KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Tuesday, December 15, 2009

jiwa kacau.


kecelaruan yang aku hadapi semalam berlarut sampai hari ini. semalam banyak benda dalam otak yang perlukan jawapan secepat mungkin. contoh seperti, handphone ape aku patot beli untuk gantikan yang sedia ada sekarang? sekarang guna handphone jenama LadyGemok. LG. kalau kau percaya LG tu stands for Life's Good, kau orang dah kena tipu. sebenarnya LG stands for LadyGemok. really! kau tak payah tengok jauh, tengok je aku yang kurus ni. tiba2 rasa tak sesuai pakai LG sebab tidak gemok. lalu patut tukar handphone.

tapi xtau mahu yg mana. Sony Ericsson Yari nampak menarik. tapi ahh. harga pun menarik. bagi orang tak bergaji dan TAK-DAPAT-GAJI-UNTUK-KERJA-BULAN-LEPAS macam aku ni, amat sedihla. eh eh kenapa terHURUF BESAR pulak tu. siapa yang berkenaan, silalah faham. aku memang mahu perli.

sekarang sengkek gila doe. sengkek tahap kena duduk tepi stesen LRT masjid jamek dan nyanyi gune trompet pakai seluar kotak2 merah hitam dan cermin mata ray-bun (rayban versi ciplak) menutup mata, nyanyilah lagu basikal tua. takpun lagu "mana kan ku cari ganti duitku" by ahmad kebab. aduh kebab, sedapnye. slrrpp. tiba tiba aku tengok laptop aku pun dah rupa kebab. kebab hangus kaler hitam. haih. seksa sungguh berperasaan begini.

alaa sebenarnya duit tu ada. takdela tahap sengkek tinggal 50sen untuk survive beli keropok durian semata mata. tapi keadaan sengkek bertambah parah bila dapat tahu ada orang tak bayar hutang kita. hutang yang banyak pulak. kalau dia bayar hutang, mesti aku boleh buat down payment beli suzuki swift sebijik. haa banyak kan kan. aku tipu. takdela banyak itu, tapi masih banyak. yang mana aku mampu survive dengan duit penghutangan tu untuk lima hari berbelanja di Jusco sempena Y.E.S ni tanpa henti. itu JIKA DIBAYAR lah. hah saja aku stress disitu. harap kau terasa. haha.

semalam ibu dan abah baru balik dari Bali. aku harap mereka bawa balik limau bali untuk aku. tapi tiada. jadi aku mula fikir, kenapa nak bagi nama Bali jika tiada limau Bali disitu. sama juga kes macam Pontian. kenapa bagi nama Pontian sedangkan Pontianak tidak pernah ada anak yang diberi nama Pontian. celaru kan? hoh hoh aku sendiri cerita pasal pontianak, aku sendiri mahu terkencing ketakutan sekarang ini. malam ini terpaksa tidur dan bergomol dengan anak buah yang berumur 2 tahun itu, dan pujuk dia supaya temankan aku tidur.

*saja mahu letak gambar bogel disini*

*comel macam aunty. kau org boleh ketawakan aku sekarang*

* macam mana nak ckp lagi betapa sayangnya beliau pada aku?*

eh tadi kan tengah cerita pasal ibu dan abah baru pulang dari Bali bukan? aku gembira sebab dpt byk souvenir dari sana. tapi yang tak gembira bila dapat tahu, handbag kesayangan aku Sembonia-berbuckle-besar-ada-diamond telah putus. itu tak cukup sedih sebab aku masih boleh jahit lagi sebenarnya. paling sedih bila dapat tahu ibu tinggalkan beg kesayangan disana. ibu buang beg aku di sana! peh handbag aku mati dengan penuh maruah. bukan calang2 tempat kau bersemadi. kau tau tak tempat kau dibuang tu adalah tempat Ashraf Sincalir kantoi beromen dengan Bunga? jadi aku celaru, mahu sedih atau bangga? moga kau bersemadi dengan aman.

aku tahu aku tak mampu nak cari pengganti kau dalam masa terdekat ini memandangkan dalam poket seluar hanya tinggal beberapa sen sahaja. kalau ada duit lebih pun, aku mahu guna untuk beli keropok durian saja.dan kesimpulannya disini, jika dapat panggilan interview esok, aku akan bawa beg plastic putih hijau Giant saja sebagai peneman aku ke pusat temuduga. jangan risau, aku akan jalan dengan penuh yakin walaupun beg itu akan buat bunyi plastik bising. semoga berjaya!

lagi satu yang aku celaru, dalam plastik dustbin dalam bilik aku ini, macam ada bunyi 'kesek-kesek-kesek' dari tadi. aku cuma mampu menjeling dan berdehem. harap dia faham tapi tidak juga.eh kau rasa itu KUMBANG atau CICAK? bye aku nak lari dulu!!!! run for ur life babeh!


*hadiah dari cuzin yang senonoh. takde benda lain ke nak bagi? arggg.*

3 comments:

Marker Hitam said...

Haha senangnya nk buat anda takut kan. Baling cicak, terus anda lari ke afrika. Huh? Afrika? Apa kaitan dgn cicak ...? Nvm haha

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

haha sengal gila penulisan kau ye. tapi agak seronok membca. teruskn usaha.hehe

AmalinaOmar said...

marker hitam: afrika tu paling dekat aku boleh lari.

rafiq : sengal ubi macam kau. cepat muhasabah diri. haha