KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Thursday, December 17, 2009

.babai lari dulu.

ikat rambut, pakai stokin, salin seluar, dan pakai gincu.
NAH! aku sudah sedia untuk berblogging (",)

hai kawan kawan ketemu lagi kita yaa. hari ini ya bapak bapak ibu ibu mengandung kalian, aku mahu bicara pasal getek. ah apa itu. kenapa dong tiba tiba rasa macam haprak suara tukar jadi minah jawa banget ini. ini pasti gara gara sate burung terbang duduk si razman nih. sumpah terliur dibuatnya. bukan terliur, terkencing jua. geli doe.

sudah. sudah. ada apa dengan katak? hanya yang pernah makan yang tahu. blerk~

hey, pernah terfikir dalam dunia yang fana ini, apa yang kamu paling takotkan sekali? aku tahu. eh aku ada. eh aku tahu apa yang aku takut sekali. aku takut orang garang. bukan, maksud aku bukan yang ikan siakap goreng garing. aku kata, G to the A to the R to the A to the N to the G says it out loud........ GARANG. aku takut orang berperwatakan GARANG. bersuara garang. garang tau abang ni auww~ aku takut orang misai lentik. sebab bila misai dia panjang dan lentik, akan termasuk dalam hidung masa bercakap lalu mesti aku terketawa, dan dia akan marah aku. jadi orang itu dianggap garang. duh. takut. selain itu, aku takut orang marah. aku takut orang tengking. aku takut orang maki. tapi aku tak takut orang membebel. sebab aku ada satu kuasa untuk memekakkan telinga. tapi telinga akan bernanah sedikit di akhir cerita.


jadi kau orang kena tahu aku bukan saja takut cicak, tapi aku juga takut cicak yang garang. macam mana nak tahu bila cicak itu akan garang? bila ekor dia tegang, maksudnya dia tengah marah dan garang kerana isteri belum balik memasak lagi. jadi boleh disimpulmatikan disini, aku takut orang garang. tak perlu marah, kalau muka sudah bengis macam yakuza, tengok orang juga seperti meneran mahu berak tapi susah, itu dah cukup buat aku takut. aku takkan pandang. babai. lari dulu. aku takut.


pernah dulu, di sekolah rendah aku nyaris kena marah. eh aku sudahpun kena marah. tidak siap homework matematik yang diberi. aku bagi alasan, buku telah dicuri. padahal aku buang buku itu dibelakang luar kelas melalui tingkap. jadi bila cikgu check beg, buku tiada. jadi aku selamat. tiba tiba ada lahanat semperit seorang ini, dia datang dan ketuk pintu kelas waktu itu, dan cakap pada guru, mahu jumpa amalina. aku keluar dengan muka malaysia boleh macam biasa, dan dia serahkan buku yang aku buang dibelakang kelas tadi dan cakap,

"aku jumpa buku tulis math kau kat belakang tadi, mesti ada orang nak dengki kau".

kau faham tak perasaan aku masa itu macam mana. nasib baik masa itu aku berdarjah lima. belum ada lesen untuk merogol orang. kalau tidak............. dalam hati aku sudah mula mencarut,

" WTF.aetwredfgiwdquuikdequh. jaga kau balik ni syaitooon. kau tengoklah balik nanti, basikal tua kau mesti dah jadi kereta tamiya hancur aku kerjakan."

tapi masa tu aku tak reti lagi mencarut wtf. aku cuma cakap "jahanam kau." lepas itu, cikgu tanya buku apa itu dan ambil dari tangan aku. sebab buku matematik kan guna buku kotak2, sah2 kantoi badak berendam kat situ. aku kene tengking, aku kene lempang, aku kena sebat, aku kena marah depan kelas. malu siak. aku tak kisah kene belasah kene lempang kena bentes kene siku kene jotos depan orang. tapi jangan marah aku depan orang. jadi sepanjang perjalanan balik kerumah pada hari itu, aku hanya tunduk memandang bumi menangis. aku down.


dulu di sekolah rendah juga, aku selalu kena sebat kena lempang kena piat kena cubit. tu makanan harian aku. aku tak makan mi goreng atau nasi lemak di waktu rehat. aku makan pelempang. dah, itu aku tipu. walaupun baru lepas kena lempang belasah bagaaaai, aku tetap akan pergi ke kantin dan makan. kalau tidak, makcik kantin akan cari aku. bila kena belasah, aku akan nangis. nangis sebab sakit saja. tapi aku tak rasa down. aku ingat lagi, masa darjah 6, selalu kena diri atas kerusi dan dirotan. cikgu bagi aku pilih mahu rotan yang mana. dari besar buluh sampai sekecil2 ekor tikus anorexia. nipiiiiiiis banget. bisa yang amet dong. bila sudah kena rotan, kena lempang pula. lepas itu kena diri atas meja pula. mahunya aku tak nangis. sakit gila kot. sampai sekarang berbekas nih. tengok ni. tengok ni.


