KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Monday, December 28, 2009

bencikan hantu Malaysia.

nasib baik kau bukan hantu, Hanna. jadi aku buat ini demi untuk kau yang sama tebiat dengan aku. mari cekidaud.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu SAHAJA.

Makna nya dalam EJAAN BAKU dan tiada kata ringkas ya adik-adik?


1. Bekas kekasih saya adalah :
:: sensitif soalan ini. gatal2 badan aku dibuatnya. next?

2. Saya sedang mendengar :
:: "nak upin ipin nak upin ipin." anak buah aku, batrisyia merengek. dan aku cakap, kalau nak kena lempang, cakap lagi lima kali. dan beliau terus pergi tanpa kata.

3. Mungkin saya patut :
:: lempang diri sendiri saja daripada melempang budak kecil tak bersalah.

4. Saya suka :
:: pukul orang. kalau takut, lari sekarang. ok tak, sebenarnya saya suka ketawa sambil pukul orang. jadi jangan buat aku ketawa.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
:: terdiri daripada mereka yang tahu isi dalam dan luar saya, sering meraba saya, dan sering tidur bersama saya, sering kenal siapa boifren saya, sering kenal dimana letaknya tahi lalat saya dan sering2 yang lain juga.

6. Saya tak paham :
:: kenapa ada sesetengah orang suka tarik spender terselit di khalayak ramai?

7. Saya kehilangan :
:: berat badan yang amat drastik.! tapi itu adalah 3 bulan yang lalu ;p

8. Ramai yang berkata :
:: aku gila. jadi aku tak payah puasa sebab aku gila LOL. eh LOL bukan bahasa baku. jadi aku akan terjemahkan menjadi; KETAWA KUATKUAT.

9. Makna nama saya :
:: Amalina = harapan kami, cita cita kami. jangan berhenti berharap semua (:

10. Cinta itu adalah :
:: buta sebab saling meraba-raba. dah jangan tanya lagi.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
:: tidur sambil berpeluk tubuh mulut ternganga keluar air liur basi. itu adik saya. kalau bisa aku sertakan gambar disini.....malangnya, ah!

12. Saya akan cuba :
:: belajar bersungguh sungguh untuk menjadi seorang isteri yang langsing dan berjaya dalam perniagaan internet.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
:: singkatan kepada SELAMAT PUNYA. contoh ayat; bagasi bagasi ini diletakkan di dalam kargo dan dilabel dengan "SELAMANYA" kerana pihak berwajib tidak menerima nama bagasi yang mempunyai dua patah perkataan iaitu "SELAMAT PUNYA". jadi perlu digabung dan disingkatkan agar lebih jitu dan berwawasan. hish rumah kau mesti tidak ada kamus dewan sampaikan benda ini pun mahu tanya aku. aku tahulah dulu Bahasa Melayu aku A1 waktu SPM. eh terbelagak pula.

14. Telefon bimbit saya :
:: ada lima. ini serius. satu saya punya ( sony ericsson c510 camera macam haram, baik jangan beli ), satu bagi abah ( sebagai hadiah 2tahun yang lepas walaupun begitu, masih menganggap saya punya kerana tidak lupakan jasa !@#%$ ), satu bagi adik ( sebagai pajakan ketika memerlukan duit tapi tidak sedar diri dan tidak mendapat semula barang itu ), satu bagi abang ipar pinjam ( sekaligus saya rasa berbangga dapat berbakti kepada beliau untuk meneruskan bisnes tambah nilai --hana, ini adalah ayat sesuai untuk topup dlm BM ), dan satu lagi sudah jual sebab kekurangan wang untuk membiayai kehidupan.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
:: saya akan terus tarik selimut dan berselubung, takut takut kain sudah terselak sehingga menampakkan susuk tubuh menawan idaman setiap wanita mengandung.

16. Saya paling meluat apabila :
:: cicak ada di atas meja makan ketika saya mahu bersantap. putus selera. nasib baik cicak tidak pandai buka pintu peti ais.

