulakan tahun baru dengan hidup yang baru, tinggalkan cerita semalam dengan memaafkan kesilapan lalu dan memberi ruang pada sesuatu yang baru yang lebih baik untuk diri kita.


one step forward, together we malaysian!