aku menyesal kerana tidak suka minum anlene di waktu kecil. bila tidak minum susu, ketinggian sudah terbantut, jadi tiada masalah kalau kena diri atas meja, kepala takkan tersangkut di kipas. cuba bayangkan kalau aku tinggi, mesti cikgu tak bagi diri atas meja atas aspek keselamatan, tapi mesti cikgu kata, kau pergi diri atas dinding koridor dan depakan tangan dan angkat kaki sebelah. lagi naya.


di rumah, abah tidak garang. ibu lebih garang. ibu cikgu, jadi ibu garang macam cikgu. abah tak garang macam cikgu sebab abah bukan cikgu. abah tak ada misai lentik tapi abah ada kening lentik. nasib baik bukan bontot yang lentik. kalau tidak, mesti abah aku sudah jadi Ziana Zain. tapi hari itu, aku baru kena marah dengan abah. jadi aku menangis macam mati suami. duduk dalam bilik, tekup muka guna bantal lembu yang dah lama tak basuh. dulu lembu ini datang dari new zealand kaler putih. tapi kini sudah jadi lembu malaysia pula, kaler coklat. banyak bekas hingus atas dia.



abah pula marah aku depan adik2, jadi kemaluan aku besar lah. terus duduk dalam bilik, menangis tidak mau makan, tidak mau tengok tv walaupun malam itu ada AJL hati meronta ronta mahu tengok, tidak mahu tegur orang tidak mahu keluar dari bilik walaupun mungkin hari itu Faizal Tahir datang melawat kampung. aku sanggup tidak buat semua itu, demi kerana kemaluan tercalar.


selalunya, bila aku tahu orang nak marah aku, atau akan marah aku, aku akan nangis dulu. dengan tujuan, orang akan takut dan tidak jadi marah. tapi taktik kotor aku tidak berjaya. Allah tidak memberkati penipuan. hoh. bukan, benda itu semulajadi. sebab dari kecil pun takut kena marah. jadi bila tahu akan kena marah, terus sedih dan menangis macam biawak bunting. comel. biawak bunting yang jalan terkengkang2 muka haru kena tinggal laki dan pergi mencari makanan sendiri. macam itulah. sebab itu aku kata, jangan marah aku, kau akan buat aku down, dan aku akan merana sepanjang hayat. please please please kamu jangaaa nakal. tibeee.

persoalannya disini, aku tidak boleh lihat orang garang, tapi aku garang. aku tidak boleh kena marah, tapi aku suka marah orang. aku suka bentes orang, tapi kenapa orang tak suka bentes aku. tapi aku faham juga perasaan orang tak suka kena marah. jadi kadang2 bila aku marah, aku akan buat2 seperti marah ketawa2 macam,

" kah kah kah kau tau tak aku marah ni kau memang macam sial tau tau perangai kau taugeh ha ha ha. "

jadi jika begini, harap orang tak akan terasa.


sebab utama aku tak suka kena marah sebab aku akan rasa down. lagi lagi jika marah aku depan orang ramai. at public. di public phone, ketika aku sedang bergayut. kalau betul, mahu marah aku, cakaplah pelan2, bisik di telinga "pssstt aku nak marah kau ni. kau dah ready?" macam itulah. eh tapi tak boleh juga. janganlah marah. please please please kamu jangaa nakal. dan lagi. haih~


aku hidup hanya untuk pleased everyone. aku tak mahu buat orang marah, orang kecewa, orang rasa tak best dengan aku. so can u guys do me a favor? jangan marah aku. boleh? sayang kau orang! walaupun aku tak kenal kau semua.

3 comments:

Hanamaruku said...

haha takleh blah ah kau.
bace post kau pjng 5 buku pun tak bosan. ngok ngek.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

kesian kau tkde orang mrh kau. eh eh kesian kau kne mrh. tapi apede hal. ko kan suke mrh org.
pdn muke kau. haha

AmalinaOmar said...

hanna: aku tengah dlm proses mengahsilkan buku 5page utk kau hanna. haha

rafiq: aku bukan saja suka marah orang, aku suke bente orang. kau nak rasa tak?