17. Pesta/Parti adalah :
:: Pesta adalah tahun baru atau perayaan. Parti adalah PAS atau Barisan Nasional. saya Parti bebas no alcohol no pork beware of dog. (sudah mengkhianati peraturan untuk menggunakan bahasa baku sahaja)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
:: kodomo lion di pek ubat gigi kanak2. comel kerana tidak hidup. kalau hidup, mesti saya sudah tiada di alam ini lagi.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
:: 1 hingga 3 tahun kerana boleh mengorek hidung dan orang tidak akan rasa jengkel terhadap perbuatan itu. boleh berbogel secara berleluasa kerana tidak mendatangkan nafsu. boleh menghisap susu ibu lagi tanpa segan silu. boleh kencing di tempat selain bilik air, dan ibu abah tidak akan marah. dan yang penting, boleh merasakan diri comel setiap masa (",)

20. Hari ini :
:: saya berazam akan menunjukkan etika hidup yang baik untuk menawan hati abah kembali setelah dimarahi kerana pulang lewat petang semalam. saya akan memakai tudung dan baju bajuan yang sopan di dalam rumah, mengemop lantai bilik abah, memasang langsir di bangsal belakang, meracun rumput, mencubit adik2 yang tidak menghormati orang tua, memancitkan dan mengepam semula tayar motor abah, dan sebagainya. awak tahu saya tidak akan buat itu, kan? saya cuma akan duduk terkangkang depan tv dan mengarahkan adik2 membuat itu ini. barulah nampak saya tegas dimata abah.

21. Malam ini saya akan :
:: tutup semua tingkap bilik, pasang langsir yang tebal dan meletakkan surah yassin di meja sisi katil saya untuk mengelakkan hantu daripada datang mengganggu tidur saya.

22. Esok pula saya akan :
:: cuba memecahkan rekod mandi sambil berlari lari anak tanpa jatuh tergelincir didalam bilik mandi.

23. Saya betul-betul inginkan :
:: seseorang menemani saya ketika tidur malam pada minggu ini sebab saya masih hidup dalam ketakutan dan keterkejutan kesan daripada cerita "santau" semalam.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
:: saya tak mahu lihat cermin untuk minggu ini. menyeramkan. hantu malaysia suka berada di cermin. pelik?!#@#$#$%

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
:: saya mahu kedua duanya. kalau sedang berduit, saya akan membeli belah. kalau tidak berduit, saya akan bekerja sementara di arked permainan.

26. Makanan Barat atau Jepun :
:: saya ingin tambah lagi, Makanan melayu, makanan jawa, makanan cina, makanan india, makanan arab, semua juga saya balun asalkan halal. kau tak kisah kan sebab nampak berlebih2an di situ. saya tak boleh terima dua jenis makanan sahaja. nampak sikit sangat.

27. Bilik yang terang atau gelap :
:: dulu suka terang, tapi pernah disuarakan (direct translation dari perkataan 'sound') oleh roomate supaya jangan buka lampu bilik ketika tidur nanti akan senang nampak hantu. jadi sekarang suka gelap, baru privasi mahu melakukan apa apa. jangan fikir kotor kalau tak mahu kena tumbuk.

28. Makanan segera adalah :
:: adalah makanan jawa yang diambil dari perkataan akar, " WAH, SEGER YA!" seger disitu bermaksud segar. SEGER YA = SEGERA. jadi makanan ini selalunya dikaitkan dengan air terjun.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
:: taknak balik :'(

30. Siapa yang anda mahu Tag?
:: dengan kuasa Smart Tag yang ada di tangan saya, saya mengarahkan AnakDin , Teha , Fiqha untuk mendapatkan smart tag di kaunter berdekatan. ok tak. 3 orang manusia ini perlu membuat soal jawab hampir taksekolah ini. semoga memperoleh iman yang kuat! berbalooi baloiii.

6 comments:

Hanamaruku said...

best doe tegelak gelak sambil aku sedar diri tak mandi lagi dan tak gosok gigi -_-"

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

haha gila punya engkau. nasib baik kau korek hidung masa kecil aje. kalau tak dah sama macam hana dengan fatul.

AmalinaOmar said...

hana: kau memang sah sama spesies dgn aku. lebih sayangkan blog dan fb berbanding gigi.

rafiq: dah besar pun macam itu juga, cuma tak mahu beritahu pada khalayak. oh no. kan dah terbgtau.

Nurfatehah said...

ko tag aku? haha. ada masa aku buat. aku pelik sikit dengan blog yg tak boleh nak paste ape2 masa nak tulis blog. aku dah ctrl + v seplohjuta kali pun x bleh. bangangsss.

hatim a.r said...

weh weh tarik sependa terselit jangan sentuh haa!!!!itu slalu buat haha.

AmalinaOmar said...

benda tu mmg ditujukan utk ko. dah agak dah!