KADANG KADANG MAHU JUGA POPULAR SEPERTI TAMAN RASYIDAH UTAMA

PANAS! PANAS! PANAS!!! klik cepat.

Tuesday, January 19, 2010

aku harap ini kukuh.

sebab itu dari dulu bila ada orang tawarkan kursus membela anjing laut secara percuma, aku tak mahu. sorry i turn down the offers. kalau kau kena begini, kau mahu ke?


cukupla aku ada anak saudara yang hobinya menggigit dan mencubit jika geram apabila melihat objek yang comel macam aku ini. tsk tsk madah berhelah. jadi aku tidak perlu lagi bela anjing laut yang mungkin punya momentum dan kuasa menggigit yang lebih hebat dari apa yang aku dapat sekarang. (-.-) manusia ini cubit dan gigit bukan calang2 ah selagi tidak lebam dan tersiat kulit aku, dia takkan lepas. kalaulah beliau ini adalah serangga, aku sembur saja guna ridsect atau shieldtox 'membunuh dengan sekali semburan'. dang~


oh yang dibawah ini pula, akibat kesan gigitan yang mendalam dan menangkap hingga ke tulang sum-sum, jenayah membawa padah.


tidak! pandangan anda tidak menipu.
jangan tukar siaran anda.
itu adalah hasil kajian yang aku sendiri jalankan dengan menggunakan penyukat suhu anak saudara aku. kan dah demam. siapa suruh jadi mangsa bahaman si kecil pengganas lagi. tragis tak. aku tak buat. aku tak buat.


semalam macam dah dapat tanda2 nak jadi gila. aku sudah rasa sikit berlakunya litar pintas dalam wiring system kepala otak aku ini. ini padahnya jika overslept tanpa bangun sembahyang subuh. hamik kau.


oh. tanda paling utama yang aku dapat rasakan ialah bila aku sendiri sudah lupa dan bingung dengan nombor telefon aku. adakah 017 - 745xxxx atau 017 - 754xxxx (ceh konon konon macam ramai secret admirer terus takmahu tunjuk nombor telefon di blog dan menggantikan dengan 'xxxx'. 'xxxx' itu bukanlah bermaksud x-rated film ya adik adik.) dan akibat dari kerunsingan melampau itu, aku sudah tersalah topup ke nombor yang sebaliknya. bukan nombor aku tapi nombor manusia baik hati yang tidak dikenali. lepas tersedar dari igauan oh-rupa-rupanya-aku-ini-dermawan-kerana-mentopupkan-orang-lain-tanpa-rasa-bersalah, terus aku buat bungee jump dari atas katil 1 tingkat terjun terus ke lantai tanpa memakai sebarang life jacket atau tong oksigen untuk menyelam. memang tragis aksi ini hanya sebab tersalah topup sahaja.
*jangan tiru aksi ini dirumah atau dibilik ibubapa anda*


kepada insan yang tidak bersalah itu, terima kasih sebab telah pulangkan topup aku. moga hidup kau diberkati Allah : )


selain kesukaran aku mengingati nombor telefon sendiri, aku turut menghadapi masalah sindrom jiwa kacau ketika tidur. seperti apa yang berlaku semalam, aku telah bermimpi seorang warden sekolah yang TIDAK disukai ramai, ustaz nama tidak akan dinyatakan disini, telah datang berjumpa aku dan menyatakan masalah2 yang beliau hadapi sepanjang menjadi warden asrama itu sehingga menuntut beliau menjadi seorang guru yang angkuh sombong dan garang. masa itu, aku duduk dengan dia di meja pondok di sekolah dan beliau mula bercerita,

pada suatu hari, beliau sudah pesan pada anak muridnya supaya tinggalkan sedikit telur ikan cencaru goreng (menu dewan makan petang itu) untuk makan malam beliau. bila beliau pergi ke dewan makan pada malam tersebut dengan harapan menggunung, beliau dapati telur yang disimpan oleh anak muridnya sebentar tadi telah diambil oleh murid lain dan dimakan begitu saja. maka beliau sedih (masa beliau cerita kisah ini pada aku, beliau menangis teresak-esak. kau fikir kau comel ke nangis macam itu? aku rasa nak pukul aje) sambil menangis, beliau pun cakap bahawa selepas kejadian tak bermoral itu, beliau berazam untuk menjadi seorang guru atau warden atau ustaz yang garang kepadaa semua orang. tiada lagi kompromi. aku pun mengangguk.
-- ini kisah benar. tiada tokok tambah pun--

jadi bila bangun dari tidur, aku terus meng'YESS' dan YESS lagi (iaitu dengan gaya menggenggam tangan dan menolak siku ke hadapan dan kebelakang gaya orang berjaya cakap YES YES!) sebab aku dapat merungkai satu persoalan yang dari dulu aku mahu tahu, kenapa dia bongkak sangat. cis, kerana telur cencaru, nila engkau simbahkan. tak patut. walau mimpi aku itu tidak rasional, at least aku telah berpuas hati dengan jawapan yang aku dapat dari mimpi aku itu.

oh ya, dengan setiap gambar dan penjelasan di atas, aku harap aku ada alasan yang kukuh untuk tidak sempat mengupdate blog. terima kasih daun kedidi, boleh kita menumpang mandi. sehingga ketemu lagi bapak-bapak. iya, bapak-bapak sahaja.

9 comments:

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

nampaknya kau sudah bertambah sewel hasil gigitan anak saudara.

Razman said...

rakanku suka bela wanita yg menggigit.setiap kali pulang ada gigitan di lehernya.

AmalinaOmar said...

rafiq: nasib baik gigitan anak saudara. kalau gigitan pontianak harum sundal malam ataupun edward cullen si vampire twilight itu, tak ke aku pun akan turut serta kelab pontianak sedunia mereka? lagi tragis kan.

AmalinaOmar said...

razman: rakan kau saja? kau? ah sudah jangan nafikan lagi.

hatim a.r said...

violent gila anak buah.boleh mengundang maut ni

AmalinaOmar said...

itu baru anak buah. belum rasa lagi mak saudara punye violent. haha

joegrimjow said...

angkat tangan nak join tumpang mandi

AmalinaOmar said...

boleh juga. bilik air pun sedang kosong tidak berpenghuni banyak lumut di dinding sudah membiak. silakan masuk dan menumpang mandi ;)

f4r_e4st said...

tula..ak dah ckp, gi kursus bela anjing laut tp ko dogel..tgk pe dah jd..dah, pas neh ak anta pasukan penyelamat utk membanteras jenayah yg meluas di bandar jb...